Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Disember 23, 2011

Taufan washi: amaran Tuhan kepada golongan songsang di Manila

Sepertimana yang kita semua sedia maklum ialah bahawa Bandaraya Manila di Filipina merupakan sebuah kota metropolitan yang dianggap umpama syurga oleh para pelancong luar terutama sekali bagi pelancong dari Barat yang kebanyakkan daripada mereka adalah pengamal seks songsang atau seks sejenis iaitu yang gemar melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis mereka.

Kelab-kelab gay khusus untuk lelaki homoseks tumbuh subur di Bandaraya Manila di mana terdapat juga kelab-kelab yang menyediakan berbagai acara tarian bogel yang menampilkan lelaki-lelaki muda yang bertelanjang bulat tanpa seurat benang di tubuh untuk tatapan para pengunjung yang rata-rata adalah lelaki.

Selain itu terdapat juga pertandingan bagi memilih lelaki gay yang paling kacak dan tampan yang diadakan hampir setiap tahun di Manila. Acara seringkali dijalankan dalam keadaan yang menghairahkan. Amalan sedemikian sudah menjadi sebahagian daripada hidup dan budaya masyarakat di Filipina yang mana mereka kadangkala boleh bebas melakukannya di tempat-tempat yang terbuka ataupun di tempat yang menjadi tumpuan umum. Tiada sebarang tegahan atau sekatan daripada kerajaan Filipina bagi mereka yang berjuang untuk kegiatan songsang seperti itu.

Tetapi malang sekali bagi negara Filipina yang merupakan satu-satunya negara Roman Katholik di sebelah Asia Timur apabila merea gagal untuk mendidik rakyatnya supaya taat dan patuh kepada ajaran agama Kristian. Balasan dari Tuhan perlu berapa kali lagi baru boleh menyedarkan golongan yang telah menyimpang daripada ajaran agama Kristian. Ribut atau Taufan Washi yang telah meragut lebih seribu nyawa setakat ini di beberapa kawasan daratan serta pantai Manila adalah bukti betapa Tuhan menurunkan pembalasanNya kepada umat Kristian di Filipina yang telah jauh tersesat.

Harap Malaysia akan sentiasa terhindar dari segala bencana alam seperti yang telah dan sedang melanda beberapa buah negara jiran kita kini dan bagi mereka yang masih terjerat di dalam krisis identiti seperti itu maka diharap supaya mereka akan segera sedar lalu berubah menjadi normal semula bagi mengelak berlakunya sebarang malapetaka bumi yang boleh mengancam kemakmuran negara kita. Amin!

"Saya dah biasa menurun, so apa perlu untuk saya meminta maaf," - Adam Adli

Mari kita sama-sama fahami apa kata si bedebah Adam Adli sebaik beliau didesak agar memohon maaf kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berikutan perbuatan biadap dan kurang ajarnya menurun bendera gambar Datuk Seri Najib dari Bangunan PWTC hujung minggu lepas. Boleh baca di blog MIK (Medan Info Kita)

Menurut Adam Adli seperti yang dilapor oleh blogger MIK, tidak perlu bagi beliau untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri ekoran perbuatan terkutuknya itu dengan alasan bahawa perkara menurun atau menaikkan bendera bukanlah sesuatu perkara yang boleh dikira sebagai suatu kesalahan jenayah dan menurutnya lagi bahawa langkah menaik atau menurunkan bendera adalah amalan biasa bagi semua negara di dunia ini.

Memanglah betul apa yang kau cakap tu Adam, menaik atau menurun gambar adalah perkara biasa bagi mana-mana negara di dunia ini tetapi masalahnya disini adalah waktu serta niat atau tujuan sebenar kamu berbuat demikian terhadap bendera gambar Presiden UMNO ke-7 itulah perkara yang dipersoalkan oleh seluruh masyarakat Malaysia di negara ini.

Adam, kau harus sedar bahawa kamu bukannya salah seorang pekerja atau kakitangan bangunan PWTC yang telah ditugaskan untuk menaik serta menurun bendera wajah pemimpin dan juga bekas-bekas Presiden UMNO yang dikibar di hadapan bangunan PWTC dan lagi waktu kamu menurunkan bendera tersebut jam menunjukkan pukul berapa? Di bangunan PWTC pada yang berkenaan, kamu adalah seorang tetamu yang tak di undang, datang cuma menceroboh serta merosakkan harta parti UMNO di bangunan berkenaan.

Apa-apapun alasan yang kamu berikan selepas ini semuanya sudah tidak berguna lagi, sebab segalanya telahpun terlewat dan kamu juga memang tak perlu lagi untuk meminta maaf daripada Perdana Menteri kerana kamu sendiri sudah mengisytihar bahawa perbuatan hina kamu itu bererti satu kemenangan besar buat SMM dan juga BEBAS sebaik bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia dinaikkan bagi mengganti bendera Datuk Seri Najib.

Arkib Blog