Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, September 11, 2010

Hari Raya pertama meriah, aman dan tenang... mungkin ada yang letih !

Sambutan Aidil Fitri untuk Hari Raya pertama menyaksikan ianya disambut dalam keadaan yang sungguh meriah serta didalam suasana yang aman, tenang, damai di seluruh negara oleh umat Islam yang juga turut disertai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama juga oleh semua rakyat dari negara-negara Islam di seluruh dunia. Harap keadaan begini berterusan...

Dalam negara cuma keadaan yang tidak pernah berubah ialah mengenai kes kemalangan dijalanraya. Berbagai kempen telah dilakukan oleh agensi-agensi penguatkuasa berkaitan keselamatan jalanraya serta lebuhraya adakan, namun jumlah kecelakaan yang dicatat bukan menunjukkan angka penurunannya tetapi tetapi seolah-olah semakin meningkat. Dimana silapnya?

Sikap pemandu itu sendiri adalah punca utama yang menyumbang kepada kerapnya berlaku kemalangan dijalanraya. Tidak mematuhi peraturan dijalanraya, tidak menghormati undang-undang jalanraya, suka melanggar peraturan jalanraya.

Gemar memasuki lorong yang salah ! juga sesuka hati menukar lorong tanpa memberi isyarat terlebih dahulu sehingga mengelirukan pengguna jalanraya yang lain. Suka memandu didalam keadaan yang tergesa-gesa seolah-olah ada sesuatu yang hendak dikejar walhal jika perjalanan telah dirancang dengan lebih awal sebelum bergerak sudah pasti tidak akan berlaku sebarang kesesakkan serta kesulitan diatas jalanraya.

Memandu dalam keadaan diri yang letih lesu juga antara punca sering berlakunya kemalangan apabila tumpuan memandu menjadi kurang kerana ingatan mulai beralih kepada perkara lain. Ingatkan bilik, ingatkan katil, ingatkan tilam, ingatkan selimut, ingatkan lantai bilik, ingatkan coffee, ingatkan karipap dan semuanya itu akan mengundang risiko bahaya yang akhirnya meletihkan deria mata, telinga dan rasa kita.

Jika merasa letih ketika memandu eloklah berehat sejenak. Tak perlulah sekiranya ketika berehat sehingga berkira-kira mahu pergi berkunjung ke pusat SPA atau pusat urut, itupun akan melalai waktu perjalanan yang telah diatur seperti projek 16 September yang tak sampai-sampai sehingga kini...

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..SUSAH NAK CARI NEGARA YG BEGINI AMAN SEPERTI NEGARA KITA DI MANA UMAT ISLAM DAN JUGA RAKAN2 KAUM LAIN YG SENTIASA MENYAMBUT PERAYAAN DAN SALING MERAYAKAN HARI PERAYAAN MASING2 DALAM SUASANA TENTERAM DAN MERIAH. KUNJUNGAN KE RUMAH2 SAHABAT DAN TAULAN DI HARI PERAYAAN JUGA MENGERATKAN SILATURAHIM SESAMA INSAN TANPA MENGIRA WARNA KULIT DAN LATARBELAKANG AGAMA. MOGA2 1M'SIA TERUS SUBUR DAN BERKEKALAN HINGGA KE ANAK CUCU >:)

hilbert berkata...

Salam Raya bro,

ye lah..memangnya begitu dan apa yang sangat kita harapkan ialah setiap rakyat Malaysia sama juga pemimpin2 politik tak kiralah fahaman atau ideologi mereka harus ada rasa tanggungjawab terhadap kemakmuran, keamanan, keselamatan serta kedaulatan negara kita ini..

Arkib Blog