Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 24, 2010

Untuk menang Naib Presiden PKR, Nurul cabar Tun Dr Mahathir berdebat !

Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar...walaupun dia tahu bahawa dia itu siapa sehingga sanggup dan terpaksa mempelawa Negarawan Terbilang YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad berdebat dengan beliau demi untuk menarik perhatian para perwakilan agar memlih beliau sebagai salah seorang daripada Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat yang dijangka akan diadakan akhir tahun ini.

Maka begitulah cara perjuangan dalaman PKR, mereka sanggup berbuat apa saja demi untuk mencapai apa saja yang dihajati walaupun mereka tahu bahawa cara yang digunakan oleh mereka kini sudah terlalu jauh terpesong dari matlamat asal penubuhan PKR sejak lebih sepuluh tahun yang lalu.

YB Nurul Izzah hanyalah seorang Ahli Parlimen biasa yang baru sepenggal menang pada pilihan raya umum ke-12 dan belum nampak apa-apa lagi sumbangan dia kepada bangsa, negara dan agama tetapi telah begitu angkuh mencabar YABhg Tun Dr Mahathir untuk berdebat mengenai 'masa depan kuasa pemerintahan orang Melayu' dinegara ini sekiranya Pakatan Pembangkang menjadi kerajaan.

Walau apapun niat atau alasan Nurul Izzah untuk mencabar Negarawan Terulung ini agar berdebat mengenai isu tersebut, saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang senantiasa menyanjung tinggi kepimpinan YABhg Tun Dr Mahathir yang sehingga kini belum ada saingannya lagi di negara ini tetap melihat cabaran oleh Nurul itu adalah semata-mata usaha terdesak beliau untuk memenangi jawatan yang akan ditandinginya dalam PKR selain sebagai sebahagian dari usaha untuk mengalih perhatian rakyat terhadap masalah sebenar kepimpinan yang sedang menghambat PKR ketika ini yang semakin busuk hari ke hari.

Kepada YB Nurul Izzah, pesan saya selaku rakyat biasa ni, lupakanlah saja hasrat gila YB itu untuk berdebat dengan YABhg Tun Dr Mahathir... adalah lebih baik jaga kawasan Parlimen Lembah Pantai YB tu elok-elok, dengar masalah rakyat kat situ, selesaikan masalah mereka...janji harus ditepati !

YB Nurul bukan lawan YABhg Tun Dr Mahathir... YB Nurul cerminkanlah diri anda sendiri dulu....pandang lama-lama wajah dalam cermin...sudah ada kedut-kedut ke di pipi,muka, bawah mata, atas dahi, bawah dagu, ditangan, dijari dan sebagainya...

9 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, kawan rasa nak tergelak dan nak muntah dengan gelagat Nurul Izah anak perempuan Anwar ini..... bapak dia sendiri tak layak nak berdebat dgn Tun Mahathir, inikan pulak dia ni.... bersumbat lubang bole la....

Melanau Blogger berkata...

tak sedar diri betul budak izah ni.
kalau sekadar pejuang 'parti mak bapak' tak payahlah cabar Tun.

lawak baru agaknya,hahaha

hilbert berkata...

salam YG, itulah...bapak borek anak rintik...

kalu nak sangat berdebat dgn Tun M, dia mestilah melalui proses berdebat dengan budak-budak tadika dulu lepas tu kalu berjaya debat pulak dengan budak sekolah rendah, sekolah menengah, penuntut universiti itupun kalu dia bijak sangat berpidato...

ni tak, dia terus mau nak berdepan dengan Tun M,,,apa dia ingat dia tu sapa....buat malu saja...hehe

Melanau Blogger,
kalu dalam PAS Mahfuz Omar adalah Mr. Bean nya maka dalam PKR sudah ada juga pelawaknya dan boleh digelar dengan nama Mistress Bean pasal Nurul ini perempuan ;-)

Wira Kenyalang berkata...

Siapa budak Nurul Izzah yang nak cabar Tun Dr Mahathir? Dah berapa lama dalam politik? Berapa banyak sumbangannya terhadap negara?

Bapak borek anak rintik. Perangai bapak dan anak pun sama. Mak hanya tengok saja. Sebabnya mudah, mak tersempit, anak-anak ramai sokong bapak. Terpaksalah jadi boneka.

Wira Kenyalang syorkan Nurul Izzah timba lagi politik sebelum benar2 mahu berdebat dengan Tun Dr Mahathir. Awak tu masih budak hingusan yang masih ikut telunjuk bapak.

Cerminkan diri dahulu sebelum memberi cermin itu kepada orang lain.

GAFARO a.k.a. agentno9 berkata...

saya nak bagi tau maklumat kat kawan kawan sarawak saya....

kawasan PERUMAHAN SERI PANTAI,JALAN PANTAI PERMAI jalan berlubang lubang sejak izzah jadi wakil rakyat...

tempat sendiri tak terjaga ada hati nak berdebat....

dari bising baik buat kerja...

shamal66 berkata...

DEBAT LAH DENGAN DOLLAH @ BOWOHWI KE DGN TUN M DIA LANGSUNG TAK LAYAK... NAK TANYA DIA TU SIAPA...NAMA DIA PUN BUDAK SEKOLAH TAK KENAL...BAPAK DIA PUN TAK SETARAF TUN M...BAPAK DIA LAYAH BERDEBAT DGN.. MAT SABUN....DARI PAS..

sikenit berkata...

1. Saya sokong PENUH Nurul Izzah pi berdebat dengan TUN MAHATHIR.

2. Pi chek, pi... Pi berdebat!!!

3. Budak-budak buaih ni, kalau larang bukan mau dengarg, depa ni kita kena suruh... haaaa pi chek lekaih, pi bedebat.

4. Biarg hang jatuh terkangkang tungging terbalik gitu, haaa ...baru hang nak sedarg kata TUN MAHATHIR tu, NEGARAWAN!!!

5. Hang dengan suku sakat mak pak hang pulak... TAK TEHAWAN!!!

hihihiihihihihiiiiii hai.... geli hati aku....

hilbert berkata...

Wira Kenyalang,
seakan sudah menjadi kelaziman pulak dalam PKR, jalan terakhir utk mereka adalah berdebat tanpa mahu melihat lawan yang dicabar itu siapa..

Gafaro,
kan sudah dipilih sebagai rakyat bermakna tugas mereka memang bermula dari tarikh kemenangan tu lah utk membela rakyat bukannya kuasa yang diberi oleh rakyat digunakan sesuka hati untuk perkara yang lain.

SHAMAL66, terima kasih kerna ikut serta dan atas komen :-)

Sikenit,
Salam 1Malaysia dan belum terlambat utk saya ucapkan 'selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

KAPAKTAJAM berkata...

YB Nurul, saya setuju dgn teguran sahabat2 bloggers lain, cermin diri dulu. Ayah YB pun makin jauh popularitinya berbanding dgn Tun, kerana Tun consistant menjadi pejuang Melayu, bukan mcm keluarga YB yg sanggup jual Melayu. Mungkin YB bukan darah jati Melayu sbb itu tiada kasih akan Umat Melayu.

So, sedar diri dulu dimana tahap YB sekarang dan saya yakin YB tiada masa depan di PRU 13. Dulu mungkin disebabkan Pak Lah masih ada "Pertalian Keluarga dgn YB" TETAPI bukan skrg. Kita sama2 tengok dan lihat.

Apapun masih belum terlambat utk balik ke pangkal jalan. Pertama kembalikan ukhwah Umat Melayu. Satukan Umat Melayu dulu dan jgn sesekali diperpecahkan lagi. Ingat, Umat Melayu ada tahap kesabarannya.....

Arkib Blog