Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mei 26, 2010

DHPP akan jadi 'duri dalam daging' kepada PAS kemudian hari...


Apakah pandangan pembaca semua berkenaan dengan usaha oleh sesetengah pemimpin tertinggi dalam PAS yang telah merestui cadangan penubuhan sayap baru parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS yang ahlinya nanti adalah terdiri daripada kaum bukan Islam dan juga pastinya bukan Melayu?

Pada pendapat saya, apabila tertubuh sahaja sayap baru untuk parti itu nanti bermakna PAS seolah-olah telah menyedia awal serta turut membersihkan kawasan untuk menguburkan terus parti PAS daripada gelanggang politik negara.

Banyak iktibar yang boleh diambil oleh PAS dari sesuatu yang telah berlaku sejak kebelakangan ini misalnya bagaimana generasi pertama kaum tertentu yang sebelum ini telah bersetuju untuk menerima semua syarat sepertimana yang termaktub didalam perlembagaan negara sekiranya mahu diterima sebagai warga negara Malaysia tetapi kini generasi baru kaum ini pula telah mula mempersoalkannya serta mahu kandungan dalam perlembagaan negara dimansuhkan walaupun telah dipersetujui oleh generasi terdahulu.

Namun PAS seakan-akan tidak sedar bahawa bagaimana beraninya puak-puak ini mempertikaikan syarat-syarat yang terkandung didalam Perlembagaan Negara seperti hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, ketuanan Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, Raja Berperlembagaan dan lain-lain lagi yang diakui semua kaum sebelum ini tetapi kini ianya telah diusahakan dengan berbagai-bagai cubaan untuk menekan kerajaan supaya menghapuskan mana-mana saja keistimewaan yang dilihat tidak menguntungkan puak mereka.

Bangga sehingga begitu megah mendabik dada sambil mendakwa lebih 20,000 individu bukan Islam telah berjaya di himpun oleh PAS sebagai penyokong kepada parti itu melalui DHPP menyebabkan para pemimpin tertinggi dalam PAS baik Presidennya, Timbalan Presidennya, Mursyidul Amnya dan sebagainya lagi gagal untuk melihat ke hadapan bagaimana agaknya nanti sekiranya ahli-ahli DHPP dibenarkan untuk mengundi semasa pemilihan parti berlangsung.

Apabila ahli-ahli DHPP ini telah mempunyai hak untuk mengundi pemimpin yang mereka suka jadi secara otomatiknya ini telah meletakkan ahli-ahli DHPP mempunyai kuasa penentu yang sama sebagaimana yang ada pada ahli-ahli asal PAS sendiri sebelum ini.

Tidakkah PAS terfikir sekiranya ahli-ahli DHPP itu nanti jumlahnya semakin bertambah disamping pengaruh mereka dalam PAS juga turut berakar SUBUR dan sudah tentu mereka sentiasa sedar bahawa kuasa untuk membuat keputusan dalam parti adalah juga merupakan sebahagian daripada hak yang ada pada DHPP sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh parti itu sendiri dan inilah yang mewujudkan masalah baru kepada orang Melayu dan Islam dalam PAS.

Sekiranya cadangan untuk menubuhkan DHPP diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan parti dan berjaya pula direalisasikan sebagai sebuah sayap baru bagi parti PAS, maka bermula dari saat itulah PAS harus bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan jika tidak mahu apa yang telah berlaku terhadap perjanjian antara kaum dinegara ini sepertimana yang telah termaktub dalam perlembagaan negara yang sering dibangkit oleh puak-puak tertentu agar tidak tertimpa pula keatas parti PAS dikemudian hari.

Sudah bersediakah PAS untuk memenuhi segala tuntutan demi tuntutan daripada puak-puak yang tidak pernah mengenal erti bersyukur dan tidak tahu erti untuk berterima kasih selepas itu ?

Arkib Blog