Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, September 30, 2010

Lagu tema Upin & Ipin "Sahabat selamanya" suara hati Malaysia dan Indonesia

Syabas dan tahniah buat Upin dan Ipin kerna telah punya lagu tema sendiri iaitu 'Sahabat selamanya.'

Ucapan tahniah juga untuk keseluruhan anggota kumpulan PADI dari Indonesia kerana telah terpilih sebagai artis untuk menyanyikan lagu tema tersebut.

Lagu tema yang berjudul 'Sahabat selamanya' nyanyian PADI itu membawa erti yang sangat bermakna dan mendalam terutama yang berkaitan dengan hubungan dua hala, hubungan sejarah sejak dulu lagi antara Malaysia dengan Indonesia.

Terima kasih buat kumpulan PADI juga kerana penglibatan anda semua secara langsung didalam proses menjayakan segala aktiviti membabitkan projek Upin & Ipin diharap akan dapat mengubah serba sedikit keadaan kurang selesa yang sering menghimpit hubungan diantara Malaysia dengan rakyat Indonesia.

Harap hubungan Malaysia dengan sesetengah rakyat Indonesia dapat dipulihkan semula dan mereka disana yang selama ini sering melihat Malaysia dengan tanggapan yang salah dapat memperbetulkan semula apa yang telah tersilap pada diri mereka kerana yang penting ialah masa depan kedua-dua negara ini adalah bergantung kepada tindakan kita semua pada hari ini. Terima kasih.

Rabu, September 29, 2010

S. Kotappan terlantar dalam Hospital setelah jadi mangsa demokrasi PKR...

Amalan demokrasi berjalan dengan lancarnya ketika mesyuarat pemilihan cabang-cabang Parti KeADILan Rakyat(PKR) berlangsung beberapa hari yang lalu.

Terlalu banyak cara-cara demokrasi telah diperaktikkan oleh PKR pada mesyuarat berkenaan untuk dicontohi oleh seluruh rakyat di negara ini. Kerusi didemokrasikan, meja didemokrasikan, kertas-kertas undi bertaburan di atas lantai setelah didemokrasikan.

Ada yang membanggkan ialah apabila ADUN Sri Andalas YB Dr Xavier Jayakumar telah mendemokrasikan calon yang menentang beliau pada mesyuarat pemilihan itu dimana Dr Xavier telah tewas kepada calon yang bernama Kotappan.

Teruja dan gembira dengan kekalahan beliau itu maka Dr Xavier telah memberi satu tanda demokrasi dimuka Kotappan yang kini sedang terlantar diatas katil wad Hospital negeri Selangor. Bukan hanya Kotappan seorang yang didemokrasi oleh Dr Xavier malah ketiga-tiga anak lelaki beliau juga telah didemokrasi oleh Dr Vavier serta samseng-samseng beliau.

Melihat kepada apa yang telah berlaku dalam PKR sekarang, maka terpulanglah kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia sendiri untuk berfikir sejenak adakah mereka boleh menerima atau tidak cara perjuangan PKR yang sudah tidak ada lagi hala tujuannya dalam politik tanahair kini.

Selasa, September 28, 2010

Lanun warga Indonesia serang kapal kargo Malaysia diperairan Miri, Sarawak.

Berita dipetik dari akhbar arus perdana Utusan Borneo, Selasa 28 September 2010 bersamaan 19 Syawal 1431 Hijrah.

MIRI: Dua krew termasuk kapten cedera apabila kapal kargo mereka diserang oleh empat lanun yang bertopeng dan bersenjatakan parang di perairan Sibuti, kira-kira 20 batu nautika dari Bekenu malam semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, kapal kargo yang didaftarkan di Kuching itu membawa 10 krew dan seorang kapten dalam perjalanan dari Miri menuju ke Kuching.

Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Superitendan Ismail Idris ketika mengesahkan kejadian itu berkata, keempat-empat lanun itu dipercayai menggunakan sebuah bot kecil menghampiri kapal kargo mangsa.

Dalam kepekatan malam, kesebelasan mangsa yang terkejut tidak mampu melawan lanun-lanun ganas tersebut yang bersenjatakan parang.

"Keempat-empat lanun yang bertutur dalam bahasa Jawa itu kemudian mengarahkan mereka menyerahkan wang tunai bernilai RM2,500 dan telefon bimbit kesemuanya berharga lebih RM2,500 dan sebuah binokular sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Manakala kapten dan seorang krew berbangsa Iban yang cuba berlawan dengan lanun turut lebam dibahagian mata dipercayai ditumbuk selain cedera dibeberapa bahagian badan terkena parang.

Mangsa kemudian berhenti di Bintulu dan membuat laporan polis di Balai Polis Bintulu dan kemudian kes tersebut dirujuk ke Balai Polis Bekenu, 12 jam kemudian.

Menurut Ismail, setakat ini belum ada tangkapan dan Pasukan Gerakan Marin(PGM) masih membuat rondaan di peairan tempat kejadian - Utusan Borneo.

Anak Merdeka;
Kejadian serangan oleh lanun-lanun ini terhadap kapal kargo tersebut jelas sekali telah berlaku didalam kawasan perairan wilayah Malaysia dan bukan terjadi berhampiran kawasan sempadan atau diperairan antarabangsa seperti yang sering berlaku sebelum ini.

Andaikata kapal kargo tersebut adalah milik negara Indonesia dan telah diserang oleh lanun yang status kewarganegaraan mereka tidak diketahui dan tambah lagi sekiranya ianya berlaku didalam wilayah Indonesia maka yang akan dituduh oleh segelintir rakyat Indonesia terutamanya puak-puak BENDERA sebagai bertanggungjawab sudah tentulah rakyat dan negara kita Malaysia.

Tetapi insiden kapal milik Malaysia yang diserang oleh lanun warga Indonesia itu telah berlaku dikawasan perairan milik mutlak negara maka sudah pasti seperti biasa kita rakyat Malaysia yang berpikiran matang tidak akan melatah dan berarak atau berdemonstrasi dijalanan sebaliknya hanya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa seperti polis, tentera serta pihak imigresen untuk membuat tindakan susulan.

Isnin, September 27, 2010

Paderi 'lembut' hina Islam dan Nabi Muhamad. KDN patut segera bertindak !

Perbuatan oleh seorang Paderi yang berperwatakan "lembut" ini iaitu 'Father' Benjamin Stephen yang begitu celupar dan biadap sekali dengan menghina ajaran agama Islam, Kitab Suci Al-Quran serta Nabi Muhamad ketika beliau menyampaikan satu ceramah di sebuah Gereja yang terletak didalam bahagian Kuching Sarawak baru-baru ini tidak boleh diterima lagi oleh rakyat dinegara ini sebagai satu perkara yang biasa.

Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini, kita tidak boleh lagi hidup dengan sering cuba untuk mencetuskan sesuatu perkara yang boleh membangkitkan perasaan tidak menyenangkan diantara satu dengan yang lain. Tidak salah dan tentu sekali tidak rugi untuk kita berusaha untuk hidup dalam keadaan yang rukun damai dengan sesama kita dalam negara ini walaupun kita semua datang dari latar belakang kehidupan atau asal usul yang sememangnya berbeza.

Sebagai seorang pemimpin agama(sekiranya benar) Benjamin Stephen sewajarnya bertanggungjawab membimbing umat Kristian khususnya ke arah jalan kedamaian sesama mereka dan juga dengan semua penganut agama lain dinegara ini dan bukannya membawa mereka menuju ke jalan kehancuran dan kemusnahan. Jesus Kristus, ajaran Kristian tidak pernah menuntut mana-mana penganutnya untuk bertelagah dengan sesiapa walau dengan orang yang tidak seagama.

Dalam isu ini kita semua mahu melihat tindakan yang paling tegas dan segera harus diambil oleh pihak berkuasa terhadap Paderi 'lembut' ini bagi menghalang beliau dari terus cuba untuk menimbulkan suasana serta keadaan yang tidak tenteram dan stabil dalam negara. Kita bukan mendesak tetapi kita sangat mengharapkan supaya KDN dibawah Datuk Seri Hisham lebih bertegas didalam isu sebegini dan kita tidak mahu perbuatan seperti ini jika dibiar berlarutan akan mewujudkan keadaan yang lebih membahayakan kepada keselamatan dan keamanan negara di kemudian hari.

Rakyat Sarawak harus menjauhi PKR !




Bermula daripada Pengerusi Parti KeADILan Rakyat (PKR) Negeri Sarawak iaitu Encik Baru Bian serta Penasihat PKR peringkat negeri Sarawak Datuk Sri Hajjah Hafshah Haji Harun, Timbalan Pengerusi PKR negeri Sarawak, Ketua AMK Negeri Sarawak, Ketua Wanita PKR Negeri Sarawak serta mereka-mereka yang memegang apa jua jawatan tertentu dalam PKR Negeri Sarawak, peringkat bahagian dan juga peringkat cawangan atau cabang, maka saya selaku rakyat negeri Sarawak ini menyeru kepada anda semua yang menyokong segala pergerakkan atau dalam ertikata lainnya menyertai setiap kegiatan yang telah, sedang dan yang akan dianjurkan oleh PKR di negeri ini agar berhenti setakat ini, cukuplah !

Anda semua yang sentiasa menentang segala bentuk pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional di negeri bagi membangunkan Sarawak dan memakmurkan rakyatnya tiada apa alasan yang boleh meyakinkan rakyat Sarawak untuk terus mempengaruhi mereka dengan perjuangan sia-sia PKR itu dan begitu juga anda semua ini yang kini masih lagi menebal rasa setia terhadap perjuangan PKR sudah tiada sebab-musabab untuk anda semua dari terus bersandiwara memperdayakan rakyat Bumi Kenyalang ini kata-kata yang cuma indah khabar dari rupa. Berpatah baliklah kepada perjuangan untuk membela rakyat daripada perjuangan yang tidak ada arah tujuan bersama PKR !

Melihat kepada situasi semasa pemilihan berbagai jawatan peringkat cawangan atau cabang PKR di seluruh negara sejak beberapa hari yang lalu sehingga semalam seperti yang digambarkan diatas, kita semua tentu sekali seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku itu boleh terjadi didalam PKR yang selama ini begitu gah dan angkuh melaungkan slogan 'reformasi' untuk menuntut sistem demokrasi tulen diamalkan dalam pemerintahan negara kerana kononnya mengikut tuduhan PKR bahawa selama ini kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh BN bersifat kuku besi atau diktator serta tidak demokratik..

PKR ini belum lagi membentuk dan mentadbir sebuah negara, mereka baru saja mengadakan pemilihan jawatan dalam parti sendiri tetapi demokrasi yang mereka tuntut daripada BN selama ini sudah tidak mereka pakai lagi dan yang lebih malang lagi ialah semasa dibeberapa tempat pusat penjumlahan undi semalam demokrasi tidak mereka gunakan lagi iaitu sewaktu proses pengiraan undi malah telah jauh dibuang dari landasan asal perjuangan PKR apabila terdapat beberapa calon yang telah tewas tidak sanggup menerima kekalahan mereka sehingga berlakunya pergaduhan, baling kerusi, bakar bendera PKR, tumbuk menumbuk dan sebagainya lagi.

Jadi kepada mereka semua yang nama tersebut dan tidak disebut diatas dan juga kepada seluruh rakyat Sarawak khasnya yang masih mengagung Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin idaman mereka, lihatlah kalau anda mampu melihat lalu renung dan fikirkanlah sokongan dan kerjasama yang telah dan sedang berikan kepada PKR itu boleh membawakan kebaikan kepada negeri serta rakyat Sarawak dikemudian hari. Dengan melihat kepada peristiwa yang berlaku dalam PKR semasa proses pengiraan undi semalam, apakah itu juga belum lagi cukup untuk menyedarkan anda semua bahawa perjuangan dengan PKR sepatutnya ditamatkan setakat hari ini saja dan anda semua harus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perjuangan Barisan Nasional dalam menyatupadukan rakyat, mempertingkatkan tahap ekonomi rakyat dan negara.

Rakyat Sarawak, jauhi dan hindarilah Parti KeADILan Rakyat (PKR) demi keharmonian dan kesejahteraan kita semua!!!
Posted by Picasa

Ahad, September 26, 2010

Satu Melayu: Nazri Tak Usah Bimbang: TUN M JANJI TAK AKAN JADI ...

Satu Melayu: Nazri Tak Usah Bimbang: TUN M JANJI TAK AKAN JADI ...: "PASIR MAS 25 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak mempunyai keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri sebagaimana..."

ulasan Anak Merdeka;
DS Nazri benar-benar telah melukakan hati YABhg Tun Dr Mahathir. Tiada apa-apa istimewanya bilamana melihat kepada kesetiaan yang sering diwar-warkan oleh DS Nazri kononnya ada pada dirinya terhadap "boss" yang dimana mereka pernah dia berkhidmat dibawah pentadbiran jika pendirian beliau akan berubah terhadap bekas ketua yang lama setelah mendapat ketua yang baru.

Sebagai seorang yang berjawatan sebagai Menteri didalam sesebuah kabinet persekutuan, DS Nazri tidak harus cepat melatah tak tentu pasal lebih-lebih lagi apabila mendapati adanya teguran apatah teguran datang dari bekas ketuanya sendiri. Teguran untuk kebaikan bukan untuk memusnahkan!

Sabtu, September 25, 2010

Kenapa KDN membiar S. Manikavasagam ganggu kerja Polis ???

Dahulu kebiasaannya tuduhan liar sering dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin politik pembangkang ke atas kerajaan kononnya kerap mencampuri urusan polis terutama sekali mengenai sesuatu kes apatah lagi sekiranya kes berkenaan ada membabitkan kepentingan kerajaan yang sedang didalam penyiasatan pihak berkuasa.

Dan tuduhan membabi-buta oleh pihak Pakatan Pembangkang terhadap pihak kerajaan tidak akan berhenti disitu saja malah ianya akan terus dijadikan sebagai isu besar apabila kes yang sedang disiasat itu mulai didapati sebagai kekurangan bukti untuk dibawa ke Mahkamah dan sudah pasti kemungkinannya ia dirasa lebih memihak kepada pihak kerajaan setelah sesuatu kes ditutup kertas siasatannya oleh pihak Polis.

Tetapi kini, sejak akhir-akhir ini...kecenderungan pihak pemimpin dari Pakatan Pembangkang untuk terlibat didalam kerja-kerja siasatan polis seperti sudah tiada halangan lagi. Gelagat Ahli Parlimen Kapar Selangor YB S. Manikavasagam dari PKR misalnya didalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, beliau jelas sekali sedang giat untuk turut sama membuat siasatan kes tersebut malah dilihat sudah keterlaluan apabila sanggup mengusung isteri hartawan India S. Ushara ke hulu kehilir yang didakwa telah dibunuh oleh suspek utama pembunuh Datuk Sosilawati serta tiga rakannya.

Lebih mengejutkan lagi apabila S. Manikavasagam telah dengan bersahaja memperdengarkan perbualan telefon yang "kononnya" telah dirakam oleh isteri hartawan India itu dimana ianya mengandungi perbualan diantara suaminya iaitu hartawan terbabit dengan suspek utama disamping satu lagi "kononnya" rakaman perbualan diantara seorang pegawai polis Malaysia dengan hartawan berkenaan.

Apakah pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri(KDN) yang diterajui oleh YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak memandang serius dengan apa yang telah dilakukan oleh YB S. Manikavasagam itu ? Apakah pihak KDN hanya akan membiarkan saja YB S. Manikavasagam memperlihatkan kepada dunia betapa undang-undang dinegara ini mudah dan senang untuk diperlekehkan oleh sesiapa saja ?

Jika S. Manikavasagam dibiarkan saja untuk bertindak tanpa batasan sedemikian, jadi bagaimana pula nanti dengan pemimpin-pemimpin parti politik yang lainnya, tak kiralah mereka dari parti mana pemerintah atau pembangkang, apakah KDN hanya akan bertindak sekiranya perbuatan seperti yang telah dilakukan oleh YB S. Manikavasagam telah menjadi budaya kerja yang baru dalam negara kita dan akan menjadi ikutan pula kepada mereka yang lain ?

Jadi kepada Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, ketenteraman awam, keharmonian serta kesejahteraan dalam negara ini, kami rakyat merayulah kepada YB supaya tegas dengan tugas agar apa yang telah dan sedang dilakukan oleh YB S. Manikavasagam tidak akan diikuti oleh pihak lain selepas ini selain itu juga kita berharap YB S. Manikavasagam tidak akan terus bertindak semakin jauh dari tanggungjawab sebenar beliau sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

YB S. Manikavasagam harus sedar bahawa beliau menang sebagai Ahli Parlmen Kapar di Selangor atas tiket Parti KeADILan Rakyat adalah atas kehendak rakyat berbilang kaum disitu demi untuk menuntut perubahan "kononnya" selama dibawah pemerintahan BN hidup mereka merana, sengsara, derita, ditindas dan macam-macam lagi bentuk penderaan lebih malang dari rakyat Darfur di Sudan maka rakyat disitu mengharapkan YB S. Manikavasagam untuk memperbaiki atau menaiktaraf kehidupan mereka, kononnyalah!

Kepada YB S. Manikavasagam, kami rakyat menyeru !!! YB jalankan kewajipan dan tugas sebagai seorang wakil rakyat dan tak payah menyibuk dengan kerja polis. Kerja menyiasat sebarang kes jenayah itu kerja polis, maka biar pihak polis saja yang uruskannya, tak payah nak memandai... dan jika masih mahu, berhenti saja jadi wakil rakyat...kosongkan kerusi Parlimen Kapar, letak jawatan dan masuk kerja dalam perkhidmatan polis...
Posted by Picasa

Jumaat, September 24, 2010

Untuk menang Naib Presiden PKR, Nurul cabar Tun Dr Mahathir berdebat !

Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar...walaupun dia tahu bahawa dia itu siapa sehingga sanggup dan terpaksa mempelawa Negarawan Terbilang YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad berdebat dengan beliau demi untuk menarik perhatian para perwakilan agar memlih beliau sebagai salah seorang daripada Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat yang dijangka akan diadakan akhir tahun ini.

Maka begitulah cara perjuangan dalaman PKR, mereka sanggup berbuat apa saja demi untuk mencapai apa saja yang dihajati walaupun mereka tahu bahawa cara yang digunakan oleh mereka kini sudah terlalu jauh terpesong dari matlamat asal penubuhan PKR sejak lebih sepuluh tahun yang lalu.

YB Nurul Izzah hanyalah seorang Ahli Parlimen biasa yang baru sepenggal menang pada pilihan raya umum ke-12 dan belum nampak apa-apa lagi sumbangan dia kepada bangsa, negara dan agama tetapi telah begitu angkuh mencabar YABhg Tun Dr Mahathir untuk berdebat mengenai 'masa depan kuasa pemerintahan orang Melayu' dinegara ini sekiranya Pakatan Pembangkang menjadi kerajaan.

Walau apapun niat atau alasan Nurul Izzah untuk mencabar Negarawan Terulung ini agar berdebat mengenai isu tersebut, saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang senantiasa menyanjung tinggi kepimpinan YABhg Tun Dr Mahathir yang sehingga kini belum ada saingannya lagi di negara ini tetap melihat cabaran oleh Nurul itu adalah semata-mata usaha terdesak beliau untuk memenangi jawatan yang akan ditandinginya dalam PKR selain sebagai sebahagian dari usaha untuk mengalih perhatian rakyat terhadap masalah sebenar kepimpinan yang sedang menghambat PKR ketika ini yang semakin busuk hari ke hari.

Kepada YB Nurul Izzah, pesan saya selaku rakyat biasa ni, lupakanlah saja hasrat gila YB itu untuk berdebat dengan YABhg Tun Dr Mahathir... adalah lebih baik jaga kawasan Parlimen Lembah Pantai YB tu elok-elok, dengar masalah rakyat kat situ, selesaikan masalah mereka...janji harus ditepati !

YB Nurul bukan lawan YABhg Tun Dr Mahathir... YB Nurul cerminkanlah diri anda sendiri dulu....pandang lama-lama wajah dalam cermin...sudah ada kedut-kedut ke di pipi,muka, bawah mata, atas dahi, bawah dagu, ditangan, dijari dan sebagainya...

Khamis, September 23, 2010

500 ahli BENDERA semakin hilang akal dan iman !!!

Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa sejumlah 500 orang rakyat Indonesia telah mengepung disekeliling kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan di Jakarta sejak semalam dalam usaha mereka untuk menghalau beliau keluar dari Indonesia.

Mereka telah memberi tempoh selama 2 hari untuk Datuk Syed Munshe berbuat demikian dan mereka mengugut sekiranya Duta Besar Malaysia itu enggan keluar dari Indonesia maka mereka akan mengeluarkan segala bentuk barang serta apa jua benda dari dalam rumah kediaman beliau.

Kumpulan 500 orang itu berkemungkinan besar adalah ahli-ahli kumpulan BENDERA yang memang anti-Malaysia dan mereka adalah terdiri daripada komuniti kecil yang berjiwa kerdil, suka kepada perbalahan, sanggup menerima apa saja upah yang diberi walaupun tau perbuatan mereka akhirnya akan merugikan diri mereka sendiri.

Selain itu, kumpulan 500 orang rakyat Indonesia di Jakarta juga dilaporkan telah merayau-rayau disekitar gedung-gedung membeli-belah seperti di Mall, Hypermarket, Supermarket, Hotel-hotel dan dimana saja asal ada terdapat rakyat Malaysia untuk mengusir mereka keluar dari negara Indonesia.

Perkembangan terbaru ini berlaku dan tercetus berikutan terbongkarnya kes penderaan yang berlaku di Pulau Pinang yang mana seorang amah dari Jawa Timur telah didera secara fizikal dan seksual oleh majikannya.

Dan apa yang kumpulan 500 orang rakyat Indonesia ini tidak pernah ambil pusing ialah, adakah amah tersebut bekerja di negara ini mengikut prosedur yang sah atau bekerja secara haram. Apa yang dimaklumkan bahawa wanita terbabit adalah Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) atau dulu mudah disebut sebagai Pendatang Haram dan sudah tentu bekerja di negara tanpa sebarang dokumen yang sah !

Kalau diikutkan betul-betul, apabila PATI ini yang bekerja secara haram di negara ini telah ditindas, ditipu dan sebagainya oleh majikan masing-masing mereka sendiri harus menerima apa juga risikonya dan bila berdepan dengan kejadian seumpama itu mereka tidak patut membebankan masalah sedemikian kepada pihak kerajaan Malaysia.

Jadi kepada 500 rakyat Indonesia ini tadi, tolonglah buka mata, buka telinga dan gerakkan otak anda yang beku itu ! ..fikirlah sendiri, walaupun amah warga Indonesia itu datang bekerja secara haram ke negara ini tetapi apabila beliau menghadapi masalah serupa itu, pihak berkuasa Malaysia tidak pernah berdiam diri malah kedua-dua suspek(majikan) dalam kes dera itu iaitu sepasang suami isteri kini sudah ditahan oleh polis Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kepada 500 rakyat Indonesia(BENDERA) sampai bila lagi anda semua akan mampu berjuang dengan cara mengamal gaya hidup manusia di zaman purba, pakai undang-undang rimba...siapa kuat akan menang siapa lemah pasti kalah !?

Ahad, September 19, 2010

Kes Sosilawati + 3 mangsa: Bila lagi DAP,PKR,PAS nak berarak???

Ketiga-tiga parti politik ini sering melaungkan keadilan untuk semua, sama rata, sama rasa, atas bawah, kiri kanan, depan belakang, luar dalam akan dilayan secara saksama, tiada berat sebelah dan tidak kira tinggi rendahnya sesiapa atau mana-mana orang, bangsa atau kaum serta fahaman agama, ideologi politiknya.

Dulu masa kes kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock, mereka DAP,PAS dan PKR berpadu berarak atau berdemontrasi beramai-ramai disepanjang jalanraya sebagai bukti kepada rakyat bahawa mereka benar-benar ingin menunaikan apa yang pernah mereka katakan.

Dan begitu juga dalam isu kematian mendiang Kugan, seorang penjenayah yang mati ketika didalam tahanan polis. DAP,PAS dan PKR juga turut bersatu padu keluar beramai-ramai berarak dijalanraya kononnya untuk menunjukkan kepada dunia betapa mereka sangat ikhlas memperjuangkan keadilan untuk mangsa-mangsa kezaliman pihak berkuasa di negara ini.

Namun dalam kes kemalangan yang mengakibatkan seorang Askar Melayu diRaja Malaysia iaitu Mohd Salleh bin Hamdan terkorban setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar oleh kereta mewah Mercedes Benz yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua dari arah bertentangan di KM 49 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi pada 13 Mac 2010 lalu, tiada seorang pun para pemimpin atau penyokong dari PAS,DAP dan PKR yang keluar keatas jalanraya sebagaimana yang pernah mereka lakukan untuk mendiang Teoh Beng Hock dan juga mendiang Kugan. Kenapa???

Dan begitu juga sekarang berhubung dengan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati serta 3 mangsa yang lain, tiada juga apa-apa yang kita lihat tindakan yang mungkin akan diambil oleh pihak PKR,DAP dan PAS dalam usaha mereka kononnya untuk menegakkan keadilan bagi pihak mangsa.

Setakat ini PAS,DAP dan PKR belum ada tanda-tanda untuk mengadakan perarakan besar-besaran bagi menuntut keadilan bagi pihak kempat-empat mangsa tetapi apa yang jelas kini ialah mereka telah membisu seribu bahasa berkaitan kes ini dan cuma ada kedengaran ialah suara mereka yang mempersoalkan kecekapan pihak polis yang begitu cekap dan pantas menyelesaikan kes pembunuhan itu dan bukannya untuk menghargai pihak polis.

Apa-apapun kita seluruh rakyat tetap akan tunggu dan lihat apa yang akan pihak Pakatan Tak Sah itu buat selanjutnya...(gambar diatas saya ambil dari blog Ruang Bicara Faisal/rbf)... terima kasih !

Sabtu, September 18, 2010

Wan Junaidi kecewa Sarawak dianaktiri sementara Sabah diutamakan...

Isu ketidakseimbangan jawatan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada ahli-ahli politik serta pegawai-pegawai yang layak dari Sarawak jika dibandingkan dengan mereka yang berasal dari Sabah tetap akan menjadi isu hangat pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak akan datang.

Mana tidaknya selepas saja pengunduran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan apabila kuasa mentadbir negara telah beralih kepada YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi usaha oleh sesetengah pihak dari Semenanjung dan Sabah untuk menekan kepimpinan kerajaan negeri Sarawak di bawah YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sudah mulai nampak kocaknya.

Perkara ini seolah-olah telah menjadi barah walaupun peralihan kuasa telah berlaku dari YAB Tun Abdullah kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Ianya seakan-akan telah menular tanpa ada usaha untuk memperbetulkannya. Sebaik saja Datuk Seri Najib mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri dan apabila dilaku rombakan kabinet, boleh saja dilihat pemimpin dari negeri mana yang diutamakan dan diberi jawatan-jawatan penting.

Ikutilah antara sebahagian dari keluhan yang disuarakan oleh YB Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Anggota Parlimen Santubong yang juga Timbalan Yang DiPertuan Dewan Rakyat mengenai isu ini sebagaimana yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Borneo hari ini 18 September 2010.

KUCHING: Sarawak sepatutnya tidak 'dianaktirikan' oleh kerajaan pusat dalam pembahagian jawatan penting termasuk jawatan menteri didalam kementerian persekutuan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sementara Sabah kelihatan lantang melaungkan hak mereka sebagai sebuah wilayah dalam penubuhan Malaysia, Sarawak sepatutnya tidak disisihkan walaupun kelihatan berdiam diri.

"Sekarang Sabah sudah diberi hak kesamarataan dimana ramai rakyatnya dilantik jawatan penting di Semananjung Malaysia.., tetapi tidak bagi Sarawak. Saya berharap Sarawak tidak disisihkan walaupun kita berdiam diri," katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Semariang semalam.

Beliau mengulas kenyataan tersebut ketika ditanya pemberita mengenai 20 perjanjian Sabah dan 18 untuk Sarawak yang hangat dibincangkan sekarang.

Wan Junaidi turut menambah, walaupun beliau berterima kasih dengan pihak persekutuan dalam menyediakan peruntukkan berbillion ringgit untuk negeri ini, namun beliau tidak berpuashati kerana tidak ramai yang mewakili negeri ini dalam kementerian kerajaan pusat.

"Jangan hanya memandang Sabah (dari aspek kesamarataan)...kita juga mempunyai 30(kerusi Parlimen) di Sarawak," katanya sambil menambah ramai rakyat negeri ini layak untuk menjawat jawatan tinggi diperingkat kementerian persekutuan.

Wan Junaidi turut menegaskan kerajaan pusat menyediakan kouta untuk pembahagian jawatan penting untuk Sarawak dan Sabah bagi memastikan pengagihan jawatan yang adil.

Syabas YB Datuk Wan Junaidi !!! YB sudah berjaya menghidu sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku sejak mula YABhg Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri dan diharap Datuk Seri Najib dapat mempertimbangkan apa yang telah diluahkan oleh YB Datuk Wan Junaidi itu dengan sebaik mungkin.

Hari Malaysia : Tun Rahman terima Anugerah Tokoh Malaysia

Bekas Ketua Menteri Sarawak yang ke - 3 dan juga bekas Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak yang ke - 4, YABhg Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman  Ya'akub telah dianugerah dengan Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia yang ke 47 oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kota Kinabalu, Sabah pada perayaan tersebut.

Anugerah disampaikan mungkin berdasarkan kepada sumbangan besar beliau terhadap pembangunan negeri Sarawak dalam berbagai bidang khususnya dan Malaysia amnya.

Syabas dan Tahniah buat YABhg Tun, semoga Tun akan terus dikurniakan kesihatan yang baik.

Tapi wak paling kamei suka ien lah Tun kenah pejaan udei jgem YAB Pehin Sri, uno-uno masalah jgem anek naken dbei walau umit atau ayeng nak lah seperti hal biasa...

Kamei berdoa semoga Tun sihat-sihat selalu, lalo umor kawak selalu bak den mana-mana liko dagen Sarawak kawak Malaysia. Tun Rahman ien lah kebanggaan telo semuah.

Jumaat, September 17, 2010

Apabila Peguam 'menjenayah' siapa pula nak jadi Peguam Bela ?

Setelah Ketua Polis Selangor mengumumkan bahawa status siasatan polis terhadap kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 yang lain 30 Ogos lalu iaitu satu kes pembunuhan yang paling kejam di dunia sebagai sudah selesai dan kini tibalah masanya untuk para penjenayah yang punya kedudukan didalam masyarakat, punya pendidikan tinggi, punya kerjaya yang tidak sesuai sama sekali dengan jenayah yang dilakukan mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan di Mahkamah.

Persoalan yang pasti dan tentu akan berlegar difikiran sekarang ialah siapa diantara Peguam yang duduk didalam Majlis Peguam atau pun Peguam persendirian mahu atau sanggup untuk membela ke lapan-lapan penjenayah yang kini telah ditahan reman oleh pihak berkuasa.

Apakah ke lapan-lapan penjenayah itu masih dilihat sebagai masih ada hak untuk diberi pembelaan oleh masyarakat Malaysia dari segi undang-undang di negara ini memadangkan kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang lebih kejam jika dibandingkan dengan mana-mana haiwan ganas di muka bumi ini ?

Haiwan seganas mana pun jika ianya membunuh ia setakat membunuh atau memamah serta memakan daging lawannya tetapi tidak sampai untuk membakar mayat lawannya sehingga tinggal menjadi debu...

Dan, dalam kes ini kita mahu melihat apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh pihak Majlis Peguam dalam usaha mereka berdepan dengan karenah ahli-ahli mereka yang bermasalah di dalam pertubuhan mereka. Adakah Majlis Peguam akan menyalahkan pihak-pihak lain selepas ini atau menuntut digugurkan itu dan ini kepada pihak kerajaan...

Hukuman bentuk apakah yang wajar dikenakan kepada ke lapan-lapan penjenayah itu nanti sekira disabit dengan jenayah yang telah mereka lakukan ? Hukuman pancung ?, hukuman pasong ?, hukuman gantung ?, dicabut kuku kaki, tangan satu persatu ?, dipanggang atas bara api yang membara ?, disumbat ke dalam tong najis ?, dilempar kedalam sangkar singa, harimau dan buaya ?

Khamis, September 16, 2010

16 September : Angan Tak Sudah !

Meminjam kata-kata Nabil Raja Lawak "lu pikirlah sendiri"...
Posted by Picasa

Ulang Tahun ke-2 Kerajaan Baru serba-serbi

Hari ini 16hb September adalah hari ulang tahun ke-2 pemerintahan kerajaan campuran yang terdiri dari 3 parti politik yang mana belum lagi berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan(ROS).

Mereka berjaya memerintah negara ini setelah berjaya merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional dengan cara membelakangi amalan demokrasi apabila berjaya memujuk sebilangan Ahli Parlimen BN yang diercayai berjumlah seramai 30 orang untuk menyertai mereka dan keluar daripada BN. HaH!!!???

Tarikh 16hb September juga tidak sekadar akan diingati oleh rakyat negara ini sebagai Hari Malaysia bagi memperingati pembentukkan Persekutuan Malaysia apabila Semenanjung Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak, Sabah dan Singapura malah akan terus dikenang sebagai hari "penipuan berprofile tinggi" sepanjang masa atau untuk selama-lamanya selagi ada bulan dan matahari.
Posted by Picasa

Rabu, September 15, 2010

16 September: Ulang Tahun ke-2 PKR tipu DAP dan PAS...

Tarikh 16hb September setiap tahun bagi saya iaitu sejak saya dari bangku sekolah lagi tidak bermakna sangat dan tiada keistimewaannya jika dibandingkan dengan tarikh keramat iaitu 31hb Ogos setiap tahun.

Tarikh kemedekaan negara memang sentiasa di ingat hanya pada tarikh tersebut iaitu 31 Ogos setiap tahun dan bagi saya secara peribadi adapun tarikh yang baru sekarang iaitu 16hb September cuma sekadar usaha oleh pihak kerajaan untuk mengambil hati rakyat Sarawak dan Sabah bagi mengimbangi tekanan daripada pihak Pakatan Pembangkang yang mana merekalah sebenarnya mula-mula sekali mencetuskan tentang perlunya diadakan sambutan Hari Malaysia pada setiap 16 September bagi mengingati pembentukan negara Malaysia.

Dan Hari Malaysia mula diiktiraf sebagai hari cuti umum juga sebagai hari yang bersejarah sebaik saja keputusan Piliharan Umum tahun 2008 dilihat tidak lagi menyebelahi kerajaan Barisan Nasional kerana rakyat ketika itu sudah mulai bertukar selera dengan memberi sokongan kepada pihak Pakatan Pembangkang setelah terpukau dan terliur dengan segala jenis menu yang dihidangkan.

Bagi saya jika Hari Malaysia diraikan bagus juga dan jika tidak diadakan tidak mengapa juga kerana kita semua tidak tahu apakah dengan adanya dua perayaan yang punyai kaitan sejarah serupa yang diraikan pula dalam jangka waktu dengan jarak yang tidak sampai sebulan adakah ianya mampu mempertingkatkan semangat cintakan negara, sayangkan negara dikalangan rakyat Malaysia yang hampir separuh daripada mereka ketara semakin buta tentang sejarah negara sendiri.

Tetapi tarikh 16 September lebih senang dingati oleh rakyat Malaysia sebagai satu tarikh yang penuh dengan kisah atau siri pembohongan yang dibuat oleh Penasihat PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kita semua rakyat Malaysia boleh lihat bagaimana bijak sekalipun kesemua pemimpin-pemimpin dalam DAP terutamanya YB Karpal Singh akhir dengan mudah ditipu dan diperdayakan oleh DSAI tentang rancangannya untuk merampas kuasa menuju ke Putra Jaya bagi membentuk sebuah kerajaan baru di negara ini.

Tepat pada tarikh 16hb September juga kesemua pemimpin didalam parti PAS telah ditipu hidup-hidup oleh DSAI dengan janji-janji beliau yang bersimpang-siur mengenai matlamat untuk membentuk kerajaan baru bersama DAP dan PAS.

Kes Sosilawati & 3 mangsa: Mengapa DAP,PKR,PAS,Gerakan,MCA,MIC,Hindraf dan Majlis Peguam berpeluk tubuh???

Mungkin ramai daripada rakyat Malaysia yang masih mengingati kes kemalangan jalanraya yang berlaku pada 8hb February 2010 jam lebih kurang pukul 12:30 pagi dan kejadian bertempat di lampu isyarat Unisel Sekyen 7 Shah Alam, Selangor.

Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa iaitu seorang penuntut di UiTM berketurunan Melayu, Mohd Bakri Mohd Bazli koma untuk beberapa minggu didalam wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) setelah dilanggar kereta yang dipandu oleh ADUN Sekinchan daripada DAP iaitu YB Ng Suee Lim yang juga didapati memandu dibawah pengaruh alkohol.

Kejadian tersebut langsung tidak mendapat sebarang perhatian daripada para pemimpin Pakatan Pembangkang baik DAP,PKR,PAS,Gerakan,MCA,MIC,Hindraf dan Majlis Peguam dan tiada sebarang cadangan diusul bagi menyiasat kes kemalangan itu kerana yang melanggar adalah pemimpin DAP dan yang dilanggar pula adalah remaja Melayu bukan Teoh Beng Hock juga bukan Kugan.

Selang sebulan selepas itu berlaku satu lagi kemalangan dimana kereta mewah Mercedes Benz milik Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua (PKR) yang dipandu oleh pemandu peribadi beliau telah melanggar yang mengakibatkan kematian seorang Askar Melayu DiRaja Malaysia iaitu Mohd Salleh bin Hamdan di KM 49 Jalan Johor Bahru-Mersing berdekatan Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi.

Kemalangan yang berlaku pada 13hb Mac 2010 jam 9:30 malam dilaporkan terjadi setelah kenderaan yang dinaiki oleh YB Tian telah memasuki lorong kanan untuk memotong kenderaan yang lain didepan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggang oleh mangsa dari arah hadapan.

Kes kemalangan ini juga sebagaimana kejadian yang terdahulu menimpa adik Mohd Bakri langsung tidak mendapat tempat didalam perjuangan 'telus, adil, saksama, sama rata, berintergriti' Pakatan Pembangkang kerana yang melanggar adalah Ahli Parlimen PKR dan yang meninggal dilanggar adalah seorang Askar berbangsa Melayu bukannya Teoh Beng Hock dan tentu bukan juga Kugan.

Dan kini setelah 6 bulan berlalu, satu lagi kes berlaku dan kejadian ini adalah yang paling luarbiasa sekali dan apa-apapun kejadian ini memerlukan semua pihak untuk bersabar, bertenang dan menyerahkan tugas kepada pihak polis untuk menyelesaikan siasatan kes ini secara terpeinci dan telus.

Dan apa jua yang telah, sedang dan akan berlaku selepas ini kita semua sudah sedia maklum kini bahawa mereka yang telah terlibat didalam kejadian pembunuhan paling kejam ini mempunyai hubungan dengan kumpulan etnik yang diharamkan iaitu Hindraf serta sebuah parti yang kononnya demokratik DAP dan secara amnya suspek utama kes ini adalah penyokong kepada Pakatan Pembangkang.

Setakat ini, untuk kes yang paling tragis ini belum ada lagi sebarang suara daripada para pemimpin didalam Pakatan Pembangkang, Hindraf serta Majlis Peguam untuk mendesak atau menggesa kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional agar menubuh satu inkues awam atau Tribunal awam bagi menyiasat kes ini sehingga ke akar umbinya.

Jangkaan saya mengenai sikap kesemua para pemimpin dalam Pakatan Pembangkang kelak adalah tetap sama seperti yang diperlihat kepada dua kes kejadian yang terdahulu. Mereka hanya mengambil sikap berdiam diri kerana keempat-empat mangsa yang ditahan, dipukul, dibunuh, dibakar dan abu mayat dibuang kedalam sungai waktu kejadian tersebut bukannya Teoh Beng Hock dan bukannya Kugan.
Posted by Picasa

Isnin, September 13, 2010

"Pembersihan Etnik" oleh Hindraf di Malaysia bermula ! ...Apa kata PR?


Dahulu, kumpulan Hindraf yang mendapat sokongan padu daripada DAP, PKR serta Majlis Peguam begitu ghairah mengadakan kempen memburuk-burukkan kerajaan Malaysia dengan mendakwa kononnya kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh kaum Melayu sebagai tulang belakang pemerintahan negara telah lama mengamalkan dasar "pembersihan etnik" terhadap kaum yang asalnya adalah pendatang di negara ini.

Hindarf tekad berkempen mengenai dakwaan palsu mereka itu sehingga ke negara asal datuk nenek moyang mereka iaitu India. Tak cukup dengan itu, Hindarf cuba mengheret pulak kerajaan Britain kedalam isu itu kononnya negara terbabit bertanggungjawab penuh terhadap semua apa yang berlaku dan menimpa keatas kaum mereka di Malaysia.

Tak cukup dengan itu, kumpulan Hindaraf juga pernah menyerbu masuk dengan cara yang paling tidak bertamadun dan tidak berbudaya, tidak beradab semasa Rumah Terbuka Aidil Fitri bekas Perdana Menteri ke-5, YABhg Tun Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi seketika dulu sehingga menimbulkan kekecohan yang dimulakan oleh kumpulan Hindarf sendiri.

Sekarang apa yang sudah berlaku ??? ...apa yang sudah Hindraf lakukan ??? ...adakah apa yang telah dilakukan oleh pelaku dalam insiden yang membabitkan Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 yang lain sebagai mirip kepada usaha "pembersihan etnik" sebagaimana yang Hindraf sendiri dakwa telah dilakukan oleh Kerajaan BN dahulu terhadap kaum tertentu di negara ini ???

Keempat-empat mangsa telah ditahan, dipukul, dibunuh, dibakar dan kemudian abu mayat mereka telah dibuang kedalam sungai... Kes seumpama ini adalah yang pertama kali terjadi dalam negara ini dan kerajaan Barisan Nasional di Malaysia sebelum ini tak pernah sekalipun melayan rakyatnya sebegitu kejam walaupun ada sesetengah daripada rakyatnya tidak memilih calon-calon yang diturunkannya semasa mana-mana Pilihanraya diadakan.

DAP, PKR serta Majlis Peguam janganlah lagi cuba untuk menyembunyikan belang masing-masing, jangan cuba untuk menyorok muka tebal disebalik langsir-langsir yang murah !!!

Keluarlah!!! ..nyatakan pendirian anda semua selaku rakyat Malaysia, selaku pemimpin parti politik yang kononnya berjuang ke arah keadilan, ketelusan, kesaksamarataan dan suarakan semuanya tentang tragedi yang telah menimpa Datuk Sosilawati Lawiya, Peguam Peribadi beliau, Pegawai Bank serta Pemandu peribadinya agar rakyat lebih jelas dengan perjuangan anda semua !!!

Apakah akan ada desakan daripada pihak DAP, PKR, PAS serta Majlis Peguam supaya ditubuhkan Suruhjaya DiRaja untuk menyiasat kes ini ??? ...kita tunggu dan lihat !!!

Ahad, September 12, 2010

MB Kelantan TGNA mahu orang Cina berdakwah kepada orang Melayu. hehehe!!!...

sila baca ;-)
Apalah ha ha ha... lawak,lawak...

...adakah cadangan Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu masyarakat Islam di negara ini terutamanya kaum Melayu untuk belajar mengenai agama Islam daripada kaum Cina di Malaysia tidak akan membuat kita semua mula menjadi kurang siuman.

Alasan yang Tok Guru Nik Aziz beri ialah sebab orang-orang Cina di negeri China terlebih dulu menerima Islam jika dibandingkan dengan orang-orang Melayu di negara.

Oleh itu maka Tok Guru Nik Aziz mahu supaya orang-orang Melayu dinegara ini menerima dakwah yang disampaikan oleh masyarakat Cina di negara ini dan wajib belajar agama Islam daripada kaum Cina agar tidak ketinggalan dalam semau aspek yang berkaitan dengan agama Islam.

Mungkin selepas ini Tok Guru Nik Aziz mahu YB Tuan Haji Nga Kor Ming, YB Tuan Haji Ngeh Ko Ham, YB Tuan Haji N. Gobalakrishnan meneruskan dakwah mereka kepada seluruh umat Islam di negara demi kelangsungan hayat DAP/PAS/PKR dengan agama Islam sebagai modal dan alat kempen.

Datuk Sosilawati dan 3 yang lain mati dibunuh !

Tandatanya kes kehilangan misteri jutawan kosmetik terkenal Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 yang lain iaitu seorang pemandu peribadi, pengawal peribadi serta seorang peguam peribadi sudah terjawab dengan tertangkapnya 7 individu yang disyaki terlibat termasuk seorang daripada mereka adalah seorang peguam.

Menurut sumber berita, setelah dibunuh mayat keempat-empat mangsa telah dibakar disebuah ladang kelapa sawit dekat Morib dan setelah itu abu mayat mangsa juga turut dibuang kedalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Ini adalah satu perbuatan yang paling kejam, keji, hina dan langsung tidak berperikemanusiaan. Seorang peguam, yang sudah tentunya mempunyai tahap pendidikan yang tak perlu dipersoalkan lagi telah tergamak dan sanggup terlibat serta bersubahat melakukan perbuatan yang sekejam itu.

Kerana apa mungkin???

Inikah salah satu bentuk kebebasan mutlak yang sedang diperjuangkan oleh sesetengah pemimpin politik pembangkang dinegara kita ? Ada undang-undang yang telah digunapakai minta dimansuhkan. Ada peraturan yang telah lama ternyata menjaminkan keharmonian minta dihapuskan. Ada akta yang jelas berkesan dalam mencegah kemudaratan terhadap keamanan dan keselamatan dalam negara minta ditarik.

Matlamat menghalalkan cara ! Untuk mencapai segala apa yang dihajati, adakah itu jalan pintas dibolehkan ? Biar salah dan sangat bertentangan dengan kehendak naluri seseorang yang bergelar sebagai insan ataupun manusia untuk melakukan perbuatan seumpama itu, apakah lagi alasan dan dimana keperluannya untuk mana-mana pihak mendesak agar kerajaan meniadakan sesuatu undang-undang, peraturan, akta yang telah sekian lama menjadikan masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan aman, selamat, sejahtera dan sentosa sehingga ke saat ini ?

Apa-apapun kepada kesemua keluarga mangsa tragedi yang sungguh menyayatkan hati ini, kita semua berharap agar mereka bertenang, bersabar serta tabah ketika berada didalam situasi begini dan salam takziah, semoga roh-roh mangsa kejadian akan dicucuri dengan rahmat serta ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan beriman. Amin.
Posted by Picasa

Sabtu, September 11, 2010

Hari Raya pertama meriah, aman dan tenang... mungkin ada yang letih !

Sambutan Aidil Fitri untuk Hari Raya pertama menyaksikan ianya disambut dalam keadaan yang sungguh meriah serta didalam suasana yang aman, tenang, damai di seluruh negara oleh umat Islam yang juga turut disertai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama juga oleh semua rakyat dari negara-negara Islam di seluruh dunia. Harap keadaan begini berterusan...

Dalam negara cuma keadaan yang tidak pernah berubah ialah mengenai kes kemalangan dijalanraya. Berbagai kempen telah dilakukan oleh agensi-agensi penguatkuasa berkaitan keselamatan jalanraya serta lebuhraya adakan, namun jumlah kecelakaan yang dicatat bukan menunjukkan angka penurunannya tetapi tetapi seolah-olah semakin meningkat. Dimana silapnya?

Sikap pemandu itu sendiri adalah punca utama yang menyumbang kepada kerapnya berlaku kemalangan dijalanraya. Tidak mematuhi peraturan dijalanraya, tidak menghormati undang-undang jalanraya, suka melanggar peraturan jalanraya.

Gemar memasuki lorong yang salah ! juga sesuka hati menukar lorong tanpa memberi isyarat terlebih dahulu sehingga mengelirukan pengguna jalanraya yang lain. Suka memandu didalam keadaan yang tergesa-gesa seolah-olah ada sesuatu yang hendak dikejar walhal jika perjalanan telah dirancang dengan lebih awal sebelum bergerak sudah pasti tidak akan berlaku sebarang kesesakkan serta kesulitan diatas jalanraya.

Memandu dalam keadaan diri yang letih lesu juga antara punca sering berlakunya kemalangan apabila tumpuan memandu menjadi kurang kerana ingatan mulai beralih kepada perkara lain. Ingatkan bilik, ingatkan katil, ingatkan tilam, ingatkan selimut, ingatkan lantai bilik, ingatkan coffee, ingatkan karipap dan semuanya itu akan mengundang risiko bahaya yang akhirnya meletihkan deria mata, telinga dan rasa kita.

Jika merasa letih ketika memandu eloklah berehat sejenak. Tak perlulah sekiranya ketika berehat sehingga berkira-kira mahu pergi berkunjung ke pusat SPA atau pusat urut, itupun akan melalai waktu perjalanan yang telah diatur seperti projek 16 September yang tak sampai-sampai sehingga kini...

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin"

Khamis, September 09, 2010

Salam 1Syawal dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...

1 Syawal menjelma lagi setelah berakhirnya Ramadhan. Setelah sebulan umat Islam menunaikan ibadah Puasa dan kini tibalah masanya untuk meraikan kejayaan melawan segala dugaan dengan segenap kesabaran sepanjang bulan yang mulia ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, semua rakan-rakan blogger dalam AIDC, BPN atau juga blogger orang perseorangan yang turut menyokong perjuangan keduanya, 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin'...

Sempena dengan perayaan yang sungguh bermakna ini kita doakan semoga Malaysia negara kita serta rakyatnya akan sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Kuasa dari sebarang mala petaka...
Posted by Picasa

Selasa, September 07, 2010

Benarkah Cina Sarawak merana ditindas kerajaan BN ! ...Oh dasyat !

Marilah kita semua jika sudi baca dengan teliti apa yang terkandung didalam tajuk sebuah laporan berita di Utusan Borneo, terbitan Isnin 6 September 2010 sebagaimana yang telah ditulis oleh saudara Mohd Norhadie Sahari, seorang wartawan akhbar Utusan Borneo mengenai tuntutan oleh masyarakat Cina di Sarawak yang belum lagi ditunaikan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak penubuhan Malaysia maksudnya lebih kurang.
SUPP kemuka tiga tuntutan
Masyarakat Cina mahukan agihan ekonomi yang adil dan sama rata, kata Dr Chan
MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan mendedahkan terdapat tiga tuntutan yang dimahukan atau kehendaki oleh masyarakat Cina di negeri ini, selaras dengan konsep 1Malaysia.

Beliau memberitahu masyarakat Cina tidak meminta banyak tetapi cukup tiga tuntutan mereka dipenuhi iaitu peluang perniagaan yang diberikan sama rata tanpa mengira kaum, sistem pendidikan dan taraf hidup yang lebih baik.

Dr Chan memberitahu masyarakat Cina di negeri ini mahu memastikan bahawa terdapat agihan ekonomi yang adil dan bukannya dikuasai oleh pihak tertentu. "Dibawah konsep 1Malaysia, peluang perniagaan perlu diberi sama rata tanpa mengira kaum kerana jika masyarakat Cina tidak diberi ruang maka mereka akan mencari peluang lain diluar negara," katanya.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah tindakan sedemikian bukan sahaja akan merugikan kerajaan malahan sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan akan terus lesap. "Kehendak masyarakat Cina supaya peluang perniagaan diberikan sama rata perlu dipertimbangkan kerana jika golongan itu mencari peluang diluar maka hasrat untuk mencapai status negara maju tidak akan tercapai," katanya.

Dr Chan yang mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata demikian pada majlis makan malam ulang tahun ke-85 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) di Hotel Imperial Miri, Malam kelmarin.

Beliau seterusnya menjelaskan, masyarakat Cina di Sarawak kini semakin lantang dan berani menyuarakan tuntutan, masalah dan isu yang tidak menyenagkan hati mereka. "Sekiranya mempunyai masalah, kemukakan terus kepada kita supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dan jangan hanya pandai mengangkat nama semata-mata demi kepentingan sendiri," katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya mempunyai inti pati yang memberi keadilan sama rata tanpa mengira kaum kaum dan agama. "Tiada hak keistimewaan yang diberikan dalam konsep 1Malaysia kerana ia adalah konsep yang adil dan saksama kepada semua kaum walaupun ada individu tertentu suka mengangkat nama untuk mendapatkan hak keistimewaan," katanya.

Dr Chan memberitahu, ia bukan masanya lagi untuk golongan itu mengangkatkan nama demi untuk mendapatkan hak istimewa sebaliknya sekarang adalah masa untuk semua pihak diberi peluang sama rata.

Hadir sama ialah Presiden MCCCI Datuk Sim Hock Guan, Presiden DCCI MalaysiaTan Sri William Cheng Heng Jem, Datuk Lee Kim Shin serta ADUN Lambir YB Datuk Aidan Wing.

Anak Merdeka;
...hemmmzzz, ingatkan gedung-gedung, supermarket, hypermarket, pusat-pusat membeli-belah atau bangunan tinggi, besar panjang, rendah, lebar, mewah dan dengan berbagai-bagai lagi reka bentuknya yang terdapat di semua bandar-bandar besar negeri Sarawak ini adalah kepunyaan para peniaga atau usahawan, jutawan, billionair kaum Cina Sarawak tetapi rupanya tidak. Oh!!!

Bumiputera yang terdiri dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau, Murut, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kedayan, Bisaya rupanya pemilik bangunan-bangunan yang tersergam indah dikesemua bandar-bandar yang wujud di negeri Sarawak ini. Kaum Bumiputera juga yang paling banyak membuka pusat-pusat perniagaan di seluruh Bumi Kenyalang jika dibandingkan dengan masyarakat Cina.

Lihatlah bangunan yang tertinggi di Sarawak iaitu Wisma Sanyan di Sibu, Hotel Pullman di Kuching, Bangunan Hung Ann di Sibu, Wisma Yun Lan di Miri dan banyak lagi merupakan lambang kemajuan serta kepesatan perniagaan kaum Bumiputera yang 100% dibela, disokong, diberi peluang seluas-luasnya oleh kerajaan Barisan Nasional dengan menafikan hak kaum Cina untuk berniaga di negeri Sarawak ini. Aduhhhh!!!

Patutpun juga kaum bukan Bumiputera untuk menuntut bukan saja 3 perkara tetapi kalau boleh tuntutlah sehingga 300 perkara pun tak apa pasal Bumiputera sudah terlalu maju didalam semua bidang yang diceburi sehingga sangat sukar untuk dikejar oleh masyarakat Cina.

Dalam soal pendidikan juga apa mau dibanding akan pencapaian para pelajar kaum Bumiputera dengan pelajar dari masyarakat Cina. Pelajar Bumiputera apabila keluar saja keputusan untuk setiap kali peperiksaan tak kiralah UPSR, PMR, SRP, SPM, SPTM maka sudah keputusan yang mereka dapat biasa 10A, 11A, 12A, 13A, 14A, 15A, 16A, 17A, 18A, 19A, 20A...kerana apa ? kerana tahap pendidikan khususnya untuk Bumiputera terlalu bagus, selesa dan tidak setanding dengan apa yang dikecapi oleh pelajar bukan Bumiputera yang mutu pendidikan mereka begitu daif sekali...hmmmm !!!

Peraduan "Jambu Air" PKR 2010 bermula November ini !

Dengar khabar Parti KeADILan Rakyat (PKR) akan mengadakan pemilihan parti itu bermula pada bulan November 2010 nanti.

Pemilihan tersebut dijangka membabitkan berbagai jawatan bermula dari jawatan yang tidak glamer kepada jawatan yang top ten kata orang sekarang.

Yang tentunya akan menjadi perhatian rakyat nanti ialah perebutan jawatan Presiden sekiranya dipertandingkan itupun tertakluk kepada budi bicara Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim samada beliau mahu ke tidak jawatan nombor satu itu diusik.

Jawatan yang bakal menjadi perhatian khusus masyarakat umum sekarang dan telah menjadi bualan hangat masyarakat ialah Timbalan Presiden PKR.

Untuk jawatan tersebut, dua nama telah disebut-sebut sebagai calon yang sesuai dan juga kurang sesuai jika mengikut tafsiran yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli PKR sendiri. Mereka ialah YB Mohd Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Macam-macam telahan serta kupasan telah dibuat terhadap ketokohan kedua-duanya. Ada yang kata aset yang ada pada Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali tidak ada pada Datuk Zaid dan begitu juga tentang sesuatu yang dimiliki oleh Datuk Zaid tiada pada YB Azmin Ali.

Yang pasti akan memenangi pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR nanti saya lihat adalah YB Azmin Ali. Penasihat kempen beliau adalah Penasihat PKR juga YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Boss dia dan sudah tentulah Anwar mahu agar YB Azmin Ali akan menang sebagai mengenang jasa Azmin terhadap PKR dan juga terhadap Anwar sendiri yang tak terkira banyaknya walau dihitung dengan bulu kaki.

Sementara Datuk Zaid pula hanya bergantung kepada kerjaya beliau sebagai seorang peguam untuk terus berada didalam PKR kerana nasib beliau kini sudah tak ubah seperti akar kayu yang jika tiada rotan akan diguna juga. Untuk beliau mengharapkan rupa paras atau bentuk tubuh yang menawan bagi memikat perwakilan terutamanya Penasihat serba-serbi untuk memilih, fuhhh!!..payahlah...

Huhhhh!!! apa-apa sajalah apa yang penting rakyat sekali lagi akan mampu menonton sandiwara secara percuma dan tak perlu bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket untuk masuk ke pawagam.

Dan satu lagi pertandingan yang mampu menarik pada pemilihan November itu nanti ialah untuk jawatan Ketua Pemuda dan calon yang telah dikenal pasti adalah saudara Rafizi Ramli, orang huiiiii..bisa menyimpan stok 'karipap' banyak-banyak. Mungkin pasti menang sebab punya cukup sifat dan kemahuan atau keperluan semasa yang dikehendaki. Yesss!, are you okay ?

Kesimpulannya ialah, pemilihan untuk jawatan-jawatan yang tertentu dalam PKR November nanti lebih mirip kepada peraduan ratu cantik bagi memilih wanita-wanita yang paling cantik dan sekiranya salah seorang daripada mereka terpilih maka sudah pasti ada sesuatu yang sedang menunggu mereka dihadapan.
Posted by Picasa

Isnin, September 06, 2010

KDN ganggu tugas Polis ? KPN kesal dan kecewa...

Menjelang saat persaraan beliau selaku Ketua Polis Negara yang hanya tinggal enam hari lagi, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media hari ini telah mendedahkan tentang campur tangan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein didalam tugas-tugas tertentu pihak Polis DiRaja Malaysia.

Perkara ini menurut Tan Sri Musa telah berlarutan sehinggakan beliau merasa terganggu dan adakalanya merasa terpinggir apabila ada pihak dari KDN telah beberapa kali membelakanginya dengan mengarah terus para pegawai polis untuk bertindak terhadap sesuatu kes tanpa pengetahuan beliau terlebih dulu iaitu satu perkara yang bertentangan samasekali dengan kod etika, prinsip serta slogan PDRM itu sendiri.

Keadaan ini juga telah membuat Tan Sri Musa melahirkan perasaan hampa dan kecewa serta kesal terhadap pihak KDN yang seolah-olah mahu mengawal setiap pergerakan polis apabila sanggup mengenepikan peranan atau kuasa seorang Ketua Polis Negara dalam kes-kes tertentu.

Oleh itu, kepada bakal Ketua Polis Negara yang baru yang akan mengganti tempat Tan Sri Musa pada 12 September 2010 ini, diharap Tuan sebagai seorang nombor satu PDRM akan lebih berani atau seberani Tan Sri Musa Hassan dalam mendedah perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan jangan tunggu sehingga ke saat-saat akhir demi ketelusan, kebenaran, keadilan dan kemakmuran negara.

Ahad, September 05, 2010

MT PBB/BN bermesyuarat hari ini - ada jawapan kepada tandatanya ?

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengadakan bermesyuarat peringkat Majlis Tertinggi parti di Kuching hari ini, Ahad.

Setiausaha Agung PBB, YB Dr Stephen Rundi mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyatakan perkara yang akan dibincangkan.

Bagaimanapun, Naib Presiden II parti itu Datuk Sri Douglas Uggah yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Persekutuan yang dihubungi wartawan Utusan Borneo berkata mesyuarat itu mungkin membincangkan persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri yang dijangka diadakan tahun depan.

Manakala seorang lagi pemimpin PBB iaitu anggota Majlis Tertinggi parti itu, Datuk Alexander Nanta Linggi Tun Jugah yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, mesyuarat berkenaan dijangka membincangkan isu semasa dan membincangkan tentang pentingnya Presiden parti YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud terus menerajui pentadbiran Sarawak sebagai Ketua Menteri.

Mesyuarat khas yang dipanggil oleh Timbalan Presiden Datuk Patinggi Tan Sri Amar Alfred Jabu dan dihadiri semua anggota Majlis Tertinggi parti komponen BN negeri itu di Miri pada hari Isnin lalu sebulat suara meminta Taib terus memimpin Sarawak - Bernama.

..ulasan Anak Merdeka;
Walau apapun jangkaan atau teka-teki berkenaan dengan hasil mesyuarat yang dianjurkan khas oleh PBB hari ini, sebagai rakyat Sarawak saya sangat mengharapkan agar keputusan yang dicapai nanti haruslah dihormati semua ahli dan semua pemimpin parti sehinggalah sampai kepada mesyuarat yang seterusnya.

Namun dalam pada itu harapan juga supaya soal persediaan pengganti atau peralihan kuasa juga harus dimasukkan kedalam minit mesyuarat supaya semua pihak baik rakyat biasa, rakyat luarbiasa maupun pemimpin biasa serta pemimpin atasan apabila sudah sampai kepada waktunya kelak tidak akan merasa sangat terdesak sehingga sampai kepada keadaan yang benar-benar sukar untuk memilih pengganti walhal jika ianya disediakan terlebih awal ianya tidaklah sesukar yang dijangka.

Ada beberapa pemimpin pelapis di Sarawak yang punya potensi untuk diminta bersedia sebagai pengganti dan diharap agar semua pemimpin PBB yang terdiri daripada kaum serta agama yang berbeza tidak ada perasaan sangsi diantara satu sama lain dan contohilah cara kepimpinan YAB Pehin Sri Abdul Taib yang walaupun beliau datang dari keturunan Melanau namun dalam memimpin kerajaan negeri Sarawak beliau nampak adil dan saksama kepada semua kaum yang ada di Bumi Kenyalang.

Diharap semua pemimpin PBB tak kira dia datang dari kaum mana apabila nanti sudah tiba masanya mereka memimpin kerajaan negeri Sarawak maka mereka juga harus adil dan tidak hanya melihat kepada kaum sendiri saja demi kemajuan serta keharmonian negeri Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Sabtu, September 04, 2010

DAP Ho Leng minta lesen anti-bah untuk kawal banjir di Sibu !

Tentu semua masih ingat yang calon DAP untuk PRK Bandar Sibu, YB Richard Wong Ho Leng telah memenangi pilihanraya tersebut dengan majoriti undi yang begitu tipis sekali setelah DAP serta suku-sakatnya dalam PR berjaya mempengaruhi keputusan para pengundi di kawasan Parlimen Bandar Sibu dengan beraneka jenis janji terutama sekali didalam isu banjir.

Setelah beliau diisytihar sebagai wakil rakyat yang sah selepas diumumkan pemenang pada 16hb Mei 2010 yang lalu maka pada penghujung bulan Ogos baru-baru ini segala janji-janji yang pernah ditabur oleh DAP Ho Leng, DAP Guan Eng, DAP Kit Siang, DAP Hadi Awang, DAP Anwar Ibrahim, DAP Husam Musa, DAP Mustafa Ali, DAP Karpal Singh, DAP Wan Azizah, DAP Hafsah Harun dan beberapa orang DAP yang berpayung dibawah konsep Malaysian Malaysia juga suka berkata langkah mayat saya dulu jika mahu laksanakan hudud di Malaysia, mulai ditagih oleh suara-suara rakyat di Sibu tatkala bandar Sibu dan kawasan sekitarnya telah dilanda banjir setelah kenaikan paras air tidak dapat dikawal lagi sehingga melimpah kemana saja dikawasan-kawasan yang rendah.

Pertama kali berdepan dengan masalah banjir selaku seorang wakil rakyat yang kononnya hebat dan ajaib, YB DAP Ho Leng telah menjadi tidak tentu arah apabila terpaksa berkayuh dengan sampan bocor kesana kesini agak-agaknya untuk menyelamatkan mangsa banjir tapi malangnya pengayuh diguna YB yang baru jadi Ahli Parlimen tiba-tiba patah setelah tersangkut dibendera parti PKR yang turut dikibarkan semasa PRK Bnadar Sibu dulu belum diturunkan lagi walaupun pilihan raya kecil itu sudah lama berlalu.

Untuk mengatasi keadaan yang tidak menentu pada diri beliau sendiri pada ketika itu maka DAP Ho Leng terpaksa turun dari sampan yang dia naiki dan mulalah beliau menyinsing lengan baju dan juga hujung kaki seluar panjang yang dipakainya lalu mula berusaha menolak air keluar dari daratan ke dalam Sungai Rejang dengan menggunakan tangan, kaki serta pengayuh yang telah patah tadi dengan harapan agar air segera surut dan keadaan akan segera pulih seperti sediakala hehehe...

hehehe...apa boleh buat, kata harus dikota dan janji harus ditepati. Mau tak mau DAP Ho Leng harus menunjukkan kepada rakyat di Sibu bahawa beliau adalah pilihan yang tepat dan bukannya pilihan yang silap maka beliau mesti dan wajib memperlihatkan kepada seluruh penyokong DAP serta pengundi beliau bahawa beliau bukan tin kosong yang tak akan berbunyi jika tidak diketuk.

Malang, malang, malang memang malang sekali..untuk ujian banjir pusingan pertama DAP Ho Leng ternyata telah gagal dan dia tidak mampu untuk menghalang banjir daripada melanda Bandar Sibu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh beliau kepada para pengundinya yang telah memilih beliau sebagai wakil mereka di Dewan Rakyat.

Untuk ujian pusingan yang kedua, YB DAP Ho Leng juga gagal ! beliau telah gagal mengemukakan laporan lengkap projek tebatan banjir di Sibu kepada Pengerusi SUPP Sibu YB Dato Sri Wong Soon Koh sepertimana yang didakwanya sebagai sudah siap dan YB DAP Ho Leng juga telah gagal menyertakan bukti kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menerima bayaran daripada kontraktor yang dilantik melaksanakan projek mengorek pasir dikedua-dua negeri itu.

Dato Sri Wong Soon Koh yang turut disertai oleh rakan-rakan beliau didalam Pasukan Berwawasan BN Sibu iaitu Ahli Parlimen Lanang YB Datuk Tiong Thai King, ADUN Pelawan YB Vincent Goh Chung Siong dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu YB Daniel Ngieng Kiong Ann, telah melahirkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap tindak-tanduk DAP Ho Leng pada pertemuan itu yang berlangsung dalam suasana agak tegang dan hangat.

Dan untuk ketiga kalinya, sekali lagi YB DAP Ho Leng telah gagal ! Ya, Ahli Parlimen Bandar Sibu ini telah gagal untuk mengadirkan diri pada pertemuan yang telah diatur dan dijadualkan bertempat di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS), Tingkat 7, Wisma Sanyan, Sibu, jam 9 pagi 03hb September 2010.

Untuk rekod, pertemuan itu turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Datuk Sri Douglas Unggah, Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak YB Datuk Sri Wong Soon Koh.

Setelah penat menunggu kedatangan YB DAP Ho Leng yang tidak muncul-muncul, maka YB Datuk Sri Doulas Unggah dan YB Datuk Sri Wong Soon Koh mengambil keputusan untuk membatalkan saja pertemuan dengan YB DAP Ho Leng gara-gara kegagalan wakil rakyat DAP itu gagal untuk hadir setelah lebih 30 minit kedua-dua menteri itu menanti akan kedatangan YB  Richard Wong Ho Leng.

Namun ketika ditemui oleh wartawan di Kuching selepas peristiwa itu, YB Richard Wong memberi alasan sebab ketidakhadirannya pada pertemuan itu kerana tidak diberi notis lebih awal oleh mereka yang berkaitan dalam menganjurkan pertemuan itu dan pada ketika itu juga DAP Ho Leng tiba-tiba berkata depan wartawan begini "Berikan saya lesen dan saya akan segera memulakan kerja-kerja mengorek,"

HAH!!!??? ...korek apa ya....

Khamis, September 02, 2010

Desakkan BENDERA kerana terdesak !

Desakkan yang telah dibuat oleh kumpulan penunjuk perasaan yang dibayar dengan nasi bungkus iaitu Benteng Demokrasi Rakyat atau singkatannya BENDERA terhadap kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhuyono agar 2 juta tenaga kerja dari Indonesia dibawa keluar dari Malaysia dan selepas itu kerajaan Indonesia diminta segera memutus hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Wahhh...boleh saja...silakan, silakannnnn...pintu tak berkunci ! ~~~

...2 juta tenaga kerja Indonesia adalah mereka yang bekerja secara sah di negara ini tetapi bagaimana pula mereka yang anggarannya juga mencecah jumlah lebih 2 juta orang yang masih berkeliaran dan merayau-rayau, bersembunyi serta bekerja secara haram didalam hutan, kampung, pekan, bandar serta kota di seluruh negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah sebab masuk ke Malaysia melalui jalan atau laluan tikus ?

Jadi kita rakyat Malaysia ini mau bertanyalah dengan pemimpin-pemimpin penunjuk perasaan di Jakarta sana, adakah mereka memang bersedia untuk memberi ruang dan peluang kerja kepada rakan-rakan mereka nanti apabila mereka setuju kembali ke Indonesia demi mempertahankan kononnya kedaulatan 17,000 pulau-pulau sekitar wilayah Indonesia dari dicerobohi oleh rakyat Malaysia ?

Jika BENDERA tetap berkeras mahu terus membawa balik 2 juta orang tenaga kerja Indonesia yang sah bekerja di Malaysia pulang ke Indonesia maka kami rakyat Malaysia pun mahu sekalian pendatang-pendatang haram atau tanpa izin dari Indonesia juga harus BENDERA usahakan terlebih dahulu agar golongan PATI itu yang menyusahkan rakyat Malaysia boleh dibawa balik ke Indonesia.
Posted by Picasa

Rabu, September 01, 2010

Janji2 PR yang mungkin memukau segelintir rakyat Sarawak...


Semalam Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan bapa kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim telah berada dibahagian Limbang untuk memulakan siri penjelajahan 16 September yang turut disertai oleh Pengerusi perhubungan PKR Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan beberapa pemimpin PKR yang masih tercari-cari identiti masing-masing.

Janji pertama yang ditabur Anwar kepada rakyat Sarawak yang ada di Limbang lebih kurang maksudnya untuk "mengkaya"kan penduduk yang miskin dikawasan Limbang supaya boleh menjadi kaya seperti Tan Sri Robert Kwok Raja Gula atau sekurang-kurangnya kaya seperti Tan Sri T. Ananda Krishnan atau sama hebat dengan Raja Petra Kamaruddin yang boleh hidup mewah lagak Parish Hilton di London.

Janji kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya dalam siri penjelajahan yang mungkin boleh memukau setiap rakyat Sarawak yang mendengarnya agak-agaknya begini;

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya menawan Sarawak daripada Barisan Nasional dan seterus berjaya membentuk kerajaan serta jadi pemerintah, akan kami bina sebuah lift yang akan menghubungkan bulan dengan bumi dan rakyat Sarawak tak perlu lagi menggunakan roket untuk naik ke bulan.

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya membentuk kerajaan di Sarawak, akan kami pindahkan Gunung Mulu bersama Guanya sekali dari kawasan asal ke Kuala Baram agar senang pelancong datang untuk buat kajian dan sebagainya.

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya memerintah Sarawak, akan kami hapuskan masalah banjir serta-merta disemua tempat dalam Sarawak hanya dengan kuasa doa-doa pecah air dan bukannya doa pecah perut.

Kalau Pakatan Pembangkang berkuasa di Sarawak, akan kami ratakan semua bukit bukau serta gunung-ganang yang menjadi punca masalah sebab pembangunan sukar dilaksana kononnya oleh kerajaan BN sejak pentadbiran YAB Ketua Menteri Sarawak dan tanah serta pasir akan dijual kepada Singapura.

Kalau Pakatan Pembangkang menang dan Baru Bian jadi Ketua Menteri Sarawak yang baru, maka kami semua DAP,PAS dan PKR berjanji akan mengenalkan konsep percuma 100% untuk selamanya kepada rakyat Sarawak, gaji percuma setiap bulan akan diberikan, makan minum semua percuma, air paip dan kesemuanya adalah percuma tak perlu bayar apa-apa.

Arkib Blog