Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 15, 2010

16 September: Ulang Tahun ke-2 PKR tipu DAP dan PAS...

Tarikh 16hb September setiap tahun bagi saya iaitu sejak saya dari bangku sekolah lagi tidak bermakna sangat dan tiada keistimewaannya jika dibandingkan dengan tarikh keramat iaitu 31hb Ogos setiap tahun.

Tarikh kemedekaan negara memang sentiasa di ingat hanya pada tarikh tersebut iaitu 31 Ogos setiap tahun dan bagi saya secara peribadi adapun tarikh yang baru sekarang iaitu 16hb September cuma sekadar usaha oleh pihak kerajaan untuk mengambil hati rakyat Sarawak dan Sabah bagi mengimbangi tekanan daripada pihak Pakatan Pembangkang yang mana merekalah sebenarnya mula-mula sekali mencetuskan tentang perlunya diadakan sambutan Hari Malaysia pada setiap 16 September bagi mengingati pembentukan negara Malaysia.

Dan Hari Malaysia mula diiktiraf sebagai hari cuti umum juga sebagai hari yang bersejarah sebaik saja keputusan Piliharan Umum tahun 2008 dilihat tidak lagi menyebelahi kerajaan Barisan Nasional kerana rakyat ketika itu sudah mulai bertukar selera dengan memberi sokongan kepada pihak Pakatan Pembangkang setelah terpukau dan terliur dengan segala jenis menu yang dihidangkan.

Bagi saya jika Hari Malaysia diraikan bagus juga dan jika tidak diadakan tidak mengapa juga kerana kita semua tidak tahu apakah dengan adanya dua perayaan yang punyai kaitan sejarah serupa yang diraikan pula dalam jangka waktu dengan jarak yang tidak sampai sebulan adakah ianya mampu mempertingkatkan semangat cintakan negara, sayangkan negara dikalangan rakyat Malaysia yang hampir separuh daripada mereka ketara semakin buta tentang sejarah negara sendiri.

Tetapi tarikh 16 September lebih senang dingati oleh rakyat Malaysia sebagai satu tarikh yang penuh dengan kisah atau siri pembohongan yang dibuat oleh Penasihat PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kita semua rakyat Malaysia boleh lihat bagaimana bijak sekalipun kesemua pemimpin-pemimpin dalam DAP terutamanya YB Karpal Singh akhir dengan mudah ditipu dan diperdayakan oleh DSAI tentang rancangannya untuk merampas kuasa menuju ke Putra Jaya bagi membentuk sebuah kerajaan baru di negara ini.

Tepat pada tarikh 16hb September juga kesemua pemimpin didalam parti PAS telah ditipu hidup-hidup oleh DSAI dengan janji-janji beliau yang bersimpang-siur mengenai matlamat untuk membentuk kerajaan baru bersama DAP dan PAS.

4 ulasan:

Afzainizam berkata...

*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
----==--SalamAidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.

Anak zirafah dimakan buaya,
Buaya Tain makan kelapa,
Bila makan juadah raya,
Yang miskin jangan dilupa.

Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka.

Pagi raya semua gembira,
Berjalan bersama rakan dan taulan,
Ketika enak menjamu selera,
Orang yang tiada jangan dilupakan.
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat

esokkkk hari Malaysia... Selamat Hari Malaysia...

EEEmmmmm kalau PKR dah camtu nak buat camner lahhh... Kebenaran akan terbukti juga.... kena ade perjuangan yang murni barulah parti terus disanjung

Ular Menyusur Akar berkata...

Takdelah Bro, Hadi tak percaya. Dia kata mat jenin. Tapi dia kena ikut sebab tak dapat nak tahan kuasa Pok Nik.
Kes tipu pun ada ulang tahun ke Bro? Kena jemput Khalid gereja dan Nizar bakar lilin. Kek pun kena buat macam keranda gitu. Suruh aje peliwat tiup lilin sampai mati. Pok Nik boleh tolong buat sembahyang hajat dan khatib kat PP tu boleh tolong baca doa.

agbr47: Macam-macam ada.

hafez j malim berkata...

salam untuk teman Hilbert..

selamat menyambut hari Malaysia.. Moga negara kita terus aman dan makmur tanpa sengketa..

hilbert berkata...

Salam dan terima kasih sdra Afzainizam,
bagus pantun. Ye lah bro, kini telah pun terbukti hehehe

hai Ular... kata orang, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya...
hehe..ye bro..zaman sekarang ni semua benda tak kira apa akan disambut harinya...walaupun karipap ehehe

Salam Hari Malaysia Hafez,
iya, sudah semestinya kita berharap keadaan yang aman damai untuk negara kita kekal selamanya...

Arkib Blog