Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 28, 2012

BAJET 2013: kenapa DS Najib pakai baju Melayu warna hijau?

Sebaik sahaja Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib muncul di kaca tv dengan mengenakan baju Melayu berwarna hijau ketika membentangkan Bajet untuk tahun 2013 di Dewan Rakyat petang tadi, saya tertanya sendiri apakah mesej yang hendak disampaikan oleh Perdana Menteri kepada rakyat melalui baju Melayu berwarna hijau yang dia pakai?

Saya terpikir sendiri, jika pada tahun yang sudah-sudah, Datuk Seri Najib biasanya mengenakan baju Melayu dengan warna yang berbeza-beza untuk setiap tahun iaitu bermula pada tahun 2010 warna biru muda, 2011 warna merah jambu dan 2012 warna merah hati. Tetapi berbeza pula pada Bajet untuk tahun 2013 ini apabila beliau memakai baju Melayu warna hijau. Namun saya terus mengikuti kandungan Bajet 2013 menerusi ucapan yang beliau sampaikan sebentar tadi.

Setelah saya mengamati betul-betul ucapan pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri petang tadi ternyata beliau ada mesej tertentu untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia melalui warna baju yang dipakai mahu agar rakyat dapat mengimbau kembali kepada satu peristiwa yang pernah berlaku pada 20 Disember 1974 di mana pada tarikh berkenaan ayahnya Allahyarham Tun Haji Abdul Razak telah melancarkan sebuah buku yang dinamakan sebagai "Rancangan Buku Hijau."

Matlamat utama Rancangan Buku Hijau yang diperkenalkan oleh Tun Hj Abdul Razak ketika Allahyarham menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri kedua ketika itu adalah untuk menambahkan pengeluaran bahan-bahan makanan supaya cukup untuk keperluan Negara serta dapat menambahkan pendapatan rakyat, pegawai kerajaan agar lebih cergas untuk melibatkan diri dalam usaha-usaha pembangunan.

Jika dihuraikan dengan lebih meluas lagi tentang matlamat yang telah menjadi asas di dalam Rancangan Buku Hijau itu ianya boleh dilihat hampir sama atau seakan-akan mirip dengan kandungan yang ada dalam Bajet 2013 ini kerana nyata kedua-duanya lebih banyak menyentuh tentang kepentingan rakyat, kakitangan kerajaan serta negara.

Saya berpendapat, mungkin inilah mesej yang hendak disampaikan oleh Datuk Seri Najib melalui warna baju Melayu yang beliau pakai pada pembentangan Bajet 2013 hari ini, supaya rakyat negara ini akan dapat memahami bahawa beliau sebagai anak kepada bekas Perdana Menteri ke-2 mahu memenuhi semua matlamat yang telah digariskan oleh ayahnya dalam Rancangan Buku Hijau 37 tahun yang lalu demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.
 Pada pembentangan Bajet 2012, Perdana Menteri mengenakan baju Melayu warna merah hati.
 Ketika membentang Bajet 2011 pula, Perdana Menteri memakai baju Melayu warna merah jambu.
Sewaktu pembentangan Bajet 2010, pertama kali sebagai Perdana Menteri..Datuk Seri Mohd Najib lengkap berpakaian baju Melayu warna biru muda...

Arkib Blog