Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 10, 2009

Degil Kanak-kanak VS Degil YB-YB

Kalau kita ingat kembali semasa zaman kanak-kanak kita pada masa dulu, kita semua pasti teringat semula bagaimana tabiat kanak-kanak yang lebih kecil usianya daripada kita atau lebih tepat kita panggil mereka itu sebagai budak saja.

Tabiat yang memang sinonim dengan perangai kanak-kanak ialah sifat atau sikap "degil" dikalangan mereka adalah sangat menebal. Sebagai satu contoh, apabila kita ada memberi sesuatu barang tidak kira barang permainan ke atau yang boleh dikira sebagai barang yang diminatinya, tentu sekali apabila kita mahu mengambilnya semula pasti kita akan berdepan dengan suasana yang riuh rendah serta tangisan mereka ini yang enggan melepaskan barang-barang tersebut apabila kita hendak mengambilnya semula daripada tangan mereka.

Sifat degil seperti ini adalah memang satu kelaziman dikalangan kanak-kanak yang mula hendak belajar merangkak dan yang sudah mula pandai berjalan. Pada usia mereka di peringkat seperti itu, sikap kedegilan mereka seumpama itu memang masih menebal dan seandainya kita tidak mahu menurut kehendak mereka, sudah tentu kanak-kanak ini akan menunjukkan sikap memberontak seperti mengasingkan diri, mulut dimuncungkan, merajuk, menangis dan sebagainya. Namun apabila kita memujuknya dengan memberi semula barang yang kita telah ambil daripada tangannya, memang kita dapati sikap marah dia akan masih menguasai perasaannya tetapi lama kelamaan sikap itu akan reda dengan sendirinya sesudah itu.

Itu semua sememangnya sifat semulajadi kanak-kanak yang belum pernah kenal erti kehidupan lagi. Yang belum tahu berkata-kata, yang belum faham apa benda yang kita bercakap dengan dia, jauh sekali daripada pandai membaca dan menulis. Cuma apa yang dia tahu sebut ketika itu ialah ayat-ayat seperti perkataan "MA", "PA"...manakala lain-lain perkataan dia masih cuba untuk memahaminya.

Tetapi apabila sikap atau sifat seperti itu masih diamalkan oleh orang dewasa, maka orang-orang itu boleh di kategorikan dalam golongan orang-orang yang belum matang pemikirannya atau lebih teruk lagi adalah orang yang kurang siuman. Orang-orang seperti ini hendaklah ditempatkan disuatu tempat yang agak menggerunkan seperti berdekatan dengan kandang harimau, kandang singa, tempat pembiakkan buaya serta tempat kurungan ular-ular yang berbisa.

Apabila golongan yang bersikap seperti budak-budak ini diletakkan bersama-sama dengan haiwan-haiwan tersebut, kemungkinan besar sifat-sifat mereka yang paling teruk dari kanak-kanak yang masih menyelubungi diri mereka seperti itu tentu sekali akan beransur-ansur lenyap. Kemungkinan itu tetap ada sekiranya mereka berusaha untuk mengubah sikap yang kurang ajar kepada sikap yang terdidik. Sikap yang tidak mahu melihat ke jalan kebaikkan kepada mahu menerima hakikat yang sebenar. Menolak sikap angkuh yang bersarang didalam diri kepada sikap ikhlas, tahu menghormati orang, faham erti adat dan budaya orang lain.

Jika pada zaman dahulu kala, golongan seperti ini sudah semesti akan dikenakan sumpah oleh orang yang di derhaka oleh mereka menjadi batu, pulau, kera, monyet, kayu dan sebagainya. Contohnya kisah Si Tanggang yang telah menderhaka kepada ibunya, disumpah oleh ibunya menjadi batu di sebuah pulau. Tetapi pada zaman ini, puak-puak seperti ini hanya disumpah oleh mereka sendiri ketika majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Sebenarnya mereka hanya pandai membaca ayat-ayat ikrar sumpah yang telah disediakan didalam nota teks itu, tetapi gagal menghuraikan erti setiap ayat yang telah dilafazkan itu untuk difahami kemudiannya.

Sebenarnya pembangkang terutamanya di Negeri Perak Darul Ridzuan, telah di makan sumpah yang telah mereka sendiri ucapkan. Mereka menipu rakyat yang telah memberi kemenangan sehingga membolehkan mereka bergelar Yang Berhormat. Mereka sanggup menabur apa sahaja janji kepada rakyat yang jelas sekali tidak mampu mereka tunaikan. Rakyat diperdayakan dengan janji-janji kosong seperti negara kebajikan, cukai dihapuskan jika mereka berjaya menubuhkan kerajaan pusat dan bermacam-macam janji lagi bagi mengelirukan rakyat.

Rakyat telah memberikan mereka masa untuk membuktikan kemampuan mereka untuk mentadbir. Rakyat Selangor, P.Pinang, Kedah, Kelantan dan juga Perak, namun mereka telah mensia-siakan peluang itu. Mereka telah mengabaikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat. Mereka tidak pernah kenal erti rasa bersyukur, rakyat sudah memberikan 5 negeri untuk mereka tetapi oleh kerana sifat tamak yang menguasai jiwa mereka maka secara terang-terang dan jelas sekali mereka telah menolak prinsip-prinsip demokrasi yang lama telah diamalkan di negara ini.

Mereka tergamak mengumpan dan sanggup berusaha sedaya upaya untuk menarik seberapa ramai yang mungkin Ahli-Ahli Parlimen BN untuk menyertai mereka dalam pembangkang dengan cara melompat parti untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru. Kerja gila mereka itu memang terbukti apabila Tian Chua, Elizabeth Wong, Saifuddin Nasution dan dua orang lagi dari PKR sanggup mengekori Ahli-ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan sebagai usaha terdesak mereka untuk memenuhi selera menggila demi kuasa.

Sanggup mereka meminggirkan nilai-nilai demokrasi yang baru dikecapi pada PRU ke 12 dulu. Apakah mereka langsung tidak memikirkan bahawa wakil rakyat BN yang telah menang semasa PRU ke 12 itu adalah atas pilihan rakyat yang majoriti memilihnya menerusi pilihanraya yang penuh dengan sistem demokrasi. Apakah pembangkang terutamanya PKR dan DAP tidak menyedari, sekiranya tertubuh sekalipun kerajaan yang mereka impikan dengan cara yang sungguh tidak bermoral seperti itu tentu sekali tidak akan diiktiraf dan pastinya majoriti rakyat akan menolaknya. Rakyat akan bangun menentang kerajaan yang tidak sah, iaitu kerajaan yang tidak demokratik dan kerajaan yang bukan wujud daripada pilihan rakyat.

Sebenarnya pembangkang seperti DAP dan PKR tidak layak menyatakan bahawa mereka adalah parti yang memperjuangkan demokrasi. Dengan berbagai fitnah yang ditaburkan serta helah dan juga tipudaya yang cuba mereka gunakan dalam usaha untuk memperolehi kuasa sudah semestinya mereka telah gagal pada peringkat awal lagi untuk dikatakan sebagai parti yang berjuang untuk menegakkan amalan demokrasi di negara ini.

Contoh yang paling jelas dan terang sekali adalah rentetan peristiwa yang berlaku di negeri Perak sejak 3 orang ADUN mereka keluar dari pakatan pembangkang lalu menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan BN. Dari peristiwa itu sehinggalah kepada banyaknya tragedi yang berlaku lanjutan dari perkembangan itu kita telah melihat dengan jelas bagaimana DAP dan PKR gagal dan sukar untuk menerima kenyataan bahawa prinsip demokrasi berjalan dengan baik serta lancar di negara ini. Mereka sanggup mengenepikan soal prinsip demokrasi sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka.

Tetapi seandainya keputusan disebelah mereka, seperti kes ADUN Kawasan Bota suatu ketika dulu meninggalkan UMNO/BN dan masuk menyertai PKR...saya masih ingat perkataan yang dikeluarkan oleh bekas MB Perak Nizar Jamaluddin ketika menjawab soalan daripada wartawan berhubung dengan tindakan ADUN Bota itu. Antara lain beliau menyatakan itulah demokrasi yang sebenarnya. Tetapi dalam kes 3 orang ADUN yang keluar dari pakatan pembangkang dan memberi sokongan kepada BN, lain pula kenyataan yang beliau buat. Jadi persoalan besar yang harus DAP/PAS/PKR jawab ialah...bagaimana anda untuk memperjuangkan sistem serta amalan demokrasi di negara ini, jika begini sikap anda??? ...bagaimana anda hendak menyuburkan prinsip demokrasi dalam pentadbiran di negara ini jika amalan demokrasi yang sedia ada di Malaysia inipun anda tidak mampu untuk memelihara atau menggunakannya bersama-sama dengan kerajaan semasa yang sedang memerintah???
Posted by Picasa

RTM - Datuk Seri Dr. Rais Yatim Terlepas Pandang.

Sejak RTM membuat berbagai-bagai perubahan yang mengelirukan penonton berikutan menterinya yang saling bersilih ganti, sejak dari itu juga saya selalu mendapati pihak RTM seolah-olah telah hilang kewibaannya untuk bersaing dengan badan penyiaran swasta di Negara ini.

Kes yang terbaru yang telah berlaku mungkin bagi RTM sendiri kes itu adalah yang terpencil, namun bagi para penontonnya seperti saya perkara itu sepatutnya tidak akan timbul lagi dan insiden ini amat mengecewakan sebenarnya. Kes yang saya maksudkan ialah mengenai rancangan blog di TV1 yang mula disiarkan ataupun diperkenalkan ketika Datuk Seri Ahmad Sabree Cheek menerajui kementerian itu. Saya tidak ingin hendak menyebut banyak rancangan lain yang terlibat di dalam perubahan-perubahan itu.

Apa yang ingin saya nyatakan ialah tentang bagaimana rancangan itu yang biasanya disiarkan setiap Jumaat, jam 10.31 malam. Tetapi saya dapati tiba-tiba saja pada malam Jumaat 8hb Mei 2009 yang lalu, rancangan tersebut telah ditukar dengan rancangan "sebelum wisel" yang sepatutnya disiarkan pada jam 9.00 malam.

Sebenar pada malam itu, saya memang menanti sehingga jam 10.31 malam untuk menonton rancangan itu, tetapi malangnya rancangan lain pula yang di siarkan. Oleh kerana tidak puas hati, saya mencapai akhbar Utusan Malaysia untuk merujuk senarai rancangan-rancangan yang akan disiarkan di TV pada malam itu, lalu saya mendapatkan naskah MEGA yang ada diselit bersama dalam akhbar Utusan Malaysia dan saya dapati didalamnya sah dan jelas memang ada rancangan blog di Tv1 akan disiarkan pada waktu itu iaitu pada jam 10.31 malam selepas rancangan Bicarawara Fenomena Seni yang dikendalikan oleh Rosyam Nor yang disiar jam 9.31 malam juga selepas rancangan "sebelum wisel".

Satu lagi rancangan sebagai contoh iaitu drama keluarga Arca "wulan" yang bagi saya memang mempunyai ramai sekali penonton di Malaysia, jika mula disiarkan dulu, drama ini bersiaran dari jam 7.30 - 8.00 malam setiap petang Isnin hingga Khamis di TV2. Tidak lama selepas itu ditukar waktu siarannya kepada jam 6.00 - 7.00 petang Isnin - Khamis. Tetapi malang sekali, tiba-tiba pula masa siarannya di ubah lagi kepada jam 3.00 - 4.00 petang setiap Isnin-Khamis.

Sebenarnya saya bimbang jika trend seperti ini akan terus digunakan oleh RTM sebagai cara untuk menarik minat orang ramai untuk mengikuti rancangannya, maka saya fikir tidak mustahil suatu hari nanti selera penonton untuk mengikut rancangan-rancangan yang di bawa oleh RTM akan turut menurun dan terus hilang. RTM sekarang sedang menuju ke Penyiaran Digital, jadi RTM harus lah lebih teguh serta berpendirian tetap juga berpandangan jauh di dalam berbagai perkara seperti menentukan apa yang patut di ubah, kemana sasaran rancangan itu ditujukan, bagaimana nanti penerimaan orang ramai bila ada perubahan dilakukan dan banyak lagi persoalan daripada orang ramai yang boleh dijangka dan RTM harus terlebih dahulu peka dan tahu akan reaksi orang ramai sebaik saja mereka membuka TV.

Kepada Menteri Penerangan yang baru iaitu YB Datuk Seri Dr. Rais Yatim, saya berpendapat...perubahan memanglah wajar dilakukan demi untuk meningkatkan mutu siaran dan sebagainya, tetapi adalah lebih baik sekiranya perubahan itu dilaksanakan secara berperingkat-ringkat supaya ianya tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada semua pihak. Lakukanlah perubahan satu persatu supaya masa atau jadual siaran dapat ditentukan secara tetap dan yang penting agar waktu siaran rancangannya tidak bertindih diantara satu dengan yang lain.

Saya juga berharap, YB Datuk Seri Dr. Rais sebagai menteri yang suatu ketika dahulu pernah mengetuai Kementerian Penerangan ini, akan lebih memahami kehendak penonton pada masa ini atau lebih tepat lagi ialah penonton pun berubah mengikut keperluan masa tetapi tidak semestinya juga rancangan-rancangan di RTM kerap kali di ubah-ubah. Cuma apa yang ingin saya nyatakan disini ialah, RTM haruslah mengambil sedikit contoh atau mempelajari sedikit pengalaman daripada TV3 yang sekarang jelas sekali telah muncul sebagai sebuah TV swasta yang sangat berjaya sekali di Negara ini.

Selamat Hari Ibu - 10 Mei


Kasihnya Ibu membawa ke Syurga, kasih Ayah sepanjang masa. Syurga berada di telapak kaki Ibu. Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia. Ibu ratu hatiku.


Itu adalah sebahagian daripada kata-kata yang dituju khas buat kaum Ibu, sebagai mengenang dan menghargai jasa juga pengorbanan serta kasih sayang seorang insan yang bergelar Ibu.


Pengorbanan seorang Ibu terhadap anak-anak tiada ternilai. Ibu yang mengandungkan kita dan berdepan dengan maut ketika melahirkan kita. Sejak dari bayi sehingga dewasa Ibu lah yang menjaga serta mendidik kita agar menjadi seorang insan yang berguna.


Selamat menyambut Hari Ibu.


Arkib Blog