
Jika sebelum ini iaitu ketika Datuk Seri Sulaiman masih dijawatan tersebut, sayap Bumiputera dalam kabinet Najib diwakili oleh Sulaiman selaku Anggota Parlimen Kota Samarahan dan seorang lagi iaitu wakil rakyat bagi kawasan Petra Jaya YB En. Fadillah Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains dan Inovasi. Manakala untuk sayap Pesaka diwakili oleh YB Datuk Douglas Unggah anak Embas yang kini Menteri Alam Sekitar Malaysia dan juga Ahli Parlimen Saratok YB En. Jelaing anak Mersat sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Ada empat anggota Parlimen dari sayap Bumiputera dilihat boleh diberi peluang untuk mengisi tempat yang telah ditinggalkan oleh Datuk Seri Sulaiman itu, mereka ialah Ahli Parlimen Tanjung Manis YB Datuk Norah Tun Rahman Yaakup, Ahli Parlimen Limbang YB Dr. Hasbi Habibullah, Ahli Parlimen Sibuti YB Haji Ahmad Lai bin Bujang dan Ahli Parlimen Igan YB Datuk Wahab Haji Dollah.
Namun segala keputusan muktamad mengenai perkara itu nanti memang terletak ditangan Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Najib dan juga Presiden PBB Y.A.B Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud samada ianya perlu disegerakan ataupun tidak namun sebagai rakyat yang mengundi adalah perlu juga bagi rakyat untuk diberi penjelasan mengenai pekara ini.