Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Ogos 25, 2011

Adakah Teoh Beng Hock akan hidup semula ?

KUALA LUMPUR 24 Ogos 2011 - Keluarga Teoh Beng Hock memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan dalam laporan Suruhajaya Menyiasat Kematian bekas Setiausaha Exco Selangor itu yang dikeluarkan pada 15 Jun lalu.

Permohonan itu difailkan oleh adik lelaki mendiang, Teoh Meng Kee, 35, menerusi firma guaman Tetuan Gobind Singh Deo & co. di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pemohon menamakan Pengerusi dan empat panel Suruhanjaya siasatan tersebut sebagai responden-responden - Utusan Malaysia.

KOMEN: Sudah berapa banyak sudah wang negara telah digunakan dalam proses menyiasat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock dengan tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja atas persetujuan kerajaan, namun semua itu seperti langsung tidak dihargai oleh keluarga mendiang.

Nampaknya mereka masih enggan untuk menerima keputusan oleh pihak Suruhanjaya berkenaan yang berpendapat bahawa Teoh Beng Hock telah membunuh diri dengan terjun dari atas bangunan dan bukannya terlibat didalam kes pembunuhan yang membabitkan pihak lain.

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock bukan saja tidak mahu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya, malah mereka semakin keterlaluan apabila mahu lagi mencabar Pengerusi serta empat panel suruhanjaya berkenaan. Apakah yang mereka harap dari tindakan keterlaluan seperti itu? Mahu menuduh siapa yang bertanggungjawab berhubung dengan kematian Teoh Beng Hock?

Apakah dengan menuduh orang yang tertentu terlibat didalam kes kematian Teoh Beng Hock maka mendiang boleh bangkit semula dari kematiannya sedangkan tindakan menuduh orang lain secara sembarangan tanpa sebarang bukti adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar dan tidak adil?

Wak-wak Borneo sesat di hutan Malaya !!!



Mamalia spesis yang berbunyi macam dalam video di atas banyak terdapat dalam wilayah Kepulauan Borneo terutama di kawasan pendalaman tengah Sarawak tak jauh dari kawasan Projek Hydro Bakun di Hulu Pelagus.

Biasanya pagi-pagi sekitar jam 6 pagi begitu, wah dah mula bisinglah dalam hutan dengan suara-suara hewan macam tu,,,macam-macam bunyi unggas dalam hutan tetapi bunyi macam dalam video di atas tu lah yang menguasai pendengaran semua penghuni hutan.

Di Sarawak orang kenali hewan tu sebagai "wak-wak"... bukan orang utan, bukan babun, bukan monyet, bukan kera, bukan beruk...tapi wak-wak hehe..

Program 6P: Zuraida bakal jadi "Perempuan PKR terakhir..." ?

Kata orang dulu-dulu... 'kerna pulut santan binasa, kerana mulut badan merana'...

Gara-gara tuduhannya yang tidak berasas sama sekali mengenai Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) atau Program 6P yang diperkenalkan oleh kerajaan, kini Ahli Parlimen Ampang Selangor Zuraida Kamaruddin sedang berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Kementerian Dalam Negeri.

Zuraida menuduh bahawa program berkenaan sebagai muslihat kerajaan untuk menyeludup pengundi bagi pilihanraya akan datang. Ekoran tuduhan itu, KDN kononnya telah memulakan proses untuk menyaman Zuraida dan laporan polis oleh KDN mengenainya juga kononnya akan dibuat. Sementara Jabatan Imigresen Selangor telahpun membuat laporan polis berhubung tuduhan Zuraida itu.

Memang patut sangat tindakan tegas dan berat di ambil ke atas Zuraida kerana tuduhan beliau itu tidak berasas malahan akan memberi akibat yang amat buruk sekali kepada maruah kerajaan serta Malaysia. Mana-mana kerajaan sekalipun di dunia ini pasti tidak mahu negaranya dilabel sebagai negara penyeludup manusia. Tuduhan itu memang sangat teruk.

Nampaknya hayat politik Zuraida akan berakhir tak lama lagilah. Sama macam nasib politik Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, sama-sama akan menghitung hari nak kemas barang. Namun semua itu bergantung penuh kepada tindakan "YANG BERHORMAT DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN," jika beliau tegas dan berani maka akan kenalah keduanya tetapi kalau Menteri Dalam Negeri tu buat amalan biasa dengan memberi "AMARAN DEMI AMARAN" maknanya tak apa-apalah tu dan sesiapa saja selepas ini akan bebas untuk bercakap apa saja.

Arkib Blog