Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, September 24, 2009

G-20 : Semut dan Gajah dalam satu kandang...

Di atas muka bumi ini wujud banyak negara-negara. Untuk negara tertentu juga banyak pertubuhan-pertubuhan disedia jika mahu menyertainya. Dalam negara tertentu wujud pula banyak bangsa-bangsa. Pada bangsa itu pula wujud perasaan yang berbeza-beza di antara satu dengan yang lain. Ada yang suka tunjuk perasaan dan tentu ada pula yang simpan perasaan.

Yang suka tunjuk perasaan ialah mereka yang gemar atau sering buat demonstrasi di atas sepanjang jalanraya seperti buat perarakan haram serta membakar bendera. Manakala yang hanya menyimpan perasaan adalah mereka yang mempunyai fikiran yang lebih matang dan sentiasa menggunakan akal sebelum bertindak.

Ungkapan di atas adalah hanya sebagai kata-kata pembuka bicara. !!! cewahhh...

Saya agak tertarik dengan setiap tulisan di artikel dalam satu blog di www.nkrijaya.co.cc yang mana 100% daripada tulisan beliau disana hanya mengutuk, menghina, mencaci serta menghina Malaysia serta rakyatnya. Apa yang lebih melucukan lagi ialah beliau mempunyai azam untuk meletupkan Menara Berkembar Petronas(Twin Towers) pada tahun 2011 jika mengikut dari apa yang dikhayalkan oleh beliau melalui gambar diblog tersebut.

Saudara NKRI(agaknya...Negara Kebangsaan Republik Indonesia), ...dalam G-20 bukan kesemuanya menggabungkan negara-negara yang maju. Sebenarnya G-20 menghimpunkan diantara negara yang telah lama maju serta negara yang baru maju dan negara yang belum lagi maju atau yang masih lagi mundur.

Tentu ada pertanyaan. Jika begitu, kenapa negara-negara ini boleh berada didalam satu pergerakan? Sebabnya ialah, kerana berdasarkan kepada jumlah penduduk sesebuah negara itu yang hampir sama banyaknya dan bukannya disebabkan oleh ekonomi semua negara-negara yang didalamnya adalah setaraf atau pada kedudukan yang sama. Disitulah salah faham sebenarnya.

Indonesia telah di akui sebagai sebuah negara ekonomi terbesar di Asia adalah disebabkan oleh bilangan rakyatnya yang berjumlah lebih daripada 240 juta orang mungkin setelah ditolak dari jumlah korban Tsunami Aceh dulu. Maknanya ialah apabila jumlah rakyat yang begitu ramai maka sudah pastilah sesetengah negara lain akan berpendapat kuasa membelinya juga adalah tinggi.

Tergolong didalam negara yang telah diiktirafkan sebagai sebuah negara yang berekonomi terbesar tidak bermakna negara tersebut akan dianggap sebagai kuasa ekonomi atau telah maju. G-20 adalah satu kumpulan negara-negara yang penduduknya terlalu ramai atau padat sekali tetapi bukan disebabkan oleh nilai ekonomi semua negara dalam G-20 itu mempunyai jumlah purata yang hampir sama.

Jika kekayaan sesebuah negara itu diambil kira untuk membolehkan negara tertentu itu untuk masuk didalam G-20, kenapa Singapura yang ekonominya berlipat kali ganda tinggi dari Indonesia tidak menyertai G-20 ? Begitu juga dengan lain-lain negara di Asia Barat, banyak juga negara disana yang kaya dan maju tetapi mengapa negara-negara itu tidak ikut sama dalam G-20 ? Sebabnya ialah Singapura hanya punya penduduk seramai sekitar 2 juta orang saja dan begitu juga dengan negara-negara di Asia Barat yang lainnya.

Ada banyak lagi pertubuhan-pertubuhan yang telah diwujudkan pada peringkat antarabangsa untuk kepentingan sesetengah negara dengan matlamat yang berlainan diantara satu dengan yang lain. Kita boleh lihat kumpulan G-5, G-7, G-8, G-15, G-20, G-23, APEC, PBB, NAM, OIC, OPEC, ASEAN, KOMANWEL dan lain-lain lagi yang mana setiap satu daripada pergerakan pertubuhan atau organisasi itu mempunyai visi dan peranannya masing-masing.

G-5 : Brazil, China, India, Mexico dan Afrika Selatan.(negara membangun yang telah maju)

G-7 : Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Italy dan Jepun.(negara maju)

G-8 : Amerika Syarikat, Britain, Italy, Jerman, Perancis, Jepun, Kanada dan Russia.(negara maju)

G-15 : Argentina, Brazil, Chile, India, Indonesia, Iran, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Mesir, Nigeria, Peru, Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe(negara membangun)

G-20 : Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Italy, Jepun, Mexico, Russia, Saudi Arabia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki dan Amerika Syarikat.(campuran negara yang telah maju dengan negara yang masih mundur)

G-23 : Gandingan negara-negara yang berada dalam G-15 dengan G-8.

PBB/UN : 192 buah negara, APEC : 21 buah negara, NAM : 114 buah negara, OIC : 57 buah negara, OPEC : 14 buah negara, KOMANWEL : 53 buah negara dan ASEAN :10 buah negara.

MENGENAI reaksi Singapura yang membantah promosi makanan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia adalah lumrah. Tiada isu timbulkan isu baru, biasalah penyakit berjangkit agak sukar untuk dikawal sama juga seperti virus H1N1. Singapura memang sejak ditendang keluar dari Maaysia suatu ketika dulu sampai sekarang tak ada kerja lain, menyalak saja siang malam. Saya jadi hairan kenapa sebuah negara metropolitan yang kaya raya seperti Singapura boleh menangis hanya kerana masalah mee atau bubur.

Malaysia tak pernah pun bising bila Singapura mengakui bahawa rambutan yang negara itu beli daripada Perak dan Perlis di Malaysia, bila dah dibawa ke negara mereka dan diproses lalu dijadikan sebagai makanan dalam tin maka ianya telah dikenali sebagai "Singapore Longan" dan nama Malaysia lenyap. Malaysia tak pernah ambil pusingpun benda remeh-temeh seperti itu. Singapura menang ke atas Pulau Batu Putih pun Malaysia tak bising walaupun pada hakikatnya bahawa Singapura itu sendiri juga dulu adalah sebahagian wilayah dalam Malaysia yang terpaksa ditolak keluar akibat daripada sikap angkuh Lee Kuan Yew ketika itu.

MENGENAI pekerja Indonesia dari kalangan mereka yang "datang tanpa izin"(pendatang asing tanpa izin/PATI) yang didakwa sampai hampir setahun sehingga ke dua tahun bekerja di Malaysia ini tidak dibayar gaji oleh majikan masing-masing, jadi apabila perkara ini telah berlaku hendak menyalahkan siapa? Kerajaan Malaysia? Kerajaan Indonesia? Majikkan ? ...atau diri sendiri???

...perkara telah terjadi, maka salahkanlah diri sendiri, bukannya tidak tahu bahawa setiap negara ada undang-undang serta peraturannya yang tersendiri yang menuntut daripada setiap warga asing yang hendak datang bekerja ke negara ini misalnya hendaklah terlebih dahulu memahami akan perkara itu dan tahu akan risiko yang bakal dihadapi jika masih lagi mahu melanggar segala undang-undang yang sedia ada di Malaysia.

Arkib Blog