Ketiga-tiga parti politik ini sering melaungkan keadilan untuk semua, sama rata, sama rasa, atas bawah, kiri kanan, depan belakang, luar dalam akan dilayan secara saksama, tiada berat sebelah dan tidak kira tinggi rendahnya sesiapa atau mana-mana orang, bangsa atau kaum serta fahaman agama, ideologi politiknya.
Dulu masa kes kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock, mereka DAP,PAS dan PKR berpadu berarak atau berdemontrasi beramai-ramai disepanjang jalanraya sebagai bukti kepada rakyat bahawa mereka benar-benar ingin menunaikan apa yang pernah mereka katakan.
Dan begitu juga dalam isu kematian mendiang Kugan, seorang penjenayah yang mati ketika didalam tahanan polis. DAP,PAS dan PKR juga turut bersatu padu keluar beramai-ramai berarak dijalanraya kononnya untuk menunjukkan kepada dunia betapa mereka sangat ikhlas memperjuangkan keadilan untuk mangsa-mangsa kezaliman pihak berkuasa di negara ini.
Namun dalam kes kemalangan yang mengakibatkan seorang Askar Melayu diRaja Malaysia iaitu Mohd Salleh bin Hamdan terkorban setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar oleh kereta mewah Mercedes Benz yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua dari arah bertentangan di KM 49 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi pada 13 Mac 2010 lalu, tiada seorang pun para pemimpin atau penyokong dari PAS,DAP dan PKR yang keluar keatas jalanraya sebagaimana yang pernah mereka lakukan untuk mendiang Teoh Beng Hock dan juga mendiang Kugan. Kenapa???
Dan begitu juga sekarang berhubung dengan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati serta 3 mangsa yang lain, tiada juga apa-apa yang kita lihat tindakan yang mungkin akan diambil oleh pihak PKR,DAP dan PAS dalam usaha mereka kononnya untuk menegakkan keadilan bagi pihak mangsa.
Setakat ini PAS,DAP dan PKR belum ada tanda-tanda untuk mengadakan perarakan besar-besaran bagi menuntut keadilan bagi pihak kempat-empat mangsa tetapi apa yang jelas kini ialah mereka telah membisu seribu bahasa berkaitan kes ini dan cuma ada kedengaran ialah suara mereka yang mempersoalkan kecekapan pihak polis yang begitu cekap dan pantas menyelesaikan kes pembunuhan itu dan bukannya untuk menghargai pihak polis.
Apa-apapun kita seluruh rakyat tetap akan tunggu dan lihat apa yang akan pihak Pakatan Tak Sah itu buat selanjutnya...(gambar diatas saya ambil dari blog Ruang Bicara Faisal/rbf)... terima kasih !
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung

YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Ahad, September 19, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
10 ulasan:
mereka berarak atas dasar politik, jadi sudah tentu mereka tak akan berarak untuk askar yang meninggal dunia akibat kereta yang dinaiki tian chua
lagi2 untuk sosilawati, kerana peguam yang membunuh tersebut disyaki mempunyai kaitan dengan DAP, sudah pasti, mereka tidak akan berarak!
Mana berani bro........ kan bos sipelaku itu ketua mafia peliharaan mereka.....
rasa-rasanya mereka tengah cari sebab nak berarak dan berteriak seperti orang hilang akal.
kan dah budaya mereka!
Dah terang lagi bersuluh, Melayu yg bodoh dan tidak berpendirian seperti yg dalam Pakatan lar yg menjadi kehancuran Melayu sekarang. Langsung tak bersuara pun dan ketua Umumnya Aljuburi langsung tak bedetik sikitpun sbb nak jaga hati kwn yg menyokongnya.
Nasihat saya wahai Melayu di sebelah sana, gunakan akal yg waras dan kembali lar bertaut dan bersepakatan dan bersatu hati, dan jadikan kelompok Melayu Islam menjadi gagah semula. Kekuatan melayu akan menyebabkan bangsa lain hormat dan terhegeh2 melukut ditepi kita. Sekarang mereka dan bongkak dan sumua guna ugut... tak nampak ker semua itu?.
Bersatu lar wahai bangsaku Melayu!!!
agaknya Pakatan terpaksa minum arak, sebab dah stress cari idea.
Salam 1Malaysia Kingnek, Yang Gambi, Al-Basri, KapaTajam, Melanau Blogger...,
terima kasih atas komen semua... yelah apa2pun kita masih mau lihat apa tindakan Pakatan seterusnya berhubung dgn pembunuhan ngeri tersebut..
-SalamAidilfitri-Maaf Zahir & Batin-
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
eeemmmmm diam seribu bisu... tak adenyeee nak buat tuuuu....
Jgn dok kosek rak ambo tngh cbok ngepen tnden jwtn sorat agong PKR nih. Kawe ambo tuh dh dpt 4blion xde masa nak pikir bak brarak dok penin nak wat gapo nga pitih tuh..
ye la sdra Afzainizam...semua kita akan catit juga...
PakDek, RM4billion nilai sebuah parti politik..malang,malang,malangggggg
Jawapannya mudah, tidak akan PKR, DAP mahupun parti yang dikatakan membela orang Melayu dan Islam, PAS akan berarak untuk Datuk Sosilawati dan 3 rakan yang lain mati dibunuh oleh peguam berbangsa India.
Hanya buang masa. Sebab Datuk Sosilawati bukan ahli politik PR dan tidak pernah beri sumbangan terhadap PR.
Catat Ulasan