Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 01, 2010

Ada 2 pilihan kepada mereka yang menolak Ketuanan Melayu di Malaysia !

Walaupun saya bukan Melayu namun dalam apapun jua soal yang membabitkan kepentingan kaum Melayu di Malaysia ini terutamanya dalam soal memimpin negara adalah sesuatu yang sangat penting dijaga dan dikekalkan agar kuasa memerintah negara ini tetap berada di dalam tangan orang Melayu demi menjaminkan erti keadilan dapat dirasai oleh seluruh rakyat yang mendiami segenap pelusuk tanah air yang tercinta ini.

Sejak dari kecil sehinggalah ke usia yang telah dewasa ini saya sering memikirkan nasib masa depan semua kaum-kaum Bumiputera di negara ini seandainya kuasa mentadbir Malaysia terlepas dari tangan orang Melayu dan jatuh ke dalam tangan orang Cina maka adalah suatu perkara yang bukan mustahil untuk terjadi apa yang telah berlaku terhadap bangsa Palestine di asia barat akan berlaku juga kepada kaum Bumiputera di negara ini akhirnya nanti.

Saya hanya meramal dari apa yang saya perhati tentang perkara-perkara yang telah dan sedang berlaku di sekeliling atau di persekitaran dan adalah tidaklah menjadi satu kesalahan bagi setiap seorang daripada kita selaku rakyat Malaysia untuk menyatakan isihati dengan melihat kepada apa yang berlaku di tempat lain mungkin juga akan berlaku kepada kaum Bumiputera di negara ini. Saya semakin resah melihat apa yang sedang dilakukan oleh para pemimpin politik pembangkang dalam usaha mereka untuk merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional.

Untuk mendapatkan kuasa, para pemimpin politik pakatan pembangkang sanggup buat apa saja. Tidak mustahil satu hari nanti sekiranya sangat terdesak untuk memerintah negara Malaysia mereka akan sanggup membunuh kerana sekarang saja mereka sudah sanggup membohong  serta menipu rakyat dan juga menipu sesama mereka dengan janji 16 September dan lain-lain lagi maka oleh kerana itulah saya berani katakan bahawa pada akhirnya nanti mereka akan sanggup pula mengorbankan sesiapa saja demi mencapai cita-cita gila mereka.

Lihatlah juga betapa bongkaknya Presiden PKR Wan Azizah apabila tergamak untuk mengeluarkan ucapan mahu menolak konsep Ketuanan Melayu di negara ini dan menjadi lebih parah lagi apabila kenyataan beliau itu turut diteruskan oleh suami anugerah beliau Anwar Ibrahim yang lantas disambut dengan sorakan, tepukan dan gelak ketawa oleh para perwakilan dari kaum Cina serta sebilangan terdiri daripada kaum Melayu yang sudah dicucuk hidung oleh DAP.

Bagi saya adalah tidak susah sekiranya PKR dan DAP tidak suka dan mahu menolak Ketuanan Melayu di negara ini. Mudah saja. Mereka keluar dari Malaysia. Tukar status kewarnegaraan dari warga Malaysia kepada warga Indonesia, Somalia, Israel, Korea Utara, Sudan dan sebagainya mengikut negara mana yang mereka suka. Rugi saja Malaysia mempunyai pemimpin atau rakyat seperti mereka yang tidak mampu untuk menyumbang apa-apa yang berguna kepada negara ini.

Sudah mereka ini iaini Pakatan Pembangkang tidak mahu menghormati Perlembagaan Negara, tidak hormat kepada 5 Prinsip Rukun Negara jadi untuk apa lagi mereka duduk dalam Malaysia ini jika semata-mata hanya untuk menimbulkan keresahan, kekacauan, kegelisahan rakyat serta suka mengganggu ketenteraman negara. Mana-mana mereka yang sudah tidak selesa tinggal dalam Malaysia ini, keluar saja ! Jangan ganggu rakyat Malaysia yang lain yang masih mahu hidup rukun damai bersatupadu dengan semua kaum dalam negara ! Nyah Pakatan Pembangkang dari bumi Malaysia ini !!!

Arkib Blog