Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mac 19, 2010

Osama Laden hanya sandiwara terkutuk pihak Amerika...

Apakah masyarakat dunia masih lagi mahu untuk terus ditipu dengan mempercayai apa saja dakyah-dakyah yang datangnya dari pihak Amerika Syarikat sehingga tanpa menyedari yang tindakan mempercayai apa jua perkara dengan tidak mengambil kira samada ianya benar atau tidak telah meletakkan diri dalam keadaan mudah untuk diperbodoh dan diperdayakan oleh mainan serta sandiwara yang berterusan oleh pihak-pihak tertentu di Amerika Syarikat yang jelas mempunyai 1001 macam jenis muslihat yang tersembunyi untuk terus dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai kuasa besar dunia yang tiada tandingannya.

Pembohongan, penipuan dan fitnah yang telah dilakukan oleh Pentadbiran Amerika Syarikat semasa era bekas Presidennya sebelum ini, George W. Bush yang bermati-matian menuduh Kerajaan Iraq pimpinan Presiden Almarhum Saddam Hussein ketika itu memiliki serta turut menyembunyikan senjata pemusnah besar-besaran walaupun sehingga ke saat ini dakwaan itu gagal untuk dibuktikan biarpun Almarhum Saddam Hussein telah dijatuhi hukuman mati dan menemui ajalnya ditali gantung.

Inilah satu bentuk fitnah terbesar yang telah berjaya dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat dalam usahanya demi untuk membolehkan pihak mereka masuk menceroboh serta mencampuri urusan serta hal-ehwal dalaman negara lain tanpa melalui saluran diplomatik yang betul terlebih dulu sebagaimana yang biasa dilakukan diantara negara-negara tertentu dengan negara-negara yang terlibat.

Osama bin Laden, iaitu satu watak yang tidak akan mati dan watak ini akan terus hidup selagi matlamat terkutuk Amerika Syarikat untuk menguasai dunia secara halus belum dapat dipenuhi dan tercapai. Mungkin banyak pihak yang kurang atau tidak bersetuju jika saya katakan bahawa Osama bin Laden sebenarnya tidak pernah wujud didunia ini. Nama Osama bin Laden hanyalah satu rekaan pihak Amerika Syarikat untuk memperdayakan masyarakat Arab, rakyat Afghanistan, rakyat Pakistan, rakyat Iraq, rakyat Palestine serta masyarakat seluruh dunia.

Ini mungkin hanya satu teori tetapi saya pasti bahawa Osama bin Laden sebenarnya tak ubah sama seperti watak yang biasa dipegang oleh aktor Hollywood Sylvester Stallone dalam filem Rambo cuma bezanya watak Osama dihidupkan untuk menguasai sumber kekayaan semujadi yang terdapat di Asia Barat manakala watak Rambo sengaja diadakan untuk dipamerkan kepada seluruh masyarakat dunia betapa seorang bekas Komando tentera Amerika Syarikat berjaya menstabilkan keadaan tidak menentu didalam negara Vietnam walaupun menjalankan misinya secara bersendirian serta berjaya pula mengharungi segala rintangan biarpun berdepan dengan musuh yang begitu ramai.

Rambo, Rambo I, Rambo II, Rambo III, Rambo IV dan juga Rambo V hanyalah sebuah filem Hollywood yang dihasilkan dengan muslihat halus oleh pihak yang tertentu di Amerika Syarikat dan ianya cumalah sebuah cerita khayalan semata-mata sementara watak Osama bin Laden yang wujud selepas berlakunya tragedi 11 September dimana menyaksikan WTC musnah dalam serangan yang kononnya telah dilakukan oleh pihak pengganas yang dikenali sebagai Al-Qaeda.

Semua itu adalah cerita yang sengaja direka-reka oleh Amerika dan saya sentiasa percaya kepada dakwaan bahawa tragedi 11 September sebenarnya sesuatu kejadian yang semeangnya telah dirancang dengan rapi dan tersusun lebih awal lagi oleh pentadbiran Presiden George W. Bush sebagai persiapan beliau untuk menyerang semua tempat-tempat yang dilihat sebagai penghalang kepada keinginan kerajaan Amerika Syarikat untuk terus bertapak dibumi Asia terutamanya Asia Barat.

Dalam isu yang membabitkan nama Osama bin Laden yang kononnya didakwa oleh pihak Amerika Syarikat sebagai seorang pemimpin pengganas yang paling dikehendaki didunia dan akan terus diburu adalah satu pembohongan yang paling besar pihak Amerika sama dengan dakwaan serta fitnah mereka sebelum ini terhadap kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein dulu yang dikatakan menyimpan senjata pemusnah berbahaya.

Tandatanya sentiasa bermain dikotak pikiran, bagaimana boleh sebuah negara yang dikatakan memiliki segala jenis bentuk peralatan perang tercanggih di dunia masih gagal untuk mengesan dimana kedudukkan sebenar Osama bin Laden berada. Setelah sekian lama,hampir sepuluh tahun berlalu namun sehingga ke saat inipun pihak tentera Amerika Syarikat belum lagi berjaya untuk menjejaki Osama bin Laden apatah lagi untuk menangkap watak ini samada hidup ataupun mati.

Dalam perkara ini, apakah kita harus menerima alasan atau hakikat bahawa tentera Amerika Syarikat sememangnya telah gagal dan akan tetap gagal untuk membawa Osama bin Laden kemuka pengadilan atau juga adakah kita harus mengakui bahawa Osama bin Laden sememangnya seorang pejuang Islam yang mempunyai kuasa-kuasa tertentu yang luarbiasa untuk melindungi diri beliau daripada ditangkap atau dibunuh oleh askar-askar Amerika ? Persoalan seperti ini tidak perlukan jawapan sebab jawapannya ialah semua pihak harus sedar bahawa itu semua hanyalah satu sandiwara yang sengaja dicipta oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan isu yang membabitkan nasib bumi serta penduduk Palestine, rakyat dalam sebuah negara yang telah lama hidup berdepan dengan berbagai jenis bentuk penindasan berabad-abad oleh rejim Israel. Dalam isu ini juga kita boleh melihat bagaimana kerajaan Amerika Syarikat telah berjaya menggunakan sepenuhnya pengaruh yang ada pada mereka untuk mengeliru serta memperdayakan kebanyakan para pemimpin-pemimpin negara Arab sehingga jelas kelihatan ada diantara para pemimpin di negara Teluk sanggup menelan bulat-bulat apa saja yang telah diletak oleh pihak Amerika Syarikat dihadapan mata mereka tanpa memikir akan kesannya dimasa hadapan terhadap kedaulatan dan maruah negara itu sendiri terlebih dulu.

Dalam kejadian yang terbaru, bagaimana masyarakat dunia disajikan dengan kekejaman dan kebiadapan pihak Israel apabila mereka nekad untuk menceroboh kawasan Masjid Al-Aqsa serta meneruskan percubaan mereka untuk merampas Makam Nabi Ibrahim a.s di Baitulmaqdis untuk dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia bagi Israel. Begitu juga dengan usaha pencerobohan berterusan rejim Yahudi itu ke atas tanah rakyat Palestine di Timur Baitulmaqdis untuk dijadikan penempatan baru bagi pendatang haram Yahudi. Perkembangan ini telah menuntut perhatian yang sewajarnya daripada kerajaan Amerika Syarikat sesuai dengan kedudukannya sebagai negara yang menjadi paksi kepada semua kepada semua tindakan biadap Israel.

Harapan masyarakat dunia tidak membawa apa-apa makna apabila kerajaan Amerika Syarikat yang kini dibawah pentadbiran Presidennya yang ke-44, Barrack Obama langsung tidak menunjukkan kesungguhannya untuk menangani konflik terbaru antara Palestine-Israel walaupun dunia telah dikejutkan dengan 'kutukan' oleh kerajaan Amerika Syarikat menerusi Setiausaha Luarnya, Joe Biden terhadap kerajaan Israel berikutan dengan keputusan kerajaan rejim Yahudi untuk meneruskan projek pembinaan 1500 Apartment bagi pendatang haram Yahudi di Timur Baitulmaqdis sehingga mencetuskan pertikaian diplomatik antara Amerika Syarikat dengan Israel. Ini juga adalah merupakan satu lagi sandiwara terancang oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Kerajaan Amerika Syarikat dilihat terus cuba untuk menipu masyarakat diseluruh dunia apabila sanggup berpura-pura bertindak keras terhadap Yahudi kononnya untuk menghalang pihak Israel dari meneruskan program membina kediaman untuk pendatang haram Yahudi itu padahal apa yang sebenarnya berlaku adalah satu jaminan daripada kerajaan Amerika Syarikat agar kerajaan Israel boleh meneruskan pencerobohan mereka ke atas tanah milik rakyat Palestine. Amerika Syarikat dalam isu antara Palestine dan Israel tidak ubah berkelakuan seperti memperlihatkan tangan kirinya seolah-olah menghalang kemaraan Israel manakala tangan sebelah kanannya pula giat mendorong setiap gerak langkah Israel supaya dapat terus bergerak maju ke hadapan untuk menceroboh dan merampas setiap inci tanah milik rakyat Palestine.

Khamis, Mac 18, 2010

Suatu masa Nik Aziz pasti faham bahawa Jeffry Damien ikhlas untuk menyedarkan beliau...

Saya sentiasa menaruh harapan dan juga keyakinan bahawa satu hari nanti agar Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat akan sedar dan faham maksud disebalik gambar beliau yang dihasilkan oleh rakan bloggers kami iaitu saudara Jeffry Damien dalam berbagai rupa yang menyebabkan baru-baru ini beliau terpaksa berdepan tindakan undang-undang sebenarnya bukanlah tujuan asalnya berniat untuk mengaibkan atau menghina beliau sebagaimana yang difikirkan oleh sesetengah pihak.

Apabila sesuatu hasil seni itu gagal untuk difahami akan mesej sebenar yang hendak disampaikan walaupun ianya hanya dalam bentuk lukisan, maka sekerap manapun usaha untuk menjelaskannya kepada mereka bahawa gambar itu sebenarnya mengandungi maksud yang tersirat disebaliknya pasti ianya akan menjadi sia-sia saja selagi mereka tidak berdaya untuk memahaminya.

Namun dengan pendedahan yang paling berani telah dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru Pulau Pinang, YB Datuk Seri Zaharain Mohd Hashim semasa berlangsungnya Sidang Dewan Rakyat petang Rabu 17 Mac lalu mengenai satu gelaran 'maut' yang ditujukan oleh Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sedikit sebanyak diharap dapat menyedarkan Menteri Besar Kelantan itu bahawa beliau harus belajar menerima juga sesuatu yang pahit dan tidak terus menerima bulat-bulat sesuatu yang manis demi kebaikan sepertimana beliau harus menelan ubat yang pahit supaya terhindar dari segala penyakit dan menghindarkan dari terlalu kerap mengambil makanan yang sangat manis demi kesihatan.

Menurut bekas pengerusi PKR Pulau Pinang itu, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim satu ketika didalam satu mesyuarat pernah menggelar YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai "Ulama Terompah" iaitu yang membawa makna sama dengan satu benda yang kebiasaannya hanya digunakan sebelum memasuki bilik tandas atau jamban. Oleh itu diharap Tok Guru Nik Aziz akan mulai sedar bahawa apa yang telah cuba untuk disampaikan oleh saudara Jeffry Damien dalam karya beliau menerusi laman blog Dimensi yang telah dihapuskan itu ada benarnya dan mempunyai maksud yang tersendiri, yang menuntut supaya ada pihak dapat mengerti dan faham makna disebalik semua hasil seni saudara Jeffry itu.

Diantara 'terompah dan selipar' ada dua insan...

Begini rupanya bentuk benda yang dikenali sebagai 'terompah.' Ianya berbentuk macam 'selipar' juga. Saya hanya mengetahui akan kewujudan benda yang bernama 'terompah' ini iaitu semalam apabila ianya telah disebut oleh Anggota Parlimen Bayan Baru, YB Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim semasa di sidang Dewan Rakyat lebih kurang jam 5 petang kelmarin. Sebelum tu tak pernahpun saya tahu tentang benda ini. Mungkin kerana dalam masyarakat saya tiada benda ini. Kegunaannya dikatakan hanya untuk digunapakai didalam ruang tandas sahaja.

Ini pula adalah satu pose yang terbaik daripada Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Darul Naim, YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat merangkap Tok Guru serta Ulama PAS. Beliau kelihatan sedang menunjukkan isyarat 1 sambil berkata, 1Malaysia. Apa lagi yang hendak DiDahulukan? Dan apa pula yang hendak DiUtamakan? ...nada beliau seakan kecewa;;; dengan tindakan seseorang...

Gambar menunjukkan Ketua Pembangkang di Parlimen yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan kadar gaji RM1 entah untuk satu saat ke, satu minit ke, satu hari ke, satu minggu ke, satu bulan ke ataupun untuk tempoh satu tahun semuanya kurang jelas, sedang keluar dari Dewan Parlimen petang semalam kerana tidak tertahan duduk terlalu lama bersama dengan wakil rakyat yang lain kerana dikatakan keadaan didalam dewan yang sebelumnya sejuk telah tiba-tiba bertukar menjadi hangat dan panas.

Oleh itu, Datuk Seri Anwar yang dikatakan sebelum itu telah turut sama dengan anggota Parlimen yang lainnya mengambil bahagian dalam menyampaikan usul terima kasih terhadap titah ucapan Yang DiPertuan Agong semasa Baginda menyempurnakan Penggal ke-3 Parlimen ke-12 pada 15 Mac lalu lagi telah dikatakan dalam masa yang sama juga turut mempertikaikan titah ucapan YDA Tuanku Mizan Zainal Abidin yang didakwa beliau sebagai draf yang telah disediakan sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri kerana dakwa beliau kandungan ucapan itu lebih memuji YAB Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Kemungkinan besar akibat daripada suhu kepanasan yang telah melampau didalam Dewan telah memaksa YB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil keputusan yang sangat memalukan beliau sendiri selaku Ketua Pembangkang apabila terpaksa keluar dewan dan meninggalkan anak buah beliau yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS bersendirian didalam keadaan yang terpinga-pinga...

Rabu, Mac 17, 2010

Air-Cond Dewan Rakyat meragam, Anwar keluar dewan cari kipas !

Entah kenapa, tiba-tiba saja hari ini iaitu hari ketiga Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 suasana di Dalam Dewan Rakyat yang biasanya dalam keadaan berhawa dingin kerana dipasang dengan alat penghawa dingin boleh bertukar kepada keadaan yang mula hangat dan bahangnya bertambah menjadi semakin hangat !

Keadaan ini telah menyebabkan Ketua Pembangkang yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi semakin tidak selesa sehingga sampai kepada saat yang tidak tertahan lagi maka beliau terpaksa keluar dari Dewan Rakyat untuk mendapatkan kipas tangan meninggalkan kesemua anak buah beliau yang mula resah dan risau serta mula berada dalam keadaan yang terkapai-kapai dan kebingungan.

Walaupun dirayu berkali-kali oleh kebanyakan wakil rakyat daripada Barisan Nasional "jangan keluar,! ..jangan keluar,! yang meminta beliau jangan keluar dari Dewan Rakyat, namun kesemua tidak diendahkan oleh YB Datuk Seri Anwar yang terus angkat kaki meninggalkan Dewan. Boss seperti sudah hilang arah... hehehe... Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan di Dewan Rakyat petang tadi, sila layari laman blog sahabat http://yeopparit.blogspot.com

YEOP PARIT: Anwar “Cabut” Keluar Dewan

YEOP PARIT: Anwar “Cabut” Keluar Dewan

Keluarga Askar yang maut dilanggar Tian Chua bangkit menuntut keadilan...

(...gambar atas 'ihsan? daripada The Unspinners, terima kasih untuk mereka)

Kedua ibubapa serta ahli keluarga kepada anggota tentera iaitu Allahyarham Mohd. Salleh bin Hamdan yang terkorban setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kereta Mercedes Benz milik Ahli Parlimen Batu Tian Chua di KM 49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti pada malam jumaat 13 Mac lalu dilapor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anggota Parlimen dari PKR itu.

Hamdan, bapa kepada mangsa turut menjelaskan mereka akan berbuat demikian apabila keadaan telah mengizinkan serta sekiranya mereka merasa sudah berada didalam keadaan yang tenang dan bersedia setelah mengalami keadaan yang sangat sedih dan trauma disebabkan kejadian yang tidak diduga sama sekali akan berlaku ke atas keluarga mereka sehingga mengakibatkan mereka telah kehilangan anak yang tersayang.

Saya ingin berkongsi berita ini dengan semua pembaca melalui akhbar Utusan Malaysia di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm , sila baca...ada kandungan seterusnya yang lagi menarik untuk dikongsi bersama.

Lagi komen;
...selanjutnya kita mahu lihat bagaimana pihak Pakatan Pembangkang(DAP,PKR dan PAS) untuk menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang dasar perjuangan sebenar mereka yang sering dilaung-laungkan selama ini sebagai 'Adil dan Saksama tanpa mengira siapa, tanpa mengira bangsa, tanpa mengira agama, tanpa mengira pangkat, darjat dan kedudukan(sesuai dengan surah yang pernah diucap oleh YB Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping Perak suatu ketika dulu iaitu Pakatan Pembangkang "akan berlaku adil kepada semua") dalam isu ini.

Kita rakyat Malaysia dalam kes Tian Chua melanggar Askar Melayu sehingga maut itu mesti mahu melihat setakat mana mereka iaini Pakatan Pembangkang berjuang untuk menegakkan kebenaran bagi menuntut keadilan untuk semua pihak "mangsa-mangsa" yang pernah teraniaya, pernah ditindas, yang terkorban dan sebagainya sepertimana yang pernah mereka lakukan sebelum ini untuk kes kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock dan juga mendiang Kugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.

Dalam kes ini, adakah pemimpin DAP,PKR dan PAS juga akan mendesak kerajaan untuk menubuh satu lagi badan penyiasat bebas iaitu Suruhan Jaya DiRaja bagi menyiasat punca berlakunya kemalangan itu sekiranya mereka mahu melindungi Tian Chua dari sebarang tuduhan serta untuk mengelak Tian Chua akan dianggap oleh masyarakat sebagai penyebab kepada kematian Allahyarham Mohd. Salleh bin Hamdan disamping itu juga adakah DAP.PKR dan PAS akan turut berbuat sesuatu untuk mendapat keadilan yang samarata bagi pihak keluarga anggota tentera terbabit dalam kemalangan itu ?

Selasa, Mac 16, 2010

Tengku Anis kecewa dengan kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz.

Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid melahirkan rasa kecewa dan terkilan Baginda terhadap Kerajaan Kelantan Darul Naim yang diterajui oleh Menteri Besarnya Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kekecewaan Baginda Tengku Anis itu berikutan dengan kegagalan kerajaan Kelantan dibawah pentadbiran parti PAS pimpinan Mursyidul Amnya untuk melawat KBDYMM Tengku Ismail Yahya Petra ketika Baginda sedang menerima rawatan di Singapura sejak awal tahun 2009 lalu walaupun telah beberapa kali dititahkan untuk berbuat demikian oleh Baginda Sultan.

Disamping itu, Tengku Anis telah menyampaikan rasa penghargaan Baginda kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib dan isteri YBhg Datin Seri Rosmah Mansor kerana sentiasa memberi perhatian akan kesihatan Sultan Kelantan sejak Baginda menerima rawatan di Singapura dengan beberapa kali menziarahi pasangan DiRaja itu di Hospital serta sering bertanyakan khabar Baginda melalui panggilan telefon.

Sumber berita: - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm .

Ulasan;
Bagaimana nak jadi dengan Kerajaan Negeri yang seperti ini, sehinggakan keadaan Sultan Kelantan yang begitu lama gering pun langsung tidak diambil berat dan jarang dipedulikan ?

Kalau dah soal yang melibatkan tentang keadaan kesihatan KBDYMM Sultan sendiri pun Kerajaan PAS Kelantan tidak berdaya untuk mengurus dengan baik serta gagal untuk memberi perhatian sewajarnya, apatah lagi sekiranya perkara yang sama akan berlaku keatas rakyat biasa, rakyat bawahan yang tidak punya apa-apa kuasa kecuali kuasa undi, lagi bertambah liatlah kerajaan negeri seperti ini untuk menggerakkan tangan menghulurkan sesuatu bantuan atau simpati.

Seorang gadis PATI di Sabah hina al-Quran dan Islam ?

Saya pagi ini telah terbaca satu posting terbaru di blog http://anginperubahan.blogspot.com yang saya pautkan di blog saya iaitu mengenai salahlaku seorang pengguna sebuah laman facebook yang sepatutnya tidak dilakukan lagi oleh penduduk-penduduk di Malaysia tak kiralah status kependudukan mereka di negara ini samada mereka itu penduduk tetap, sementara ataupun warganegara semuanya wajib menghormati undang-undang di Malaysia.

Isi kandungan artikel itu memaparkan satu gambar yang diperolehi daripada sebuah laman sosial facebook milik seorang gadis yang bernama Faiza Alih yang tentunya bukan pizza hut.

Untuk lebih mengetahui lagi apa yang beliau tulis di sana, sila klik saja pada gambar diatas dan anda akan dapati samada beliau sebenarnya telah bertindak dalam keadaan sedar kah, separuh sedar kah atau juga di bawah sedar apabila menulis tentang sesuatu isu yang sangat sensitif ini.

Kepada pihak berkuasa serta pihak yang berwajib, maka silalah aturkan segera pasukan penyiasat untuk menyiasat perkara ini. Terima Kasih.

Isnin, Mac 15, 2010

Kenapa DS Peter Chin gerun kepada blogger ?

Waspada baca laman blog - Datuk Seri Peter Chin.
-----------------------------------------------------------------------------------------
MIRI: 14 Mac - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mengingatkan rakyat di negeri ini supaya berhati-hati ketika membaca laman-laman blog.

Beliau berkata, kebanyakan penulis blog menggunakan nama samaran masing-masing dan mengeluarkan dakyah tentang isu-isu yang boleh mendatangkan kemarahan orang ramai.

"Pelayar internet diingatkan supaya jangan menerima bulat-bulat isu yang dipaparkan dalam blog kerana bukan semua yang dibincangkan dalam blog berkenaan adalah benar," katanya semasa merasmikan Program Sepakat Bestari di Kampung Pulau Melayu, semalam.

Teks ucapan Chin yang juga Ahli Parlimen Miri disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pujut, YB Andy Chia.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan Malaysia Datuk Abdullah Murad, Ahli Parlimen Sibuti YB Ahmad Lai Bujang dan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Peter Chin, Sebastian Ting serta Penghulu Kampung Pulau Melayu, Ahmad Lamat.

Menurut Chin lagi, kredibiliti penulis blog adalah diragui kerana mereka berselindung di sebalik nama samaran berbanding media arus perdana yang mempunyai nama sebenar penulis.

"Sehubungan itu, adalah menjadi peranan kerajaan sebagai penyampai maklumat yang rasmi bagi memberi penerangan yang sebenarnya kepada rakyat menerusi pegawai atau ahli-ahli K-Bestari," katanya.

Malahan katanya, K-Bestari juga dapat berperanan meningkatkan pengetahuan masyarakat supaya menggunakan maklumat secara bijaksana dalam menangkis tohmahan dan fitnah.

"Pada masa sama, K-Bestari dapat memastikan penduduk di kawasan mereka supaya tidak terlibat atau menerima hasutan pihak tidak bertanggungjawab melalui laman blog sebaliknya menyebarkan maklumat tepat atau dasar kerajaan kepada penduduk setempat," katanya. - Utusan Borneo, edisi Isnin 15hb Mac 2010.

...komen,
Fuhhh!!!..., tak sangka sama sekali, rupa-rupanya masih ada juga para menteri dalam kabinet YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang punya pikiran serta berpandangan sedemikian terhadap media alternatif atau media baru ini...hmmmmm...

Disaat YAB Perdana Menteri serta YAB Timbalan beliau menggalakan rakyat Malaysia untuk aktif menggunakan kemudahan-kemudahan media seperti ini untuk membantu dalam berkongsi maklumat antara rakyat dengan pemimpin serta juga diantara rakyat sesama rakyat, tetapi sedih sekali apabila masih terdapat dikalangan menteri dalam kabinet PM dan TPM berpikiran disebaliknya.

Saya kurang pasti, penulis blog dalam aliran mana yang dimaksudkan oleh YB Menteri itu sebagai diragui akan tulisan mereka. Kalau hanya disebabkan kebanyakan para penulis blog menggunakan nama samaran sebagai alasan sebab kenapa YB Menteri meminta orang ramai supaya berwaspada ataupun menjauhi dari membacanya di internet, saya adalah sesuatu tindakan yang sangat tidak bijak oleh seseorang yang berjawatan sebagai menteri apatah lagi didalam kabinet YAB Datuk Seri Najib.

YB Menteri harus faham kenapa kebanyakkan penulis blog baik yang pro-kerajaan mahupun yang pro-pembangkang menggunakan nama samaran tanpa mendedahkan identiti sebenar, semuanya demi keselamatan diri sama juga seperti para menteri yang menggunakan khidmat pengawal peribadi masing-masing apabila bergerak kemana-mana di dalam negara ini walaupun Malaysia selalu disebut sebagai sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, harmoni serta selamat dan demokrasi.

Ahad, Mac 14, 2010

Apa sudah jadi dengan artis-artis di negara kita ?

Sesudah Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah yang ditahan oleh pihak berkuasa di Sarawak sebaik saja beliau tiba di Lapangan Terbang Kuching dengan sebuah penerbangan dari Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1982 kerana terlibat didalam penyalahgunaan najis dadah, pengelibatan oleh beberapa orang artis di negara ini dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang negara seperti tidak ada titik tamatnya.

Vokalis kumpulan rock Iklim, Saleem yang terkenal dengan lagu "Suci Dalam Debu" juga turut tidak terkecuali setelah terjebak beberapa kali didalam kegiatan penagihan dadah serta beberapa kali masuk ke pusat pemulihan sebagaimana yang pernah dialami oleh Jamal Abdillah sebelum itu.

M. Sani, penyanyi terkenal era tahun 1970an pernah menggemparkan dunia hiburan beberapa tahun yang lepas apabila terlibat didalam kes moral. Penyanyi Evergreen, Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang juga artis seangkatan M. Sani atau lebih awal lagi berkecimpung didalam seni suara, juga pernah berdepan dengan tindakan undang-undang apabila beliau didakwa menghantar suatu emel yang tidak sewajarnya kepada Penyanyi No.1 Negara Datuk Siti Nurhaliza.

Dramatis dan juga pelakon drama TV yang bersuami muda, Rosnah Mat Aris juga pernah diambil tindakan tatatertib oleh badan penyiaran apabila beliau didalam satu kenyataan media telah didapati menghina Nabi Muhamad S.A.W iaitu satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh beliau selaku umat Islam walaupun beliau ini iaini Rosnah Mat Aris hanyalah seorang artis.

Semalam, apa yang sangat mengejutkan saya ialah mengenai satu berita yang menyebut berkenaan dengan seorang pemain gitar yang juga anggota kepada kumpulan rock terkenal awal tahun 1990an, Ekamatra yang top dengan lagu "Sentuhan Kecundang" dan " Pusara Di Lebuhraya" telah ditahan oleh pihak polis ketika beliau dalam percubaan untuk melakukan jenayah pecah masuk kedalam sebuah rumah milik jiran beliau sendiri.

Mengejutkan lagi apabila berita menyebut bahawa adik beliau yang juga adalah anggota Ekamatra kini masih lagi dalam buruan polis kerana terbabit didalam kes mencuri barangan bernilai dalam rumah seperti dua buah laptop, telefon bimbit serta melarikan sebuah kereta produa kancil milik rakan serumah beliau sendiri.

Kumpulan Ekamatra merupakan salah sebuah kumpulan rock yang paling saya minati selain kumpulan rock lainnya seperti Spring, Slam, Black Rose, Febians, Wings, XPDC, Budak Kaca Mata, Arrow, May kerana lagu-lagu mereka bagi saya mempunyai kekuatan tersendiri dari segi mesej yang hendak disampaikan kepada para pendengar serta peminat.

Namun apa yang menyedihkan ialah apabila mereka sendiri pulak yang terjerumus kedalam masalah yang dibawa untuk mendidik pendengar bagaimana untuk merungkaikanya walaupun ianya disampaikan dalam bentuk lagu dimana sepatutnya mereka inilah yang seharus memperlihatkan teladan yang baik kepada peminat untuk dijadikan ikutan.

Selang beberapa hari selepas kes anggota kumpulan Ekamatra, seorang lagi artis iaitu pelakon lelaki yang pernah memenangi anugerah bintang popular telah ditahan oleh pihak polis dalam satu serbuan di sebuah kondominium yang dipercayai digunakan sebagai pusat memproses dadah berbagai jenis. Benjy, beliau adalah anak kepada penyanyi awal 1980an serta pelakon filem dan juga dramatis yang lebih dikenali dengan gelaran 'bintang airmata' Seniwati Azean Erdawati.

Inilah, apa akan terjadi kepada industri seni di negara kita jika berterusan mereka sendiri ini yang bergelar sebagai anak seni telah gagal menjaga dan memelihara makna nilai-nilai serta kehalusan dan keindahannya jika mereka sendiri pula yang merosakkannya ? Dimana tanggungjawab persatuan-persatuan arits seperti SENIMAN, PAPITA dan sebagainya didalam menjaga kebajikan ahli-ahli mereka yang bermasalah supaya tidak terus mencemar nama baik industri ini sendiri dimasa yang akan datang.

Jangan biarkan anggota Askar Melayu DiRaja Malaysia mati 'katak' diatas jalanraya ?

(gambar diatas cuma hiasan)
Sebelum saya menulis sekali lagi berkenaan dengan perihal kemalangan yang membabitkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mana kereta yang membawa beliau telah melanggar seorang anggota tentera Diraja Malaysia sehingga menyebabkan kematian kepada askar terbabit iaitu Allahyarham Mohd Salleh bin Hamdan, saya ingin menyampaikan ucapan Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan soleh.

Biasanya jika seseorang perajurit, askar ataupun tentera tewas dimedan perang menentang musuh ketika mempertahankan negara baik diperbatasan darat, laut ataupun udara, mereka akan dikenang dan sentiasa diingat sebagai seorang pahlawan serta bunga bangsa oleh pemimpin-pemimpin serta para pembesar negara.

Kerjaya sebagai seorang anggota tentera, satu tugas dan tanggungjawab yang penuh dengan segala risiko yang berbahaya, namun sebagai menyahut seruan perwira dan juga pertiwi segalanya tidak menjadi penghalang kepada semua para anggota tentera kita untuk terus menabur bakti demi kelangsungan keadaan dalam Malaysia yang aman, selamat dan sejahtera untuk selamanya.

Tetapi bagaimana pula dengan keADILan untuk seorang anggota tentera Mohd Salleh Hamdan yang terkorban setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar oleh kenderaan yang dinaiki oleh seorang Ahli Parlimen yang memang pakar dalam selok-belok menyusun fitnah, Tian Chua, Anggota Parlimen Batu ?

Akan adakah usaha dilakukan bagi mendapatkan pembelaan untuk Allahyarham Mohd Salleh walaupun beliau telahpun meninggal dunia ? Siapa yang akan berjuang untuk menegakkan keADILan bagi pihak ibubapa, adik beradik serta tunang Allahyarham ? Dimana Angkatan Tentera Malaysia dalam isu ini apabila pihak mereka telah kehilangan seorang anggota akibat kemalangan itu ?

Kementerian Dalam Negeri, bila masa lagi mau memberi penjelasan kepada rakyat, macamana pemandu pacuan empat roda itu serta juga seorang Ahli Parlimen yang masih terikat dengan kes di Mahkamah apabila terlibat dalam kemalangan di jalan raya masih boleh meneruskan perjalanan beliau ke tapak ceramah yang dianjurkan tanpa dibawa bersama ke balai terlebih dahulu untuk ditahan serta untuk diambil keterangan, diperiksa tahap alkohol pada pernafasan mereka ?

Selalunya kalau kemalangan seperti itu melibatkan rakyat biasa atau rakyat bawahan, pasti pemandu serta sesiapa saja yang terbabit akan dimasukkan ke dalam lokap dulu sementara menunggu perintah reman diperolehi daripada pihak Mahkamah. Tetapi saya bukan hendak mempersoalkan prosedur seperti ini, malas nak mempertikaikannya...silap haribulan penulis pula yang kena getahnya.

Walau apapun, kita semua masih menunggu apakata Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Nizar, Datuk Nik Aziz, Husam Musa, Zuraidah Kamaruddin dan lain-lain lagi dalam PKR dan PAS.

Jika pada kematian misteri TBH mereka ini sanggup bertindak seperti kata pepatah "masuk kandang lembu menguak" dan " masuk kandang kambing mengembek", jadi bagaimana sekarang ?...kandang harimau sudah terbuka...tidak mahu mengaummmm!!! ?

Sabtu, Mac 13, 2010

Tergesa dalam perjalanan untuk menabur fitnah, kereta Tian Chua terlanggar anggota tentera...

KOTA TINGGI: 13 Mac - Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Salleh Hamdan 22, koma akibat kecederaan parah sebelum meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi. - Utusan Malaysia.

Berita lanjut sila rujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm .

Ulasan serkap;

Menurut berita yang dimuat dalam Utusan Malaysia itu, kereta Mercedes Benz yang dinaiki Tian Chua sedang dalam perjalanan menuju ke Mersing untuk menyampaikan "ceramah?''' ramah mesra dengan penduduk disitu.

Kerana sangat terdesak untuk menabur fitnah yang tak sudah-sudah terhadap para pemimpin Barisan Nasional, Tian Chua tidak menegur dan memperdulikan pemandu beliau dari membawa kereta dalam keadaan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain asalkan beliau segera sampai ke destinasi.

Pemandu Mercedes Benz yang membawa Tian Chua dilaporkan telah memasuki lorong sebelah kanan atau lorong yang salah apabila tidak memberi laluan terlebih dahulu kepada kenderaan dari depan untuk lalu sebelum kenderaan 'mewah' beliau boleh memasuki laluan tersebut.

Dalam soal melanggar undang-undang negara, Tian Chua memang jaguh. Bagi beliau dan ahli-ahli PKR yang lainnya, semua orang tidak betul, semua orang salah, hanya mereka saja yang betul.

Apa lagi kalau sudah berada diatas jalanraya, walaupun undang-undang jelas menuntut semua penggunanya harus mematuhi peraturan JPJ sebagaimana yang telah digariskan, tetapi mana mungkin pihak berkuasa mampu untuk mengawasi pergerakan kenderaan para pengguna di sepanjang jalan raya.

Maka keadaan inilah yang diambil kesempatan oleh para pengguna yang memiliki kenderaan mewah dan besar untuk menunjukkan kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa merekalah hero atau jaguh di atas jalan raya dengan sesuka hati memotong kereta didepan, menukar lorong mengikut undang-undang sendiri tanpa memastikan samada kewujudan kenderaan dari arah hadapan serta tidak memberi signal terlebih dulu. Dan inilah yang dilakukan oleh Tian Chua serta pemandunya.

Yang peliknya, kenapa Tian Chua dibenarkan meneruskan perjalanan beliau untuk menuju ke tapak ceramah dimana beliau dijadualkan untuk menaburkan fitnah, sedangkan mangsa yang dilanggar oleh kenderaan yang beliau naiki sedang bergelut dengan maut, berjuang antara hidup dengan mati ?

Mangsa, Allahyarham Mohd. Salleh Hamdan merupakan mangsa kedua yang telah dilanggar oleh wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang. Sebelum ini juga seorang lagi wakil rakyat dari Pakatan pembangkang ADUN SekinchanSelangor, Ng Swee Lim yang memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar adik Mohd. Bakri bin Mohd Bazli 23, telah mengakibatkan mangsa koma untuk beberapa hari di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR).

Bagaimana agaknya status siasatan terhadap ADUN Sekinchan berhubung dengan kemalangan itu setakat ini belum lagi dapat diperolehi, samada ianya masih disiasat atau sudah ada tindakan susulan seperti sudah sampai keperingkat dakwaan atau apa-apa sajalah, cuma kita sebagai rakyat biasa hanya mampu menanti dan melihat.

Kini, kedua-dua kes kemalangan kebetulan melibatkan mangsanya adalah dari kaum Bumiputera dan yang melanggarnya pula adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti yang kononnya "tidak rasis" memperjuangkan keadilan yang sama rata kepada semua kaum, tiada tinggi tiada rendah, tiada besar tiada kecil, tiada hitam tiada putih, tiada cacat tiada cela untuk semua rakyat...semuanya sama rata, depan belakang semua sama.

Jadi, sekarang kita mahu dengar dan mahu tahu akan pendirian terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Khalid Samad, Tan Sri Khalid Ibrahim, Hussam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayub, Zuraidah Kamaruddin, Saifuddin Nasution, Azmin Ali, Mustapa Ali dan lain-lain lagi dalam PKR dan PAS, apa kata mereka? Tunjukkanlah dimana letaknya keadilan dan kesamarataan yang digembar-gemburkan yang menjadi dasar perjuangan dalam parti PKR dan PAS dalam isu ini...

Kalau sebelum ini sehingga sekarang kes kematian mendiang TBH telah menerima layanan yang begitu luarbiasa sekali daripada mereka yang tersebut diatas, sehingga menelan kos yang bukan sedikit wang rakyat digunakan untuk membawa dan membayar gaji pakar patologi asing ke negara ini semata-mata untuk membela kematian misteri mendiang, jadi oleh itu...apa salahnya mereka(PAS dan PKR) turut menyuarakan isu kemalangan yang melibatkan dua pemuda Melayu ini ketengah tanpa rasa berat sebelah dan tanpa rasa ditekan. Ada berani ???

Anugerah 'Datuk' kepada para pelakon satu penghormatan dan mesti dihormati.

Kali ini saya ingin memandu arah dari selalu menyentuh isu-isu politik menuju arah untuk melihat kepada isu-isu yang tidak kurang juga hebatnya di negara ini iaitu dunia seni. Disebalik gesaan beberapa pihak yang menyeru agar ditarik balik anugerah atau pingat kebesaran yang membawa berbagai-bagai gelaran daripada penerima tertentu dengan alasan atas sebab-sebab yang tertentu juga, namun saban tahun juga kita melihat semakin ramai juga yang terus menerimanya setelah jasa-jasa mereka didalam bidang serta kerjaya masing-masing turut diiktiraf oleh pihak Kerajaan.

Penggiat seni seperti penyanyi, pelakon drama dan filem, pelawak, pencipta, penggubah, penulis lirik lagu, penulis skrip drama dan filem, pengarah serta penerbit drama juga filem, jurukamera dan semua mereka yang terlibat secara langsung didalam industri hiburan tanah air juga tidak terkecuali mendapat pengiktirafan yang sedemikian rupa daripada pihak kerajaan serta seluruh para peminat di negara ini.

Contohnya seperti Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Biduan Negara Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah Datuk Saadiah, Allahyarham Datuk Mahmud June, Allahyarham Datuk S. Roomai Nor, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Aziz Sattar, Datuk Aziz Singah, Datuk S. Kusdiwanata, Datuk Mustapha Maarof, Biduan Negara Datuk Sharifah Aini, Datuk M. Daud Kilau, Datuk D. J. Dave, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Michele Yeoh, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Datuk Seri Jefferydin, Datuk Yusof Haslam, Tan Sri Datuk S. M. Salim, Allahyarham Datuk S. Jibeng, Datuk Ahmad Nawab, Datuk Kassim Masdor, Datuk Kathijah Ibrahim, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan lain-lain lagi.

Sebagai peminat kepada mereka ini, kita tentunya pasti merasa amat gembira apabila artis-artis baik penyanyi maupun pelakon yang kita minati telah mendapat anugerah yang tertentu daripada para pembesar negara berdasarkan sumbangan mereka kepada masyarakat negara ini melalui karier mereka masing-masing. Sudah tentu apabila penyanyi atau pelakon yang menjadi pujaan telah menerima pengiktirafan yang selayaknya daripada pihak pemerintah maka sebagai peminat, kita juga sangat mengharapkan agar mereka ini tahu bagaimana cara untuk menghargai kurniaan darjah yang telah diberi dan bagaimana untuk menentukan pembawaan diri baik ketika didunia layar ataupun ketika diluar penggambaran supaya selepas itu penampilan dikhalayak ramai bersesuaian dengan anugerah yang ada pada diri.

Disini saya cuma hendak menyentuh berkenaan dengan dua personaliti terkenal saja, kerana kalau hendak menilai kesemua mereka yang lainnya pasti akan mengambil masa dan ruang yang sangat panjang. Kedua selebriti ini sangat terkenal, lihat gambar diatas semua rakyat Malaysia kenal, dari orang tua, muda dan anak-anak kecilpun tahu siapa mereka ini. Datuk Jalaluddin Hassan pelakon drama tv terkenal dengan jolokan Richard Gere Malaysia, adik kepada Ketua Polis Negara YBhg Tan Sri Musa Hassan dan seorang lagi Datuk Rahim Razali pengarah, penerbit serta pelakon filem, pelakon drama tv dan beliau juga merupakan seorang pengulas sukan khususnya sukan bolasepak. Kempen Piala Dunia semakin rancak dan sepak mula untuk perlawanan pertama Piala Dunia di Afrika Selatan tidak lama lagi dan ini tentunya akan membuat Datuk Rahim Razali menjadi semakin sibuk dengan jadual ketat beliau.

Saya sengaja memilih dua insan seni ini sebagai mengisi ruang kepada tajuk artikel yang saya letakkan diatas sebab keduanya dilihat sentiasa laris dan hangat dipasaran baik untuk drama di TV1, TV2, TV3 dan juga di Channel tertentu di ASTRO. Apa yang cuba untuk saya ketengahkan disini ialah berkenaan dengan watak-watak yang dilakonkan oleh kedua-dua mereka ini dalam drama-drama terbaru iaitu selepas mereka di anugerahkan dengan pingat yang membawa gelaran 'Datuk.' Jika sebelum kedua mereka ber'title' sebagai Datuk, apapun watak yang dipegang mereka dalam mana-mana drama atau filem memanglah kita tidak ambik kisahpun tetapi kini apabila situasinya berbeza dan keduanya telahpun berstatus sebagai Datuk, jadi adalah sangat tidak elok untuk mereka diberi watak yang dirasa memang tidak sesuai lagi untuk dilakon oleh keduanya memandangkan gelaran sebagai Datuk harus dihormati supaya institusi yang memberikannnya tidak merasa terkilan.

Didalam drama-drama terbaru lakonan kedua mereka ini, bagaimana kita boleh melihat aksi mereka dengan watak-watak yang tidak sepatutnya diterima atau diberikan kepada mereka untuk menjayakannya. Dalam satu drama yang ditayangkan dalam salah satu saluran tv baru-baru ini, dimana Datuk Rahim memegang watak sebagai seorang tua yang kaya-raya, berbudi-pekerti yang tinggi, sentiasa berselindung dibalik sifat pemurahnya kepada penduduk kampung namun dalam diam-diam telah menyalahgunakan kekayaan serta harta-benda yang dimiliki untuk memenuhi semua tuntutan nafsu serakah dengan menodai kesucian gadis-gadis kampung, manakala dibabak akhir dalam drama itu beliau telah ditangkap, diheret oleh orang ramai keliling kampung. Sesuaikah watak begini untuk dilakonkan oleh mereka yang telah bergelar sebagai "Datuk, Datuk Seri, Tan Sri dan sebagainya?"...

Datuk Jalaluddin Hassan pula akan tampil dikaca TV3 tidak lama lagi dengan lakonan terbaru beliau, watak yang diberikan kepada beliau juga saya lihat memang tidak sesuai sama sekali bagi beliau yang telah bergelar sebagai Datuk. Ada masyarakat yang tidak tahu untuk membezakan antara dunia lakonan atau fantasi dengan realiti. Tetapi itu juga adalah antara masalahnya, dan apa yang saya mahu melihat ialah apakah memang tiada pelakon lain selain daripada mereka-mereka yang telah bergelar sebagai Datuk untuk diberikan watak sedemikian ? Adalah wajar bagi mana-mana pelakon yang sudah bergelar sebagai Datuk diberikan watak yang sesuai dengan perkembangan semasa mereka dan jika ditawar juga oleh mana-mana pengarah drama atau filem dengan watak sedemikian, mereka wajar untuk menolaknya sebagai menghormati kurniaan pingat yang telah mereka terima.

Jumaat, Mac 12, 2010

Isu YB Zul: Gerakan tidak berhak mengajar UMNO !

Parti Gerakan terutamanya Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan tidak layak sama sekali untuk menentukan apa yang harus dan apa yang tidak boleh dibuat oleh UMNO berkenaan dengan berbagai perkara dalamannya termasuklah dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dengan kemungkinan samada YB Zulkifli Noordin hendak diterima atau tidak ke dalam UMNO sekiranya bekas Ahli Parlimen PKR itu berhasrat sedemikian.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksi beliau apabila ditanya wartawan seandainya YB Zulkifli mahu menyertai UMNO sebagai wadah perjuangan yang baru, Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan akan kesediaan UMNO menerima sesiapa saja kedalam parti itu secara terbuka asalkan mereka benar-benar ikhlas serta sanggup menerima dan juga menyokong prinsip perjuangan UMNO.

Tanpa diduga, kenyataan sopan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin itu telah mecemaskan, menakutkan, menggerunkan Datuk Dr Teng dan yang paling teruk sekali sehingga menyebabkan Gerakan Pulau Pinang terkaku, lemah kepala lutut macam mau lumpuh, suhu darah tinggi naik mendadak hampir di serang strok !

Manakan tidak, YB Zulkifli Noordin yang mereka anggap sebagai seorang pemimpin yang racist/bersifat perkauman yang melampau mungkin akan diterima masuk dalam UMNO dan Barisan Nasional. Bagi Datuk Dr Teng serta Gerakan Pulau Pinang, sekiranya YB Zulkifli berada didalam UMNO serta Barisan Nasional maka sifat perkauman yang menebal dalam diri mereka sendiri selama ini akan berpindah kepada YB Zulkifli, dan maknanya Gerakan akan mempunyai saingan didalam mempertahankan kejuaraan perkauman yang dipegang mereka sejak sekian lama.

Datuk Dr Teng serta Gerakan sebenar gelap mata, tidak nampak apa yang sebenarnya sedang diperjuangkan oleh YB Zulkifli yang membawa kepada pemecatannya dari Parti KeTIDAKADILan Rakyat sebelum dipecat dimana terlebih dahulu beliau dikehendaki mengadap Lembaga Disiplin PKR. Gerakan memang sengaja tidak mahu faham yang YB Zulkifli sebenarnya hanya mempertahankan Agama Islam dari terus dijual oleh PAS kepada DAP serta mempertahankan maruah bangsa Melayu dari terus dilelong dan digadai oleh PKR kepada DAP dan sebahagian besar kelompok didalam PKR sendiri.

Saya melihat Parti Gerakan ini tak payahlah menyibuk pasal YB Zulkifli Noordin, samada UMNO nak terima ke tak YB Kulim-Bandar Baru ini kedalam parti mereka, terpulanglah kepada UMNO sendiri untuk menguruskannya, tak payahlah Gerakan nak memandai mendidik parti lain... apa yang Gerakan perlu dibuat mulai sekarang dan sepatutnya dari dulu lagi iaitu sejurus selepas PRU-12 lalu adalah bagaimana cara untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti itu, cari dimana salah silapnya sehingga menyebabkan Gerakan kalah besar masa waktu itu.

Gerakan tidak boleh mengharapkan ehsan politik daripada UMNO dan rakan-rakan lain dalam Barisan Nasional sepanjang masa untuk punya suara didalam pentadbiran kerajaan. Disinilah juga saya dapat melihat betapa tidak mengenang budinya Gerakan kepada UMNO serta gabungan lain-lainnya didalam Barisan Nssional walaupun mereka jelas tidak berupaya untuk mempunyai wakil didalam kerajaan, namun oleh kerana sifat setiakawan yang telah tertanam subur didalam UMNO dan ahli-ahli BN lainnya maka Gerakan juga tidak disisih dalam barisan Kabinet Kerajaan Malaysia.

Malang sekali apabila Gerakan tidak melihat semua itu sebagai satu pengorbanan daripada rakan-rakan beliau didalam Barisan Nasional yang harus dihormati dan dikenang. Dalam menuduh pihak lain sebagai perkauman, apakah pemimpin Gerakan ini sendiri tidak sedar yang mereka adalah lebih tebal lagi sifat perkaumannya. Kita boleh melihat sebelum inipun semua tuduhan yang dilemparkan oleh Gerakan kepada pihak lain sebagai bersifat perkauman adalah berasal dari kenyataan mereka sendiri.

Mereka turut terbabit dengan pihak tertentu didalam mempersoalkan isu kontrak sosial, mempertikaikan perlembagaan negara, hak kaum Bumiputera dan lain-lain yang sangat sensitif dan tidak sewajarnya dibangkit lagi apatah lagi dikala negara Malaysia telah mencapai usia yang semakin matang kemerdekaannya. Sepatutnya Gerakan sentiasa mengelak dari berbicara soal-soal yang boleh menyentuh sensitiviti kaum lain, mereka sepatutnya sudah menjadi semakin faham tentang negara Malaysia, tentang rakyatnya, tentang budaya, agama dan adat resam setiap kaum didalamnya, bukan menjadikan mereka semakin jahil dan tidak kenal lagi sesuatu tentang semua perkara yang berkaitan dengan apa yang ada didalam negara ini.

Khamis, Mac 11, 2010

DS Anwar Ibrahim sifatkan ahli parti yang melompat parti sebagai "KATAK"...

Dulu, Datuk Zaid Ibrahim adalah salah seorang ahli parti UMNO dan pernah memegang beberapa jawatan tertentu didalam UMNO dan juga kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional sebelum beliau melompat masuk kedalam PKR.

Dulu juga, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng merupakan salah seorang ahli parti MCA dan beliau pernah memikul tugas sebagai Naib Presiden MCA serta beberapa jawatan lain dibahagian MCA di negeri Johor dan beliau juga adalah bekas Menteri Kesihatan Malaysia dalam semasa dalam kerajaan Barisan Nasional, namun kesemuanya itu adalah sebelum beliau keluar dari MCA dan melompat terus masuk ke dalam PKR.

Yang menariknya disini ialah kedua-dua katak ini memangpun melompat dan bukannya setakat keluar saja, tetapi keluar dari parti asal dan terus melompat masuk kedalam parti lain.

Berbeza pula dengan YB Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, YB Tan Tee Beng, YB Mohsin Fadli Samsuri, YB Haji Zulkifili Noordin serta beberapa yang lain lagi termasuk bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehudin Hashim, kesemua mereka hanya keluar daripada Parti KeADILan Rakyat tetapi tidak menyertai mana-mana parti termasuk UMNO.

Jadi bagaimana Penasihat Umum PKR, YB Datuk Seri Anwar boleh menggelarkan mereka itu sebagai 'katak' ? Baca di
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm

Jika begitu, apa pula gelaran yang akan DS Anwar bagi kepada Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Seri Chua Jui Meng yang memang terang-terang sah melompat parti ? Dan apa pula gelaran yang harus diberikan kepada Penaja Projek 16 September dulu yang mensasarkan 30 orang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang hendak 'dilompatkan' ke dalam Pakatan Pembangkang ? ~ Ketua Katak ~ ???
Posted by Picasa

Rabu, Mac 10, 2010

Bumiputera hanya mempertahankan hak, kenapa sentiasa ditentang ?

Seingat saya apabila bermulanya isu 'keris' membabitkan YB Datuk Seri Hishamuddin dan juga seterusnya merebak kepada isu Datuk Ahmad Ismail ADUN Bukit Bendera Pulau Pinang yang sehingga menyebabkan keahlian beliau dalam UMNO terpaksa digantung selama 3 tahun termasuk semua jawatan dalam parti gara-gara ucapan beliau pada satu perhimpunan telah disalah-ertikan oleh pemimpin parti politik dari kaum bukan Bumiputera.

Kaum Bumiputera hanya memperkatakan apa yang benar mengenai latar belakang sejarah Malaysia serta bertindak betul didalam usaha mempertahankan segala hak-hak yang sememangnya menuntut kesungguhan kaum Bumiputera itu sendiri untuk memelihara serta melindunginya selaras dengan apa yang telah digaris serta termaktub didalam perlembagaan negara iaitu sejak tertubuhnya negara Malaysia.

Kaum Bumiputera tidak terlampau didalam tindakan mereka apabila menyentuh soal hak atau sesuatu yang sememangnya adalah hak-milik asal mereka sebelum wujud negara Malaysia lagi sebagaimana yang telah dilakukan oleh sesetengah kaum bukan Bumiputera sejak kebelakangan ini yang semakin berani menekan kerajaan dengan tuntutan-tuntutan yang boleh dianggap sebagai keterlaluan dan jika dituruti pasti akan mendatangkan kerumitan kepada kepada kaum Bumiputera pada akhirnya.

Tidak salah kepada saya bagi kaum bukan Bumiputera untuk membawa sebarang kemajuan demi untuk meningkatkan tahap kehidupan masyarakat mereka sendiri tetapi mereka juga harus sentiasa ingat juga bahawa jangan pula disaat mereka berjuang untuk mendapatkan hak-hak kaum mereka, terdapat juga dalam pada itu ada tangan-tangan daripada kalangan mereka yang kelihatan berusaha untuk melucutkan hak-hak istimewa sedia ada kaum Bumiputera seperti DEB dan sebagainya lagi.

Selasa, Mac 09, 2010

Akan tibakah masa untuk UMNO dan PBB bergabung sebagai satu parti ?

Ini hanyalah satu persoalan yang sedang bermain didalam pikiran saya selama ini ataupun mungkin ianya satu persoalan kepada orang lain juga khususnya kepada kaum Bumiputera di Sarawak.

Adakah perlu untuk pemimpin tertinggi kedua-dua parti iaitu UMNO dan juga PBB mula berfikir ke arah untuk membentuk satu percantuman antara keduanya agar lebih kuat dan mantap serta untuk menguatkan lagi perjuangan bagi memertabatkan maruah bangsa dan negara ?

Adakah masa untuk tujuan itu akan tiba jua akhirnya ? Mungkin iya, mungkin tidak.

Banyak sangat proses yang harus dilakukan sebelum membuka langkah ke arah itu dan tentu sekali banyak lagi halangan yang harus ditempuhi dalam usaha untuk menjadikan ianya sebagai suatu kenyataan.

UMNO merupakan sebuah organisasi yang berteraskan kepada perjuangan memertabatkan kedaulatan Raja-raja Melayu, maruah bangsa Melayu dan meningkatkan nilai-nilai agama Islam, memelihara keluhuran undang-undang negara, menjunjung tinggi perlembagaan negara serta mempertahankannya dari segala ancaman luar(...perbetulkan jika kurang tepat).

Manakala PBB pula merupakan sebuah pertubuhan yang berjuang atas kepentingan kaum Bumiputera yang berbilang suku serta menganuti kepercayaan agama yang berbeza. Dasar perjuangan PBB juga tidak terlalu lari jauh dengan dasar yang diamalkan oleh UMNO dimana dalam soal mempertahankan beberapa prinsip dalam rukun negara, ternyata kedua-dua parti ini tidak pernah mengeluh serta sentiasa bersemangat untuk menerima perkara itu sebagai satu tanggungjawab yang harus digalas bersama untuk selamanya demi Malaysia.

Kedua-dua UMNO dan PBB dalam kedudukan masing-masing sebagai tunjang kepada parti pemerintah iaitu UMNO sebagai tulang belakang Barisan Nasional peringkat kebangsaan dan PBB pula adalah peneraju kepimpinan kepada kerajaan negeri Sarawak, akan tetapi walaupun pada dasarnya perjuangan kedua-dua parti ini lebih menjurus kepada kepentingan kaum Bumiputera namun ini tidak bermakna tanggungjawab keduanya dalam menjaga kebajikan kaum-kaum lain di negara ini akan dilakukan secara terpilih. Terdapat persamaan antara UMNO dan PBB sebenarnya...

Hanya masa yang menentukan segalanya... jika ia baik untuk Sarawak khususnya dan Malaysia secara amnya, mungkin ia bukan satu kesilapan tetapi jika ianya dilihat sebagai kurang sesuai untuk masa kini atau untuk masa depan dan seterusnya, apakah tidak ada cara lain lagi untuk mengatasi isu-isu yang sedang berbangkit kini seperti yang diperjuangkan oleh dua buah pertubuhan tidak rasmi di Sarawak iaitu Parti Agenda Rakyat Bersatu Sarawak(ARBS) dan Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak(JPUNS) yang mahu UMNO wujud di Bumi Kenyalang walaupun tidak dipersetujui oleh Presiden UMNO sendiri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Posted by Picasa

Isnin, Mac 08, 2010

Pakatan Pembangkang penyumbang besar kepada kemusnahan demokrasi di negara ini...

Ada diantara sesetengah rakyat dinegara ini sememangnya keliru dengan dakwaan yang sering didendangkan oleh para pemimpin dari Pakatan Pembangkang, kononnya perjuangan pihak mereka iaini Pakatan Pembangkang adalah untuk menegakkan demokrasi di negara ini menerusi amalan yang terbuka didalam apa jua urusan baik antara pemimpin sesama pemimpin mahupun diantara pemimpin dengan rakyat biasa.

Tetapi sekiranya semua rakyat di negara ini tanpa mengira latar belakang mereka mampu untuk berfikir dengan matang serta bijak untuk menilai samada demokrasi yang diperjuangkan oleh pihak Pakatan Pembangkang selama ini benar-benar memang tiada diamalkan dalam pentadbiran kerajaan Malaysia selama ini ataupun semua dakwaan pihak pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk memperdayakan rakyat kurang maklumat yang sebelum ini menyokong kerajaan agar segera mengalihkan sokongan mereka kepada perjuangan Pakatan Pembangkang pula.

Pakatan Pembangkang belum lagi berjaya menubuhkan kerajaan pusat dan hanya berjaya mendirikan kerajaan di empat buah negeri, namun DAP, PAS dan PKR sebenarnya sudah punya peluang untuk membuktikan kepada rakyat akan kemampuan mereka dalam mentadbir negeri-negeri, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan kepercayaan mereka, menjaga kebajikan rakyat sebagaimana yang dijanjikan didalam manifesto mereka pada pilihan raya yang lalu dan yang pasti ialah Pakatan Pembangkang sepatutnya menggunakan peluang itu untuk membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bagaimana rupa bentuk atau corak demokrasi yang selama ini cuba ditegakkan pihak mereka sebelum berangan-angan untuk mengambil-alih Kerajaan Persekutuan daripada penguasaan kerajaan Barisan Nasional.

Tapi malang sekali apabila Pakatan Pembangkang tidak mampu untuk menunaikan hampir kesemua apa yang pernah dijanjikan oleh mereka kepada rakyat semasa kempen pilihan raya umum ke-12 dulu dan jauh sekali untuk meningkatkan amalan demokrasi ke tahap yang lebih tinggi sebagaimana yang telah diamalkan oleh Barisan Nasional sejak sekian lama di empat buah negeri tersebut sebelum jatuh ke tangan pihak mereka. Kini, apa yang semakin jelas kita nampak ialah sistem demokrasi yang berjalan dengan baik sebelum ini dinegara ini cuba untuk digugat serta dilenyapkan secara halus dan perlahan-lahan oleh pihak Pakatan Pembangkang.

Contoh yang nyata iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah. Diantara empat negeri ini, kerajaan Pakatan di Pulau Pinang dan Selangor merupakan dua kerajaan negeri yang lebih cenderung ke arah membunuh amalan demokrasi dalam pentadbiran dan tindakan menggerakkan usaha seperti menyekat kebebasan untuk mengkritik dan sanggup untuk berbuat apa saja demi untuk menghalang pihak-pihak yang dirasakan boleh mendatangkan ancaman kepada kerjaya politik mereka adalah merupakan satu lagi bukti yang tidak menyokong kepada dakwaan mereka sendiri sebelum ini yang menuduh kononnya Barisan Nasional tidak mengamalkan demokrasi tetapi sebaliknya pihak Pakatan Pembangkanglah sebenarnya yang kini sedang berusaha untuk menggagalkan segala amalan demokrasi disemua peringkat kepimpinan dalam negara ini.
Posted by Picasa

Ahad, Mac 07, 2010

Apakah asas perjuangan PKR di Sarawak ?

Menurut Pengerusi PKR Sarawak Sdra Baru Bian, hasrat sebenar PKR pada pilihan raya umum negeri Sarawak nanti hanyalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional semata. Itu saja. Tiada lain, semuanya sama seperti perjuangan mereka di Semenanjung Malaysia.

Agak-agaknyalah seandainya khayalan mereka itu berjaya, maka bermakna agenda pertama mereka telah berjaya dan seterusnya mengira untuk merancang bagaimana caranya untuk membolot kekayaan yang ada di Bumi Kenyalang, merancang untuk menindas hak-hak kaum peribumi di Sarawak sebagaimana mereka lakukan di Pulau Pinang dan juga di Selangor... agak-agaknya begitulah.

Pihak mereka tiada hasrat lain cuma bila dah mendapat kuasa, semua janji-janji yang pernah ditaburkan kepada rakyat semasa kempen dengan mudah akan dibuang ketepi, manifesto dirangka cuma sebagai alat untuk memperdayakan rakyat yang kurang bermaklumat atau rakyat yang mudah untuk diperdaya tetapi sangat sukar untuk diubah semula fikiran mereka.

Hendak dikatakan PKR hadir di Bumi Kenyalang sebagai penyelesai ataupun untuk menegakkan keadilan buat rakyat di Sarawak yang kononnya telah ditindas oleh kerajaan BN, memang tiada masuk akal juga...sebab tiada isu penindasan terhadap rakyat di negeri ini sebenarnya sebagai yang telah berlaku terhadap rakyat di Pulau Pinang dan Selangor sekarang ini.

Saya tidak katakan 100% penduduk di Sarawak telah menikmati semua kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini, semuanya adalah disebabkan oleh keadaan geografi negeri serta masalah penduduk yang tinggal bertaburan disana-sini dan inilah sebenarnya yang menyukarkan sebarang bentuk peruntukan dapat disalurkan dengan mudah seperti jalan raya, bekalan air bersih, kemudahan telekomunikasi dan juga bekalan api elektrik.

Berbeza dengan penduduk yang tinggal dibandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri dimana segala kemudahan bolehlah dikatakan semuanya sudah lengkap hanya tinggal setiap hujung bulan mereka dikehendaki menanti bil-bil menuntut bayaran keatas sesuatu perkhidmatan yang mereka terima. Apabila bil-bil mulai meningkatkan nilai bayarannya, maka sudah tentu akan timbul suara membantah, merungut walaupun beban yang yang ditanggung tidaklah sesukar masalah yang dihadapi oleh penduduk pendalaman yang masih lagi belum mempunyai sebarang kemudahan yang telah dinikmati oleh para penduduk di kawasan bandar.

Oleh itu, saya mahu mencabar para pemimpin PKR di Sarawak, sekiranya mereka benar-benar mahu memperjuangkan keadilan buat rakyat Sarawak, maka janganlah hanya bertumpu kepada penduduk-penduduk yang sudah lama hidup selesa dengan segala bentuk kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini, tetapi buatlah sesuatu yang meyakinkan para penduduk yang tinggal jauh dipendalaman dan jangan hanya mengharapkan undi daripada mereka yang dipendalaman dan tidak payah memperjuangkan nasib penduduk dibandar yang masalah mereka yang kadang-kala memang sengaja diada-adakan semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan yang semuanya percuma.

Inilah hakikat yang harus kita akui sekarang, golongan yang masih memerlukan khidmat daripada wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional boleh dikatakan sebahagian besarnya adalah penduduk luar bandar atau yang tinggal di pendalaman yang ada diantara kawasan mereka belum lagi ditembusi oleh sebarang kemudahan asas namun golongan inilah yang paling kuat menyokong calon-calon Barisan Nasional pada setiap kali diadakan pilihan raya.

Manakala bagi para penduduk dibandar-bandar utama iaitu apabila sudah terlalu selesa dengan apa yang sudah dinikmati dengan segala kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, mereka akan menjadi mudah lupa hanya disebabkan oleh isu-isu kecil seperti sistem perparitan yang tersumbat, jalan depan rumah berlopak sebesar gelas dan macam-macam lagi masalah yang remeh sebenarnya dan mudah diselesaikan sekiranya ada semangat berkerjasama sebagaimana semangat yang ada pada penduduk luar bandar di pendalaman.

Inilah golongan yang disasarkan oleh PKR sebenarnya iaitu golongan yang sudah selesa dengan segala kemudahan yang diberikan tetapi dalam pada itu juga golongan itu akan cepat tergolong didalam kumpulan masyarakat yang mudah lupa apabila berdepan dengan sedikit masalah dan inilah yang juga saya mahu melihat samada PKR Sarawak benar-benar bersedia untuk menjadi kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan Barisan Nasional dengan tidak memikirkan sebarang soal kesukaran apabila tiba ke isu untuk menyelesaikan masalah penduduk di pendalaman yang kebanyakkannya hanya bergantung kepada sistem pengangkutan air dimana memerlukan masa selama dua tiga hari untuk sampai ke sesuatu destinasi.

Sabtu, Mac 06, 2010

Bukan lagi satu sandiwara...

Walaupun dulu saya pernah berpendapat bahawa tindak-tanduk oleh beberapa wakil-wakil rakyat dari PKR hanyalah sebagai satu sandiwara untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari hanya berterusan tertumpu melihat satu isu saja kepada isu yang lain, namun apabila keadaan yang jelas sukar lagi untuk dikawal dalam PKR kini terutamanya telah mula mengubah pandangan saya mengenai mereka-mereka ini yang telah bertindak keluar meninggalkan PKR.

Saya sebenarnya sangat tertarik sekali dengan alasan-alasan yang telah diberikan oleh beberapa orang daripada mereka akan sebab kenapa mereka meninggalkan PKR dan juga Anwar Ibrahim. Cuma alasan yang dikemukakan oleh YB Nibong Tebal, Tan Tee Beng saja yang kurang jelas apabila kenyataan beliau lebih kepada unsur-unsur tidak berpuashati tentang tanpa jawatan tertentu ketika sidang media berlangsung.

Ahli Parlimen Bayan Baru Pulau Pinang, YB Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, "meninggalkan PKR kerana tidak mahu suatu hari nanti akan dikenang oleh generasi yang akan datang sebagai sebahagian daripada perosak agama, bangsa dan negara." Ini adalah alasan yang sangat menyentuh jiwa.

Bekas ADUN Penanti dan juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin pula berkongsi sebab dengan Ahli Parlimen Bagan Serai YB Mohsin Fadzli Samsuri apabila menyatakan tidak sanggup lagi melihat masalah agama dipermainkan terutamanya dalam isu Kalimah ALLAH dan keduanya juga tidak lagi rela apabila maruah dan kedaulatan negara ini cuba digadaikan kepada pihak asing oleh PKR, DAP dan PAS.

Kini apabila giliran Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Dr Zulkifli Noordin mengambil tempat seterusnya dalam pergolakan dalam PKR apabila telah dipecat tetapi telah diberi peluang pula untuk merayu, beliau juga berkongsi alasan yang serupa dengan Ahli Parlimen Bayan Baru, Ahli Parlimen Bagan Serai dan juga Sdra Fairus Khairuddin mengenai sebab-sebab kenapa beliau tidak akan merayu terhadap pemecatan keatasnya serta telah bertekad untuk keluar meninggalkan semua perjuangannya dalam PKR.

Hanya ucapan terima kasih saja yang mampu diberikan kepada mereka ini termasuk mereka yang sebelum ini seperti Dr. Chandra Muzzafar, Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Datuk Marina Yusof, Ahli Parlimen Pelabuhan Klang YB Badrul Hisham, Datuk Nallakarupan dan yang lain-lain lagi kerana tindakan mereka dengan meninggalkan PKR diharap dapat membuka mata dan hati rakyat yang selama ini telah tertipu dan terpedaya dengan kata-kata manis pemimpin PKR dan rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Posted by Picasa

Jumaat, Mac 05, 2010

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...

Dua hari sebelum tarikh 16hb September 2008, Pakatan Pembangkang telah menghantar 5 wakilnya untuk mengejar lebih 30 Ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang sedang melakukan lawatan sambil kerja ke Taiwan, tujuannya adalah untuk memujuk kesemua wakil rakyat BN agar melompat ke dalam parti Pakatan Pembangkang.

Dan sekiranya usaha mereka berhasil, bermakna hasrat mereka iaini Pakatan Pembangkang untuk membentuk kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan yang sedia ada akan tercapai. Tetapi malangnya, apabila wakil Pakatan Pembangkang yang diketuai oleh YB Saifuddin Nasution yang turut disertai oleh YB Tian Bite Chua, YB Elinaked Wong dan dua individu lagi telah gagal untuk mengesan akan kedudukan ahli parlimen BN ketika sudah berada di Taiwan.

Tambah malang lagi apabila wakil rombongan terdesak Pakatan Pembangkang tersadai untuk beberapa hari di lapangan terbang antarabangsa Taipei akibat kesan dari serangan taufan catrina yang ganas sehingga memaksa semua penerbangan keluar masuk Taipei telah dibatalkan manakala kesemua wakil rakyat daripada Barisan Nasional telah sempat terlebih dahulu berjaya berlepas ke suatu lokasi yang tidak diberitahu.

Itu cerita dulu, cerita dua tahun yang lalu. Cerita yang mengisahkan bagaimana Pakatan Pembangkang telah gagal untuk 'menjadikenyataankan' impian mereka untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan UMNO/BN apabila terpaksa berputih mata untuk pusingan yang kedua. Mereka gagal mengejar dan 16 September hanya tinggal angan-angan kosong.

Kini, satu persatu apa yang sedang mereka kendong juga turut semakin jatuh berciciran, dari mereka yang hanya ada kedudukan dalam parti kepada yang mempunyai kedudukan sebagai seorang wakil rakyat telah meninggalkan Pakatan Pembangkang untuk berdiri sebagai wakil rakyat yang bebas. Bermula dari Dr. Chandra Muzzafar kepada Mohd Ezam Mohd Nor, Datuk Nallakarupan, Datuk Marina Yusof dan lain-lain lagi terus membawa kepada perletakan jawatan masing-masing dalam PKR oleh YB Gabriel Adit, YB Badrul Hisham Abdullah, YB Datuk Seri Zahrain Hashim, YB Tan Tee Beng, bekas TKM 1 Pulau Pinang sdr Fairuz Khairuddin dan yang terbaru YB Mohsin Fadli Samsuri...

...dan perkembangan inilah juga yang menyebabkan MB Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa membuatkan beliau terpaksa keluar masuk kedalam Hospital kerana tidak dapat menyesuaikan pendirian yang sering berubah-ubah beliau itu dengan 'kejutan politik' yang semakin tidak menyebelahi pihak Pakatan Pembangkang sekarang ini.

Dulu sejurus selepas YB Badrul Hisham mengumumkan keluar daripada PKR, Datuk Nik Aziz terpaksa bermalam di wad hospital kerana kesan daripada kejutan yang tidak terduga itu dan sekarang setelah tiga orang wakil dari Pakatan Pembangkang keluar dari PKR dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas telah menyebabkan Datuk Nik Aziz sekali lagi terpaksa bertapa didalam wad Hospital. Fuhhhhh...!!! celako!, celako!, celako!...

Ketahuilah isyarat PRU DUN Sarawak semakin dekat...

Biasanya, apabila orang ramai atau rakyat sudah mulai sedar bahawa sesuatu pilihan raya itu pasti akan diadakan setelah penggal lima tahun untuk sesebuah kerajaan itu semakin berakhir dan memerlukan mandat baru daripada rakyat... tentu sekali persoalan demi persoalan akan bermain dipikiran, 'bila agaknya pilihan raya nak diadakan?', 'bila lagi Dewan nak dibubarkan?'...

Begitu juga dengan desas-desus mengenai Pilihan Raya DUN Sarawak, banyak pihak yang berminat mengenainya sejak dari beberapa bulan yang lepas telah membuat andaian serta berteka-teki tentang tarikh sebenar pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Namun bagi penduduk Sarawak sendiri, saya rasa mungkin kebanyakkan daripada mereka memang sudah dapat menghafal rahsia bagaimana hendak tahu atau dapat membuat ramalan secara agak tepat tentang bila tarikh Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak akan diadakan.

Apa yang perlu kita mesti ambil tahu ? Jawapannya agak mudah, iaitu cuma kita perlu perhatikan sesuatu perubahan pada wajah Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, iaitu pada setiap kali sekiranya terdapat gambar beliau disiarkan didada-dada akhbar serta didalam mana-mana akhbar harian ataupun kita melihat beliau dimana-mana majlis yang dihadirinya dan apabila kita mendapat beliau sudah mulai memelihara misai serta membiarkan janggut panjang, maka bermakna pembubaran DUN Sarawak sudah semakin hampir.

Ini seumpama sebuah padang bolasepaklah, jika rumput dipadang semakin panjang jadi ianya membawa maksud rumput di padang berkenaan perlu untuk dipotong dan dibersihkan agar memudahkan sesiapa jua untuk bermain bola, berlari, melompat parti...disitu. Hendak menendang bola pun senang, tak payahlah nak bersusah-payah merebah dedaunan rumput atau memijak-mijak rumput lagi janji bola tidak bergoyang kena angin sudah...

Khamis, Mac 04, 2010

PRU Sarawak: M. Kyveas bertegas mahu menentang BN !

Walaupun Perdana Menteri telah menjelaskan semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung PBB ke-12 pada 02 Mac lalu bahawa UMNO dan PPP tidak perlu dan tidak akan mengembangkan sayapnya ke Bumi Kenyalang, namun masih ada pihak yang langsung tidak menghormati pendirian yang telah disuarakan oleh YAB Datuk Seri Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional.

Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP), Datuk M. Kyveas dalam reaksinya berkenaan dengan pendirian YAB Perdana Menteri itu terus menunjukkan sikap keras kepala beliau apabila masih berpegang kepada kehendak asal mahu PPP bertapak di Negeri Sarawak apabila beliau menegaskan sekiranya Barisan Nasional Sarawak terus tidak mahu menerima kemasukan PPP, maka pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak nanti PPP akan tetap menurunkan calonnya dan akan bertanding atas tiket bebas untuk menentang sebarang calon termasuk dari Barisan Nasional.

Inikah bentuk semangat kerjasama dalam Barisan Nasional yang diamal dan yang hendak ditunjukkan oleh M. Kayveas kepada rakyat Malaysia ? Apakah langsung tiada rasa hormat beliau terhadap pendirian Perdana Menteri itu dan adakah sememangnya tiada langsung rasa hormat beliau terhadap kemampuan para pemimpin-pemimpin parti Barisan Nasional negeri dalam mentadbir negeri Sarawak sejak dulu lagi ?

Inilah jenis pemimpin yang pada akhirnya akan merosakkan perpaduan yang ada dikalangan sesama ahli didalam parti mereka sendiri dan juga yang akan memecahbelahkan perpaduan antara sesama parti komponan didalam gabungan Barisan Nasional sekiranya tiada tindakan disiplin awal dikenakan terhadap pemimpin parti sebegini bagi mencegah mereka dari terus untuk menggugat kestabilan dalam Barisan Nasional.

Jika dibiarkan saja pemimpin seperti M. Kayveas ini bertindak sembarangan sehingga sanggup melanggar garis panduan sedia ada yang telah ditetapkan dalam Barisan Nasional kepada setiap mana-mana parti dibawah naungannya, nescaya pemimpin dari jenis inilah nanti yang akan sanggup menolak ketepi semua bentuk kerjasama dengan rakan-rakan didalam Barisan Nasional bagi kepentingan bersama semata-mata hanya kerana ingin mengejar sesuatu untuk kepentingan diri.

Kepada Datuk M. Kayveas, uruskan saja masalah berserabut yang masih membelenggu dalaman PPP yang masih belum selesai sehingga kini sebelum bercadang untuk melangkah keluar jauh dari lingkaran dimana tiada satupun kerusi Parlimen yang PPP dapat pertahankan semasa PRU-12 lalu, jadi tak usahlah menunjukkan sikap keras kepala serta memekakkan telinga dengan tidak mahu menghormati pandangan Perdana Menteri serta tidak mahu memahami akan kehendak para pemimpin tempatan di Sarawak sendiri.
Posted by Picasa

Rabu, Mac 03, 2010

PKR semakin rebah - YB Bagan Serai keluar parti hari ini...

PKR hari ini dikejutkan lagi dengan tindakan seorang lagi wakil rakyat daripada parti itu apabila Ahli Parlimen bagi kawasan P058 Bagan Serai di Perak, iaitu YB Sdra Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri telah meletakkan semua jawatan beliau didalam parti dan telah mengumumkan keluar dari Parti KeADILan Rakyat(PKR) dengan serta merta tengah hari tadi.

Syabas dan Tahniah buat YB Mohsin Fadli Samsuri kerana YB telah berani membuat keputusan yang begitu bermakna sekali buat rakyat Pulau Pinang khasnya dan rakyat Malaysia amnya demi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan negara dari terus dinodai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terima kasih kepada YB Mohsin kerana sekurang-kurangnya tindakan YB itu akan dapat membantu sesetengah rakyat di Sarawak untuk berfikir dengan matang didalam menilai seseorang atau sesebuah parti itu samada mereka layak atau tidak untuk dipilih bagi membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak nanti.

Blog ~ //jeffrydamien09 hilang dalam kebebasan media...

Blog milik blogger penyokong BPN iaitu saudara Jeffery, http://jeffrydamien09.blogspot.com kini telah tidak dapat dilayari lagi. Entah kenapa.

Di saat banyak pihak sedang memperjuangkan kebebasan bersuara untuk rakyatnya iaitu setelah kerajaan mulai menerapkan dasar keterbukaan sejak 6 tahun yang lalu dalam pemerintahannya maka dalam pada itu juga terdapat usaha untuk menyekat kembali kebebasan yang telah diperolehi itu apabila ianya tidak diizinkan kepada mereka-mereka yang tidak menyebelahi pihak-pihak yang tertentu.

Ke manakah hala tuju kebebasan serta keterbukaan yang diperjuangkan hendak dibawa ? Apakah ianya akan dibawa ke arah untuk menghancurkan kedaulatan negara, memusnahkan impian negara atau adakah ianya untuk dibawa ke arah memelihara perlembagaan negara, mempertahankan kedaulatan undang-undang negara, memperkukuhkan perpaduan dikalangan berbagai kaum di negara ? !!! bingung (((((((((0)))))))))

Rakyat Sarawak tetap akan setia dengan Barisan Nasional...

Melihat kepada situasi yang sedang berlaku dalam kepimpinan Pakatan Pembangkang ketika ini dan juga melihat kepada cara mereka mentadbir negeri-negeri yang telah ditawan ketika PRU-12 yang lalu, kita yakin rakyat Sarawak dapat melihat perkara itu sebagai panduan ketika membuat keputusan penting untuk menentukan kerajaan yang harus dipilih.

Sekiranya rakyat Sarawak mahu terus menikmati keadaan yang sebagaimana yang dikecapi sekarang atau lebih lagi sejak ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional, maka pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak yang akan datang rakyat Sarawak harus keluarlah dengan satu matlamat iaitu untuk terus mempertahankan kerajaan yang sedia ada dan elakkan diri dari untuk memilih parti-parti yang sudah jelas gagal dalam serba-serbinya.

Jangan terpedaya dengan janji-janji pemimpin parti-parti yang sudah jelas gagal meyakinkan para ahli partinya sendiri mengenai dasar perjuangan parti. Gagal menguruskan ekonomi negeri-negeri yang mereka tadbir sebagaimana yang pernah dijanjikan semasa berkempen serta sepertimana yang terdapat didalam manifesto parti mereka pada PRU-12 yang lepas.

Seandainya rakyat Sarawak masih lagi menaruh harapan kepada parti yang jelas tidak tentu hala perjuangannya, maka mereka bakal akan menjadi sebahagian daripada rakyat Sarawak khususnya dan rakyat Malaysia amnya yang paling malang sekali. Mereka akan mendapat seorang wakil rakyat dari parti yang gagal menunaikan janji dan gagal memperuntukkan masa untuk mendengar masalah rakyat, gagal memperuntukkan masa untuk meninjau kawasan yang diwakilinya dan kesimpulannya gagal sebagai seorang wakil rakyat.

Rakyat Sarawak sendiri akan melihat keadaan jika ada diantara mereka masih lagi berkeinginan untuk terus memilih parti pembangkang sebagai pemerintah dimana wakil yang mereka sendiri pilih hanya akan memperjuangkan isu-isu yang tiada langsung berkaitan dengan masalah rakyat dikawasan mereka, wakil-wakil rakyat ini akan lebih suka keluar masuk Mahkamah, turun naik ke Mahkamah membela nasib hanya seorang individu yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat setempat.

Kita di Sarawak boleh merujuk kepada kes-kes yang sedemikian apabila kita selalu menoleh kepada apa yang sedang berlaku di Semenanjung Malaysia selama ini membabitkan wakil-wakil rakyat dari parti-parti pembangkang yang hanya menggunakan kuasa diberi oleh rakyat sebagai Yang Berhormat untuk kepentingan diri sendiri dan tingkahlaku mereka itu telah menyebabkan keperluan serta kehendak sebenar rakyat dikawasan yang mereka wakili telah terabai tanpa pembelaan.

Kita tidak rela keadaan seperti itu turut berlaku disekitar kita. Kita mesti mempunyai kerajaan yang kurang berpolitik tetapi sebaliknya lebih giat bekerja untuk memaju serta membangunkan ekonomi rakyat dan juga ekonomi negeri Sarawak bagi membantu Malaysia secara keseluruhannya untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada masa hadapan.

Arkib Blog