Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 29, 2010

Piala Suzuki AFF 2010: Syabas pasukan Harimau Malaya !!! Malaysia Juara !

Tarian Julia gagal menarik perhatian pemain kebangsaan Malaysia. Pemain Malaysia juga tidak minum 'air ajaib' untuk muncul sebagai juara !!!

Syabas dan Tahniah buat pasukan kebangsaan negara kita !

Pakatan Rockers muncul dengan lagu hits '100 Hari Takkan Mungkin"

Tiga buah kumpulan rock tanahair iaitu Dapur, Pasung dan P.K.Are You Okay telah bergabung dan membentuk menjadi satu kumpulan muzik rock yang kini lebih dikenali sebagai kumpulan Pakatan Rockers, baru-baru ini telah berjaya menerbitkan sebuah album bersama berjudul "Taubat sekarang, selamatkan Anwar!.

Dalam album tersebut yang memuat lapan buah lagu iaitu side A empat lagu manakala side B juga empat lagu, terdapat sebuah lagu yang dijangka akan meletup dirimba belantara iaiitu yang bertajuk "Seratus Hari Takkan Mungkin" dan ia hanya boleh didapati dalam bentuk kaset. CD-CD tak mainlah kata penerbitnya, Ronnie Liyus.

Apa yang menarik mengenai lagu tersebut ialah senikata dan liriknya yang boleh dikatakan sebagai boleh memenuhi kehendak para pendengar terutamanya mereka yang telah termakan dengan promosi yang dijalankan oleh pihak syarikat rakaman kumpulan rock berkenaan.

"Seratus Hari Takkan Mungkin"
Dimata mu ~ ~ ~
Mencerminkan tipu ~ ~
Dimata mu ~ Adalah Kepalsuan ~
Aku Tenggelam ~ Dalam ~ Lautan Tipu Dayamu ~
Tak Mungkin Akan Kulepaskan ~
Ikatan ini ~ ~ ~ ~
Mendung Hitam ~ Adalah ~ Semalam ~
Silau Mata ~ Dari Gila Kuasa ~
Hatiku ini ~ Sayang ~
Tetap Akan Berubah ~
Walaupun Kau Berpegang Teguh Pada Janji ~
Setiap Kata Yang Terucap
Setiap Nada Yang Tercipta
Hanyalah Penipuan ~
Satu ~ Takde Yang Betul ~ ~
Seratus Tahun Takkan Mungkin ~
Bisa Menghuraikan Semua ~
Janji Yang Kau Beri ~
Untuk ~ Rakyat Yang ~ ~ Malang ~ ~ ~ ~ ~

Lagu dan Lirik oleh : Anwar, Zizah, Limbizkit, Karpral dan Hadi Lemasz.
Syarikat rakaman : Lekas Hasil Record.
Pengedar : Gagap and Crony Company Sdn Bhd.

Walaupun sebelum ini kumpulan rock ini iaitu Pakatan Rockers telah banyak kali berjaya menghasilkan beberapa buah lagu namun kesemua lingkup dan tak dapat sebarang sambutan daripada orang ramai malah dikatakan syarikat rakaman mereka juga telah menanggung banyak kerugian dari segi kos penerbitan dan pengedaran.

Untuk album yang terbaru ini kita semua kena tunggu dan lihat, apakah perkembangan seterusya yang akan berlaku adakah ianya serupa dengan yang dulu atau akan lebih dasyat lagi !

Piala Suzuki 2010: Harimau Malaya, jangan layan karenah peminat skuad Indonesia !

Memang tepat juga bila kita sebelum ini telah meramalkan bahawa kehadiran skuad bolasepak Malaysia di Jakarta akan di sambut dengan demonstrasi oleh para peminat bolasepak Indonesia di sana yang ternyata tidak mampu untuk menerima hakikat akan kemenangan pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil 26 Disember lalu.

Demonstrasi di depan hotel penginapan barisan skuad bolasepak negara beserta para pegawai sukan Malaysia di Jakarta walaupun disertai hanya beberapa penunjuk perasaan namun itu sudah cukup jelas untuk menunjukkan kepada kita betapa rakyat di sana belum matang lagi dalam menerima sesuatu keputusan yang melibatkan pihak mereka.

Kalau mereka kalah maka akan timbul bermacam-macam dakwaan tetapi apabila menang mereka dengan keangkuhan serta kesombongan akan sentiasa memperkecil-kecilkan kebolehan pihak lawan. Budaya seperti itu seakan-akan sudah menjadi lumrah dalam diri mayarakat disana.

Walau apa-apapun ada harapan tinggi kepada pasukan kebangsaan kita, biar berdepan dengan segala cemuhan dari peminat fanatik pasukan lawan, buat tak endah saja...anggap saja semua tu seperti sampah-sampah tepi jalan yang harus disapu dan dibuang.

Jangan layan apapun jua penghinaan yang mungkin akan mereka lemparkan, tepis dengan semangat perjuangan sejati demi untuk mengangkat martabat dan maruah bolasepak negara kita Malaysia.

Salam perjuangan kepada Wira Negara....skuad Harimau Malaya 1Malaysia.

Malaysia Boleh !!!

Arkib Blog