Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Jun 27, 2011

BERSHIT 2.0: PAS wajar ambil iktibar dari kisah Nabi Nuh as. dan Puteranya.

 Petikan dari buku saudara Luqman Hakim (Sejarah 25 Rasul)

NABI NUH AS. adalah seorang lagi Nabi dan Rasul yang amat terkenal dikalangan umat Islam. Kisah riwayat hidup Nabi Nuh as. adalah antara kisah-kisah yang amat digemari sekali oleh umat Islam. Satu daripada sebabnya ialah kerana Nabi Nuh as. ini dianggap sebagai manusia yang paling panjang umurnya iaitu kira-kira hampir 1,000 tahun lamanya. Sesetengah penulis agama Islam mengatakan bahawa umur Nabi Nuh as. itu adalah 950 tahun.
Tetapi walaupun demikian panjangnya umur Nabi Nuh as.namun Baginda hanya berjaya mengimankan beberapa orang sahaja antara umurnya itu, tidakpun sampai seratus banyaknya. Ini terang menunjukkan bagaimana degilnya kaum Nuh itu tatkala Baginda menyerukan mereka supaya beriman kepada Allah SWT.

Nabi Nuh as diutus Allah SWT menjadi Nabi dan Rasul ketika berumur 480 tahun. Sebagai seorang Rasul, Baginda telah diutuskan Allah SWT kepada suatu kaum yang menyembah patung-patung. Mereka itu sangat degil dan enggan menurut seruan Nabinya. Sebagai seorang Nabi, Baginda adalah seorang yang sangat sabar dalam menyerukan umatnya agar menyembah Allah SWT. Baginda juga terkenal kerana sifatnya yang bijak dan pandai berhujah.

Nabi Nuh as. telah berusaha dengan penuh sabar dan bijaksana menyerukan umatnya agar menyembah Allah SWT namun mereka masih juga enggan mengikutnya. Hanya sedikit sahaja antara umurnya yang mahu mengikut pengajarannya. Mereka terdiri daripada orang-orang yang miskin lagi lemah, kaumnya yang derhaka itu menjadi semakin sombong pula. Mereka mengejek dan menghina Baginda pula.

Mereka berkata kepada Nabi Nuh as. "Buat apa mahu mengikut ajaranmu wahai Nuh, bukankah engkau manusia biasa sepertu kami juga. Kalau diutuskan kepada kami seorang malaikat barangkali mahu juga kami mengikutnya. Tetapi apa yang kami lihat pengikut engkau itu semuanya bodoh-bodoh dan miskin belaka." Demikianlah sombongnya umat Nabi Nuh as itu. Oleh kerana keadaan mereka lebih senang atau mewah mereka berasa sombong serta enggan mengikut pengajaran Nabinya.

Tetapi Nabi Nuh as. tetap bertenang dan sabar menghadapi kaumnya yang biadab lagi sombong itu. Dengan sopan Nabi Nuh as. cuba meyakinkan mereka dengan berkata lebih kurang demikian maksudnya:

"Hai kaumku! Bahawasanya agama yang aku bawa ini adalah untuk kamu sekalian, tidak kira sama ada kamu miskin atau kaya, raja ataupun rakyat biasa, semuanya wajib menyembah Allah Yang Maha Esa."

Demikian antara lain Nabi Nuh as. berkata-kata kepada umatnya yang degil itu. Tetapi mereka tetap juga berkeras dan menjadi semakin biadab terhadap Baginda. Mereka berkata: "Hai Nuh! Kami sudah bosan mendengat seruan kamu. Kami juga sudah bosan mendengar ancaman-ancaman kamu. Jika engkau benar-benar seorang Nabi, cubalah datangkan seksaan yang engkau katakan itu."

Kata-kata itu sudah tentu melampau batas. Mereka bukan sahaja biadap kepada Nabinya bahkan telah berani pula mencabar kekuasaan Allah SWT.

Akhirnya setelah puas menyerukan kaumnya agar menyembah Allah SWT tanpa peroleh kejayaan yang memuaskan, Nabi Nuh as. lalu berdoa kepada Allah SWT.

"Ya Allah! Janganlah Engkau biarkan tinggalkan di bumi orang-orang yang engkar seorang pun. Sebab kalauEngkau biarkan mereka tinggal, mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka akan menurunkan turunan yang jahat dan durhaka sahaja."

Doa Nabi Nuh as. didengar oleh Allah SWT lalu Allah SWT berfirman: "Engkau perbuatlah kapal dengan pertolongan dan petunjuk-petunjuk Kami dan janganlah engkau pohonkan pertolongan kepadaKu tentang nasib orang-orang yang zalim itu, mereka semuanya akan tenggelam."

Maka setelah itu Nabi Nuh as. serta para pengikutnya yang berjumlah kira-kiran 80 orang sahaja itu pun mulalah membuat kapal seperti yang diperintah Allah SWT. Mereka telah mengumpulkan kayu-kayu serta bahan-bahan lain yang diperlukan untuk menyiapkan kapal itu secepat mungkin sebelum datangnya seksa Allah itu. Apabila melihat Nabi Nuh as. serta pengikut-pengikutnya itu beramai-ramai membuat kapal, mereka pun mengejek serta mentertawakannya. Mereka menyangka Nabi Nuh as. sudah tidak siuman lagi kerana membina kapal di tengah-tengah kota.

Sesetengah mereka telah mengejek Nabi Nuh as. dengan kata-kata antara lain demikian maksudnya:

"Hai Nuh! Selama ini engkau cuba mendakwa kepada kami bahawa engkau seorang Nabi, tetapi sekarang kenapa engkau mahu menjadi seorang tukang kayu pula? Apakah engkau sudah bosan menjadi Nabi lalu hendak menjadi tukang kayu pula?

Ada pula yang berkata mengejek, "Apa gunanya kapal yang engkau buat itu, sedangkan di sini bukannya sungai atau laut?" Dan berbagai macam lagi kata-kata ejekan yang mereka lemparkan ke atas Nabi Nuh as. serta pengikutnya. Tetapi Nabi Nuh as. hanya menanti perintah Allah SWT sahaja tentang apa yang harus Baginda lakukan bila datangnya seksa Allah yang dijanjikan itu.

Tidak lama selepas itu Allah SWT pun memerintahkan Nabi Nuh as. supaya membawa sekalian pengikutnya yang beriman serta binatang-binatang ternak mereka yang berpasang-pasangan segera naik ke kapal. Kemudian dengan kuasa Allah SWT tiba-tiba tercurahlah air sebesar-besarnya dari langit jatuh ke bumi, hingga dalam waktu sebentar sahaja seluruh muka bumi negeri itu digenangi oleh air banjir. Air bah itu semakin lama semakin naik hingga habis rumah-rumah dan bukit-bukit menjadi tenggelam. Tetapi syukurlah ketika itu sekalian pengikut Nabi Nuh as. yang beriman telahpun berada di atas kapal.

Semasa terjadinya malapetaka ini maka sekalian kaumnya yang engkar itu bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri mereka. Ada yang cuba memanjat pokok, ada yang lari ke arah bukit dan sebagainya lagi. Tetapi segala usaha mereka itu sia-sia belaka kerana air bah itu semakin lama semakin tinggi, hingga menenggelami bukit-bukit yang tinggi.

Ketika bah itu mengganas dengan hebatnya, Nabi Nuh as. ketika itu sedang berdiri di atas kapalnya melihat keadaan kaumnya yang engkar. Tiba-tiba beliau terpandang kepada Puteranya yang bernama Kana'an yang durhaka kepadanya. Puteranya itu cuba memanjat bukit yang tinggi untuk menyelamatkan dirinya. Melihat keadaan Puteranya itu, Nabi Nuh as. lalu berteriak kepadanya: "Hai anakku! Marilah ikut ayah supaya engkau selamat. Marilah ke mari hai anakku sebelum terlambat. Jangan engkau bersama-sama orang-orang yang kafir itu."

Demikian Nabi Nuh as berseru kepada Puteranya. Sekalipun Puteranya itu durhaka, namun dalam keadaan yang merbahaya itu timbul juga belas kasihan seorang ayah terhadap anaknya. Seorang ayah yang bagaimana marah sekalipun akan bersedia mengampunkan kesalahan anaknya bila melihat anaknya dalam bahaya. Apa lagi seorang Nabi atau Rasul yang amat sopan dan pemaaf itu. Lagipun siapa yang mahu melihat anaknya sengsara dalam neraka kelak kerana enggan beriman kepada Allah SWT seperti halnya dengan Putera Nabi Nuh as.

Tetapi Allah SWT berkuasa memberi petunjuk kepada mana-mana hambanya yang dikehendakiNya. Sekalipun Nabi Nuh as. puas menyeru Puteranya supaya naik ke atas kapal itu, namun Puteranya itu masih juga sombong dan degil. Dia menjawab: "Aku tidak mahu ikut ayah, akan akan cuba memanjat gunung yang tinggi agar terselamat dari air bah."

Demikianlah akibatnya jika seseorang manusia itu tidak mendapat hidayat Allah SWT, dia akan terus kekal dalam kesesatannya seperti Putera Nabi Nuh as. Nabi Nuh as. berasa amat sedih sekali melihat nasib Puteranya yang mati dalam ombak yang bergulung-gulung dengan hebatnya itu. Dengan linangan air mata Nabi Nuh as. berkata: "Ya Allah, bukankah Puteraku termasuk keluargaku sendiri?"

Kata-kata Nabi Nuh as. itu dijawab oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:

"Kami hanya berhak menolong orang-orang yang beriman sahaja." Selain dari itu, Allah SWT telah mengilhamkan kepada Nabi Nuh as. bahawa Puteranya itu yang durhaka itu bukanlah keluarganya kerana dia kafir dan durhaka. Allah SWT juga mengilhamkan kepada Baginda supaya jangan meminta-minta lagi kepada Allah tentang apa yang tidak diketahuinya. Allah SWT berfirman antara lain maksudnya:

"Aku ajari engkau ya Nuh, tentang apa yang engkau masih jahil."

Setelah itu Nabi Nuh as pun berasa insaf di atas kesalahannya lalu bersyukur kepada Allah SWT kerana telah menyelamatkan dirinya serta kaumnya yang beriman dari seksa yang maha hebat itu.

Bah yang hebat itu telah menelan semua kaumnya yang kafir lagi durhaka. Tidak lama kemudian langit mulai tertutup dan berhenti mencurahkan air, sedang bumi telah menghisap semua air yang mengalir. Kapal Nabi Nuh as. yang khabarnya terhenti di atas puncak sebuah gunung yang bernama Judy. Khabarnya hingga sekarang pakar-pakar sejarah masih mencari bekas-bekas kapal yang bersejarah itu - Luqman Hakim

PENGAJARAN DARI KISAH NABI NUH AS. INI:
Kemelut yang sedang melanda dalam negara kita dewasa ini berpunca dari bawaan ahli-ahli politik yang tidak pernah kenal erti bersyukur dan berterima kasih. Menangpun mereka masih terus menerus menyerang kerajaan yang memerintah, apatah lagi jika menang menguasai negara Malaysia kelak. Mahu dihapus mereka semua pemimpin yang menentang dasar atau yang punya ideologi berbeza dengan mereka.

PAS sebuah parti yang sering mendakwa kononnya mereka adalah sebuah parti yang berjuang untuk menegakan ajaran Islam, maka elok sangatlah fahamai secara mendalam akan kisah dan peristiwa yang berlaku di waktu zaman Nabi Nuh as itu agar ramai pengikut PAS tidak akan terus tersesat bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin atasan mereka yang kini sedang sibuk bersekongkol dengan kafir AmBabiga Sriveershit mahu mengadakan perhimpunan haram BERSHIT 2.0 pada 9 Julai depan.

Arkib Blog