Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 27, 2011

Musim haji, orang ke Mekah tetapi Anwar ke London...

Saya kurang pasti samada Anwar Ibrahim pernah terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah ataupun tidak tetapi kalau pasal dia selalu berulang-alik dari Malaysia ke Thailand, Malaysia ke Singapura, Malaysia ke Australia, Malaysia ke Amerika Syarikat, Malaysia ke Hong Kong dan Malaysia ke Indonesia tu macam dah biasa dengan berita tentang itu.

Ini, dipenghujung bulan Zul Qaeda..umat Islam lain tengah sibuk dengan persiapan untuk menyambut Hari Raya Qurban, tetapi Anwar awal-awal dah melencong ke London. Nak berurut agaknya..tulang belakang yang kononnya tak boleh dibengkok-bengkok...

MB Kedah rayu bantuan banjir RM10 dari kerajaan Pusat

"Kita kerajaan PAS Kedah sangat-sangat memerlukan RM5 juta ke RM10 juta untuk hadapi banjir, mana kita nak cekau duit sebanyak tu..., nak harapkan kerajaan Pulau Pinang, Selangor atau Kelantan, hisssh!!! lupakan saja, baik tak payah!!,, jadi kita terpaksalah mintak belas kasihan Kerajaan Persekutuan agar dapat kiranya menyalurkan bantuan sekurang-kurangnya dalam jumlah tu" - DS Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.
Itulah, kalau rasa dah tak larat lagi nak membela nasib rakyat Kedah, baik berpakat saja dengan kerajaan Barisan Nasional, serahkan kuasa memerintah negeri Kedah tu kepada kerajaan yang jauh lebih stabil, yang mampu dan kuat seperti UMNO dan BN, senang cerita.

Ini tak, dah lah kali-kali mengharapkan bantuan kerajaan Barisan Nasional pada setiap kali negeri ditimpa bencana, bukan juga tak boleh kerajaan pusat untuk membantu tapi bila dah terima budi tu kena juga tahu berbahasa bukannya siang malam kerjanya asyik nak mengutuk dan memburuk-burukkan kerajaan BN.

Nantinya, apabila ada negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan PAS, PKR dan DAP sekiranya ada kena bencana alam seperti banjir dan sebagainya maka akan dituduh juga itu semua kerja jahat UMNO dan BN...tak sudah, sudah...tapi bila dah terdesak baru tau melilau mata cari Datuk Seri Najib nak minta bantuan,,,hampeh!!!

Arkib Blog