Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Jun 26, 2011

BERSHIT 2.0: Eh! eh!? KJ juga terima SMS ugutan? Pelik juga...

"Satu laporan polis akan dibuat hari ini oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima SMS yang sama," - KJ
SEPANG 26 Jun 2011 - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menerima ugutan bunuh yang dituju kepada Pemuda UMNO berhubung penyertaan mereka dalam Perhimpunan Patriot pada 9 Julai bulan depan.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau menerima ugutan itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar pada tengah malam tadi.

"Satu laporan polis akan dibuat hari ini oleh Setiusaha Kerja Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid yang turut menerima SMS yang sama," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini - Akhbar Kesayangan PAS 

Aku :
Aduhaiii!!!.. makin kalut !
Datuk Hisham oiiii..!!! lihat tu,,,kan ke penyakit SMS ugutan dah jadi satu virus dalam masyarakat kita, lihatlah betapa cepat pula ia merebak. Buat laporan Polis pulak dah..

Kalau dulu yang biasa terima SMS ugutan bunuh hanya orang-orang Pakatan Haram, pasal dia orang senang nak tuduh orang-orang Barisan Nasional yang punya angkara sebab mereka sudah cop orang2 BN tu memang jahat dan kejam sementara orang2 Pakatan Haram tu baik-baik belaka, bila berjalan pijak semut pun tak mati.

Hari tu, dah berapa kali dah pemimpin-pemimpin atasan dalam Pakatan Haram yang kononnya ada terima SMS ugutan bunuh, tapi lepas tu nyata sekali mereka bebas bergerak ke sana ke mari tanpa rasa takut dan malu macamlah tak ada sebarang ancaman bunuh terhadap nyawa mereka. Mereka tak sayangkan nyawa ke? Nak kata tak, payah juga, mereka buat juga laporan polis.

Contoh paling 'seksi' Anwar Ibrahim, dulu dia pernah kena ugutan. Bukan sebarang ugutan, juga bukan pakai SMS ugutan bunuh kalau ikut tipu dialah, tapi melalui mimpi ngeri dia yang baru selesai meliwat mangsanya yang masih muda belia lagi. Itu yang buat dia lari lintang-pukang ke Pejabat Kedutaan Turki konon nyawa dia dalam bahaya tapi sampai ke hari ini dia masih juga selesa makan karipap sambil minum kopi tongkat ali sambil menyondol pula si amoi keluaran negara China.

Lepas tu, seperti penyakit yang berjangkit, ugutan bunuh sudah jadi macam satu perkara yang harus dalam permaian politik Pakatan Haram untuk berdepan dengan Barisan Nasional. Tian Chua, Nurul Izzah dan ramai lagilah pemimpin dalam Pakatan Pembangkang tu yang kononnya ada terima SMS ugutan bunuh, tapi semua juga sama macam Anwar masih hidup lagi malah semakin ligat pulak mengganggu ketenteraman awam dan menghina mahkamah.

Baru-baru ini lagi, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah membuat satu laporan polis bahawa dia ada menerima satu SMS ugutan yang mahu menculik anaknya... DAN agak-agaknye KJ pun dah berkira nak buat benda drama yang sama tapi tak jadi,,,pasal tak reti nak buat skrip. Jadi dia ambil keputusan untuk berdiam diri...hehe

Lepas tu bila YB Nurul Izzah serang Ahli Parlimen Pasir Mas YB Datuk Ibrahim Ali berkaitan isu BERSHIT 2.0, tanpa disangka YB Khairy pun bingkas bangun turut menyerang YB Datuk Ibrahim Ali walaupun pada hari berkenaan 9 Julai dia juga akan turut serta dalam perhimpunan haram itu. Tapi belum lagi BERSHIT 2.0 dianjurkan dan belum lagi KJ turun berdemo, tetiba saja dia terima SMS ugutan... macam serupa saja permainan dia orang ni...

Jumaat, Jun 24, 2011

Apa?!!! AmBABIga pun tau takut mati rupanya !!!

Berani buat berani tanggunglah AmBABIga..!!! hahaha! ! !...baru kau tahu tinggi rendahnya langit tu!!!

Pihak Polis dah tegah kau sama Mat Syabu supaya jangan anjurkan BERSHIT 2.0 bulan depan tapi kau berdua makin berdegil. Kau berdua mahu juga teruskan. AmBABIga kau sama Mat Syabu sebenarnya mahu isytihar perang terhadap Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong. Orang mungkin ramai yang belum sedar akan hal ini.

AmBABIga, kau baru saja terima SMS ugutan bunuh, tapi kenapa pula mengelabah. Tau pun takut. Last-last pihak Polis juga kau cari tempat berlindung, kenapa tak pergi minta bantuan daripada Majlis Peguam, DAP, PKR atau PAS. Kan hari-hari juga Majlis Peguam selalu menghentam pihak Polis. Tak Tahu malu ke bawa muka pergi Balai Polis.

AmBABIga, kalau kau dengar suara rakyat yang sukakan kedamaian minta kau sama Mat Syabu hentikan kerja gila kau orang berdua, mana mungkin kau akan terima SMS ugutan seperti itu, tapi itulah...janganlah kau wahai AmBABIga ingat semua rakyat Malaysia ini setuju dengan kerja gila kau sama Mat Syabu tu...p jahanamlah dengan BERSHIT 2.0 tu...

Pihak Polis tak usahlah melayan AmBABIga tu...buang masa saja...kan dia juga selalu cerca dan hina polis dulu,,bila dah terdesak macam tu baru tahu cari polis... pirahhhhhhh!!!... lah kau AmBABIga sama Mat Syabu kaki khalwat !!!

Khamis, Jun 23, 2011

Tidakkah ancaman Ambabiga sebenarnya perang terhadap YDA Agong??

Pendapat saya berkenaan usaha haram yang sedang dijalankan oleh BERSHIT 2.0 pimpinan S. AmBABIga yang mahu menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran di Ibu Negara pada 9 Julai depan tidak ubah seperti satu kegiatan militan yang mahu melancarkan perang terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagaimana yang pernah dilakukan oleh kumpulan pengganas Al Maunah satu ketika dulu.

Kalau perbuatan Al Maunah dulu boleh dikategorikan dalam jenayah perang menentang Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong, tetapi mengapa tidak kepada AmBABIga Sreenevasan. Saya melihat perkembangan ini dari sehari ke sehari semakin menjurus kepada keganasan yang melampau dengan pihak kerajaan dilihat semakin meningkatkan tahap keselamatan di samping pihak BERSHIT 2.0, DAP, PKR dan PAS pula mulai mengatur langkah bersama menjelang perhimpunan haram itu nanti.

Di saat kumpulan Al Maunah sudah bertindak pihak kerajaan baru saja tersedar dan pantas bertindak tetapi hakikatnya perkara sudahpun berlaku dan mana mungkin bagi pihak keselamatan untuk bersiap sedia berdepan dengan sebaran ancaman sebab semua itu tidak diduga sama sekali boleh berlaku dalam negara ini namun berlainan pula dengan ancaman daripada pihak BERSHIT 2.0 yang sudah berbulan-bulan sebelumnya telah mengumumkan untuk melakukan perhimpunan haram tetapi seolah-olah dipandang ringan oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) dan DS Hishamuddin.

Maka itu, demi untuk keamanan dalam negara, keselamatan rakyat berterusan, keharmonian penduduk Malaysia serta kedaulatan negara ini, adalah suka diingatkan bahawa andaikata seluruh rakyat Malaysia boleh melihat bahawa ancaman yang sedang dimainkan oleh AmBABIga ketika ini iaitu untuk demo BERSHIT 2.0 nanti sebenarnya bukanlah mensasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi lebih kepada untuk melancarkan perang terhadap Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong, lalu setelah mengambil kira semua itu maka kita sangat mengharapkan agar Ambiga Sereenavasan ditangkap dibawah Akta Hasutan serta ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA.

Perlu kita ingat bahawa selain SPR, Suruhanjaya lain seperti SPRM, SUHAKAM, SUARAM dan bermacam-macam lagi Suruhanjaya semuanya diperakui setelah mendapat perkenan daripada Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agong, oleh itu mana-mana pihak yang cuba untuk mencabar atau menyerang suruhanjaya-suruhanjaya berkenaan maka bermakna mereka juga dengan sendirinya telah bercadang untuk melancarkan perang terhadap Baginda.

AmBABIgaKu: Puisi istimewa A. Samad Said untuk BERSHIT 2.0

AmBABIgaKu

Dikala Bersih itu...~~~~~~~~~~~

Coba dikotori tangan-tangan yang tercemarrrrrrr...~~~~~~~~

Kau, datang bukan diundang...~~~~~~~~~~

Juga, pergi kau itu yang mereka nanti...~~~~~~~~

AmBABIgaKu

Tetapi, aku, aku bukan mereka...~~~~~~~~~

Juga, mereka, iya...mereka bukan aku...~~~~~~~

AmBABIgaKu

Apa jua kemahuan...mu...~~~~~~~~~~~

Ya AmBABIgaKu...kanku turuti segala-galanya...~~~~~~~~

Iya!!!...akan kupenuhi........

Dulu, ya...AmBABIgaKu,,,dulu...PPSMI sudah kulebur menjadi debu~~~~~~~~

Inikan pula...SPR, SPRM, PDRM, KDRM, DS HISHAM...~~~~~~~~~

Ya,,,AmBABIgaKu, akan ku pasti mereka juga seperti PPSMI...~~~~~~~

Bagai pasir di negeri Selangor....,,,,

Bagai Ladang rakyat di Kelantan....,,,,,

Bagai Kampung Buah Pala di Pulau Pinang...,,,,,

AmBABIgaKu

Akanku bersihkan mereka...~~~~~~~

bagai Azizan gosok Mahfuz dengan Taib Azamudin...~~~~~~

Ya,,,,,AmBABIgaKu...adios!!!2.0!!!K/O

Try, test, cuba, uji !!!

ok... "berhenti makan sebelum kenyang" - YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rabu, Jun 22, 2011

Blog: Pang5 Perang Cyber, Papa Gomo, Muka Petang & Badut Rakyat ???

Saya tengah mengalami kesukaran untuk memuatnaik gambar untuk artikel baru. Sejak dari pagi tadi hingga kini. Agaknya berpunca dari masalah komputer atau entahlah !

Saya juga berdepan masalah untuk membuat akses ke beberapa blog tertentu yang saya pautkan di laman blog ini iaitu http://penembak-tepat.blogspot.com/ , http://papagomo.blogspot.com/ , http://mukapetang.blogspot.com/ dan http://badutrakyat.blogspot.com/ sejak dari awal pagi ini kerana seperti biasa saya akan melayari setiap blog yang di linkkan untuk membaca tulisan rakan-rakan blogger walaupun jarang meninggalkan komen untuk mereka, namun hanya pada pagi ini saya dapati ada masalah untuk saya berbuat demikian.

Akan tertera di skrin pemberitahuan ini jika setiap kali saya mengklik ke blog-blog seperti yang tersenarai di atas, contoh dibawah...

Windows Internet Explorer
(X) Internet Explorer cannot open the Internet site: http://penembak-tepat.blogspot.com/.
Operation aborted

Harap mereka dapat memberi perhatian akan masalah ini sebab dikhuatiri akan berlaku pula gejala menggodam terhadap blog-blog yang pro-kerajaan setelah terjadinya serangan penggodam ke atas portal-portal milik kerajaan dan swasta baru-baru ini.

DAP Sarawak bertindak tepat, sesuai dengan tingkahlaku !

Bagi saya, isu pemakaian pakaian rasmi Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa upacara pembukaannya oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin semalam adalah sesuatu yang lama dah saya jangka akan berlaku sebab itu satu perkara sesuai dengan siapa pelakunya.

Memang sesuai dan wajar sekalilah bagi DAP Sarawak yang memilih untuk tidak memakai costum rasmi DUN Sarawak itu atas alasan harga baju berkenaan terlalu mahal namun sebab utama ialah kalau sebut soal hendak hormat menghormati orang lain tiada pernah wujud sama sekali dalam naluri mereka. Puak-puak berkenaan mana ada perasaan mahu menghormati adat dan budaya kaum lain sebenarnya.

Memang bertuah sangatlah mana-mana rakyat Sarawak yang telah memilih pemimpin-pemimpin yang nyata punya kesedaran sivik paling teruk dan rendah di Bumi Kenyalang ini sebagai wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri Sarawak. Syabas dan Tahniah buat pengundi yang berwakil rakyatkan pemimpin yang angkuh dan sombong seperti barisan 12 ADUN-ADUN DAP Sarawak itu !

Selepas ini pihak pengurusan DUN Sarawak hendaklah memastikan agar pakaian-pakaian rasmi DUN Sarawak itu tidak disentuh atau dipakai oleh mana-mana wakil rakyat DAP Sarawak selagi mereka masih terbawa-bawa dengan sikap tidak bertamadun sama seperti yang diamalkan oleh ADUN-ADUN DAP Perak seperti Nga Kor Ming dan Ngeh Ko Ham supaya pakaian berkenaan tidak turut tercemar.

KJ berlagak seperti Ketua Polis Negara - Datuk Ibrahim Ali

Kalau diamati betul-betul tindak-tanduk YB Khairy Jamaluddin selama ini tika beliau memberi reaksi bila ada saja berlakunya perkembangan disekeliling kita, seakan-akan tindakan beliau lebih condong kepada cara pihak Pakatan Pembangkang yang memang gemar menekan lawan walau dengan berbagai cara.

Jadi patut sangat dan tepat sekalilah apabila YB Datuk Ibrahim Ali menyelar KJ ini berlagak seperti Ketua Polis Negara kerana "memberi arahan" kepada pihak polis agar menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan berkaitan tuduhan yang menyebut Datuk Ibrahim Ali menghasut kaum Cina sebagaimana juga yang turut di dakwa oleh MP Lembah Pantai YB Nurul Izzah.

Dan yang sangat kelakarnya apabila Datuk Ibrahim Ali juga turut menggelarkan Penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai seekor LEMBU TUA (LIAT), kalau direbus pun tidak akan lembut lagi ha!ha!ha!...

Selasa, Jun 21, 2011

Datuk Ibrahim Ali jadi saksi cinta KJ & Nurul kembali bertaut...

"Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0," - YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali yang seolah-olah mengugut masyarakat Cina.
"Ini kenyataan yang rasis, menghasut, bahaya yang perlu diambil tindakan terhadap beliau. Ini adalah satu ugutan terhadap satu-satu kaum lain di Malaysia, secara jelas dan nyata," - YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Khairy : "Hello~~~hi NI(Nurul Izzah)... !, pe khabar NI kat sana?, cmner dengan BERSIH 2.0?"

Nurul : "Hello~~~hi KJ(Khairy Jamaluddin)... !, khabar baik, I baik-baik jer kat sini. BERSIH 2.0???..haaa...tu lah, I tengah marah betullah dengan Datuk Ibarhim Ali tu sayang,,,dia pula yang lebih-lebih nak kacau daun rancangan kita..."

Khairy : "Oooo tak pe, sayang jangan risau, esok lusa atau sekarang I sanggup kutuk Ibrahim Ali tu demi sayang dan demi cinta kita berdua, I sanggup buat apa saja... sayang tau tak, baru lagi juga I dah buat Tun M tak senang hati...I mahu kerajaan hentikan L.I.D yang selalu kerajaan buat kat Langkawi tu..., I cakap semua tu tak de faedah..kali, kali Robert Mugabe...dah lama dah!!!"... hebatkan I sayang?"

Nurul : "Oooo cam tu ke???... sayang KJ !!

Anak Merdeka:
Nampaknya kedua-dua Ahli Parlimen ini selalu saja seiya sekata dalam perkara tertentu. Kenyataan kedua-duanya juga sering mengekori serta saling menyokong sesama mereka. Kalau biasa Nurul ada buat kenyataan pasal Datuk Ibrahim Ali atau yang lain-lainnya, pasti ada kenyataan daripada Khairy menyusul selepas itu mengenai perkara yang sama.

Tak ketara menyokong, tetapi ketara sangat mereka berdua punya hubungan yang misteri dan ianya semakin berbau bila isu Datuk Ibrahim Ali dituduh cuba mengugut kaum Cina di negara ini oleh kedua-duanya.

Saya ada baca kenyataan YB Datuk Ibrahim Ali berkaitan dengan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan oleh BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan, namun saya dapati tiadapun kenyataan itu boleh dianggap sebagai menghasut tetapi bagaimana pula Khary dan Nurul boleh punya pendapat sedemikian. Pelik juga.

YB Datuk Ibrahim Ali cuma mengingatkan agar kaum Cina kalau boleh pada 9 Julai depan tak perlulah keluar rumah dan bolehlah sediakan bekalan makanan dirumah. Itu cuma satu peringatan daripada seorang pemimpin Melayu kepada rakyat daripada kaum Cina, apa salahnya. Itu juga sebagai tanda prihatin Datuk Ibrahim Ali kepada kaum Cina.

Bagus juga kalau Datuk Ibrahim Ali memberi ingatan serupa itu dan sepatutnya Datuk Ibrahim Ali memberi ingatan kepada seluruh penduduk sekitar Kuala Lumpur tak kira bangsa dan agama mereka supaya jangan keluar pada hari tersebut demi untuk mengelak daripada berlakunya sebarang keadaan yang tidak diingini.

Kalau Nurul Izzah dan KJ mahu tahu siapa sebenarnya yang menghasut lihatlah muka Mat Syabu dan S. Ambiga dan bukannya Datuk Ibrahim Ali. Kedua-dua mamalia itulah yang menghasut orang ramai supaya keluar beramai-ramai pada tarikh berkenaan untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tanpa memikirkan akan keselamatan rakyat yang telah diperdayakan oleh mereka sekiranya berlaku rusuhan pada saat itu.

Nurul Izzah: "Ya, papa saya lebih pengecut daripada Ibrahim Ali"!!!

"Memanglah papa I pengecut orangnya, dulu dia lari ke pejabat kedutaan Turki, ingat orang nak kenakan dia..tapi tak de juga..lepas tu, orang suh bersumpah mubahalah takut, orang minta serahkan DNA tak nak, orang minta tunjukkan mana jam Omega tak mau, hari-hari papa I minta tangguh prosiding kat mahkamah, letihlah I...!! ya...papa I memang lebih takut daripada Datuk Ibrahim Ali " - YB Nurul Izzah.

Isnin, Jun 20, 2011

Anaklah ikan lah ikan dimakan ikan !!!

KOTA BHARU KELANTAN 19 Jun 2011 - Seorang mekanik dan anak perempuannya mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, kerana bersekedudukan selama tujuh tahun sehingga melahirkan tiga orang anak.

Anak Merdeka terkejut;
"anaklah ikan lah ikan dimakan ikan... ikan lah kecil tulangnya banyak tulangnya..."


Bilik 121 juga terdapat didalam Hotel Perdana kat Kota Bharu Kelantan. Dulu, kata orang...Mat Syabu disitulah dia kena tangkap khalwat dengan pasangannya yang juga bini orang.


Ini kes haruan makan anak, anak haruan juga makan bapa haruan sehingga dapat anak haruan baru berlaku di Kelantan. Apa agaknya reaksi Menteri Besar Kelantan mengenai isu ini ?


Bukan tiada berlaku perkara-perkara seperti itu di negeri lain, memang ada juga tetapi kes yang kali ini di Kelantan kalau di ikut, mustahil ianya boleh berlaku di dalam sebuah negeri yang diperintah oleh PAS...

Ahad, Jun 19, 2011

Malaysia duduki tempat ke-19 negara paling aman di dunia !

PETALING JAYA 19 Jun 2011 - Sikap kesederhanaan majoriti rakyat telah membawa Malaysia menduduki tempat ke-19 negara paling aman dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, daripada 150 negara yang dibuat kaji selidik, naik tiga anak tangga berbanding kedudukan pada tahun lepas.

Anak Merdeka ;
Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan pencapaian sedemikian yang diraih oleh negara ini di dalam mengekalkan keamanan sedia ada disamping terus mempertingkatkan rekod cemerlangnya sebagai salah satu negara paling aman diantara ratusan negara lain yang ada di muka bumi ini.


Kita juga sebenarnya sangat bertuah kerana telah dianugerah dengan sebuah kerajaan iaitu Barisan Nasional yang nyata memiliki keupayaan luarbiasa didalam mewujud dan mengekalkan suasana aman dan makmur untuk rakyatnya agar dapat terus bernafas dengan selesa, tenang dan harmoni dalam negara ini walaupun mereka datang daripada latar belakang kaum, kepercayaan agama, adat budaya serta bahasa yang berbeza.


Tetapi paling malang sekali apabila semua itu tidak pernah diiktiraf serta dihargai oleh sebilangan kecil rakyat negara ini sendiri, mereka seolah-olah mahu agar keadaan dalam negara kita yang aman sebegini bertukar suasana menjadi bergolak dan sentiasa berada didalam keadaan yang huruhara selagi tuntutan nafsu gila mereka untuk merampas kuasa secara paksa daripada kerajaan sedia ada belum lagi dapat dipenuhi.


Ada dua kembimbangan kita pada waktu ini iaitu samada Kementerian Dalam Negeri yang sekarang ini masih diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mampu atau tidak untuk mematahkan semua rancangan jahat pihak Pakatan Pembangkang melalui BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan atau pihak BERSIH 2.0 yang kononnya tetap dengan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan haram itu, dan jika KDN gagal berfungsi pada waktu sebelum itu maka bermakna pihak BERSIH 2.0 telah berjaya dengan niat dan muslihat keji mereka dan ini sudah tentu akan merugikan negara dari segi ekonomi dan maruahnya apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.


Harap sangatlah agar pihak KDN berani dan tegas terhadap dua ekor mamalia berkembar seperti yang terdapat dalam gambar yang diatas. Kedua-duanya ada agenda masing-masing, dan untuk mencapai niat mereka sanggup buat apa saja termasuk sanggup melakukan perkara-perkara yang ditegah, sanggup melanggar undang-undang negara, sanggup untuk membelakangi kepentingan negara semata-mata mahu memenuhi segala muslihat kotor dan jijik mereka masing-masing.

Sabtu, Jun 18, 2011

Hukuman "pasung" sesuai untuk penggodam !

ISA hanya dua tahun. tak sesuai... jadi hukuman yang agak setimpal sesuai dijatuhkan ke atas penjenayah siber yang suka menggodam mana-mana portal atau laman web milik kerajaan ke atau swasta hanyalah hukuman "pasung" bukan pancung.

Pasung, kaki dirantai dan letakkan didalam sebuah bangsal padi yang banyak tikus. Dan hukuman pasung juga harus dikenakan kepada mereka yang berhasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan. KDN harus berani !!!

Jumaat, Jun 17, 2011

PAS akan tarik balik Darjah Kebesaran daripada Anwar dan mohon maaf !

Parti Kebajikan SeMalaysia atau dulunya Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini sedang berusaha untuk menarik balik satu bintang kebesaran yang pernah mereka anugerahkan kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim satu ketika dahulu lebih kurang 15 tahun yang lalu iaitu sekitar tahun 1996 hinngga 1998.

Pingat kebesaran berkenaan PTGP atau Peliwat Tegar Gagah Perkasa yang membawa gelaran "Al Juburi" pada waktu itu telah disampaikan oleh Mohamad Syabu atau Mat Syabu dan disaksikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Khalid Samad, Azmin Ali dan ramai lagi pemimpin-pemimpin PAS dan DAP.

Menurut Mat Syabu yang kini telah menjadi Timbalan Presiden PAS, penarikkan darjah kebesaran itu daripada Anwar Ibrahim terpaksa dilakukan adalah selaras dengan keputusan Presiden parti YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang baru-baru ini yang telah menggugurkan konsep asal PAS iaitu negara Islam dalam perjuangan mereka serta menggantikannya dengan perjuangan baru iaitu Negara Kebajikan meniru dari apa yang telah lama dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Tambah Mat Syabu lagi, sebelum Bintang Kebesaran itu diambil balik daripada Anwar, satu majlis kesyukuran serta kemaafan akan turut diadakan bagi memohon jutaan ampun dan maaf daripada Anwar atas penarikan semula darjah kebesaran itu oleh pihak PAS yang secara otomatik akan menggugurkan gelaran "Al Juburi" daripada nama Anwar Ibrahim.

Agaknya ini adalah sebahagian daripada kempen permulaan "BERSIH 121" yang diketuai oleh Ambabiga Sreenevavisan dan Mohamad Syabu pada 9 Julai kononnya adalah tarikh kemuncak perhimpunan haram itu akan berlangsung...

Bob Lokman masuk PAS, Siti pulak masuk Askar !

(gambar kecil atas): kelihatan Datuk Siti Nurhaliza sedang bersalaman dengan Menteri Pertahanan Malaysia YB DS Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau dan rakan-rakan artis yang lain menyerahkan borang permohonan untuk menyertai pasukan Askar Wataniah.

(gambar kecil bawah): Pelawak, penyanyi dan pelakon Bob Lokman kelihatan sedang bersalaman dengan Menteri Besar Kedah YAB DS Azizan Abdul Razak selepas beliau menyerahkan borang masuk syurga PAS.

(gambar kanan): wajah Bob Lokman yang terperanjat dengan perbezaan wujud antara dia dengan Datuk Siti di mana dia tak menduga sama sekali bahawa tindakan melulu yang dibuatnya sebelum ini dengan masuk parti PAS adalah satu kesilapan yang amat besar manakala keputusan Datuk Siti untuk masuk menyertai pasukan barisan hadapan negara adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Bingung dengan keadaan itu, Bob Lokman mula menjadi sasau dan sering ketawa sendiri !
Syabas dan Tahniah buat Penyanyi No. 1 Negara Datuk Siti Nurhaliza serta rakan-rakan artisnya yang lain kerana telah menunaikan sebahagian daripada tanggungjawab mereka selaku rakyat Malaysia dengan menyertai pasukan pertahanan negara iaitu masuk sebagai askar wataniah.

Jika dulu seorang pelawak terkenal, penyanyi kurang terkenal dan pelakon yang dikenali yakni Bob Lokman telah masuk kedalam PAS namun kini seorang lagi tetapi artis wanita telah mengambil satu keputusan yang amat jauh berbeza daripada yang dibuat oleh Bob Lokman apabila mengambil keputusan jauh lebih berani daripada pelawak berkenaan dengan menyertai salah satu cabang dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia.

Kalau Bob Lokman masuk PAS dengan niat tertentu iaitu untuk membantu PAS, DAP dan PKR menabur fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional juga pihak lain yang tidak sebulu dengan mereka disamping mahu melihat keadaan keselamatan dalam negara menjadi huru-hara tetapi sangat berlainan dengan Datuk Siti Nurhaliza yang masuk Tentera Malaysia agaknya memang dengan satu niat yang murni iaitu untuk menabur khidmat bakti kepada nusa dan bangsa disamping untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.

Khamis, Jun 16, 2011

Kartun kes rogol:kenapa PUM hanya berang kepada Utusan Malaysia, akhbar lain bagaimana???

Pelik sangat dengan reaksi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkenaan dengan penyiaran satu karikatur oleh akhbar arus perdana Utusan Malaysia yang menggambarkan seorang mangsa rogol sedang membuat aduan kes yang dihadapinya kepada dua jabatan yang berbeza iaitu satu jabatan agama manakala satu lagi pihak polis serta mendapat layanan berbeza juga daripada kedua-dua agensi tersebut.

PUM dalam pada itu terus menghentam Utusan Malaysia selain mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Utusan ekoran penyiaran kartun yang disifatkan oleh PUM sebagai menghina ajaran agama Islam. Disini saya bukannya nak sentuh samada saya bersetuju atau tidak dengan tuduhan menghina oleh PUM ke atas Utusan Malaysia berkaitan isu berkenaan tetapi saya cuba nak mempersoalkan tindakan PUM yang agak kurang cerdik apabila menyerang Utusan Malaysia bagai lagak hero-hero pengecut dalam Pakatan Pembangkang yang sentiasa fobia dengan akhbar nadi umat Melayu itu.

Sukalah dinyatakan disini, andaikata PUM memang tiada agenda yang tersembunyi disebalik isu kartun berkenaan atau memang tiada kaitan dengan pemimpin-pemimpin politik tertentu di negara ini maka sangat dialu-alukan kepada PUM untuk membelek akhbar-akhbar lain selain daripada Utusan Malaysia seperti Suara Keadilan, Harakah, Roket, See Hua Daily News, Sin Chiew Jit Poh, Nanyang Siang Pau dan lain-lain lagi untuk edisi semalam dan hari ini pasti akan terjumpa dengan satu muka surat yang turut menyiarkan lukisan kartun tersebut dan apakah PUM juga mahu kerajaan mengambil tindakan yang serupa kepada akhbar-akhbar berkenaan sebagaimana tekanan mereka terhadap Utusan Malaysia ?

BERSIH perlu bermula dari rumah atau hotel - Mat Syabu

Timbalan Presiden PAS yang baru Mohamad Syabu atau Mat Syabu berpendapat bahawa amat perlu untuk semua pihak membersihkan diri bukan sekadar mandi ataupun mengelap badan tetapi seluruhnya termasuk jiwa dan hati, akal hinggalah ke pikiran semuanya harus bersih.

Tambah Mat Syabu lagi "apa gunanya kita melaung-laungkan perkataan bersih ditepi jalan sedangkan diri kita sendiri belum tentu lagi sama bersih seperti perkataan yang terkeluar dari bibir kita, makna bersih itu harus bermula dari dalam diri kita sendiri, harus bermula dari dalam keluarga, harus bermula dari dalam rumah atau sekurang-kurangnya harus bermula dari dalam hotel tempat kita menginap, dan kita tak nak melihat perlakuan kurang sopan seperti pernah diamalkan oleh YB Elizabeth Wong dulu akan merosakkan kebersihan sedai ada.

"Dan yang penting sekali, dibelakang kita..tu,,,ya dibelakang kita..penganjur tu harus juga bersih..,,bersih dari segala kekotoran..jangan cakap pasal bersih saja pandai walhal diri sendiri masih diselubungi kekotoran silam,,,maaf saya bercakap tentang itu..walaupun pahit tetapi harus kena telan juga, berani buat berani tanggunglah...jangan pulak jadi seperti orang tu" - Mat Syabu.

Betul ke ?

Rabu, Jun 15, 2011

RON97 turun 10 sen seliter mulai tgh mlm ini, apa kata mereka ?

 Pemberita : YB, apa pandangan YB berkenaan dengan harga petrol RON97 iaitu minyak kereta orang kaya yang akan mengalami penurunan harga mulai tengah malam ini iaitu RM0.10 sen untuk setiap liter ?

YB Karpal Singh : Errmmm...ermmm..ermmm baguslah tu,,,eh bukan !! Anwar... eh saya tak pakai minyak RON97, no komen ! lama dah saya guna RON95 tu lah pasal kereta saya lambat kalu nak potong kereta yang bergerakdi depan..
 Pemberita : Bagi YB pulak, adakah keputusan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON97 mulai tengah malam ini sebanyak RM0.10 sen seliter boleh melegakan pihak Pakatan Pembangkang yang selama ini begitu lantang bersuara bila setiap kali pihak kerajaan menaikkan harga minyak namun kali ini kerajaan telah membuat keputusan untuk menurunkannya pulak, jadi apa kata YB ?

YB Azmin Ali : Turun???... hari tu 4 Mei baru naik RM0.20 sen seliter, apesal pula kerajaan bagi turun balik, habislah kalau macam ni...tak boleh jadi ni, mesti buat isu baru...
 Pemberita : Tuan Guru berdua, ada tak komen apa-apa berkenaan dengan berita penurunan harga petrol RON97 yang akan dikurangkan sebanyak RM0.10 mulai tengah malam ini oleh kerajaan ?

YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat : !!!Syukur, syukur, syukur alhamdulillah...,Ya Tuhan, berkatilah selalu kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib serta kabinet beliau dan limpahkanlah segala nikmat dan rahmat untuk mereka atas semua kebajikan yang telah mereka lakukan. Amin !

YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang : Ceh ! apa yang orang tua ni merepek,,,gila ke apa dia bagi doa untuk orang lain...,sia-sia saja aku tukar negara Islam ke negara kebajikan !
Mulai tengah malam ini harga petrol RON97 akan dikurang atau diturunkan sebanyak RM0.10 menjadikan kembali pada harga RM2.80 sen untuk setiap satu liter dan sudah tentu sekali berita ini akan menambah lagi derita hari Anwar Ibrahim yang masih kuat menyimpan angan-angan untuk menakluki Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.

Baru saja kerajaan menaikkannya sebanyak RM0.20 sen seliter pada 4 Mei lalu dan ini menyebabkan harga naik daripada RM2.70 sebelumnya kepada RM2.90 seliter selepas itu. Keadaan itu telah memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk menghentam pihak kerajaan serta mempengaruhi pikiran rakyat dengan berbagai-bagai berita putar belit mereka.

Kini, apabila kerajaan membuat keputusan yang terduga seperti itu demi kesejahteraan rakyat, apa pula kata pembangkang selepas ini, adakah mereka mahu berterima kasih kepada pihak kerajaan atau akan terus menghasut rakyat untuk membenci kerajaan ?

344 peniaga di MPKB jadi mangsa pertama Negara Kebajikan PAS !

Sejak beberapa hari yang lalu hangat dalam berita Buletin Utama TV3 mengenai isu 344 orang peniaga di tapak MPKB Kelantan Negeri Serambi Mekah apabila mereka mendakwa sedang berhadapan dengan kesulitan yang amat luarbiasa setelah bekalan janakuasa elektrik ditempat mereka berniaga telah dipotong oleh pihak kerajaan PAS negeri atasan sebab-sebab agak kurang jelas.

Walauapapun alasannya, persoalan besar ialah tentang tindakan kasar yang diambil oleh pihak Kerajaan Berkebajikan ala PAS itu betul-betul telah menyulitkan segala urusan seharian para peniaga di situ sebabnya, bayangkan saja bagaimana mereka mampu untuk membuat sebarang urusan jual beli dengan para pelanggan ataupun berurusan sesama mereka di dalam yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya dan kejadian seperti itu amat memalukan bagi sebuah kerajaan yang baru saja menukar dasar kerajaan dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan apabila sanggup bertindak menyekat rezeki rakyatnya sendiri.

Begitukah corak atau bentuk kebajikan yang akan dibawa oleh kerajaan Pakatan Pembangkang untuk rakyat sekiranya mereka berkuasa di Malaysia kelak ? Potong bekalan elektrik, bekalan air bersih kalau rakyat tak mampu bayar bil, sekat laluan jalanraya kalau rakyat tak mampu bayar insuran dan cukai jalan, halau rakyat dari rumah kalau tak mampu bayar sewa rumah atau tak mampu langsai hutang bank !?!

Selasa, Jun 14, 2011

Anjing Amerikanevasan mengamuk gara-gara dilarang masuk ke Sarawak !


Ada seekor anjing peliharaan Hillary Clinton serta Michelle Obama iaitu bini kepada Presiden Amerika Syarikat sudah bersedia untuk menggonggong tulang kerana awal bulan April 2011 lalu kerajaan negeri Sarawak telah mengharamkannya untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang. Marah dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Sarawak menghalang beliau masuk ke negeri ini lalu mamalia ini telah mengambil tindakan saman ke atas kerajaan negeri Sarawak.

Selain si anjing betina yang seekor tu, ada beberapa nama lain juga telah diharamkan atau disenarai hitam oleh kerajaan Sarawak atas beberapa faktor dan tentunya ialah kerana berkaitan dengan soal keselamatan dan kerajaan Sarawak melihat mereka ini iaitu seperti aktivis alam sekitar dari negara Switzerland Bruno Manser, Ahli Parlimen Subang YB Sivairasa Rasiah, Steven Ng, Cythia Gabriel, Wong Chin Huat dan Johan Tan jika dibiarkan berkeliaran atas Bumi Kenyalang akan menyebabkan keadaan dalam negeri Sarawak menjadi huru hara hingga mengancam keselamatan rakyat.

Tak cukup dengan menyaman kerajaan Sarawak, anjing betina ini mahu lagi menganjurkan perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai bulan depan walaupun jelas ditegah oleh pihak berkuasa dan turut ditentang oleh ramai pihak namun anjing betina ini tetap juga berkeras tetap mahu mengadakannya kerana sedar segala tindakan beliau nanti pastinya akan mendapat perhatian serta restu daripada ramai pemimpin negara pengganas nombor satu di dunia iaitu Amerika Syarikat.

Arkib Blog