Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Disember 20, 2010

Rahsia kegunaan 'brek kijang' kepada manusia...

Kepada mereka yang memang suka masuk ke hutan atau memburu beberapa spesis binatang yang tertentu seperti kijang, pelanduk, rusa, landak dan sebagainya sudah tentu mereka ini akan menjadi semakin mahir tentang cara bagaimana untuk memudahkan usaha menangkap haiwan-haiwan berkenaan supaya setiap kali balik dari berburu kita tidak akanpulang dengan tangan yang kosong tetapi sentiasa pulang dengan membawa hasil yang diburu.

Untuk menangkap seekor kijang, seseorang pemburu itu memerlukan satu kaedah yang biasa digunakan oleh mereka atau pemburu yang sememangnya sudah mahir dengan keadaan serta selok belok di dalam hutan dan juga mempunyai kemahiran untuk mengenalpasti dalam hutan yang berkeadaan bagaimana terdapat adanya kijang berkeliaran.

Kaedah yang paling berkesan untuk menangkap kijang dengan mudah ialah kita harus pastikan agar sesekor kijang itu terlebih dahulu harus dekat dan menghampiri kita dengan memanggil spesis mamalia berkenaan menggunakan sehelai daun pokok yang khusus iaituyang tumbuh rendah dipersekitaran sambil meniup bahagian sisi dedaunan berkenaan sehingga ianya mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi seekor kijang betina memanggil anaknya untuk datang dekat dengannya.

Sambil bersembunyi disebalik pangkal pokok-pokok besar sambil terus meniup daun yang kita ambil tadi sementara menanti kelibat kijang muncul dan sekiranya usaha kita kali itu berjaya untuk memperdayakan haiwan berkenaan dan terlebih dulu cubalah lihat bagaimna aksi kijang tatkala ia mula datang hampir datang ke arah kita, kebiasaannya kijang akan datang secara perlahan dan tidak kurang juga yang bersifat gelojoh datang dengan tergesa-gesa.

Kijang yang datang dengan keadaan yang tergesa-gesa inilah kita harus ambil perhatian, perhatikan betul-betul...apabila ia datang ke arah kita dalam dalam keadaan berlari dan sesudah itu apabila ia sudah dapat menjangka bahawa tempat itulah bunyi suara yang memanggil maka kita akan dapat melihat bagaimana kijang tiba-tiba bertindak membrek atau memberhentikan lariannya dengan menggunakan kedua-dua kaki sebelah depan.

Untuk makluman semua dan kepada rakan-rakan yang belum lagi mengenali tentang adanya beberapa ciri-ciri keistimewaan yang terdapat pada seseekor kijang itu memang mempunyai kegunaan atau fungsinya yang tersendiri bagi kijang itu sendiri mahupun bagi seseorang manusia.

Disebelah belakang tapak kaki  setiap seekor kijang ada terdapat dua objek yang seakan-akan tumbuhan daging yang sangat kental dan agak keras tetapi yang sebenarnya itulah dia satu benda yang digunakan oleh semua kijang untuk membrek atau memberhentikan pergerakan serta langkah mereka dengan serta-merta apabila mahu berhenti ditempat-tempat yang dikehendaki.

Bagi kegunaan manusia pula, ianya amat berguna kepada pasangan suami isteri yang punya masalah didalam menjalani hubungan intim khususnya mereka yang telah masuk ke peringkat yang menjemukan..ha ha ha.., Papa Gomo agaknya pakar tentang bab ini...

Untuk proses pengambilan dan seterusnya bagaimana untuk menggunakan benda berkenaan saat ia diperlukan ? Dapatkan hanya sebelah kaki bahagian depan kijang(kijang yang sudah disembelih) tak payah dua belah..satu cukup. Lepas tu periksa dan pastikan kedudukan atau letaknya brek kijang yang berbentuk dua tombol kecil di sebelah belakang tapak kaki kijang dan kerat menggunakan pisau atau parang hingga ia berbentuk seperti sebentuk cincin lalu setelah itu tanggalkan dari daging kaki kijang berkenaan tarik jangan biar terputus kerana kita mahu ianya kekal seperti cincin supaya saiz lubangnya boleh diperbesarkan dengan memasukkan benda tu tadi kepada sebatang kayu yang telah dilurut mengikut saiz balak yang dimiliki oleh setiap suami bermasalah serta selepas itu jemur dibawah terik panas matahari untuk beberapa ketika sehingga kering dan liat supaya ketahanannya sentiasa terjamin.

Cara-cara penggunaannya amat mudah, sarungkan saja...tidak jauh bezanya dengan cara menggunakan kondom DAN tujuan utama kepada si pemakainya ialah agar isteri beliau tidak akan mencari yang lain selepas itu dan yang penting supaya tidak ada lagi timbul kes-kes dimana seringkali berlaku keretakan didalam rumahtangga hanya semata-mata kerana perkara yang remeh-temeh seperti itu dan yang menjadi mangsa adalah anak-anak.

Selamat mencuba... ;-))

Arkib Blog