Keputusan PKR yang meletak calon parti berkenaan iaitu Dr Micheal Teo Yu Ken untuk bertanding merebut kerusi DUN N65 Senadin daripada Barisan Nasional yang kini disandang oleh YB Datuk Lee Kim Shin adalah merupakan satu kesilapan dan sudah tentu ianya hanya akan mengundang kekalahan kepada Dr Micheal Teo yang beriya-iya untuk dipilih sebagai seorang wakil rakyat.
Dalam ketiga-tiga kerusi DUN yang berada didalam Parlimen Miri itu kenapa harus DUN Senadin yang PKR pilih untuk bertanding dan mengapa tidak di DUN N64 Pujut? Apakah PKR tidak sedar akan kekuatan SUPP/BN di kawasan DUN Senadin? Dan apakah PKR juga tidak tahu yang kebanyakkan penduduk dalam kawasan DUN Senadin hampir separuh daripada mereka terbentuk adalah hasil daripada penghijrahan beramai-ramai masyarakat luar bandar iaitu pendalaman ke bandar terutama sekali masyarakat Orang Ulu?
SUPP/BN yang memain peranan dalam menarik lebih masyarakat luar bandar ke bandar dengan menyediakan berbagai-bagai bentuk kemudahan seperti sistem jalanraya yang baik, bekalan air yang sempurna, bekalan elektrik 24 jam, membina banyak tempat kediaman seperti rumah mampu milik atau rumah kos rendah, rumah kos sederhana, rumah mewah, rumah teres, rumah berkembar, rumah bertingkat serta pelbagai lagi kemudahan lain seperti klinik, sekolah, tapak-tapak gerai perniagaan dan sebagainya disamping menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka yang sudah menetap sebagai warga Miri.
Kejayaan pasukan Wawasan BN Miri yang diketuai oleh Ahli Parlimen Miri YB Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta dibantu oleh tiga sahabat iaitu YAB Tan Sri Dr George Chan Hing Nam ADUN Piasau, YB Andy Chia Chu Fatt ADUN Pujut dan ADUN Senadin YB Datuk Lee Kim Shin untuk merealisasikan Miri diisytihar sebagai sebuah Bandaraya ke-3 dalam negeri Sarawak memang terbukti apabila sejak beberapa tahun yang sudah mereka telah berjaya menarik semakin ramai penduduk dari bahagian-bahagian lain dalam Sarawak untuk tinggal menetap di Bahagian Miri disamping perpindahan beramai-ramai masyarakat Pribumi dari pendalaman ke bandar menyebabkan pertambahan penduduk menjadi semakin ramai dan ini telah memenuhi salah satu kriteria yang amat perlu bagi setiap bandar yang mahu dinaiktaraf sebagai sebuah Bandaraya.
Dengan segala kemudahan yang sudah dan akan disediakan walaupun mungkin ada sebahagian daripadanya agak perlahan atau lambat untuk dilaksanakan disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak memungkinkan untuk setiap projek itu dapat disiapkan dengan kadar segera atau seperti yang dijadualkan namun apa yang penting bagi penduduk di kawasan DUN Senadin sekarang ialah mereka sudah ada tempat untuk memautkan harapan kerana kekerapan YB Datuk Lee turun padang menemui rakyat di kawasan beliau bagi menyelami masalah yang mereka hadapi sudah tentu sangat besar ertinya kepada setiap rakyat.
Berbalik semula tentang PKR yang silap memilih kawasan untuk bertanding. Saya melihat dari beberapa sudut, Dr Micheal Teo sebagai seorang pengamal perubatan yang juga sama seperti mereka yang lain ada memiliki satu klinik beliau sendiri dalam kawasan pasar di Bandaraya Miri namun kalau dilihat dari segi sokongan ataupun sambutan daripada masyarakat atau orang ramai yang mahu mendapat khidmat perubatan dari klinik-klinik swasta terutama sekali di Bahagian Miri ini, orang ramai sebenarnya lebih suka memilih untuk pergi ke klinik lain seperti Klinik Dr Sim Cho Kheng, Dr Loh Yunn Hua, Klinik Dr Chew, Klinik Dr Philip Ting, Klinik Dr Peter Lee, Klinik Dr Yee, Klinik Dr Abdul Aziz, Dr Leong Mui Ling, Dr Ahmad Tajuddin, Dr Rokiah Udin tetapi jarang di sebut nama Klinik Dr Micheal Teo.
Bagi penduduk dikawasan DUN Senadin, Pujut dan Piasau untuk mendapat khidmat perubatan doktor swasta mereka lebih suka mengunjungi atau ada juga diantara mereka yang sudah menjadi pelanggan tetap di klinik-klinik yang tersebut diatas kecuali klinik kepunyaan Dr Micheal Teo atas sebab yang tidak diketahui puncanya. Ada juga suara yang kedengaran merungut dengan perkhidmatan yang diberi dan ada juga yang mengadu sukar untuk bertemu dengan Dr Micheal Teo diklinik apabila setiap kali hanya berjumpa dengan pegawai perubatan yang bekerja dengan beliau lalu ada yang bertanya, "macam mana nak jadi wakil rakyat kalau begini, baru ada satu klinik itupun sudah payah hendak kita berjumpa."
Tetapi sangat berbeza dengan YB Datuk Lee Kim Shin, rakyat di kawasan DUN Senadin khususnya memang sudah sebati atau sudah terbiasa menerima kunjungan YB Datuk Lee walaupun hanya pada hari-hari yang biasa kerana sebagai seorang wakil rakyat yang berbilang kaum seperti Cina, Melayu, Orang Ulu, Iban dan lain-lain lagi disitu maka masyarakat yang diwakilinya memang sudah kenal sangat dengan keprihatinan Datuk Lee terutama terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan mereka sudah mengenali Datuk Lee Kim Shin bukan hanya menjelangnya saat pilihanraya tetapi setiap kali pulang ke kawasan DUN Senadin, YB Datuk Lee memang tidak pernah lupa untuk bertemu dengan rakyat tanpa mengira bangsa serta latar belakang mereka.
Oleh itu, apabila Parti KeADILan Rakyat PKR telah menetapkan Pengerusi PKR Bahagian Miri iaitu Dr Micheal Teo untuk berdepan dengan YB Datuk Lee Kim Shin di kawaan DUN N65 Senadin pada pilihanraya umum Sarawak 16 April ini, saya hanya dapat membayangkan bagaimana selepas pilihanraya itu nanti Dr Micheal Teo setiap hari hanya akan membuka klinik beliau mulai jam 10 pagi dan 5 jam selepas itu dia akan menutup balik premis kepunyaannya kerana pelanggan atau pesakit yang semakin berkurangan untuk mendapatkan rawatan malah ada dikalangan pesakit yang menjadi pelanggan tetap mula berubah selera dengan memilih klinik yang lain pula dan ini akan menyebabkan Klinik Dr Micheal Teo kehilangan semakin ramai pelanggan
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, April 03, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan