Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Mac 03, 2010

PKR semakin rebah - YB Bagan Serai keluar parti hari ini...

PKR hari ini dikejutkan lagi dengan tindakan seorang lagi wakil rakyat daripada parti itu apabila Ahli Parlimen bagi kawasan P058 Bagan Serai di Perak, iaitu YB Sdra Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri telah meletakkan semua jawatan beliau didalam parti dan telah mengumumkan keluar dari Parti KeADILan Rakyat(PKR) dengan serta merta tengah hari tadi.

Syabas dan Tahniah buat YB Mohsin Fadli Samsuri kerana YB telah berani membuat keputusan yang begitu bermakna sekali buat rakyat Pulau Pinang khasnya dan rakyat Malaysia amnya demi untuk menyelamatkan maruah dan kedaulatan negara dari terus dinodai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terima kasih kepada YB Mohsin kerana sekurang-kurangnya tindakan YB itu akan dapat membantu sesetengah rakyat di Sarawak untuk berfikir dengan matang didalam menilai seseorang atau sesebuah parti itu samada mereka layak atau tidak untuk dipilih bagi membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak nanti.

7 ulasan:

melayulupalagi berkata...

sapa lagi selepas ini...kempen keluar PR secara beramai-ramai......

Tuan Cobra berkata...

Tanyalah pada Penyokong dan Pengundi serta Rakyat Negeri Sabah yg bersimpati kepada Parti PBS d negeri Sabah...dari tahun 1985-1994...Apa yg telah BN lakukan Kepada Kepimpinan PBS?...PBS d CHOP sebagai Parti KRISTIAN oleh Kepimpinan BN pada mulanya...Penyokong2 PBS 50% adalah orang2 yg beragama Islam...Kemanakah letaknya KELUHURAN HATI dan PERASAAN Pemimpin Melayu yg bernama dari Parti UMNO/BN?....BN memang telah lama menggunakan TAKTIK PECAH dan PERINTAH (Semenjak belum Merdeka lagi)....Mungkin Pemimpin dari Malaysia Timur (Sabah/Sarawak) keseluruhannya tahu akan TEKNIK yg d guna pakai oleh mereka semenjak Zaman Tengku Abd Rahman Putera dan sehingga kini kami sedar dan tahu akan kami d permainkan dan d Perbodohkan.Ini tidak boleh d gunapaki untuk Pilihanraya Negeri Sarawak...Mungkin rakyat d negeri Sarawak dan West M'sia TIDAK Percaya akan KERMA dan HUKUM ALAM "TIDAK SELAMA-LAMAnya PUCUK akan BERADA d TENGAH2" Oleh yg sedemikian sebagai Manusia yg berfikiran NORMAL kita WAJIB sedar Tuhan yakni Allah itu masih ada dan terus UJUD......Bukan BN yg UJUD d Dunia ini selama lamanya....

hilbert berkata...

Salam Ejarll,

terima kasih, dan kita harap ramai lagi mereka YB-YB dari Pakatan Pembangkang yang sedar akan tanggungjawab besar mereka sebagai wakil rakyat adalah untuk menjaga hal ehwal rakyat, kebajikan mereka dikawasan yang mereka wakili dan disamping untuk memelihara keharmonian kaum, keamanan negara serta perlembagaannya.

hallo Tuan Cobra,

itu dulu...dulu pandangan sebegitu perkara lazim, tapi itu zaman sudah berlalu dan sekarang kita semua berada di zaman millenium, dimana kita sendiri boleh menilai sesuatu itu dengan perkiraan kita sendiri.

saya tidak berpikiran sedemikian mengenai Tunku Abdul Rahman, begitu juga dengan Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan sekarang Datuk Seri Najib... bagi saya mereka adalah pemimpin untuk seluruh rakyat Malaysia dan tiada ada agenda lain pada mereka selain untuk memajukan negara, membela nasib rakyat tanpa mengira apa latar belakang mereka.

Dan begitu juga dengan BN/UMNO.. mungkin pada masa tu ada orang yang belum matang lagi berfikir, jadi perkara tu terbawa hingga ke hari ini..dan ianya terus melekat dalam fikiran dan sukar untuk dihapuskan..jadi walau apa cara sekali pun untuk menjelaskan sesuatu itu pasti tetap akan tidak dapat diterima kerana tannggapan buruk terhadap BN/UMNO sudah sebati didalam jiwa..payah untuk golongan seperti itu berubah serta merta...

CikguShaari berkata...

Pembetulan : Parlimen Bagan Serai ni di Perak, bukan P.Pinang...ada paham ka !!

hilbert berkata...

Oh ya..terima kasih kerana prihatin,

sudah diubah.

gara-gara teringatkan Padang Serai.

harap maaf.

10 BUDAK HITAM berkata...

Salam Sdr,

Parti Keadilan Rakyat semakin menuju kehancuran.Satu demi satu dilihat keluar dari parti pakatan rakyat ini.

Apakah signifikan nya pada Pakatan Rakyat di Perak? Barangkali isu yg menghimpit komponen PR ini ada hikmahnya pada PAS di Perak.

Nizar dilihat akan gunakan Sidang DUN Perak akan datang sebagai dalang ganti untuk mengaburi pandangan rakyat terhadap kepincangan PR.

Lihatlah nanti,segala wayang kulit, undang-undang rimba, pelakon terbaik anugerah skrin dan berbagai lagi bakal menggegarkan sidang dun perak 30 Mac!


--------------------------------------------------------

10 SiBudak Hitam Akan Terjah, Bongkar Dan Kerjakan !

hilbert berkata...

Salam 10blackboys, ;-)

terima kasih, inilah yang dikatakan sebagai senjata yang makan tuan.... Anwar tak boleh ulas lagi isu lompat parti tu, Karpal Singh lama dah suruh Anwar bertaubat...tapi degil lagi

Arkib Blog