Ini hanyalah satu persoalan yang sedang bermain didalam pikiran saya selama ini ataupun mungkin ianya satu persoalan kepada orang lain juga khususnya kepada kaum Bumiputera di Sarawak.
Adakah perlu untuk pemimpin tertinggi kedua-dua parti iaitu UMNO dan juga PBB mula berfikir ke arah untuk membentuk satu percantuman antara keduanya agar lebih kuat dan mantap serta untuk menguatkan lagi perjuangan bagi memertabatkan maruah bangsa dan negara ?
Adakah masa untuk tujuan itu akan tiba jua akhirnya ? Mungkin iya, mungkin tidak.
Banyak sangat proses yang harus dilakukan sebelum membuka langkah ke arah itu dan tentu sekali banyak lagi halangan yang harus ditempuhi dalam usaha untuk menjadikan ianya sebagai suatu kenyataan.
UMNO merupakan sebuah organisasi yang berteraskan kepada perjuangan memertabatkan kedaulatan Raja-raja Melayu, maruah bangsa Melayu dan meningkatkan nilai-nilai agama Islam, memelihara keluhuran undang-undang negara, menjunjung tinggi perlembagaan negara serta mempertahankannya dari segala ancaman luar(...perbetulkan jika kurang tepat).
Manakala PBB pula merupakan sebuah pertubuhan yang berjuang atas kepentingan kaum Bumiputera yang berbilang suku serta menganuti kepercayaan agama yang berbeza. Dasar perjuangan PBB juga tidak terlalu lari jauh dengan dasar yang diamalkan oleh UMNO dimana dalam soal mempertahankan beberapa prinsip dalam rukun negara, ternyata kedua-dua parti ini tidak pernah mengeluh serta sentiasa bersemangat untuk menerima perkara itu sebagai satu tanggungjawab yang harus digalas bersama untuk selamanya demi Malaysia.
Kedua-dua UMNO dan PBB dalam kedudukan masing-masing sebagai tunjang kepada parti pemerintah iaitu UMNO sebagai tulang belakang Barisan Nasional peringkat kebangsaan dan PBB pula adalah peneraju kepimpinan kepada kerajaan negeri Sarawak, akan tetapi walaupun pada dasarnya perjuangan kedua-dua parti ini lebih menjurus kepada kepentingan kaum Bumiputera namun ini tidak bermakna tanggungjawab keduanya dalam menjaga kebajikan kaum-kaum lain di negara ini akan dilakukan secara terpilih. Terdapat persamaan antara UMNO dan PBB sebenarnya...
Hanya masa yang menentukan segalanya... jika ia baik untuk Sarawak khususnya dan Malaysia secara amnya, mungkin ia bukan satu kesilapan tetapi jika ianya dilihat sebagai kurang sesuai untuk masa kini atau untuk masa depan dan seterusnya, apakah tidak ada cara lain lagi untuk mengatasi isu-isu yang sedang berbangkit kini seperti yang diperjuangkan oleh dua buah pertubuhan tidak rasmi di Sarawak iaitu Parti Agenda Rakyat Bersatu Sarawak(ARBS) dan Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak(JPUNS) yang mahu UMNO wujud di Bumi Kenyalang walaupun tidak dipersetujui oleh Presiden UMNO sendiri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Mac 09, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
5 ulasan:
Hilbert,
memang cadangan ini patut diberikan perhatian dan memang wajar dilakukan demi kepentingan kaum peribumi. Segalanya harus dilakukan segera sebelum kita terlewat, sebelum bangsa asing merampas segalanya dari kita. Saya sudah masukkan blog sdr dalam link list blog para sahabat di blog BH.
Itulah harapan besar sebahagian besar rakyat peribumi di Sarawak.
Melihat kepada tuntutan yang semakin melampau kaum yang asal mereka memang sudah tertulis didalam sejarah walaupun berkeras untuk menafikannya..membuatkan kaum Bumiputera merasakan hak-hak mereka semakin tidak selamat lagi di Bumi Kenyalang ini..
Terima kasih sdra BH kerana anda mungkin memahami akan sesuatu yang meresahkan kami sebagai kaum Peribumi di Sarawak...
Salam 1 Malysia Hilbert dan Braveheart...
Jika dilihat dari segi bendera UMNO dan PBB jelas bahawa ada kesamaan yang jelas antara ke dua - dua parti ini. Malahan dasar perjuangannya juga sama berteraskan kepada semangat peribumi. Namun sebagai ahli UMNO yang bekerja di bumi Sarawak tercinta ini saya merasakan UMNO tidak perlu untuk memasuki Sarawak( buat masa ini ).
Apabila melihat logo PBB di bahagian Kapit ini saya dapat merasakan ada perhubungan yang halus antara PBB dan UMNO. Malahan pernah saya mengatakan bahawa PBB itu kembarnya UMNO di Sarawak ini.
PBB pada saya sebuah parti yang cukup matang dan keunikannya menyatu padukan rakyat berbilang etnik dan agama di Sarawak ini memang tidak boleh disangkal lagi. Tetapi mungkin di suatu hari nanti penyatuan kedua-dua buah pertubuhan peribumi ini akan terlaksana di bumi Sarawak. Ia secara tidak langsung memeperkuatkan lagi ikatan yang sedia terjalin antara peribumi Sarawak, Semenanjung dan Sabah.
Walau apa pun hal di masa hadapan nanti saya tetap menyokong idea pengabungan ini. Ia sudah pasti dapat menjelaskan bahawa apa pun etnik dan suku kaum kita.... penyatuan peribumi di bawah satu bendera akan memperkuatkan kita semua....
teringat saya kata - kata seorang bekas tentera pencen Iban kepada saya di suatu petang " Kita Iban, melayu, melanau, bidayuh, kenyah dll peribumi adalah sekutu yang paling rapat.. terusik sedikit semuanya terasa"... benar2 menusuk kalbu saya
Salam dan terima kasih Hafiz,
sangat kita tidak mahu ialah kejadian rusuhan etnik seperti di Lagos, Nigeria dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestine dari dulu hingga kini akan berlaku di Malaysia sekiranya kaum peribumi semakin lemah dan hilang kuasa mentadbir...
Hilbert...
Semoga doa kita bersatu supaya apa yang berlaku di tempat lain tidak berlaku dalam negara yang kita cintai ini...
Saya sendiri sering berpesan kepada anak - anak murid saya betapa pentingnya kita bersatu mempertahankan hak kita... semoga kita akan terus berjuang
Catat Ulasan