
Ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah saya selaku warganegara Malaysia kepada pihak DBKL ini di atas tindakan penuh bertanggungjawab mereka terhadap harta benda awam serta aset yang sangat berharga bagi negara kita iaitu Dataran Merdeka yang penuh dengan nilai-nilai sejarahnya.
Untuk memastikan tindakan tegas boleh diambil mengikut peraturan serta undang-undang negara, tentu sekali khidmat murni daripada pihak berkuasa iaitu polis sangat diperlukan dan semestinya pihak polis akan berada di barisan paling hadapan dalam menghadapi sebarang cemuhan, cabaran serta penghinaan daripada para peserta perhimpunan haram Bersih (BARUA) 3.0 esok yang mungkin berusaha sedaya upaya untuk masuk ke dalam kawasan larangan.
Dataran Merdeka adalah milik DBKL maka sewajarnyalah mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas apa jua yang berlaku terhadap dataran tersebut, baik buruknya Dataran Merdeka hanya DBKLlah yang berhak untuk menguruskannya dan bukannya Ambiga Samad, bukan Samad Ambiga, bukan Anwar Ibrahim, bukan Lim Guan Eng, bukan Mat Syabu, bukan Tian Chua, bukan DAP, bukan PAS dan juga bukan PKR.
Kalau boleh pasang juga kawat berduri mengelilingi kawasan Dataran Merdeka, sediakan anjing-anjing penggempur, beruang, singa, ular, harimau untuk menakutkan mereka serta sediakan juga jurukamera yang memang pakar dalam merakam aksi para peserta perhimpunan agar kelak bila berlaku tuduhan tidak berasas mengenai kejadian pada hari perhimpunan maka bolehlah ianya digunakan untuk menangkis fitnah-fitnah yang mereka taburkan.