Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Julai 04, 2011

Ambabiga makin besar kepala, mahu berdepan dengan YDP Agong pula !

PETALING JAYA 4 Julai 2011 - Pengerusi Bersih Ambiga berkata, keputtusan samada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan pada 9 Julai ini atau tidak akan ditentukan selepas diadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.


Untuk itu beliau berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada pihak Istana Negara hari ini supaya pertemuan di antara Seri Paduka dan Bersih dapat diadakan sebelum Sabtu ini.


Bagaimanapun beliau mengakui keputusan yang bakal diambil itu bergantung sepenuhnya kepada nasihat Seri Paduka didalam pertemuan tersebut - Utusan Malaysia.

ULASAN;
Saya sama sekali tidak melihat reaksi amBABIga itu sebagai sesuatu yang boleh dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai tanda hormat beliau atau beliau akur terhadap Titah oleh Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan tetapi saya lebih melihat reaksi amBABIga itu seolah-olah beliau memang tidak bersetuju atau tidak mahu menerima nasihat yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak perlu menjaga keamanan dalam negara dengan tidak menganjur sebarang perhimpunan haram yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap keselamatan negara ini.

Kalau amBABIga tahu erti menghormati Titah Di Raja mana mungkin petang ini beliau sanggup pula untuk menghantar surat permohonan ke Istana Negara untuk mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Mizan bagi menyampaikan hasrat dia untuk mengadakan perhimpuan haram di Ibu Negara pada 9 Julai ini dan kenapa tidak dipersembahkan saja terus kepada Yang Di-Pertuan Agong dokumen yang dikatakan mengandungi Memorandum mahu sistem pilihan raya diperbaharui itu ?

Bukankah lebih elok kalau amBABIga menghantar saja surat permohonan mengadap Yang Di-Pertuan Agong bertujuan untuk mempersembahkan Memorandum berkenaan dan dia tidak perlu lagi bersusah payah untuk meminta perkenan Tuanku Mizan bagi mengumpul begitu ramai manusia untuk berarak ke Istana Negara semata-mata bertujuan untuk mempersembahkan Memorandum tersebut. Tidakkan ini satu-satunya cara yang lebih menjimatkan masa selain lebih selamat ?

Di samping itu juga saya melihat kenyataan terbaru oleh amBABIga itu seperti mencerminkan yang dia mahu menekan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong agar memperkenankan perhimpuan yang akan Bershit anjurkan 9 Julai ini dan jika tidak mustahil amBABIga begitu beriya-iya mahu mengadap Baginda kerana apa yang dikatakan oleh dia bahawa jika pertemuan dengan Yang Di Pertuan Agong tidak juga dapat diadakan sebelum Sabtu ini maka bermakna perhimpuan haram Bershit 2.0 juga tentu sekali tidak dapat dielakkan dan pasti tidak akan dibatalkan jadi maknanya perhimpunan haram Bershit 2.0 tetap akan diteruskan oleh Bershit, PKR, DAP dan PAS pada 9 Julai hari Sabtu ini.

Jadi disini, saya melihat tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri, pihak Polis akan lebih tercabar dengan tindak tanduk terbaru oleh amBABIga ini. Jangan biarkan masa terus berlalu tanpa sebarang tindakan tegas dan berani diambil terhadap petualang dan pengkhianat negara ini. Tahan segera amBABIga ini sebelum dia pergi jauh lagi untuk membuat sebarang keadaan didalam negara ini bertambah menjadi huru-hara serta kacau-bilau.

Saya bukan berniat nak mengajar sesiapa atau pihak yang lebih arif, tetapi demi kedaulatan Malaysia, demi maruah Malaysia, dan demi keamanan Malaysia keseluruhannya maka kita semua juga punya tanggungjawab bersama dengan yang lainnya yang mahu melihat tahap keselamatan dalam negara ini sentiasa stabil dan terjamin sepanjang masa.

Krisis Lybia: NATO & pemberontak mengaku kalah menentang Gaddafi !

 BENGHAZI 3 Julai 2011 - Pemimpin Lybia, Muammar Gaddafi dialu-alukan untuk bersara di negara ini sekiranya dia menyerahkan semua kuasa pemerintahannya, kata ketua pemberontak.

Tawaran tersebut dibuat tatkala Gaddafi menentang habis-habisan desakan antarabangsa supaya meletakan jawatan, walaupun pegawainya memberi petanda untuk berunding dengan kumpulan pemberontak.

Gaddafi masih memegang tampuk pemerintahan selepas lima bulan pemberontakan berlaku terhadapnya walaupun NATO melancarkan pengeboman ke atas Lybia serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

"Sebagai menyelesaikannya secara aman, kami membuat tawaran kepada Gaddafi supaya meletakan jawatan dan mengarahkan askarnya berundur, kemudian dia boleh membuat keputusan untuk tinggal disini atau di luar negara," kata ketua pemberontak, Mustafa Abdel - Utusan Malaysia.
Kerana terdesak, pihak Tentera Bersekutu dalam NATO yang di ketuai oleh Perancis terpaksa menggunakan ketua pemberontak tempatan Mustafa Abdel sebagai jurucakap mereka untuk berdialog dengan pihak Muamar Gaddafi.

Perancis yang sebelum ini mengaku telah menggunakan pesawat untuk membawa senjata api bagi digugurkan di kawasan-kawasan para pemberontak sebagai senjata mereka menentang bala tentera yang setia kepada Gaddafi kini sudah semakin sedar bahawa mereka tidak akan mampu lagi untuk menunduk Gaddafi sebagaimana tentera penceroboh di Iraq dulu berjaya melumpuhkan benteng pertahanan tentera Saddam Hussein.

Sebagai menebus rasa malu kerana gagal menumpaskan tentera Gaddafi, maka jalan terakhir sebelum NATO mengambil keputusan untuk berundur dari bumi Lybia mereka sanggup merayu dan menjilat kaki Gaddafi meminta beliau menyerahkan kuasa serta mengundurkan tenteranya dari perbatasan perang. Tetapi tidak mungkin semudah itu untuk Gaddafi menurut kehendak Barat setelah terdapat ahli keluarga beliau sendiri turut menjadi korban oleh kekejaman tentera NATO sebelum ini termasuklah anak lelaki beliau.

Sebelum ini, masyarakat dunia juga telah di kejutkan dengan tindakan berani Pemimpin Lybia ini yang telah mengoyak buku Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta melemparkan dokumen berkenaan ke atas arah belakang iaitu ketika beliau berucap di podium pada persidangan agung pertubuhan badan dunia itu tahun lepas bagi membahaskan isu Palestine - Israel.

Jadi, apabila ini dilakukan oleh Gaddafi, sudah tentu sekali dendam lama Barat terhadap beliau yang belum terpadam akan menjadi semakin menyala dan dengan bantuan rakyat Lybia sendiri yang berpaling tadah serta sanggup menjadi talibarut kepada Barat tanpa mereka memikir kesannya terhadap ekonomi, kedaulatan serta maruah negara mereka membantu Barat memerangi Gaddafi biarpun mereka sedar itu hanya akan merugikan Lybia untuk jangka masa yang sangat panjang.

Inilah akibatnya apabila terdapat rakyat negara sendiri yang sanggup menjadi talibarut kepada anasir-anasir luar yang sentiasa mahu melihat negara lain lemah dan runtuh manakala yang akan menjadi mangsa bukan saja setakat rakyat yang mempertahankan kedaulatan serta maruah negara malahan mereka ini yang sebelumnya sanggup bersekongkol dengan kuasa-kuasa asing untuk membinasakan kerajaan yang sedia ada juga pasti tidak akan terkecuali dari merasakan betapa sengsara dan peritnya akibat dari perbuatan mereka ini yang sanggup menggadai maruah juga keamanan negara kepada pihak lain.

Di Malaysia, walaupun sudah kecoh dengan khabar angin bahawa BERSHIT 2.0 juga akan berbuat demikian terhadap kedaulatan serta kesejahteraan negara ini pada 9 Julai minggu ini, namun rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sentiasa menyandarkan harapan kepada kecekapan pihak kerajaan serta polis dalam menangani sebarang perkara yang mungkin akan timbul dan tindakan awal pihak berkuasa terutamanya Polis beberapa hari yang lalu terhadap rangkaian penganjur BERSHIT 2.0 ternyata pihak keselamatan atau KDN mampu berdepan dengan sebarang kemungkinan dan kami rakyat harap sangat selepas ini mana-mana individu yang menganjurkan BERSHIT 2.0 akan dikenakan hukuman yang setimpal termasuk dilucut kewarganegaraan serta di buang ke negara lain.

Arkib Blog