Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Februari 26, 2011

BN Sarawak perlu menamakan bakal pemimpin negeri lebih awal..

Tidak menjadi satu kesalahan bagi rakyat yang mahu agar Barisan Nasional negeri Sarawak mengenengah atau menamakan bakal pemimpin yang akan menerajui pentadbiran negeri sebagai pengganti kepada pemimpin yang sedia ada sekarang dengan lebih awal atau sekurang-kurangnya sebelum pilihanraya negeri diadakan.

Rakyat Sarawak berhak untuk mengetahui siapa mereka yang akan menjadi pemimpin untuk masa depan di Bumi Kenyalang ini. Dan rakyat Sarawak juga harus diyakini dengan mereka yang bakal membarisi kepimpinan negeri pada masa yang akan datang supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah negeri Sarawak akan bertambah kukuh dan kuat.

Anggaplah dengan menyenarai nama pewaris pemerintahan untuk negeri Sarawak itu nanti dengan lebih awal merupakan sebahagian daripada kempen untuk terus meyakinkan rakyat Sarawak keseluruhannya bahawa Barisan Nasional negeri memiliki ramai pemimpin yang berwibawa, berkarisma dan sebagainya untuk memimpin rakyat di Bumi Kenyalang ini.

Rakyat Sarawak pada era ini tidaklah boleh lagi dilihat hanya boleh dihidang dengan janji-janji projek yang berbagai-bagai biarpun memang benar kebanyakkan daripada projek-projek yang pernah dijanjikan telah lama ditunai kepada rakyat tetapi seperkara lagi yang mesti pemimpin atasan BN Sarawak mahu ambil berat ialah soal siapa pemimpin BN negeri yang akan mengganti tempat sebagai Ketua Menteri sekiranya YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud bersara kelak.

Penting sangat bagi rakyat negeri Sarawak ini untuk mengenali siapakah yang akan dipilih untuk memimpin mereka dan berharap individu yang terpilih sebagai pengganti kepada Pehin Sri nanti bolehlah membuat persediaan lebih awal dan mampu menyesuaikan diri sebagai pemimpin nombor satu negeri dan setelah telah terdedah kepada selok-belok cara mengurus kerajaan negeri maka sudah tentulah apabila sudah berkuasa sebagai Ketua Menteri, segalanya dapat diurus dengan berkesan, licin dan lancar

Saya bukan bermaksud untuk turut mendesak agar Pehin Sri Taib segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak tetapi bagi saya adalah lebih baik sekiranya mulai dari sekarang bakal pengganti beliau diumumkan sebelum berlakunya pilihanraya yang akan datang. Harus difahamkan juga bahawa kini rakyat Sarawak tidaklah semuanya terlalu melihat kepada pembangunan yang telah dibuat tetapi rakyat lebih kepada ingin tahu siapa yang akan menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas Pehin Sri Taib.

Arkib Blog