Walaupun dulu saya pernah berpendapat bahawa tindak-tanduk oleh beberapa wakil-wakil rakyat dari PKR hanyalah sebagai satu sandiwara untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari hanya berterusan tertumpu melihat satu isu saja kepada isu yang lain, namun apabila keadaan yang jelas sukar lagi untuk dikawal dalam PKR kini terutamanya telah mula mengubah pandangan saya mengenai mereka-mereka ini yang telah bertindak keluar meninggalkan PKR.
Saya sebenarnya sangat tertarik sekali dengan alasan-alasan yang telah diberikan oleh beberapa orang daripada mereka akan sebab kenapa mereka meninggalkan PKR dan juga Anwar Ibrahim. Cuma alasan yang dikemukakan oleh YB Nibong Tebal, Tan Tee Beng saja yang kurang jelas apabila kenyataan beliau lebih kepada unsur-unsur tidak berpuashati tentang tanpa jawatan tertentu ketika sidang media berlangsung.
Ahli Parlimen Bayan Baru Pulau Pinang, YB Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, "meninggalkan PKR kerana tidak mahu suatu hari nanti akan dikenang oleh generasi yang akan datang sebagai sebahagian daripada perosak agama, bangsa dan negara." Ini adalah alasan yang sangat menyentuh jiwa.
Bekas ADUN Penanti dan juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin pula berkongsi sebab dengan Ahli Parlimen Bagan Serai YB Mohsin Fadzli Samsuri apabila menyatakan tidak sanggup lagi melihat masalah agama dipermainkan terutamanya dalam isu Kalimah ALLAH dan keduanya juga tidak lagi rela apabila maruah dan kedaulatan negara ini cuba digadaikan kepada pihak asing oleh PKR, DAP dan PAS.
Kini apabila giliran Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Dr Zulkifli Noordin mengambil tempat seterusnya dalam pergolakan dalam PKR apabila telah dipecat tetapi telah diberi peluang pula untuk merayu, beliau juga berkongsi alasan yang serupa dengan Ahli Parlimen Bayan Baru, Ahli Parlimen Bagan Serai dan juga Sdra Fairus Khairuddin mengenai sebab-sebab kenapa beliau tidak akan merayu terhadap pemecatan keatasnya serta telah bertekad untuk keluar meninggalkan semua perjuangannya dalam PKR.
Hanya ucapan terima kasih saja yang mampu diberikan kepada mereka ini termasuk mereka yang sebelum ini seperti Dr. Chandra Muzzafar, Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Datuk Marina Yusof, Ahli Parlimen Pelabuhan Klang YB Badrul Hisham, Datuk Nallakarupan dan yang lain-lain lagi kerana tindakan mereka dengan meninggalkan PKR diharap dapat membuka mata dan hati rakyat yang selama ini telah tertipu dan terpedaya dengan kata-kata manis pemimpin PKR dan rakannya dalam Pakatan Rakyat.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Mac 06, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ▼ 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
3 ulasan:
Tahniah !! tahniah !!! tahniah !!!!
Kalian sebenarnya bertanggungjawab terhadap Agama, Bangsa dan Negara. Syabash..... Teruskanlah perjuangan dengan Amanah yang Fatonah.
SEMUGA YB TERUSKAN PERJUANGAN BELIAU UNTUK TERUS MEMARTABATKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
YB ZUL SENDIRI TELAH SAKSIKAN DAN NYATAKAN BAHAWA PERJUANGAN PKR ADALAH PERJUNGAN PALSU.
Salam,
CLJ, AbgTuah..
harap selepas mereka sebagai wakil rakyat bebas.. mereka boleh meyuarakan akan kehendak rakyat dikawasan masing-masing tanpa perlu rasa tertekan sebagaimana masa mereka masih berada dengan Pakatan Pembangkang dulu..
Catat Ulasan