Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mac 18, 2016

Proton antara bukti idea Tun Dr. Mahathir adalah emas

Tun Dr. Mahathir pernah menyebut bahawa idea yang bagus macamana sekalipun jika tanpa kuasa untuk merealisasikannya hanya akan menjadi angan-angan yang tidak menjadi nyata.

Perkara ini terbukti benar apabila sebelum dan selepas beliau tidak lagi memegang kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia banyak idea yang beliau kemukakan kepada pihak kerajaan namun gagal disempurnakan malah ada sebahagiannya yang sedang dalam proses perlaksanaan juga turut dibatalkan.

Kita berbalik kepada sewaktu beliau sedang memegang tampuk pemerintahan kerajaan, boleh kita lihat bagaimana Tun Dr. Mahathir mampu menterjemahkan idea-idea beliau itu ke dalam pelbagai bentuk pembangunan serta pembuatan walaupun pada mulanya mengundang pandangan sinis oleh sebahagian masyarakat malah ada yang mentertawakan usaha oleh beliau itu seolah-olah tidak yakin dengan kemampuan diri.

Ternyata Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa besar. Tidak mudah mengalah kepada pandangan-pandangan yang selalu memberi respon negatif terhadap idea serta usaha kerajaan yang dipimpinnya malahan mengambil segala bentuk pandangan tidak kira negatif apatah lagi yang positif sebagai pembakar semangat agar tidak mudah luntur.

Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) antara bukti kemampuan Tun Dr. Mahathir dalam mewujudkan ruang kerja baru bagi rakyat Malaysia bukan lagi hanya bergantung kepada industri tradisi tetapi telah memperluaskannya kepada bidang-bidang jauh mencabar yang belum lagi pernah diterokai oleh negara-negara jiran lain dalam Asean dan sekaligus menaikkan imej serta maruah negara kita pada peringkat antarabangsa.

Menapis Bukan Menyekat Itulah Kebebasan

Mendifinasi dua perkataan Menapis dan Menyekat. Menapis bermaksud membuat tapisan supaya yang kotor tidak terlepas sementara yang bersih boleh lalu dengan bebas, maknanya ada pilihan. Manakala menyekat pula ialah perbuatan yang menghalang apa jua tanpa ada sebarang pilihan.

Semasa zaman pemerintahan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tapisan kepada sumber-sumber berita yang meragukan lebih kerap dilakukan tanpa tindakan drastik menyekat hak mereka dari terus berkarya. Cara ini lebih adil kerana kerajaan sentiasa memberi peluang kedua kerana berpegang kepada prinsip keterbukaan serta berdiri di atas kebenaran.

Arkib Blog