Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Jun 22, 2011

DAP Sarawak bertindak tepat, sesuai dengan tingkahlaku !

Bagi saya, isu pemakaian pakaian rasmi Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa upacara pembukaannya oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin semalam adalah sesuatu yang lama dah saya jangka akan berlaku sebab itu satu perkara sesuai dengan siapa pelakunya.

Memang sesuai dan wajar sekalilah bagi DAP Sarawak yang memilih untuk tidak memakai costum rasmi DUN Sarawak itu atas alasan harga baju berkenaan terlalu mahal namun sebab utama ialah kalau sebut soal hendak hormat menghormati orang lain tiada pernah wujud sama sekali dalam naluri mereka. Puak-puak berkenaan mana ada perasaan mahu menghormati adat dan budaya kaum lain sebenarnya.

Memang bertuah sangatlah mana-mana rakyat Sarawak yang telah memilih pemimpin-pemimpin yang nyata punya kesedaran sivik paling teruk dan rendah di Bumi Kenyalang ini sebagai wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri Sarawak. Syabas dan Tahniah buat pengundi yang berwakil rakyatkan pemimpin yang angkuh dan sombong seperti barisan 12 ADUN-ADUN DAP Sarawak itu !

Selepas ini pihak pengurusan DUN Sarawak hendaklah memastikan agar pakaian-pakaian rasmi DUN Sarawak itu tidak disentuh atau dipakai oleh mana-mana wakil rakyat DAP Sarawak selagi mereka masih terbawa-bawa dengan sikap tidak bertamadun sama seperti yang diamalkan oleh ADUN-ADUN DAP Perak seperti Nga Kor Ming dan Ngeh Ko Ham supaya pakaian berkenaan tidak turut tercemar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAM BROO..MEMANG BERTUAH LA BADAN ORANG YG MENGUNDI KOMUNIS NI. DPT ADUN KEPALA BATU. PERANGAI MCM BABUN. EGO TAHAP DEWA PLAK TUH KEHKEHKEH..HARKK PTUIHHH!!

hilbert berkata...

Salam Jeffry,

memang patut sangatlah puak2 tu tak memakai pakaian rasmi dewan...buat tercemar saja, bayangkan kalu mereka buat perangai pelik tatkala dalam keadaan berpakaian rasmi,,,bukankah membuat ramai pihak akan terasa malu angkat muka,,

Arkib Blog