Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mac 21, 2011

2 DUN di utara Sarawak kurang selamat bagi Barisan Nasional

 N. 64 Pujut yang diwakili oleh YB Andy Chia Chu Fatt pada pilihan raya negeri kali ini mungkin agak sukar untuk BN mempertahankannya ataupun jika menang sekalipun majoriti yang menyokong adalah terlalu rendah.

DUN Pujut yang sebahagian besar daripada kawasannya berada didalam lingkungan Bandaraya Miri dan kebanyakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalanraya serta infrasruktur lainnya bolehlah dikatakan sebagai sudah tidak menjadi satu masalah sangat kepada penduduknya. Mereka dikira sudah agak selesa dengan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan berbanding dengan sesetengah rakyat di kawasan lain.

Majoriti pengundi di kawasan N. 64 Pujut adalah terdiri daripada kaum Cina dan selebihnya adalah mereka yang daripada kaum Bumiputera seperti Melayu, Melanau, Kedayan, Iban, Kayan, Kenyah, Kelabit serta Orang Ulu yang lainnya.

Masalahnya ialah apabila timbul isu harga barang naik seperti minyak masak, gula, bawang, beras, petrol, diesel dan sebagainya maka apabila ini telah dimainkan pihak pembangkang iaitu DAP yang akan bertanding disitu  sehingga menjadi satu isu besar pula kepada rakyat seolah-olah kerajaan tidak mampu untuk menanganinya.

Rakyat yang mudah dipengaruhi fikiran mereka dengan perkara-perkara yang mendesak seperti itu kebanyakkan akan cepat lupa kepada kebaikan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk mereka selama ini sebaliknya mereka akan cepat menerima dan mempercayai sesuatu yang baru yang belum lagi pasti samada ianya benar ataupun tidak.
 Namun lain pula dengan DUN di N. 67 Telang Usan Baram yang diwakili oleh YB Encik Lihan Jok. YB ini walaupun kelihatannya sering dilihat turun ke kawasan namun ramai yang mengeluh dengan mutu perkhidmatan beliau yang dikatakan terlalu lemah sehingga ada yang mendakwa bahawa masalah-masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu campurtangan daripada pihak lain namun sayang sekali apabila semua itu tidak dapat dielakkan.

Lebih merumitkan lagi keadaan apabila berlaku penduduk di rumah panjang asal YB Lihan Jok sendiri di Long Bedian yang sepatutnya bersatu menyokong beliau kini dikatakan telah berpecah dua iaitu satu pihak adalah penyokong YB Lihan manakala yang satu lagi menentang beliau.
Lebih menyukarkan lagi Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi DUN Telang Usan sekiranya YB Lihan Jok masih dikekalkan di situ ialah dengan kemunculan semula bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib iaitu Encik Kebing Wan yang akan turut bertanding atas tiket SNAP menentang calon Barisan Nasional.

Kebing Wan yang bertanding pada pilihanraya ke-9 sebagai calon Bebas hampir berjaya menewaskan YB Lihan Jok pada PRN Sarawak tahun 2006 dulu dan kini beliau sekali lagi akan mencuba nasib dan kali ini beliau bersama SNAP untuk merampas kerusi DUN Telang Usan daripada tangan Barisan Nasional.

Masih mempunyai pengaruh yang kuat terhadap masyarakat Orang Ulu di Baram terutamanya kaum Kayan, Kebing Wan dilihat mampu untuk memberi saingan yang paling sengit kepada Barisan Nasional nanti. Oleh itu untuk kedua-dua kerusi DUN ini diharap Jentera Pilihanraya BN dapat mempertingkatkan lagi cara berkempen mereka supaya BN tidak terlepas dua kerusi yang tidak kurang juga pentingnya kepada BN.

Obama sama kejamnya dengan George W Bush, sama-sama syaitan !

Tidak lama selepas mengangkat sumpah sebagai seorang presiden bagi negara pengganas dunia Amerika Syarikat untuk mengganti tempat penjenayah tegar George W. Bush, maka ramailah sangat pemimpin dari seluruh pelusuk dunia menyampaikan ucapan syabas serta tahniah kepada Beruk Obama malah belumpun apa-apa lagi, sudah ada diantara pemimpin-pemimpin negara lain yang mula membodek Presiden negara pengganas tersebut dengan segala pujian yang melambung sebagaimana ucapan yang pernah diberikan oleh pemimpin negara lain suatu ketika dulu terhadap bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair saat mula beliau dilantik sebagai pemimpin negara berkenaan selepas mengambilalih jawatan daripada Margaret Thatcher.

Ramai yang menaruh harapan tinggi ketika itu terhadap Tony Blair untuk membawa keamanan ke negara-negara yang sering bergolak di seluruh dunia. Malah YABhg Tun Dr. Mahathir sewaktu masih menerajui kerajaan Malaysia turut memuji Tony Blair sebagai seorang pemimpin moden Britain yang mudah dibawa berbincang, peka dengan masalah antarabangsa dan sebagainya lagi. Tetapi apa yang telah Tony Blair lakukan selepas itu ?

Tony Blair telah bersekongkol dan berpakat dengan George W. Bush untuk menyerang Iraq dengan alasan negara teluk berkenaan ada menyembunyikan dalam jumlah yang begitu senjata-senjata merbahaya atau senjata pemusnah. Tetapi apa yang kita lihat hari ini ialah, Iraq yang sudah hancur namun senjata pemusnah yang didakwa oleh pengganas Amerika disembunyikan oleh Almarhum Saddam Hussein sehingga ke saat ini belum lagi berjaya ditemui serta dibuktikan.

Kini negara pengganas Amerika Syarikat sudah mengulang semula perlakuan ganas, kejam serta zalim mereka terhadap sebuah lagi negara Islam iaitu Lybia. Disaat warga Lybia sedang nyenyak tidur, negara mereka telah diserang dengan begitu zalim sekali oleh tentera negara pengganas Amerika Syarikat dan Perancis. Ramai orang awam yang telah turut menjadi mangsa korban tetapi bukan rakyat Amerika yang terkorban melainkan orang-orang Islam di Lybia.

DUN Sarawak dibubar hari ini, DNA Amwar bila lagi nak dibubarkan ?

Kalau sebelum ini bukan main lagi pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS mendesak Ketua Menteri Sarawak agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan dengan segera malahan ada juga mereka dikalangan Pakatan Haram ini mahu Pehin SriTaib segera melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Jadi hari ini sepertimana yang diumumkan oleh Pehin Sri pada Jumaat lepas bahawa DUN Sarawak, 21hb Mac 2011 hari Isnin akan dibubarkan dan ianya sudah pasti hari ini. Tetapi bagaimana pula dengan isu DNA Anwar Ibrahim ? Bila nak serah? Kalau berani tandanya benar, tetapi kalau takut ertinya memang bersalahlah !

Bukan setakat hanya sesetengah pemimpin parti saja yang mahukan beliau segera menyerahkan sampel DNA kepada pihak Mahkamah tetapi sudah terlalu ramai rakyat bawahan yang mahu supaya beliau tidak berlengah untuk berbuat demikian agar proses undang-undang bagi menentukan keputusan berhubung kes liwatnya dapat diselesaikan dengan kadar sebeberapa segera yang boleh.

Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib serta Timbalannya YAB Tan Sri Muhyiddin juga secara terbuka telah menyatakan kesanggupan mereka untuk menyerahkan sampel DNA kepada pihak berkuasa jika diperlukan, oleh itu Anwar Ibrahim juga harus berani sama sepertimana PM dengan TPM untuk memberikan kerjasama dengan pihak yang berwajib.

Kalau mahu jadi pemimpin nombor satu negara haruslah menunjukkan sifat keberanian kepada rakyat dan bukannya menunjukkan sifat pengecut, lari lintang pukang bila ada badai yang datang melanda.

Arkib Blog