Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, April 02, 2012

PRU13: UNDI PKR untuk Israel, UNDI PAS untuk Yahudi & UNDI DAP untuk Zionis !



Bayangkan, kalau mana-mana rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti maka dengan sendirinya mereka juga telah memberi segala sokongan terhadap apa jua usaha mana-mana pihak dalam menjaminkan keselamatan Israel selari dengan kenyataan yang pernah disuarakan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim di dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Begitu juga jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang memilih untuk mengundi Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada PRU-13 akan datang maka bermakna mereka juga telah bersetuju dan bersedia untuk berurusniaga atau menjalinkan urusan perniagaan dengan ahli-ahli perniagaan Yahudi Israel iaitu satu perkara yang selamanya tidak mungkin akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional selagi parti berkenaan diberi kepercayaan penuh oleh seluruh rakyat Malaysia untuk memerintah negara ini.

Dan seterusnya, seandainya rakyat Malaysia juga turut menyokong Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada PRU-13 akan datang ini tidak ubah sama seperti merestui kezaliman rejim Zionis yang terkenal dengan sikap mereka sejak dahulu lagi yang suka merampas tanah hak milik rakyat Palestine dan seterusnya mengusir penduduk asal keluar dari penempatan mereka dimana keadaan ini tidak ubah seakan sama dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap penduduk di negeri berkenaan sejak mereka berkuasa empat tahun yang lalu.
Posted by Picasa

Arkib Blog