
Menteri Luar YB Datuk Seri Anifah Aman yang tengah giat melobi masyarakat antarabangsa bagi pihak Malaysia untuk ke jawatan penting dalam IMF itu mahu badan kewangan itu telus didalam membuat pemilihan calon yang bakal mengetuai IMF dan beliau mahu jawatan Ketua Ekskutif IMF diberikan kepada calon dari kumpulan negara membangun termasuklah Malaysia.
Sebagai rakyat, kita tentu sekali akan merasa gembira dan bangga jika Dr Zeti dipilih untuk menjadi ketua dalam IMF. Dan harap beliau akan berjaya dipilih dan ianya merupakan satu kebanggaan untuk seluruh Malaysia.