Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, September 06, 2010

KDN ganggu tugas Polis ? KPN kesal dan kecewa...

Menjelang saat persaraan beliau selaku Ketua Polis Negara yang hanya tinggal enam hari lagi, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media hari ini telah mendedahkan tentang campur tangan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein didalam tugas-tugas tertentu pihak Polis DiRaja Malaysia.

Perkara ini menurut Tan Sri Musa telah berlarutan sehinggakan beliau merasa terganggu dan adakalanya merasa terpinggir apabila ada pihak dari KDN telah beberapa kali membelakanginya dengan mengarah terus para pegawai polis untuk bertindak terhadap sesuatu kes tanpa pengetahuan beliau terlebih dulu iaitu satu perkara yang bertentangan samasekali dengan kod etika, prinsip serta slogan PDRM itu sendiri.

Keadaan ini juga telah membuat Tan Sri Musa melahirkan perasaan hampa dan kecewa serta kesal terhadap pihak KDN yang seolah-olah mahu mengawal setiap pergerakan polis apabila sanggup mengenepikan peranan atau kuasa seorang Ketua Polis Negara dalam kes-kes tertentu.

Oleh itu, kepada bakal Ketua Polis Negara yang baru yang akan mengganti tempat Tan Sri Musa pada 12 September 2010 ini, diharap Tuan sebagai seorang nombor satu PDRM akan lebih berani atau seberani Tan Sri Musa Hassan dalam mendedah perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan jangan tunggu sehingga ke saat-saat akhir demi ketelusan, kebenaran, keadilan dan kemakmuran negara.

11 ulasan:

dubaque berkata...

salam,

memang dah agak dah, KDN nie memang lebih dari polis, no wonder la issue namawee cina bacul tu senyap jer, kalau bab melayu cepat jer polis bertindak.

Hishamuddin nie memang tak telus

aku respect musa hassan berani kerana benar, KDN jer yang takut dengan bayang2 sendiri, semuanyer kerana kepentingan politik!!!

jangan gadaikan maruah ugama, bangsa dan negara

Jeffry berkata...

SLM BRO..PUAK2 NI APE SAJE YG POLIS BUAT SEME SLH. KP BERSARA PUN NK JADIKAN ISU... TP KLU ADE ORG TEPUK BAHU KETUA KOMUNIS TU, PERGHH DIA PUNYE KECOH MCM GAJAH NAK BERANAK SULONG SEYHH! SIAP MINTAK POLIS BUAT KAWALAN KETAT!..HAMENDERR LA MANGKOK2 FUCKATAN NI! BANGANG YA AMATTT! KEHKEHKEH >|D

agbr47 berkata...

Patutlah orang kata Polis barua kerajaan. Apalah kau Has dah lama jadi barua! Dengan penari pun tak leh handle? Dah berhenti baru nak cakap. Kenapa tak tangkap aje orang yang campur tangan itu sebagai salah guna kuasa?

agbr47: Banyak benar yang tak betul. Buat malu aku pada namewee.

joecharlie berkata...

Semua pasal KEPENTINGAN KERABAT BINI LAH!PASAL APA LAGI?

mariana berkata...

lontar tahi kerumah hisahmudin...
kaki botol...

rinandamku berkata...

Patutlah selama ini seolah ada sesutu yang tidak kena ! patutlah selama ini KDN banyak melakukan perkara pelik2 , patutlah selama ini terlalu banyak keganjilan yang berlaku !!

Kini cerita semakin jelas , ada sesutu yang tidak kena dengan KDN , ada sesuatu yang bersembunyi dalam KDN , ada musang rupanya ..

Kesannya , KDN kini seolah menjadi agensi yang mempercepatkan kejatuhan kerajaan , imej KDN tercalar teruk , menjadi barah yang mencemar kreadibiliti pihak polis ,

Lalu apakah yang harus kita lakukan ??

C L J berkata...

..rinandamku... soal mu ...
"Lalu apakah yang harus kita lakukan ??"
Lalu jawab ku:
Siasat siasat siapa sebenarnya dan berilah peluang kepada Tan Sri Musa membuktikan betapa tegas dan beraninya dia.

blogenstarz berkata...

Yang pelik tapi benar,
Beliau tidak dimaklumkan berkaitan kontrak tugas yang tidak disambung.
TS Musa Hasan....1 dalam 1000 !

bigben berkata...

KDN, cuci jamban sendiri dulu, jangan dok sibuk nak cuci jamban orang. Aduka Taruna apa cerita? Banyak lagi kes ISA belum beres...

KDN, bila orang tegur, dok tersengeh-sengeh...

KDN, Just do what you're supposed to do and STOP GRINNING...

hilbert berkata...

Salam semua,

harap KPN yang baru nanti tidak menghadapi masalah yang sama seperti TS Musa Hassan.

Biarlah polis bebas menentukan sendiri bentuk tindakan yang bakal mereka ambil tanpa gampur tangan pihak lain..

SangGuna berkata...

Ini Tan Sri Musa pun satu dah nak bersara baru nak cerita, klu cerita dari awal benda ni mungkin akan jadi lebih panas.

Arkib Blog