Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Oktober 19, 2009

16 September Harijadi Malaysia. Bukan tarikh ke Putrajaya.

Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk menetapkan agar tarikh 16 September setiap tahun bermula pada tahun depan iaitu pada 2010 akan di sambut dan dirayakan sebagai Hari Malaysia.

Bermakna enam belas hari selepas rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan maka rakyat Malaysia akan sekali lagi menyambut perayaan bagi memperingati harijadi Persekutuan Malaysia setelah Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak dan Sabah untuk membentuk sebuah negara yang sekarang ini telah dikenali sebagai Malaysia.

Untuk beberapa ketika yang lalu, tarikh 16 September telah menimbulkan sedikit kegusaran dan kegelisahan pada diri dan hati sesetengah rakyat Malaysia apabila tarikh itu telah didendangkan oleh Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk memancing sebilangan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional bagi memudahkan perjalanannya untuk menuju ke Putrajaya bagi menawan Pusat Pentadbiran Negara itu.

Namun Anwar tidak pernah menyatakan tahun bila dia hendak menjayakan impiannya itu walaupun tarikh hari dan bulan telah dinyatakan tetapi tahunnya tidak pasti kerana tidak disebut sehinggalah tarikh itu kini telah ditetapkan sebagai Hari Malaysia oleh kerajaan yang akan disambut secara rasmi pada 16 September 2010.

Sebenarnya saya kurang selesa dengan keputusan oleh kerajaan itu yang saya lihat seolah-olah telah mendapat ilham daripada rancangan pincang Anwar suatu ketika dulu iaitu hendak membelakangi sistem demokrasi di negara ini dengan memperkenalkan kaedah "lompat parti" bagi membolehkannya untuk menubuhkan kerajaan yang baru di Malaysia yang jika beliau berjaya memperolehi sekian-sekian jumlah anggota Parlimen yang sanggup berpaling tadah maka pada tarikh 16 September itulah maknanya kerajaan BN terpaksa menyerahkan kuasanya kepada Pakatan Haram yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.

Walau apapun, sebagai rakyat kita harus menerima juga keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan itu demi untuk menghalang pihak-pihak tertentu daripada mempergunakan tarikh itu sebagai modal bagi merasuk fikiran sesetengah rakyat yang masih terdapat kurang mendapatkan maklumat yang tepat.

Dengan pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri itu, bermakna kita rakyat Malaysia akan mendapat cuti tambahan satu hari lagi sebagai cuti umum dan kita akan selalu bercuti tapi taklah bercuti lama sampai enam bulan seperti yang dibagi oleh Anwar kepada Datuk Zaid Ibrahim atau tiga bulan seperti yang pernah PKR bagi kepada YB Elizabeth Wong dulu.

Selamat bersidang semua Ahli Parlimen Malaysia - Jaga tingkah laku anda di dalam Dewan Parlimen...

Hari ini bermulanya wakil-wakil rakyat yang berstatus sebagai Anggota Parlimen untuk menyambung perbahasan mereka sehingga 15 Disember hujung tahun ini.

Banyak Ahli Parlimen terutamnya yang daripada Pakatan Haram mempunyai dua kerusi untuk satu orang seperti disamping mereka sebagai Ahli Parlimen mereka ada kerusi DUN sebagai ADUN di kawasan-kawasan yang tertentu.

Jadi mampukah mereka melaksanakan tugas itu serentak jika kadangkala kedua-dua Dewan itu nanti bersidang dan bagaimana mereka boleh membahagikan masa. Kerana terlalu tamak jadi begitulah jadinya.

Tetapi apa yang sangat penting ialah kepada semua wakil-wakil rakyat yang terdiri daripada kalangan mereka yang mewakili Pakatan Haram hendak menjaga tatatertib ketika berada di dalam Dewan Parlimen mahupun semasa berada didalam Dewan Undangan Negeri.

Rakyat sebenarnya semakin meluat melihat tingkahlaku anda sewaktu berada didalam dewan. Jadi kepada YB-YB terutamanya yang dari Pakatan Haram itu, bersidanglah secara orang yang bergelar sebagai "Yang Berhormat" maka janganlah anda memperlihatkan tahap tingkahlaku yang terlalu rendah daripada rakyat kebanyakan yang anda sendiri wakili. Bersidanglah secara profesional serta bertamadun.

Tidak ada satupun perkara atau masalah rakyat yang boleh diselesaikan dengan sentiasa menjerit-jerit, bertempik dan sebagainya lagi ketika didalam dewan. Berbahaslah secara sihat, ingatlah bahawa kami rakyat sentiasa memerhatikan anda.

Selamat bersidang.

Arkib Blog