Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Jun 15, 2011

344 peniaga di MPKB jadi mangsa pertama Negara Kebajikan PAS !

Sejak beberapa hari yang lalu hangat dalam berita Buletin Utama TV3 mengenai isu 344 orang peniaga di tapak MPKB Kelantan Negeri Serambi Mekah apabila mereka mendakwa sedang berhadapan dengan kesulitan yang amat luarbiasa setelah bekalan janakuasa elektrik ditempat mereka berniaga telah dipotong oleh pihak kerajaan PAS negeri atasan sebab-sebab agak kurang jelas.

Walauapapun alasannya, persoalan besar ialah tentang tindakan kasar yang diambil oleh pihak Kerajaan Berkebajikan ala PAS itu betul-betul telah menyulitkan segala urusan seharian para peniaga di situ sebabnya, bayangkan saja bagaimana mereka mampu untuk membuat sebarang urusan jual beli dengan para pelanggan ataupun berurusan sesama mereka di dalam yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya dan kejadian seperti itu amat memalukan bagi sebuah kerajaan yang baru saja menukar dasar kerajaan dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan apabila sanggup bertindak menyekat rezeki rakyatnya sendiri.

Begitukah corak atau bentuk kebajikan yang akan dibawa oleh kerajaan Pakatan Pembangkang untuk rakyat sekiranya mereka berkuasa di Malaysia kelak ? Potong bekalan elektrik, bekalan air bersih kalau rakyat tak mampu bayar bil, sekat laluan jalanraya kalau rakyat tak mampu bayar insuran dan cukai jalan, halau rakyat dari rumah kalau tak mampu bayar sewa rumah atau tak mampu langsai hutang bank !?!

3 ulasan:

mae1000 berkata...

Perkataan 'Kebajikan' yang jadi mangsa PAS, ia akan diputarbelitkan.

PAS akan kata tindakan motong letrik satu kebajikan kerana menolong peniaga mengelak dosa berpanjangan peniaga tak mahu bayar bil letrik.

hangkedee berkata...

Bila ada kuasa tindas bangsa sendiri dengan bangsa lain kecut teluq macam nak mampus 2x5 =-5x2 orang melayu semakin bodoh tahap gaban sering buta kepada musuh sebenar!!!!!!

hilbert berkata...

Mae1000,

PAS takkan peduli lg pasal dosa pahala bro sebab dasar mereka kini adalah Berkebajikan..maknanya mana yang belum bayar bil hutang mereka kira hangus dan sudah termasuk dalam tanggungan kerajaan yang berkebajikan hehe..

Hangkedee,
betul tu bro..PAS hanya berani kalu sesama Melayu tetapi kecut bila berdepan dengan puak2 DAP..

Arkib Blog