Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 24, 2010

Blog ini hanya akan aktif sehingga 29.12.2010 saja dan tamat !

Setelah lebih dua tahun melibatkan diri dengan dunia penulisan bersama-sama rakan alam siber yang lain maka saya telah mengambil keputusan untuk berhenti menulis dalam laman blog ini yang saya wujudkan selepas berlakunya Tsunami pilihanraya 2008 lalu iaitu pada PRU-12 dulu.

Sementara masih ada tinggal lagi hari-hari yang tersisa sekitar 5 hari mulai sekarang sehingga 29hb Disember 2010 mungkin saya akan gunakannya untuk menulis apa yang terlintas difikiran saya dan tidak semestinya tentang politik.

Kepada rakan-rakan yang pernah memberi sokongan dan perhatian kepada laman blog saya khususnya dalam dunia internet selama ini seperti Kumbang AIDC, Jeffry Damien Dimensi, Apai Ngelai Rajah Mas, Yang Gambi, ISAC Bumiyang, Brave Heart, Azly Shukry Today, Arif Omar Penghuni Gua, Faizal Torres AIDC, Azri Torres AIDC, Joyah AIDC, Cikgu Hafez J. S. Malim  dan lain-lain serta bloggers yang lebih 170 kesemuanya sebagai followers Anak Merdeka maka saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua dan minta ampun dan maaf sekiranya ada terdapat sebarang tulisan saya sebelum ini disini mahupun saat saya memberi komen di posting-posting pada laman blog atau web anda semua yang boleh dikira sebagai telah menyinggung serta mengguris hati dan perasaan kalian semua.

Hidup ini memang indah.
Hidup ini memang tidak mudah.
Hidup ini juga memang mudah sebenarnya.

Laman blog saya tidak akan dipadam dan saya akan terus membiarkannya untuk boleh dilayari sehinggalah sekiranya pihak blog sendiri yang mahu menamatkannya kerana saya tidak akan mengemaskinikannya lagi selepas 29hb Disember ini.

Saya juga telah memadamkan beberapa elemen-elemen yang saya rasa tidak perlu di laman blog saya namun saya tetap mengekalkan potret Negarawan Teragung Negara YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penyeri kepada blog saya...

Terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua !

Isnin, Mac 15, 2010

Kenapa DS Peter Chin gerun kepada blogger ?

Waspada baca laman blog - Datuk Seri Peter Chin.
-----------------------------------------------------------------------------------------
MIRI: 14 Mac - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mengingatkan rakyat di negeri ini supaya berhati-hati ketika membaca laman-laman blog.

Beliau berkata, kebanyakan penulis blog menggunakan nama samaran masing-masing dan mengeluarkan dakyah tentang isu-isu yang boleh mendatangkan kemarahan orang ramai.

"Pelayar internet diingatkan supaya jangan menerima bulat-bulat isu yang dipaparkan dalam blog kerana bukan semua yang dibincangkan dalam blog berkenaan adalah benar," katanya semasa merasmikan Program Sepakat Bestari di Kampung Pulau Melayu, semalam.

Teks ucapan Chin yang juga Ahli Parlimen Miri disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pujut, YB Andy Chia.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan Malaysia Datuk Abdullah Murad, Ahli Parlimen Sibuti YB Ahmad Lai Bujang dan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Peter Chin, Sebastian Ting serta Penghulu Kampung Pulau Melayu, Ahmad Lamat.

Menurut Chin lagi, kredibiliti penulis blog adalah diragui kerana mereka berselindung di sebalik nama samaran berbanding media arus perdana yang mempunyai nama sebenar penulis.

"Sehubungan itu, adalah menjadi peranan kerajaan sebagai penyampai maklumat yang rasmi bagi memberi penerangan yang sebenarnya kepada rakyat menerusi pegawai atau ahli-ahli K-Bestari," katanya.

Malahan katanya, K-Bestari juga dapat berperanan meningkatkan pengetahuan masyarakat supaya menggunakan maklumat secara bijaksana dalam menangkis tohmahan dan fitnah.

"Pada masa sama, K-Bestari dapat memastikan penduduk di kawasan mereka supaya tidak terlibat atau menerima hasutan pihak tidak bertanggungjawab melalui laman blog sebaliknya menyebarkan maklumat tepat atau dasar kerajaan kepada penduduk setempat," katanya. - Utusan Borneo, edisi Isnin 15hb Mac 2010.

...komen,
Fuhhh!!!..., tak sangka sama sekali, rupa-rupanya masih ada juga para menteri dalam kabinet YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang punya pikiran serta berpandangan sedemikian terhadap media alternatif atau media baru ini...hmmmmm...

Disaat YAB Perdana Menteri serta YAB Timbalan beliau menggalakan rakyat Malaysia untuk aktif menggunakan kemudahan-kemudahan media seperti ini untuk membantu dalam berkongsi maklumat antara rakyat dengan pemimpin serta juga diantara rakyat sesama rakyat, tetapi sedih sekali apabila masih terdapat dikalangan menteri dalam kabinet PM dan TPM berpikiran disebaliknya.

Saya kurang pasti, penulis blog dalam aliran mana yang dimaksudkan oleh YB Menteri itu sebagai diragui akan tulisan mereka. Kalau hanya disebabkan kebanyakan para penulis blog menggunakan nama samaran sebagai alasan sebab kenapa YB Menteri meminta orang ramai supaya berwaspada ataupun menjauhi dari membacanya di internet, saya adalah sesuatu tindakan yang sangat tidak bijak oleh seseorang yang berjawatan sebagai menteri apatah lagi didalam kabinet YAB Datuk Seri Najib.

YB Menteri harus faham kenapa kebanyakkan penulis blog baik yang pro-kerajaan mahupun yang pro-pembangkang menggunakan nama samaran tanpa mendedahkan identiti sebenar, semuanya demi keselamatan diri sama juga seperti para menteri yang menggunakan khidmat pengawal peribadi masing-masing apabila bergerak kemana-mana di dalam negara ini walaupun Malaysia selalu disebut sebagai sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, harmoni serta selamat dan demokrasi.

Arkib Blog