
Tetapi apabila perkara ini berlaku tidak semestinya juga pihak sekolah terbabit yang harus dipersalahkan seratus peratus kerana ada pihak lain lagi yang perlu menjalankan peranan serta memberikan tunjuk ajar dan juga penerangan kepada pihak yang berkaitan tentang bagaimana cara mengibar dan memasang bendera negeri dengan betul.
Yang menjadi masalah sebenarnya ialah apabila ada pihak malah mungkin saya percaya masih ramai juga rakyat Sarawak sendiri yang tidak faham kedudukan bendera negeri dipasang bagaimana kerana tiada penanda khusus yang boleh dirujuk misalnya adakah jalur warna hitam di sebelah bawah dan jalur merah sebelah atas. Dan lebih mengelirukan anak bulan yang di tengah-tengah antara warna merah dengan warna merah tidak banyak membantu kerana bentuk serupa saja biar diterbalik atau ikut kedudukan sebenar.
Harap Jabatan Penerangan Sarawak perihatin dengan isu ini dan tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan kepada semua pihak di negeri ini pada masa hadapan.