Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Februari 11, 2011

Kenyataan KM kurang baik untuk proses peralihan kuasa di Sarawak

Sememangnya pandangan setiap seorang diantara kita mengenai banyak perkara yang tertentu itu adalah tidak sama dan walaupun untuk mewujudkan agar setiap pendapat itu akhirnya akan kelihatan senada apabila ianya dicapai secara sepakat dalam perbincangan yang diadakan secara berkelompok atau berkumpulan namun keinginan untuk menyuarakan pandangan sendiri mengenai hal yang berkaitan masih tetap ada dalam sanubari masing-masing.

Dan begitu juga dengan setiap rakyat di negara ini misalnya, mereka walaupun nampak berada dalam satu pertubuhan, persatuan dan sebagainya akan tetapi mereka sebenarnya tetap mempunyai pendapat yang berlainan dengan rakan-rakan lain dan demikian jugalah dengan mereka yang lainnya tetap mempunyai pendirian yang tidak serupa diantara satu dengan yang lain tetapi demi untuk kepentingan pertubuhan atau persatuan yang mereka sertai maka mahu tidak mahu mereka terpaksalah untuk menerima pandangan ramai dan mengenepikan sebarang perbezaan pendapat.

Namun apabila keluar berita di dada-dada akhbar hari ini mengenai kenyataan terbaru Pehin Sri Taib berkaitan pelan peralihan kuasa di Sarawak maka saya rasa seakan terpanggil untuk turut sama menulis serba sedikit pandangan di ruangan ini serta cuba untuk mengulas lanjut mengenainya kerana apa yang telah menarik perhatian saya ialah bilamana ketika dalam sidang media Ketua Menteri telah berkata "Jika ada mereka yang ingin menggantikan kami.., kami mahu tapi tidak mahu melepaskan kuasa jika tiada jaminan seorang itu baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak."

Walaupun saya sedar bahawa kata-kata tersebut sebenarnya ditujukan oleh Pehin Sri Taib kepada pihak pembangkang Sarawak khususnya PKR peringkat negeri yang di ketuai oleh Baru Bian yang kini kelihatan semakin gila kuasa dan pangkat tetapi dalam pada itu juga saya nampak bahawa mesej yang disampaikan oleh Ketua Menteri itu turut diarahkan kepada pemimpin muda atau pelapis dalam Barisan Nasional sendiri yang kelak pastinya akan mewarisi teraju kepimpinan daripada YAB Ketua Menteri Sarawak.

Sehingga ke hari ini rakyat Sarawak belum lagi dijanji atau diperlihatkan dengan bakal pemimpin yang akan mengganti serta meneruskan kepimpinan Pehin Sri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri sekiranya beliau bersara dari pentadbiran negeri suatu hari nanti. Bagi saya dalam isu ini sepatutnya rakyat Sarawaklah yang harus diberikan satu jaminan yang kuat dengan menyediakan seorang pemimpin yang berwibawa, cergas dan berani bagi menerus dan memantapkan lagi politik pembangunan demi untuk faedah rakyat khususnya dan juga negeri Sarawak secara keseluruhannya.

Tapi apabila Pehin Sri Taib ada menyatakan bahawa kepimpinan beliau memerlukan seseorang pengganti yang 'baik dan pintar' bagi mengganti tempat beliau dan jika menurut beliau selagi belum ada calon pengganti yang mempunyai ciri-ciri seperti yang beliau mahukan, jadi apakah selagi itu juga rakyat Sarawak akan terus berada dalam dilema untuk mencarii seorang pemimpin negeri yang baru ?

Sebagai rakyat biasa, pengundi biasa..saya bukan bermaksud untuk menggesa agar Pehin Sri segera berundur tetapi perlu juga diingat bahawa lumrah dunia selalu menyaksikan bahawa 'tiap yang mula akan berakhir,' fenomena alam ada siang ada malam, umpama air ada pasang ada surut dan begitu jugalah dengan para pemimpin kita apabila telah sekian lama berada di puncak kuasa pasti akan tiba jua masanya untuk mereka memberi laluan kepada bakal pengganti mereka. Ini adalah kenyataannya.

Rakyat Sarawak wajar diperkenalkan lebih awal dengan barisan baru kepimpinan negeri dari Barisan Nasional yang bakal mengambilalih teraju kepimpinan negeri daripada pemimpin yang sedia ada sekarang ini sebabnya ialah rakyat Sarawak tidak sepatutnya hanya dijanjikan dengan bermacam-macam projek tetapi rakyat juga sangat ingin mengetahui lebih awal tentang bakal pemimpin mereka serta barisan kepimpinan Sarawak nanti selepas pilihanraya negeri selesai sekiranya berjaya membentuk kembali kerajaan negeri.

Barisan Nasional Sarawak perlu juga melihat bagaimana pihak Pakatan Rejim Pembangkang, disamping pihak mereka menjanjikan berbagai-bagai jenis "gula-gula" kepada rakyat Sarawak bagi menghadapi pilihanraya negeri akan datang, mereka juga sudah siap dengan 'pemimpin bayangan' bagi menambat hati para pengundi di negeri Sarawak ini dan mereka nampak sangat tidak hanya menjanjikan projek-projek yang tertentu semata-mata kepada rakyat melainkan bakal pemimpin negeri juga turut dikemukakan bersama.

Arkib Blog