Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 29, 2010

S. Kotappan terlantar dalam Hospital setelah jadi mangsa demokrasi PKR...

Amalan demokrasi berjalan dengan lancarnya ketika mesyuarat pemilihan cabang-cabang Parti KeADILan Rakyat(PKR) berlangsung beberapa hari yang lalu.

Terlalu banyak cara-cara demokrasi telah diperaktikkan oleh PKR pada mesyuarat berkenaan untuk dicontohi oleh seluruh rakyat di negara ini. Kerusi didemokrasikan, meja didemokrasikan, kertas-kertas undi bertaburan di atas lantai setelah didemokrasikan.

Ada yang membanggkan ialah apabila ADUN Sri Andalas YB Dr Xavier Jayakumar telah mendemokrasikan calon yang menentang beliau pada mesyuarat pemilihan itu dimana Dr Xavier telah tewas kepada calon yang bernama Kotappan.

Teruja dan gembira dengan kekalahan beliau itu maka Dr Xavier telah memberi satu tanda demokrasi dimuka Kotappan yang kini sedang terlantar diatas katil wad Hospital negeri Selangor. Bukan hanya Kotappan seorang yang didemokrasi oleh Dr Xavier malah ketiga-tiga anak lelaki beliau juga telah didemokrasi oleh Dr Vavier serta samseng-samseng beliau.

Melihat kepada apa yang telah berlaku dalam PKR sekarang, maka terpulanglah kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia sendiri untuk berfikir sejenak adakah mereka boleh menerima atau tidak cara perjuangan PKR yang sudah tidak ada lagi hala tujuannya dalam politik tanahair kini.

3 ulasan:

Jeffry berkata...

YUPP!..MEREKA CUKUP DEMOKRASI BROO!..DEMOKRASI TERPIMPIN ALA2 PALOTAK ANUWAR ALJUBOREE!..KEHKEHKEH

hahn berkata...

Demokrasi sepenuhnya sepertinya yang di warwarkan tidak sesuai untuk orang Asia.

Lihat lah di Thailand dan Indonesia.

Jenis otak mundur pantang di tegur nak naik darah. Pendapat pun tak boleh nak ikut. Orang bagi pendapat pun di keji.

Untuk orang orang begini yang mundur segala galanya di segi otak pun yang sesuai ialah diktator.

Jadi Anwar bertopengkan demokrasi untuk menjalankan kuku besinya kepada si bahalol bahalol ini.

Macam jentolak juga lah. Orang putih pakai masih juga boleh kawal la. Dapat pada orang Malaysia apa yang orang putih tak buat dorang dah tempa sejarah. Habis bukit bukit di tarah sampai rata. Jentolak jadi penjahanam pula tanpa memikir mengenai ekologi.

hilbert berkata...

Inilah cara PR(DAP,PKR,PAS) akan laksana sistem 'demokrasi stail baru' di negara kita kelak bro Jeff, mereka dgn slogan Jom Ubah..hehe maka betullah ,</

Hahn, sebenarnya PKR,DAP.PAS bukannya tahu erti demokrasi sebenar...mereka fikir demokrasi tu berbaring diatas jalaraya semasa buat demo, menjerit-jerit, bertumbuk-tumbuk kalau dah kalah ditangan rakan sendiri..

Arkib Blog