Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mac 15, 2010

Kenapa DS Peter Chin gerun kepada blogger ?

Waspada baca laman blog - Datuk Seri Peter Chin.
-----------------------------------------------------------------------------------------
MIRI: 14 Mac - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mengingatkan rakyat di negeri ini supaya berhati-hati ketika membaca laman-laman blog.

Beliau berkata, kebanyakan penulis blog menggunakan nama samaran masing-masing dan mengeluarkan dakyah tentang isu-isu yang boleh mendatangkan kemarahan orang ramai.

"Pelayar internet diingatkan supaya jangan menerima bulat-bulat isu yang dipaparkan dalam blog kerana bukan semua yang dibincangkan dalam blog berkenaan adalah benar," katanya semasa merasmikan Program Sepakat Bestari di Kampung Pulau Melayu, semalam.

Teks ucapan Chin yang juga Ahli Parlimen Miri disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pujut, YB Andy Chia.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan Malaysia Datuk Abdullah Murad, Ahli Parlimen Sibuti YB Ahmad Lai Bujang dan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Peter Chin, Sebastian Ting serta Penghulu Kampung Pulau Melayu, Ahmad Lamat.

Menurut Chin lagi, kredibiliti penulis blog adalah diragui kerana mereka berselindung di sebalik nama samaran berbanding media arus perdana yang mempunyai nama sebenar penulis.

"Sehubungan itu, adalah menjadi peranan kerajaan sebagai penyampai maklumat yang rasmi bagi memberi penerangan yang sebenarnya kepada rakyat menerusi pegawai atau ahli-ahli K-Bestari," katanya.

Malahan katanya, K-Bestari juga dapat berperanan meningkatkan pengetahuan masyarakat supaya menggunakan maklumat secara bijaksana dalam menangkis tohmahan dan fitnah.

"Pada masa sama, K-Bestari dapat memastikan penduduk di kawasan mereka supaya tidak terlibat atau menerima hasutan pihak tidak bertanggungjawab melalui laman blog sebaliknya menyebarkan maklumat tepat atau dasar kerajaan kepada penduduk setempat," katanya. - Utusan Borneo, edisi Isnin 15hb Mac 2010.

...komen,
Fuhhh!!!..., tak sangka sama sekali, rupa-rupanya masih ada juga para menteri dalam kabinet YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang punya pikiran serta berpandangan sedemikian terhadap media alternatif atau media baru ini...hmmmmm...

Disaat YAB Perdana Menteri serta YAB Timbalan beliau menggalakan rakyat Malaysia untuk aktif menggunakan kemudahan-kemudahan media seperti ini untuk membantu dalam berkongsi maklumat antara rakyat dengan pemimpin serta juga diantara rakyat sesama rakyat, tetapi sedih sekali apabila masih terdapat dikalangan menteri dalam kabinet PM dan TPM berpikiran disebaliknya.

Saya kurang pasti, penulis blog dalam aliran mana yang dimaksudkan oleh YB Menteri itu sebagai diragui akan tulisan mereka. Kalau hanya disebabkan kebanyakan para penulis blog menggunakan nama samaran sebagai alasan sebab kenapa YB Menteri meminta orang ramai supaya berwaspada ataupun menjauhi dari membacanya di internet, saya adalah sesuatu tindakan yang sangat tidak bijak oleh seseorang yang berjawatan sebagai menteri apatah lagi didalam kabinet YAB Datuk Seri Najib.

YB Menteri harus faham kenapa kebanyakkan penulis blog baik yang pro-kerajaan mahupun yang pro-pembangkang menggunakan nama samaran tanpa mendedahkan identiti sebenar, semuanya demi keselamatan diri sama juga seperti para menteri yang menggunakan khidmat pengawal peribadi masing-masing apabila bergerak kemana-mana di dalam negara ini walaupun Malaysia selalu disebut sebagai sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, harmoni serta selamat dan demokrasi.

Tiada ulasan:

Arkib Blog