Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 13, 2010

Tergesa dalam perjalanan untuk menabur fitnah, kereta Tian Chua terlanggar anggota tentera...

KOTA TINGGI: 13 Mac - Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Salleh Hamdan 22, koma akibat kecederaan parah sebelum meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi. - Utusan Malaysia.

Berita lanjut sila rujuk di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm .

Ulasan serkap;

Menurut berita yang dimuat dalam Utusan Malaysia itu, kereta Mercedes Benz yang dinaiki Tian Chua sedang dalam perjalanan menuju ke Mersing untuk menyampaikan "ceramah?''' ramah mesra dengan penduduk disitu.

Kerana sangat terdesak untuk menabur fitnah yang tak sudah-sudah terhadap para pemimpin Barisan Nasional, Tian Chua tidak menegur dan memperdulikan pemandu beliau dari membawa kereta dalam keadaan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain asalkan beliau segera sampai ke destinasi.

Pemandu Mercedes Benz yang membawa Tian Chua dilaporkan telah memasuki lorong sebelah kanan atau lorong yang salah apabila tidak memberi laluan terlebih dahulu kepada kenderaan dari depan untuk lalu sebelum kenderaan 'mewah' beliau boleh memasuki laluan tersebut.

Dalam soal melanggar undang-undang negara, Tian Chua memang jaguh. Bagi beliau dan ahli-ahli PKR yang lainnya, semua orang tidak betul, semua orang salah, hanya mereka saja yang betul.

Apa lagi kalau sudah berada diatas jalanraya, walaupun undang-undang jelas menuntut semua penggunanya harus mematuhi peraturan JPJ sebagaimana yang telah digariskan, tetapi mana mungkin pihak berkuasa mampu untuk mengawasi pergerakan kenderaan para pengguna di sepanjang jalan raya.

Maka keadaan inilah yang diambil kesempatan oleh para pengguna yang memiliki kenderaan mewah dan besar untuk menunjukkan kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa merekalah hero atau jaguh di atas jalan raya dengan sesuka hati memotong kereta didepan, menukar lorong mengikut undang-undang sendiri tanpa memastikan samada kewujudan kenderaan dari arah hadapan serta tidak memberi signal terlebih dulu. Dan inilah yang dilakukan oleh Tian Chua serta pemandunya.

Yang peliknya, kenapa Tian Chua dibenarkan meneruskan perjalanan beliau untuk menuju ke tapak ceramah dimana beliau dijadualkan untuk menaburkan fitnah, sedangkan mangsa yang dilanggar oleh kenderaan yang beliau naiki sedang bergelut dengan maut, berjuang antara hidup dengan mati ?

Mangsa, Allahyarham Mohd. Salleh Hamdan merupakan mangsa kedua yang telah dilanggar oleh wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang. Sebelum ini juga seorang lagi wakil rakyat dari Pakatan pembangkang ADUN SekinchanSelangor, Ng Swee Lim yang memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar adik Mohd. Bakri bin Mohd Bazli 23, telah mengakibatkan mangsa koma untuk beberapa hari di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR).

Bagaimana agaknya status siasatan terhadap ADUN Sekinchan berhubung dengan kemalangan itu setakat ini belum lagi dapat diperolehi, samada ianya masih disiasat atau sudah ada tindakan susulan seperti sudah sampai keperingkat dakwaan atau apa-apa sajalah, cuma kita sebagai rakyat biasa hanya mampu menanti dan melihat.

Kini, kedua-dua kes kemalangan kebetulan melibatkan mangsanya adalah dari kaum Bumiputera dan yang melanggarnya pula adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti yang kononnya "tidak rasis" memperjuangkan keadilan yang sama rata kepada semua kaum, tiada tinggi tiada rendah, tiada besar tiada kecil, tiada hitam tiada putih, tiada cacat tiada cela untuk semua rakyat...semuanya sama rata, depan belakang semua sama.

Jadi, sekarang kita mahu dengar dan mahu tahu akan pendirian terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Khalid Samad, Tan Sri Khalid Ibrahim, Hussam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Sallahuddin Ayub, Zuraidah Kamaruddin, Saifuddin Nasution, Azmin Ali, Mustapa Ali dan lain-lain lagi dalam PKR dan PAS, apa kata mereka? Tunjukkanlah dimana letaknya keadilan dan kesamarataan yang digembar-gemburkan yang menjadi dasar perjuangan dalam parti PKR dan PAS dalam isu ini...

Kalau sebelum ini sehingga sekarang kes kematian mendiang TBH telah menerima layanan yang begitu luarbiasa sekali daripada mereka yang tersebut diatas, sehingga menelan kos yang bukan sedikit wang rakyat digunakan untuk membawa dan membayar gaji pakar patologi asing ke negara ini semata-mata untuk membela kematian misteri mendiang, jadi oleh itu...apa salahnya mereka(PAS dan PKR) turut menyuarakan isu kemalangan yang melibatkan dua pemuda Melayu ini ketengah tanpa rasa berat sebelah dan tanpa rasa ditekan. Ada berani ???

4 ulasan:

Rahman,Ahchong,Muniandy berkata...

mana ade berani bro.telor udah kecut sekecut2nya.mereka selama ini mulut je yg kembang 2 mangkok.kharrrk ptuiiih kpd mereka2 ini.

ISAC berkata...

A ah...hari tu masa Ng Swee Lim langgar budak UITM tu, sibuk mempertahankan beliau dengan mengatakan MP/Adun Pakatan "letih" memandu sendiri kenderaan kerana X mampu nak bayar derebar....

Sekarang ni nak bagi alasan apa pulak.....Mmmmmmm sedang menunggu...

DR 1221 berkata...

walauapapun alasan pencacai pas tetap mempercayainya

hilbert berkata...

Salam,

R,A,M., betul tu bro, kalau puak yang kuat menekan maka PAS dan PKR pun akan turut menekan kerajaan..

Sdra ISAC, kita tunggu juga, apa yang akan dilakukan oleh pemimpin Melayu PAS dan PKR dalam hal ini.. sama-sama kita tunggu dan lihat.. Tian Chua ada driver, apa lagi alasan.., ada satu kes terbaru, ADUN Damansara dari DAP kena langgar, apa mereka mau diadakan Suruhan Jaya bebas lagi...

DR 1221, biasalah bro...kalau pengikut PAS dah diasuh dan disimpan dalam acuan sedemikian rupa...apa-apa saja yang PAS semuanya bagus..

Arkib Blog