Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Ogos 28, 2012

Siapa Semenanjung ANTI Sarawak? ..siasat siapa pemilik laman ini di FB !

 Nyata semakin banyak laman-laman ANTI-Sarawak di facebook, kononnya orang-orang Semenanjung Malaysia amat membenci orang-orang Sarawak sehingga wujudnya perkara seperti ini.
Perkara seperti ini memang sangat tidak wajar malah mereka yang tidak bertanggungjawab mewujudkan laman-laman seumpama ini di Facebook patut sedar jika ada sekalipun pertelingkahan kecil maka tak perlulah melibatkan pihak lain, oleh itu diharapkan agar pihak berkuasa, KDN, SKMM, PDRM melakukan siasatan segera berkenaan kewujudan laman-laman seperti di internet.

Jika tidak ditangani dengan segera adalah tidak mustahil ianya akan mendatangkan masalah yang tidak terduga terhadap perpaduan bangsa dan juga perpaduan nasional di Malaysia. Negara kita kini telah mencapai usia separuh abad terbentuk menjadi sebauah negara berdaulat yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia tetapi kenapa masih ada lagi saki-baki golongan perosak keamanan yang terlepas bebas menghasut orang ramai ke arah kemusnahan?

Isnin, Ogos 27, 2012

Royalty minyak 5%: PKR marah sangat dah dengan Taib Mahmud & Musa Aman !

Isu royalty minyak sebanyak 5% bagi negeri Sarawak dan Sabah pada mulanya memang dimainkan oleh pihak pembangkang dan isu itu sebenarnya telah menjadi modal wajib bagi mereka untuk dijadikan sebagai bahan kempen untuk meraih sokongan rakyat pada setiap kali pilihanraya diadakan.

Namun setelah sekian lama isu itu dilambung, ditanggung, disepak, ditendang, dilibas, ditanduk oleh pihak pembangkang semata-mata untuk mendapat undi simpati daripada pengundi di Sarawak dan juga Sabah, maka isu itu kini telahpun beralih tangan apabila ianya sudah berada dalam genggeman wakil-wakil rakyat Barisan Nasional dan juga telah disambut oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dan Ketua MenterI Sabah YAB Datuk Seri Musa Hj Aman.

Isu royalty minyak sebanyak 5% untuk Sarawak dan Sabah mula dibangkitkan oleh beberapa orang wakil rakyat daripada Barisan Nasional pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lalu dan usul yang dicadangkan oleh ADUN BN itu juga turut mendapat sokongan daripada ADUN-ADUN Pakatan Pembangkang seperti ADUN Ba'Kelalan YB Baruk Bian, ADUN Bukit Assek YB Wong Ho Leng dan ramai lagi.

Pada mulanya pihak dari Pakatan Pembangkang seolah-olah tidak sedar akan impaknya kepada mereka sebaik saja isu royalty minyak 5% jatuh ke tangan ADUN-ADUN BN kerana itu mereka tanpa berfikir panjang dan terus menyatakan sokongan terhadap isu berkenaan yang tiba-tiba dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat yang pro-kerajaan.

Setelah hampir sebulan isu itu ditanggung oleh wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional, lalu kini menjadi tugas Ketua Menteri Sarawak dan Sabah untuk menguruskannya dan ini telahpun dinyatakan oleh Pehin Sri Taib beberapa hari lalu bahawa kedua mereka sudah bersedia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib untuk menbincangkan perkara tersebut khasnya mengenai cadangan meminta kerajaan persekutuan membuat semakan semula terhadap perjanjian royalty minyak 5% dengan kerajaan Sarawak dan Sabah yang dibuat di era pentadbiran Tun Abdul Razak lagi.

Sebaik menyedari pihak mereka kehilangan semakin banyak isu untuk dimainkan pada Pilihan Raya ke-13 nanti, tersentak dengan keadaan itu telah menyebabkan beberapa pemimpin PKR Sarawak merungut dan mengomel serta mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri yang mahu mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat mengenai isu royalty minyak sedangkan menurut mereka perkara itu sepatutnya dibangkit sejak dulu lagi dan bukannya sekarang.

Pengerusi PKR Sarawak Cawangan Bintulu, encik Paul Raja juga turut persoalkan kenapa baru sekarang kerajaan negeri Sarawak mahu kerajaan pusat membuat semakan semula tentang royalty minyak. Inilah yang payahnya puak-puak Pakatan Pembangkang ni,,,kerajaan BN mahu membuat atas sesuatu isu yang mereka bangkitkan,,,mereka tak suka pula tetapi kalau kerajaan BN berdiam dan tidak memberi sebarang tindakan terhadap isu yang mereka bangkitkan, akan dipersoalkan juga dan akan dituduh dengan bermacam-macam dakwaan.

Ahad, Ogos 26, 2012

Dlm kenangan: Neil Armstrong masuk Islam setelah mendengar seruan Azan di atas bulan ?

Tokoh Angkasawan dunia Neil Armstrong dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 82 tahun. Beliau yang bersama dengan dua orang lagi Angkasawan iaitu Edwin "Buzz" Aldrin dan Micheal Collins menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke permukaan bulan setelah pesawat angkasa Apollo 11 berjaya mendarat di bulan pada 20 Julai 1969.

Apa yang menarik tentang Neil Armstrong ini ialah cerita tentang beliau yang semasa berada di bulan telah terdengar seruan azan di mana kemudiannya sesudah kembali ke bumi beliau mula mencari makna di sebalik suara itu yang mana akhirnya beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah yakin bahawa suara yang beliau dengar sewaktu di atas bulan pada tahun 1969 adalah Azan yang menyeru umat Islam untuk mendirikan sembahyang.

Tetapi masih ramai juga di kalangan orang-orang Kristian mahupun orang Islam yang kurang jelas dengan kesahihan perkara ini walaupun telah diterangkan sendiri oleh Neil Armstrong ketika lawatan beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 dulu. Apa-apapun kita semua tunggu upacara pengkebumian beliau nanti, apakah akan mengulangi peristiwa pengkebumian Raja Pop Dunia Micheal Jakson yang dikebumikan tidak mengikut ajaran agama Islam.

Jumaat, Ogos 24, 2012

Mursyidul Am PAS baca Utusan Malaysia dalam Hospital lah...!

Perkembangan baik....gambar menunjukkan Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang menjalani rawatan ringan di Hospital Krian tengah kusyuk membaca artikel bertajuk "Anwar Ibrahim juga tolak hudud" yang disiarkan dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia.

Jika sebelum ini mereka dari Pakatan Pembangkang begitu beriya-iya sekali mahu semua pengikut serta penyokong DAP, PAS dan PKR agar memulaukan atau memboikot Utusan Malaysia, jangan membeli apatah lagi membacanya.

Tetapi apa yang kita nampak dari dalam gambar di atas merupakan satu petunjuk bahawa sememangnya pemimpin pembangkang hampir kesemuanya jenis yang 'cakap tak serupa bikin' semua mereka suka buat rakyat jadi keliru...

Khamis, Ogos 23, 2012

Gempar!!! Sami Buddha sembahyang dalam Masjid bersama orang Isle PAS !

Apa dah nak jadi dengan orang-orang Isle PAS ni...sampaikan soal agama juga sanggup mereka berkongsi sembahyang dalam masjid dengan orang bukan Islam...aduhaiiii....

Itu agaknya gambaran mula bagi Slogan Merdeka 55 Tahun negara yang pihak Pakatan Haram rangka tu "SEAGAMA, SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA, SEJENIS" tu...hahaha!!!

Rabu, Ogos 22, 2012

Gambar bogel Putera Harry, satu dunia kecoh ! gambar bogel Putera PKR ?

 Ini dia gambar telanjang bulat Putera Harry, pewaris takhta England. Patutnya beliau tidak berkelakuan sebegitu kerana wajip menjaga maruah keluarga di-Raja tetapi perkara sudah berlaku nak buat macam mana.
Harap perkara seperti itu takkan berlaku atau menular dalam keluarga atasan di negara kita pula selepas ini sebab jika berlaku juga hanya akan menyebabkan kes-kes mahkamah semakin berlambak dengan kes-kes yang tertangguh...menyusahkan betul...huh!!!

Buddha di Malaysia dan etnik Islam Rohingya di Myanmar

 Pembersihan etnik Islam Rohingya secara terancang, kejam dan zalim oleh para penganut agama Buddha yang turut dibantu oleh pihak berkuasa di Myanmar memang amat bertentangan dengan layanan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia baik pemerintah mahupun pembangkang terhadap pemimpin serta penganut agama Buddha di negara ini.

Di Malaysia penganut agama Buddha mendapat layanan adil serta saksama sama dengan agama-agama lain seperti Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain lagi daripada pihak kerajaan malah mereka juga diberikan hak-hak tertentu di dalam menjaga serta memelihara sebarang kepentingan yang berkaitan dengan kepercayaan agama yang mereka anuti.
Tetapi amat malang sekali apabila keadaan sedemikian tidak pernah dikecapi oleh etnik Islam Rohingya yang sekian lama telah mendiami bumi Myanmar yang diperintah oleh sebuah kerajaan dalam negara yang majoriti besar penduduknya menganut agama Buddha. Kehindupan etnik Islam Rohingya amat sukar di Myanmar, pergerakan mereka terbatas dengan ancaman datang dari segenap penjuru yang sentiasa memburu untuk menghapuskan mereka.

Walau pada satu ketika saya kurang percaya dengan apa yang dibaca mengenai nasib kaum Rohingya Islam di Myanmar yang dikatakan ditindas oleh golongan Buddha yang turut disokong oleh pihak berkuasa Myanmar namun setelah membaca lebih banyak maklumat mengenainya barulah kita sedar bahawa apa yang berlaku di Myanmar terutama serangan terhadap orang Islam Rohingya memang benar-benar berlaku dan ini sudah tentu mengingatkan kita betapa bertuahnya orang-orang Buddha yang tinggal di Malaysia walaupun ianya sebuah negara Islam tetapi tetap berlaku adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira latar belakang kaum, adat serta agama mereka.

Selasa, Ogos 21, 2012

Perlukah Kelab Anak Derhaka ditubuhkan di negara ini ?

Sebagaimana persatuan-persatuan ataupun kelab-kelab yang terdapat di negara ini yang diwujudkan seperti Kelab Anak Merdeka, Kelab Anak Yatim Piatu, Kelab Ibu-ibu Tunggal, Kelab Veteran ATM, Kelab Pesara Kerajaan, Kelab Pesara Polis, Kelab Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional dan sebagainya, apakah perlu ditubuhkan juga satu lagi kelab khusus untuk anak-anak yang menderhaka kepada orang tua mereka.

Dan jika ramai yang bersetuju agar satu kelab khusus ditubuhkan bagi anak-anak yang tergamak menderhakai kedua ibubapa mereka, seperti tidak pernah menziarahi orang tua mereka pada hari-hari yang sepatutnya, tidak pernah menyumbang wang ringgit untuk belanja ibubapa masing-masing, menghantar ibubapa ke rumah orang-orang tua dan macam-macam lagi, justeru, siapakah yang difikirkan paling layak dan sesuai untuk mengetuai kelab berkenaan itu nanti?

Apa bezanya bendera PAS dengan bendera negara bekas penjajah, Jepun?


Jepun akan sentiasa diingati oleh seluruh penduduk Asia terutamanya penduduk-penduduk di negara Asia Tenggara sebagai sebuah negara penjajah paling kejam dan zalim di muka bumi ini malah menyamai kekejaman serta kezaliman rejim Zionis ketika ini terhadap rakyat Palestine.

Manakala PAS, Parti Islam SeMalaysia pula akan sentiasa dilihat sebagai sebuah parti yang sentiasa menganjurkan perpecahan yang memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini. PAS menjajah pemikiran orang-orang Islam di negara ini dengan ideologi atau fahaman songsang mereka mengenai Islam apabila sanggup menyamakan politik PAS dengan ajaran Islam malahan tergamak menakut-nakutkan orang Islam lain kononnya mengundi PAS masuk syurga dan jika tidak masuk PAS bermakna bukan ahli syurga.

Lihat pula persamaan yang ada pada bendera negara bekas penjajah Jepun dengan bendera parti PAS. Yang membezakan keduanya hanyalah warna pada bendera namun bentuk dan juga lambang yang digunakan pada kedua-dua bendera berkenaan ternyata serupa sahaja.

Isnin, Ogos 20, 2012

Abdul Hadi & Nik Abdul Aziz juga akan dipecat daripada PAS !

 Presiden PAS YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang kelihatan sangat gembira berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib pada suatu majlis dan Datuk Seri Najib juga amat selesa dengan salam yang dihulurkan oleh pemimpin PAS itu.
Begitu juga dengan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan begitu bahagia membelai seekor anak kambing janapari yang turut diusap-usap oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib sambil diperhatikan oleh anak Menteri Besar Kelantan itu.

Kemungkinan besar kedua-dua pemimpin Parti Islam SeMalaysia itu juga tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan disiplin oleh parti mereka kerana menunjukkan kemesraan mereka bersama Perdana Menteri dikhalayak ramai tanpa memperlihatkan yang mereka adalah pemimpin pembangkang kepada kerajaan yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dipecat daripada PKR

Mengambil kira reaksi daripada golongan tertentu dalam PAS berikutan penglibatan bekas Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib dalam sidang kemuncak luar biasa OIC di Mekkah di mana golongan tertentu dalam PAS mahu beliau dikenakan tindakan tatatertib, kini tiba giliran ketua pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan diambil tindakan dan mungkin digugurkan semua jawatan dalam PKR serta dipecat dari parti ekoran tindakannya mengkhianati perjuangan PKR kerana sanggup minum teh tarik bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib di lobi parlimen beberapa tahun lalu.

Walaupun tindakan ini yang kelihatannya lambat dilakukan namun yang pastinya bukan kerna mereka terlepas pandang mengenai kekerapan beberapa pemimpin tertentu pembangkang gemar berjumpa dan bersama dengan Perdana Menteri sebelum ini sebab mereka maklum sebenarnya mengenai perkara itu tetapi sebab utama adalah kekhuatiran mereka akan berlaku semakin banyak wakil-wakil rakyat daripada pembangkang yang akan melompat masuk dalam kem Bebas yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali yang kemudiannya menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib.

Ahad, Ogos 19, 2012

Rakyat Sarawak wajip dididik cara memasang bendera negeri dengan betul

Isu beberapa buah sekolah jenis Kebangsaan Cina di Sibu yang baru-baru ini memasang bendera Sarawak dalam keadaan yang terbalik adalah amat dikesali dan ianya tidak sepatutnya berlaku apatah lagi apabila ianya berlaku di kawasan sekolah yang mendidik dan melahirkan insan terpelajar serta berpengetahuan.

Tetapi apabila perkara ini berlaku tidak semestinya juga pihak sekolah terbabit yang harus dipersalahkan seratus peratus kerana ada pihak lain lagi yang perlu menjalankan peranan serta memberikan tunjuk ajar dan juga penerangan kepada pihak yang berkaitan tentang bagaimana cara mengibar dan memasang bendera negeri dengan betul.

Yang menjadi masalah sebenarnya ialah apabila ada pihak malah mungkin saya percaya masih ramai juga rakyat Sarawak sendiri yang tidak faham kedudukan bendera negeri dipasang bagaimana kerana tiada penanda khusus yang boleh dirujuk misalnya adakah jalur warna hitam di sebelah bawah dan jalur merah sebelah atas. Dan lebih mengelirukan anak bulan yang di tengah-tengah antara warna merah dengan warna merah tidak banyak membantu kerana bentuk serupa saja biar diterbalik atau ikut kedudukan sebenar.

Harap Jabatan Penerangan Sarawak perihatin dengan isu ini dan tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan kepada semua pihak di negeri ini pada masa hadapan.

Sabtu, Ogos 18, 2012

Salam Aidil Fitri buat umat Islam di seluruh Malaysia...maaf zahir & batin

Selamat menyambut 1 Syawal dan selamat merayakan Hari Raya Puasa Aidil Fitri 1433 Hijriah ingin saya ucapkan kepada seluruh masyarakat Malaysia yang beragama Islam. Semoga perayaan yang menandakan kemenangan bagi mereka yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa genap sebulan juga turut membawa makna bahawa ia akan menjanjikan masa depan sentiasa aman dan berjaya kepada negara kita.

Tahun ini dan juga tahun-tahun yang lepas, Malaysia dan masyarakatnya seringkali diuji dengan berbagai ujian serta dugaan terutama dalam mengekalkan hubungan dan juga perpaduan antara sesama masyarakat yang juga mengamalkan berbagai kepercayaan agama, adat serta budaya yang berbeza. Namun apa yang sangat diharapkan oleh sebahagian masyarakat yang menduduki negara tercinta ini adalah agar setiap orang dapat kiranya mengelak dari menimbulkan isu-isu yang agak sensitif yang sudah pasti boleh menjejaskan hubungan antara satu dengan yang lain.

Di Malaysia sejak akhir-akhir ini, agama Kristian terus menjadi sasaran oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ada dikalangan penganut agama ini merasa tertekan dengan berbagai tuduhan liar yang dilemparkan terhadap fahaman agama yang mereka anuti. Yang lebih menyedihkan ada sesetengah pihak yang sengaja memperalatkan agama ini untuk kepentingan yang tertentu dan menggunakannya memecahbelahkan perpaduan antara orang Kristian dengan orang Islam di negara ini.

Menggunakan nama Kristian dalam gerakan sulit mereka untuk menarik sokongan segelintir orang-orang bukan Kristian terutamanya orang-orang Islam dan ada daripada mereka ini sanggup memurtadkan orang Islam yang kemudiannya menarik golongan ini dalam kononnya agama Kristian. Perkembangan ini sebenarnya amat membimbangkan di mana peranan pihak Gereja dalam perkara sebegini amat dituntut agar janganlah terus membisu atau membiarkan hingga boleh menghancurkan perpaduan sesama masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di kemudian hari.

Kepada umat Islam juga, iman dan taqwa adalah perisai yang paling berharga dalam menghadapi berbagai cubaan daripada gerakan seperti ini dan jika iman kuat, kepercayaan kepada agama sendiri teguh dan kuat, pasti akan mampu melawan segala dugaan berbagai terutama gerakan yang menggelar mereka dari pertubuhan Kristian antarabangsa.

Jika ada yang terguris ekoran berbagai isu-isu yang tak sepatutnya timbul selama ini, kami memohon ampun dan maaf dan kami ingin sampai ucapan perpaduan sempena bulan yang mulia ini Selamat Hari Raya Aidil Fitri...Maaf Zahir & Batin...

Tragedi: sebelum dan selepas melepas anak ikan !

Lokas? Entah...tapi dalam Malaysia...malang tak berbau

Jumaat, Ogos 17, 2012

Perutusan khas Hari Raya ke-13 daripada PM Bayangan PR...

Macam tak sabar nampaknya kawan satu ni nak jadi Perdana Menteri Malaysia, maklumlah nak cuba macamana rasanya tika sampaikan utusan sambutan Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh rakyat jelata.

Khamis, Ogos 16, 2012

Kereta mana satu yang PKR nak turunkan harganya selepas PRU13 nanti?

 Sejak beberapa hari kebelakangan ini sibuk seluruh negara pasal PKR yang berura-ura nak turunkan harga kereta jika mereka menang menawan Putrajaya daripada tangan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Tapi dalam pada itu pihak PKR tidak pula nyatakan kereta mana satu yang mereka akan turunkan harganya, adakah kereta model import seperti mercedes benz, toyota camry dan lain-lainnya ataupun kereta tempatan buatan Malaysia keluaran Proton seperti Saga, Persona, Wira, Preve, Inspira atau keluaran Produa iaitu Myvvy, Saavy, Vivva, Alza dan banyak lagi.

Apakah model kereta seperti yang di atas tu yang akan diturunkan harganya ?
 ...atau kereta model ini...?
 ...mungkinkah kereta jenis ini...?
...ataupun kereta dari jenis ini ?

Rabu, Ogos 15, 2012

Dalam Kenangan: Datuk Punch Gunalan meninggal dunia

Lagenda Badminton Negara, Datuk Punch Gunalan 68, disahkan telah meninggal dunia pada pagi ini di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat penyakit yang dihidapinya sejak beberapa lama. Selanjutnya di sini

Selasa, Ogos 14, 2012

Sarawak wajar sekat kemasukan pemimpin berhaluan kiri dari Sabah ke negeri ini

Tindakan pihak Jabatan Imigresen Sarawak baru-baru ini yang menahan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) Sabah, Jannie Lasimbang dari memasuki negeri ini adalah sungguh tepat dan kena pada waktunya. Baca Utusan Borneo

Kehadiran beliau yang bermula pada 9 Ogos hingga semalam di Miri adalah untuk menyertai sessi dialog anjuran sebuah pertubuhan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JAOS) di mana perjuangan kumpulan ini saya lihat lebih mirip kepada perjuangan kumpulan pendesak yang sentiasa cuba memberi tekanan terhadap kerajaan dari berbagai sudut.

Apa yang sangat tidak digemari dari kedatangan pemimpin berhaluan kiri dari negeri Sabah ke negeri Sarawak adalah kerana kenderungan mereka untuk menghasut rakyat serta pemimpin-pemimpin tertentu di Bumi Kenyalang agar punya perasaan tidak senang dengan pihak-pihak pemerintah dari Semenanjung Malaysia.

Perbuatan menghasut seperti ini memang tidak dialu-alukan dan harap kerajaan Sarawak lebih tegas dengan kedatangan tetamu-tetamu tidak diundang dari Sabah seperti Dr. Jeffery Kitingan, Lajim Hj. Ukin, Wilfred Boomboring dan juga Jannie Lasimbang ini dan kalau perlu senaraihitamkan semua nama-nama mereka ini dari memasuki Sarawak sekiranya kunjungan mereka ke negeri ini semata-mata untuk memenuhi agenda yang tersembunyi.

Rabu, Ogos 08, 2012

Majlis paderi gay mengundang malapetaka alam yang dasyat di Malaysia !!!

Rakyat Malaysia seluruhnya termasuklah orang-orang Kristian juga perlu sedar kenapa dan apa sebabnya bencana alam serta malapetaka alam lainnya sering melanda beberapa negara di sesetengah negara di muka bumi ini seperti Amerika Syarikat, Australia, Thailand serta yang terbaru di negara Filipina khususnya di wilayah Manila ibu kota negara berkenaan.

Kita semua sedia maklum bahawa negara berkenaan telah memberi kebebasan mutlak kepada rakyatnya dari semua bangsa dalam mengamal gaya hidup sebagaimana yang mereka suka termasuklah menjalinkan hubungan umpama suami isteri antara lelaki dengan lelaki dan juga wanita sesama wanita.

Di Manila juga terdapat banyak kelab-kelab gay, pub dan sebagainya khas bagi golongan tersebut bebas beroperasi tanpa sekatan daripada pihak berkuasa malahan lengkap dengan pertandingan Mr. Gay Philipine untuk setiap tahun. Filipina adalah sebuah negara tunggal di Asia Tenggara yang satu-satunya telah mengisytiharkan mazhab Roman Katholik dari cabang agama Kristian sebagai agama rasmi bagi negara tersebut.

Filipina sejak kebelangan ini tidak putus-putus dilanda musibah alam yang dasyat, dilanda puting beliung, banjir kilat, tanah runtuh serta berbagai taufan ganas hingga telah meragut ratusan nyawa warganya dan terbaru apabila taufan Saola melanda beberapa daerah di wilayah Manila sehingga menyebabkan berlaku banyak kemusnahan.

Semua ini perlu dijadikan iktibar untuk kita di negara ini. Rakyat Malaysia harus bersatu menolak mana-mana individu mahupun mana-mana kumpulan yang jelas akan mendatangkan bencana atau musibah alam kpada negara kita dari bebas bergerak mengembangkan budaya songsang mereka dalam masyarakat di negara ini.

Selamatkanlah bumi bertuah Malaysia ini daripada makhluk yang lebih rendah taraf kehidupan mereka dari haiwan-haiwan serta binatang apabila sudah tidak mampu untuk mengenali jenis jantina bagi pasangan hidup.

Kepada seluruh masyarakat Kristian di Malaysia terutamanya yang mana Ngeo Boon Lin alias Rev. Quyang Wen Feng adalah antaraya ahli gereja juga...,apa guna kita setiap hari Ahad pergi ke gereja, memohon restu dan doa daripada Jesus Kristus demi kesejahteraan, keselamatan serta kebahagian jika kita semua hanya berdiam diri melihat perbuatan yang dilakukan dari kalangan kita yang nyata akan mengundang marabahaya tidak terkata terhadap bumi yang kita diami ini.

Jika seluruh kita tidak mahu sebarang malapetaka sepertimana yang berlaku di Filipina atau di mana-mana negara yang rakyatnya bebas mengamal kehidupan songsang akan berlaku di Malaysia, ayuhlah kita semua bersatu tolak kumpulan songsang seperti ini dari mula membiak di dalam negara kita...nyahkan mereka dari bumi Malaysia!!!

Selasa, Ogos 07, 2012

Unik logo Merdeka PR, sederap melangkah mayat Karpal Singh !

Jelas sekali logo hari kebangsaan yang ke-55 Malaysia oleh Pakatan Pembangkang adalah saduran daripada logo serta slogan 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Slogan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang sebelum ini pernah dituduh oleh pihak pembangkang ditiru daripada slogan 1Israel sebenarnya merangkumi semua perkara terutama sekali tentang seruan kesatuan jiwa rakyat Malaysia tanpa mereka bangsa demi negara yang tercinta.

Nampak sangat pihak pembangkang telah kekeringan idea dan terpaksa mencipklak slogan yang sudah beberapa tahun diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib. Tetapi apa yang lebih jelas berkenaan dengan logo dan slogan pihak Pakatan DAP, PKR dan PAS itu sebenarnya bertentangan sama sekali dengan apa yang ditunjukkan mereka dalam hubungan semasa mereka.

Nak mengajak rakyat menjiwai slogan tersebut tetapi pihak Pakatan Pembangkang sendiri tidak pernah sepi dengan berbagai isu perbalahan sesama sendiri, banyak yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang tidak menggambarkan seia sekata contoh paling nyata dalam isu hukum hudud PAS....

Sabtu, Ogos 04, 2012

Istilah "simpanan tetap BN" punca wakil rakyat BN Sabah keluar parti dan jangka menyusul ialah...

Kerana malu dilabel sebagai "simpanan tetap BN" membuatkan beberapa orang pemimpin Barisan Nasional Sabah menjadi tawar hati hingga memaksa mereka membuat keputusan untuk meninggalkan Barisan Nasional lalu beertindak untuk menyokong Pakatan Pembangkang.

Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya,

Itulah, makin lama tarikh PRU13 diadakan maka makin banyaklah juga nampaknya bangkai yang akan keluar dan terapung-apung...

Jumaat, Ogos 03, 2012

Tidakkah isu etnik Rohingya saja direka-reka oleh pembangkang Myanmar ?

 Myanmar adalah antara negara yang terjejas teruk akibat bencana alam Tsunami Aceh yang berlaku pada 26 Disember 2004 dulu selain daripada Bangladesh, Sri Lanka, Thailand, Malaysia, India dan Indonesia sendiri.
 Kejadian yang sungguh memilukan itu telah mendapat liputan serta perhatian dari seluruh penduduk seluruh dunia. Banyak sekali nyawa yang terkorban di dalam malapetakan alam itu malah di Indonesia sendiri tempat pusat gempa bumi berlaku telah mengorbankan ratusan ribu jiwa rakyatnya.
Setiap kejadian walau di negara mana sekalipun yang terkena tempias ombak Tsunami itu ianya telah dirakam dan gambar-gambar mangsa gempa bumi Aceh diedar dan beredar dari tangan ke tangan dan disebar di internet sepertimana tiga gambar di atas sebagai contoh.

Kini setelah hampir lapan tahun peristtiwa malang Tsunami Aceh berlaku dan juga selepas bebearapa bulan pemimpin pembangkang pro-Demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi dibebaskan dari tahanan serta setelah belian menang dalam pilihanraya pertama di Myanmar, mengapakah isu etnik Rohingya ini yang rata-ratanya beragama Islam tiba-tiba saja meledak?

Yang menghairankan, jika benarlah siri kejadian pembunuhan kejam secara beramai-ramai kaum Rohingya oleh pihak pemerintah Myanmar, polis dan tentera betul-betul berlaku, mengapakan Aung San Suu Kyi hanya berdiam diri, membisu seribu bahasa dan seolah-olah tidak berminat untuk membincangkannya? Mungkin kejadian penindasan kaum memanglah terdapat di Myanmar tetapi agak mustahil untuk dipercayai hingga ke tahap seperti mana yang digambarkan oleh pihak pembangkang Myanmar serta media antarabangsa. Kemungkinan itu mungkin ada tetapi mustahil sampai ke jumlah yang begitu banyak.

Pembangkang sesebuah kerajaan sekarang ini pendekatan mereka dalam mendapatkan kuasa seakan serupa saja, buat fitnah terhadap kerajaan yang memerintah malah sanggup pula bersekongkol atau menjadi talibarut kepada pihak asing untuk memburuk-burukkan nama baik negara sendiri janji hasrat mereka nak berkuasa memerintah negara tercapai. Jika amalan sebegini sudah sebati dalam perjuangan pembangkang di Malaysia, tidak mustahil pembangkang di Myanmar juga sanggup berbuat demikian semata-mata mahu mendapatkan kuasa memerintah negara mereka daripada kerajaan yang sedia ada.

A. Samad Said belum berdaftar sebagai pengundi dengan SPR !!!

Kelakar dan sungguh memalukan!!! bagaimana di usia yang sebegini tua masih ada juga rupanya warganegara Malaysia yang belum mendaftar diri sebagai pengundi dan sekaligus tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk memilih sebuah kerajaan yang sah mentadbir negara.

Kepada Pak Samad, segeralah ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terdekat sebelum terlambat sebab tarikh akhir untuk mendaftar adalah 31 Ogos ini bagi membolehkan mereka yang telah berdaftar untuk mengundi pada PRU-13 nanti. Barang siapa yang mendaftar selepas tarikh itu tidak mereka belum layak untuk mengundi sebab SPR akan menggunakan senarai nama mereka yang telah mendaftar sebelum 31 Ogos.

Ayuh Pak Samad, jom ramai-ramai ke pejabat SPR yang terdekat...Pejabat Pos pun ok, Pejabat Daerah...jangan lepaskan peluang untuk mengundi :))

Khamis, Ogos 02, 2012

Adakah agama Kristian RC semurah ini ? Tidak !



Ketiga-tiga gambar di atas ini saya ambil dari beberapa buah blog yang sebelum ini telah mendedahkan bahawa terdapat kegiatan para penyebar agama Kristian dari mazhab Roman Catholic sedang merayau-rayau di sekitar kediaman masyarakat orang Islam di tempat tertentu dalam negara ini.

Untuk bukti gambar ini telah disiarkan dan sekali pandang macam pelancong dari negara China dan orang Barat yang sedang sesat tidak tahu jalan. Gambar juga menunjukkan mereka yang bergerak secara berkumpulan masing-masing berjalan sambil menggalas sebuah yang dipercayai mengandungi risalah-risalah agama Kristian untuk diedarkan kepada masyarakat Islam.

Jika benar, kenapakah sampai begitu terdesak sekali pemimpin agama Kristian khususnya dari golongan Roman Catholic apabila terpaksa keluar jauh ke kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya untuk mengembangkan agama Kristian padahal dalam ajaran Kristian sendiri amat dilarang untuk berbuat demikian kepada mereka-mereka yang ternyata sudah ada kepercayaan sendiri.

Saya masih ingat lagi bagaimana seorang paderi yang telah begitu lama berkhidmat di daerah kami iaitu Rev. Father Henry Vollenberg warga Belanda menjelaskan kepada kami yang ketika itu baru menerima Sacramentum Baptisme dan menjadi umat Kristian RC yang baru sekitar tahun 1980an di mana beliau memberitahu bahawa menjadi satu kesalahan besar menyebar ajaran agama Kristian kepada orang Islam atau mereka-mereka yang sudah menganut agama lain.

Penjelasan itu beliau nyatakan kepada kami berikutan sebelumnya pihak gereja enggan menerima kami dari satu kampung untuk diBaptiskan sebagai orang Kristian walau telah beberapa kali mengundang pihak gereja untuk datang ke perkampungan kami. Alasan pihak gereja ialah mereka tidak akan sesekali menerima orang Islam untuk belajar agama Kristian. Tidak sama sekali. Titik!

Untuk makluman, kedudukan perkampungan yang kami duduki sebenarnya berada di dalam lingkungan masyarakat yang beragama Islam. Orang Islam adalah penduduk majoriti di kampung yang kami tinggal dan kami adalah kumpulan minoriti. Oleh itu, maka pihak gereja menganggap kami yang minoriti ini merupakan orang Islam juga dan itulah alasan yang diguna oleh pihak gereja untuk menolak permohonan kami penduduk di situ hendak memeluk agama Kristian.

Banyak perkara berlaku di sebalik kemasukan kami ke dalam agama Kristian RC ketika itu. Perbalahan sesama pemimpin gereja tercetus apabila seorang paderi iaitu Reverand Father Henry Vollenverg memarahi salah seorang mubaligh RC rakyat tempatan, mendiang Philip Rooby yang beliau dakwa sengaja mencari masalah apabila sanggup mengajar ajaran agama Kristian kepada orang Islam.

Pertengkaran terus berlaku namun mendiang Philip tetap bekeras dan memberitahu Rev. Father Henry bahawa kami bukan Islam dan belum ada agama sebab sebagai penduduk tempatan mendiang Philip lebih kenal kami daripada orang luar. Untuk sekian kalinya, kami akhirnya diterima juga belajar agama Kristian RC dan kemudiannya lulus untuk diterima menjadi seorang Kristian, diBaptis dan seterusnya diberi kelulusan untuk menerima Sacramentum Confirmation daripada Arch. Bishop Dominic Su.

Father Henry menjelaskan kenapa pihak gereja sebelum itu berkeras untuk tidak mahu menerima kami belajar dan seterusnya Membaptiskan kami sebagai orang Kristian adalah disebabkan pihak mereka berpendapat yang kami adalah orang Islam dan lebih dari itu kerana sangat menghormati undang-undang negara ini serta tidak mahu menimbulkan sebarang suasana yang tidak elok dalam negara ini apabila sengaja melakukan pelanggaran terhadap undang-undang negara malah ianya juga tidak selari dengan tuntutan agama Kristian itu sendiri.

Saya sengaja selitkan serba sedikit kisah lalu berkenaan dengan kemasukan kami ke dalam agama Kristian Roman Katholik suatu ketika dulu adalah bagi memberi jawapan kepada perbuatan misteri serta tidak bertanggungjawab oleh beberapa kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai mubaligh Kristian yang didakwa ke hulu ke hilir mengedar segala risalah tentang ajaran agama Kristian...dan mereka-mereka ini harus sedar bahawa perbuatan mereka itu bukan saja menyalahi undang-undang Malaysia malah sangat bertentangan dengan ajaran agama Kristian.

Apakah juga kumpulan-kumpulan mubaligh sesat ini jelmaan daripada parti-parti politik pembangkang? Mereka semacam ada agenda berbaur politik, cuba menggugat ikatan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. Lebih-lebih lagi apabila ada anasir asing turut serta di dalam gerakan mereka itu. Oleh itu saya merayu kepada pihak gereja seluruh negara agar bertindak terhadap golongan berfahaman sempit ini, perbuatan mereka jika tidak disekat pasti akan mengundang berbagai masalah baru dalam hubungan masyarakat Islam dengan orang Kristian di negara ini nanti.

!!! Siasat juga bagaimana kumpulan "mubaligh" ini boleh menyalahgunakan nama gereja tertentu untuk kepentingan sempit mereka ... tindakan kumpulan itu juga saya rasa telah menghina agama Kristian dalam keadaan yang sedar apabila berlagak umpama pengemis dan kutu rayau menyebar risalah ajaran Kristian kepada orang ramai. Kumpulan ini sebenarnya telah meletakkan nilai agama Kristian di tahap yang paling rendah, semurah selipar dan barangan lelongan lainnya...!!!

Selasa, Julai 31, 2012

Kes jenayah berat mulai melanda Bahagian Miri

Ini merupakan kes jenayah pertama yang berlaku di Bahagian Miri Sarawak melibatkan penggunaan senjata api untuk membunuh individu yang menjadi sasaran pihak yang tertentu. Kejadian berlaku petang semalam hari Isnin ketika pergerakan trafik mulai menjadi sibuk.

Seorang ahli perniagaan yang berusia 48 tahun telah menjadi mangsa tembakan penembak curi ketika beliau sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran Jalan Bendahara di tengah bandar Miri di mana tembakan dilepas hingga menembusi cermin kereta yang dipandu mangsa dan mengena bahagian leher serta kepala sebelah kanan beliau.

Untuk seterusnya bolehlah KLIK di sini dan berita ini sungguh menggemparkan penduduk Miri.

Punyalah ramai TPM dan KM negeri2 jika Anwar jadi PM

Setiap wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional baik Ahli Parlimennya mahupun mereka yang duduk di kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing di seluruh negara, tentunya mereka yang sanggup meninggalkan perjuangan BN dan bertindak keluar parti untuk bersama-sama berjuang dengan Pakatan Pembangkang menentang kerajaan telahpun dijanjikan dengan imbuhan yang bukan sedikit nilainya bagi mereka.

Di Sabah sebelum ini contohnya, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee telah membawa partinya keluar daripada Barisan Nasional dan kemudian menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Haram Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Yong Teck Lee dijanjikan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga sebagai Ketua Menteri Sabah jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.

Kemudian Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terpaksa keluar daripada UMNO demi mencapai cita-cita untuk dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tak lama selepas itu, Tan Sri Kadiq Sheikh Fadzir bekas Menteri Penerangan pula ikut jejak Zaid Ibrahim keluar UMNO untuk bersama-sama menentang kerajaan Barisan Nasional setelah termakan dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sebelum itu juga, bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng masuk PKR kerana percaya dengan janji serupa yang dibuat Anwar iaitu akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika impian mereka untuk menawan Putaraya tercapai.

Selepas Mat Syabu menang menewaskan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada Muktamar PAS yang ke-57, Mat Syabu juga ditawarkan dengan jatawan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sehingga kini Mat Syabu terus berkhayal mengenai janji-janji Anwar itu.

Terbaru apabila seorang Timbalan Menteri yang sedang bertugas dalam kabinet kerajaan yang diterajui Datuk Seri Mohd. Najib akhirnya terpaksa akur dan menyerah kalah sebum berjuang apabila tergamak meninggalkan UMNO dan BN semata-mata percaya dengan janji akan ditabal sebagai Timbalan Perdana Menteri selain jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Wilfred Boom Boring pula terpaksa meninggalkan BN hanya kerana percaya dengan janji akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Anwar dan Pakatan Pembangkang berjaya menumbang Barisan Nasional serta mengambilalih pusat pentadbiran negara di Putrayaja.

"Lajim, kalau kau keluar UMNO dan BN, saya janji saya akan beri jawatan paling kanan dalam kerajaan kepada awak setelah menyertai kami ," - Anwar Ibrahim.

"Bolehhh... tapi aku enda mau dikasi jawatan menteri biasa sebab kalau boleh bagilah jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau sekurang-kuranya sebagai.Ketua Menteri Sabah" - Lajim Hj Ukin.

Isnin, Julai 30, 2012

Lajim & Bumbu Ring; dua biji bisul yang pecah awal sebelum PRU13 !

 Memang ada baiknya juga apabila Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib melambat-lambat tarikh pembubaran Parlimen seluruh Malaysia dan juga DUN bagi Semenanjung Malaysia serta Sabah.
Tindakan PM melewat-lewatkan pembubaran Parlimen serta DUN dilihat bagi memberi ruang sepenuhnya kepada mana-mana wakil rakyat khususnya dalam komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat akan kesetiaan mereka terhadap dasar dan juga perjuangan parti.

Ini memang perlu juga dilakukan agar tidak akan berlaku mereka yang mengkhianati parti apabila sudah tiba masanya pilihan raya diadakan. Ini juga bagi mengelak berlakunya calon-calon parti BN yang buat kejutan di saat akhir dengan menyertai Parti Pakatan Pembangkang menentang kerajaan sedia ada.

Belumpun Parlimen dan DUN Semenanjung serta Sabah dibubarkan, sudah seperti tidak tertahan-tahan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Lajim Hj. Ukin mencabar UMNO dan Barisan Nasional yang diwakilinya selama 18 tahun dengan meletak semua jawatan dalam parti dan juga Wilfred Bumbu Ring apabila bertindak keluar daripada UPKO dan Barisan Nasional hanya kerana termakan dengan janji Anwar Ibrahim.

Cuba kita bayangkan, misal kata mereka berdua ini Lajim dan Bumbu Ring melakukan khianat terhadap Barisan Nasional selepas Parlimen dibubarkan apabila nama mereka dicalon semula oleh parti bagi mewakili Barisan Nasional untuk sepenggal lagi, tentu menggelabah pemimpin tertinggi BN untuk menyelesaikan perkara yang tidak terduga boleh dilakukan oleh calon-calon BN sendiri yang nama mereka telah didaftar mewakili parti berkenaan.

Ini setelah kedua-dua mereka ini keluar parti dan kembali bertanding mewakili pembangkang bagi menentang calon daripada BN, maka secara tidak langsung ini akan memudahkan lagi kerja Barisan Nasional untuk mempertahankan lagi kedua-dua kerusi Parlimen Beaufort juga Parlimen Tuaran dengan meletakkan calon muda yang lebih bertenaga jika dibanding dengan kedua mereka yang sudahpun berumur dan sudah menjadi "Ayam Pencen" makin tua makin murah harganya.

Ahad, Julai 29, 2012

Rakyat Sarawak usah biarkan diri dikelirukan oleh Dr. Jeffery Kitingan !

Bebagai dakwaan atau tanggapan oleh segelintir pihak khususnya di Sarawak mahupun di Sabah sejak dulu kononnya begitu banyak sudah hasil-hasil bumi yang bersumber dari kedua-dua negeri ini telah dibawa ke Semenanjung Malaysia untuk diagih-agihkan kepada setiap negeri yang ada di Semenanjung.

Bagi mereka yang mudah percaya dengan dakyah sedemikian sudah pastilah mereka akan menyokong setiap kenyataan yang dibuat tentangnya oleh pihak-pihak yang memang suka melihat perpaduan rakyat di negara ini terus bergelora, berkocak dan tidak tenang sepanjang masa.

Namun saya yakin bahawa masih ramai rakyat di Sarawak ataupun di Sabah yang percaya dengan dakwaan sedemikian dan rasanya masih ramai juga yang belum mengerti tentang tanggungjawab setiap satu negeri yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia terhadap negara ini.

Daripada 13 negeri yang berada dalam Malaysia setiap satunya mempunyai tanggungjawab yang serupa untuk Malaysia dan dalam beberapa perkara seperti menyumbang hasil keluaran dalam negara kasar untuk Malaysia, cukai dan sebagainya. Itu antara yang saya fahami, dan saya tidak percaya dengan dakwaan kononnya banyak hasil-makhsul dari kedua-dua negeri di Malaysia Timur telah dibawa ke Malaysia Barat hingga menyebabkan Sarawak dan juga Sabah hilang banyak hasil bumi untuk rakyatnya.

Mana-mana rakyat kedua-dua negeri Sarawak serta Sabah yang terdidik, yang punya pelajaran atau yang arif tentang perjalanan semasa pentadbiran Malaysia iaitu sejak Persekutuan Malaysia wujud hasil pergabungan antara Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah padab 16 September 1963, boleh kiranya golongan ini mengadakan sessi penerangan kepada rakyat teramai di seluruh pelusuk kedua-dua negeri ini bagi menangkis tuduhan tidak berasas pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menggunakan isu berkenaan untuk menjayakan agenda politik kotor mereka.

Kerajaan Sarawak perlu memantau setiap siri ceramah Datuk Dr. Jeffery Kitingan di negeri ini agar beliau tidak terus diberi kebebasan tanpa hadnya sehingga dibenarkan pula untuk membangkitkan perkara-perkara yang tidak betul tentang Malaysia di mana akhirnya dikhuatiri akan meracuni pemikiran generasi muda. Rakyat Sarawak tidak boleh menerima dasar perjuangan yang dibawa oleh Dr. Jeffery Kitingan itu yang bukan saja banyak bertentangan dengan dasar kerajaan sedia ada malah perjuangan beliau seringkali dilihat sengaja mahu menimbulkan pertelingkahan antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak/Sabah.

Khamis, Julai 26, 2012

Dr. Jeffery Kitingan giat sebar sentimen anti-Semenanjung di Sarawak !

Kekerapan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffery Kitingan berulang-alik dari Sabah ke Sarawak sejak kebelakangan ini nyata mempunyai niat yang tertentu selain menjalinkan kerjasama dengan beberapa parti politik pembangkang di Bumi Kenyalang.

Mungkin menyedari pengaruh politiknya di Sabah tidaklah semegah dulu atau semakin ditolak oleh rakyat Sabah, kini Dr. Jeffery kelihatan cuba beralih arah ke Sarawak pula.

Mengutip parti STAR yang telah dibakulsampahkan oleh bekas menteri kabinet negeri Datuk Dr. Patau Rubis, beliau dilihat cuba mempengaruhi rakyat Sarawak berbekalkan isu-isu yang sama yang pernah beliau gunakan satu masa dulu dalam menarik sokongan rakyat Sabah terhadap perjuangannya yang kini nyata semakin gagal.

Untuk beberapa hari sewaktu berada di Sarawak, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah/Sarawak Dr. Jeffery Kitingan merangkap Pengerusi Yayasan Warisan Borneo mulai meniup perasaan kebencian rakyat Sarawak kepada pihak-pihak di Semenanjung Malaysia khususnya UMNO yang beliau dakwa bertindak bagaikan penjajah di negeri Sabah.

Sambil mengingatkan pihak tertentu yang hadir pada perjumpaan dengan beliau terutamanya rakyat Sarawak betapa pentingnya rakyat negeri ini mempertahankan Perjanjian 18 Perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan agar mereka tidak menerima nasib serupa dengan yang menimpa rakyat serta negeri Sabah yang menurutnya semakin hilang beberapa perkara dari Perjanjian 20 Perkara antara Sabah dengan kerajaan Pusat sebaik saja UMNO bertapak di Negeri Di Bawah Bayu itu.

Selain itu, Dr. Jeffery juga memberi amaran kepada Barisan Nasional serta Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS yang berpusat di Semenanjung Malaysia tidak mengganggu kerusi-kerusi Parlimen parti tempatan di kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah. Merujuk kepada bilangan kerusi Parlimen di negara ini yang kesemuanya telahpun berjumlah 222 kerusi, Dr. Jeffery tidak mahu BN dan PR Pusat mencampuri urusan pemimpin tempatan untuk 56 kerusi Parlimen yang selebihnya iaitu 31 kerusi di Sarawak dan 25 di negeri Sabah.

Namun demikian, Dr. Jeffery tidak sedar bahawa Sarawak sebenarnya tidaklah sama sepertimana Sabah yang boleh dikatakan sebahagian besar jumlah kerusi Parlimennya terdiri daripada parti-parti politik yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia seperti UMNO, MCA dan juga Gerakan sedangkan Sarawak hanya Ahli Parlimen Pembangkangnya saja dari parti yang berasal dari Semenanjung iaitu DAP tetapi parti kerajaan PBB, PRS, SPDP dan SUPP parti tempatan yang mendapat dokongan kuat daripada rakan gabungan BN di Semenanjung Malaysia.

Apa yang saya lihat dari kehadiran Dr. Jeffery Kitingan yang kerap ke negeri Sarawak adalah semata-mata untuk membina pengaruhnya dikalangan pengundi walaupun terpaksa menggunakan pendekatan yang terlalu asing bagi rakyat Sarawak apabila beliau cuba mengajar rakyat negeri ini tentang hak-hak mereka dalam Malaysia namun dalam pada itu juga beliau turut menyemai semangat anti-Semenanjung di kalangan penduduk Sarawak sambil mendakwa Sabah kini umpama di bawah penjajahan pihak dari Semenanjung.

Apa pula pandangan pihak kerajaan negeri Sarawak tentang perbuatan Dr. Jeffery Kitingan ini, adakah perlu dikenakan tindakan dihalang memasuki negeri ini menggunakan Akta Imigresen kerana secara halus cuba menghasut penduduk Sarawak agar membenci Kerajaan Persekutuan dan jika kerajaan negeri gagal bertindak awal, apabila sentimen anti-Semenanjung telah meresapi pemikiran penduduk negeri ini adakah saat itu baru kerajaan negeri sedar bahawa kedatangan Dr. Jeffery Kitingan ke Bumi Kenyalang sebenarnya membawa bersamanya racun yang boleh memusnahkan semua apa yang telah dibina bersama selama ini.

Rabu, Julai 25, 2012

Mat Syabu "call" Rais Yatim jam 1:21 pagi. Apa kes?

Ketika jarum jam menunjuk tepat 1:21 pagi, tiba-tiba telefon bimbit yang diletak atas meja kecil sebelah katil berbunyi dengan nada dering lagu "Semalam di Malaysia."

DS Maznah: bang! bang!...handphone tu, ada pemanggil...

DS Rais: hheerrrmmmmmm...siapa ling?

DS Maznah: manalah I tau bang..

DS Rais: meh sini handphone tu ling...

DS Maznah: ini dia bang...

DS Rais: makasih ling. Hello...! siapa ni?

Si Pemanggil: selamat malam Datuk Seri...ini saya ni..Mat Syabu...maaf Datuk Seri, ganggu orang tengah-tengah malam macam ni hehehe..

DS Rais: malam apanye, sudah pagi lah...awak call saya dari mana ni? haaa..apa pulak mimpi awak call saya pagi-pagi buta macam ni Mat?

Mat Syabu: alaaa maaflah Datuk Seri hehehe, saya kat Hotel Perdana Kota Bharu ni... ini saya ada hajat besar ni Datuk Seri..

DS Rais: hajat besarrr? hajat besar apa Mat.., awak nak pinang anak gadis saya pagi-pagi kelat macam ni?

Mat Syabu: eh! bukanlah Datuk Seri...sebenarnya...hermmm... sebenarnya, sebenarnya saya nak minta jasa baik Datuk Seri kalau boleh RTM mainkan semula drama Gerak Khas kat TV1 atau TV2...

DS Rais: pelik juga...biasanya orang-orang PAS tidak sukakan RTM, apesal pulak tetiba saja awak yang beriya-iya nak minta RTM ulang tayang drama tu..

Mat Syabu: iya..betul Datuk Seri..itu dulu tapi sekarang, sejak dua menjak ni saya entah kenapa minat sangat dengan program-program kat RTM tu..

DS Rais: ...ada-ada sajalah awak ni Mat...oklah, nantilah saya fikirkan..ni, nak tidor dulu...

Mat Syabu: hehehe..ok, ok..terima kasih Datuk Seri...selamat malam dan saya doakan moga Datuk Seri menang PRU13 nanti...muuuaaahhh...muaah..

Datuk Seri Utama Rais Yatim kelihatan masih kebingungan dengan permitaan daripada Timbalan Presiden PAS itu. Sebelum berbaring untuk kembali masuk tidur, DS Rais sempat melontarkan persoalan mengenai hajat Mat Syabu itu kepada isterinya yang tersayang, DS Maznah Rais.

DS Rais: Ling, rasa macam pelik juga abang dengan permintaan Mat Syabu tu tadi...

DS Maznah: aa..aa..aalah bang..buang tabiat agaknya orang tua tu... eh bang!..jangan, jangan Mat Syabu dah syok dengan Inspektor Aleeza dalam drama tu tak?

DS Rais: Ohhhhyaaa... ya tak ya juga...Inspektor Aleeza...Abby Abadi ! ...baru abang faham ling...

Isnin, Julai 23, 2012

Ariel Peterpan bebas dan pasti akan kembali popular..!

Pembebasan vokalis kumpulan Peterpan hari ini, Mohd. Nazriel Ilham atau Ariel lebih awal dari jadual sebenar jumlah hukuman yang dikenakan ke atas beliau oleh mahkamah Indonesia bersabit kes moral yang beliau hadapi telah disambut dengan gembira oleh sebilangan besar para peminatnya yang telah berkumpul sejak pagi di luar perkarangan mahkamah.

Reaksi segera daripada para peminat terhadap pembebasan Ariel itu bukan saja sebagai satu dorongan semangat untuk beliau kembali berkarya dalam dunia seni yang terhenti semenjak beliau ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia tetapi lebih sebagai petanda bahawa pembebasan beliau bukan saja dilihat akan kembali mengubati kerinduan peminatnya malahan populariti beliau sebagai penyanyi berkumpulan akan lebih menyerlah dan digemari ramai.

Rasanya tentu ramai peminat yang tidak peduli dengan isu yang pernah menyelubungi Ariel sehingga membawanya ke penjara sebab kalangan mereka lebih suka melihat kepada bakatnya sebagai seorang penghibur. Dan bagi mereka apa yang berlaku ke atas Ariel itu adalah masalah peribadinya yang tidak harus dicampur aduk dengan aktiviti seni yang beliau ceburi.

Perkara sebegini juga pernah berlaku dalam dunia politik di Malaysia apabila terdapat beberapa tokoh politik yang pernah terlibat dengan skandal tertentu malah siap dengan video seks masing-masing namun tetap juga menjadi pilihan sesetengah orang contoh seperti Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Mat Syabu dan lain-lain lagi.

Datuk Seri Chua walaupun pernah menimbulkan kontroversi ekoran video seksnya dengan seorang serta telah mengaku bahawa individu di dalam video itu adalah dirinya namun pada pemilihan MCA beliau tetap menang setelah sebahagian besar para perwakilan pada perhimpunan agung MCA memilihnya untuk menjadi Presiden MCA yang baru selepas menewaskan Datuk Seri Ong Tee Kiet. Sebilangan besar perwakilan tidak kisah dengan isu video seks Datuk Seri Dr. Chua kerana mereka lebih suka melihat kepada kesungguhan bekas Menteri Kesihatan itu bekerja untuk parti dan rakyat.

Jadi apabila perkara seperti itu yang turut melibatkan penggiat seni seperti Ariel, sudah pasti para peminatnya meletak perkara yang telah dilakukan oleh penyanyi itu dulu ke tepi dan apa yang mereka utamakan adalah bakatnya sebagai seorang penyanyi yang punya pengaruh tersendiri dikalangan peminat setianya bukan saja di Indonesia tetapi juga di Malaysia, Brunei Darussalam serta Singapura. Selamat kembali kepada Peterpan !

Ahad, Julai 22, 2012

Satu demi satu pemimpin negara Islam gugur angkara kekejaman Barat !

 Pengasas Hamas, Asyahid Sheikh Ahmed Yassin dibunuh oleh tentera Israel ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai solat Subuh pada pagi 22 Mac 2004. Sheikh Yassin menjadi sasaran pihak Barat dengan bantuan rejim Israel bagi mematahkan pengaruh besar beliau yang nyata berjaya meniup semangat juang rakyat Palestine dalam menentang penaklukan rejim Zionis serta pembebasan tanahair mereka.
 Bekas Presiden Iraq, Allahyarham Saddam Hussein yang menyokong kuat perjuangan rakyat Palestine untuk melepaskan negara mereka daripada cengkaman negara pengganas Israel turut menjadi buruan Barat. Difitnah dengan tuduhan memiliki senjata pemusnah besar-besaran maka pihak Barat sudah ada alasan untuk menyerang Iraq yang dipimpin Saddam.

Pada 20 Mac 2003, Iraq telah diserang oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat serta Britain setelah Presiden Bush berjaya meyakinkan pihak Majlis Keselamatan PBB bahawa Iraq menyembunyikan senjata pemusnah di satu lokasi yang dirahsiakan.

Dengan itu, untuk membuktikan yang dakwaannya benar maka Iraq diceroboh dan diserang dari pelbagai penjuru hingga memaksa Saddam Hussein bersembunyi yang kemudiannya berjaya ditangkap oleh tentera penceroboh pada 8 January 2004 kemudiannya dibicarakan lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Boneka Barat pada 30 Disember 2006 namun bukti senjata pemusnah milik Saddam seperti yang didakwa oleh Bush dan Blair masih gagal untuk dibuktikan sehingga ke saat ini.
 Begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh bekas pemimpin Libya, Allahyarham Muammar Al-Ghadafi apabila beliau juga akhirnya berjaya diguling serta dibunuh oleh kuasa Barat menerusi pemberontak rakyat tempatan tajaan Amerika Syarikat. Kelantangan dan keberanian Ghadafi membidas kuasa Barat terutama berkaitan isu Palestine memang amat tidak disenangi oleh Amerika Syarikat serta rejim Israel.

Pemimpin negara Barat seakan berpesta sebaik saja berita tentang penangkapan Presiden Muammar Ghadafi pada 20 Oktober 2011 diketahui dan bagi mereka adalah satu kemenangan apabila Ghadafi telah maut ditangan rakyatnya sendiri yang telah menembak tepat di kepala pemimpin berkenaan ketika beliau diarak keliling bandar sejurus berjaya di tangkap dari tempat persembunyiannya.
 Mana-mana pemimpin negara Islam yang berani mengkritik atau membidas negara kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat telah dikira sebagai musuh yang harus dihapuskan. Bekas Presiden Tunissia, Zine El Abidine Ben Ali adalah antara pemimpin yang telah menjadi mangsa kezaliman Barat apabila beliau kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah negaranya sendiri atas desakan Amerika Syarikat dan negara sekutunya.
Syria, yang diperintah oleh Presiden Bashar Al-Assad sebuah lagi negara Islam yang memang tidak disukai oleh Barat dan bagi memaksa Syria agar tunduk kepada segala kemahuan ataupun sentiasa mengikut acuan Barat dari segi pemerintahan maka presidennya perlu ditangani terlebih dahulu.

Amerika Syarikat yang memusuhi Assad sejak beliau mengambilalih jawatan Presiden Syria kerana pendiriannya yang sering menentang dan tidak menyebelahi Barat terutama dalam isu Palestine-Israel telah membuat pemimpin negara kuasa Barat sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan Assad walau dengan apa jua cara sekalipun.

Kini pihak Barat nyata semakin berjaya dengan agenda keji mereka untuk menjahanamkan seberapa banyak yang boleh negara Islam dan negara Syria merupakan satu lagi negara Islam yang sedang dalam proses itu. Presiden Bashar Al Assad yang kini masih diketahui kedudukan beliau dijangka akan menerima nasib serupa dengan keadaan yang ditempuhi oleh Saddam Hussein, Muammar Ghadafi, Hosni Mubarak, Zen El Abidine selama mereka bersembunyi dari buruan para pemberontak tajaan Barat.

Inilah yang terpaksa umat Islam, pemimpin-pemimpin serta negara-negara Islam seluruh dunia harus hadapi sekiranya terus gagal untuk bersatu padu. Pertentangan pendapat dikalangan pemimpin negara-negara Islam sendiri memudahkan lagi musuh-musuh Islam untuk masuk mempengaruhi serta menghasut rakyat agar bangkit menentang kerajaan mereka sendiri dan niat kotor Barat akan menjadi lebih mudah untuk dicapai dengan kerjasama pengkhianat yang bersedia untuk bangun memberontak terhadap kerajaan yang memerintah negaranya sendiri.

Sabtu, Julai 21, 2012

Nahas heli, Naib Pengerusi PKR Sarawak maut. Salah BN lagi?

Helikopter yang jatuh terhempas di muara Sungai Triso Batang Lupar di Sri Aman pada jam 9:30 pagi semalam adalah milik Syarikat Sebiro Holding iaitu sebuah syarikat kepunyaan Datuk S'ng Chee Hua bapa kepada Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWAP) Larry S'ng juga bekas ADUN Pelagus yang sangat dibenci oleh Tan Sri James Massing Presiden PRS namun sangat disayangi oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak.

Pesawat model Eurocopter EC 120 itu dikendalikan oleh juruterbang Riko Steger warga Jerman turut membawa bekas calon PKR untuk kerusi DUN Tarat, Peter Ato Mayau menentang calon Barisan Nasional YB Roland Sagah pada PRN ke-10 tahun lepas namun tewas dan sehingga nahas berlaku beliau adalah Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sarawak.

Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim seketika dulu adalah sahabat baik kepada Datuk Seri S'ng Chee Hua tetapi sejak anak lelaki beliau bekerja dalam kabinet kerajaan Sarawak sewaktu masih menjadi ADUN Pelagus hubungan beliau dengan Anwar semakin dingin ini mungkin disebabkan projek yang beliau perolehi dari kerajaan lebih bernilai jika dibandingkan persahabatannya dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang nyata tidak boleh memberi apa-apa projek berimpak besar.

Pada PRU-13 nanti besar kemungkinan Peter Ato Mayau akan bertanding dan pastinya atas tiket Parti PKR di kawasan yang rasanya juga diidamkan oleh Parti Pekerja Sarawak (SWAP) bertanding. Untuk menang di situ SWAP akan menentang calon parti PRS dari komponen BN tentulah SWAP tidak mahu bertembung dengan calon-calon parti pembangkang lain. Dan oleh itu maka SWAP perlu lakukan sesuatu lebih awal agar cita-cita SWAP untuk meranap PRS akan berjaya tanpa sebarang halangan dari mana-mana pihak.

Peter Ato adalah seorang jurutera. Selain beliau dalam penerbangan itu adalah Siti Khuzaimah Anwar seorang juruukur bahan serta seorang arkitek Hnery Loh. Destinasi Helikopter yang dipandu oleh Riko Steger menuju ke Nanga Merit di Kapit dalam misi untuk melakukan pemeriksaan ke atas satu projek pembinaan sekolah dan tentulah ini satu projek di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibiayai oleh Kerajaan Barisan Nasional dan bukannya projek Pakatan Pembangkang.

Syarikat Sebiro Holding banyak dapat manfaat dari projek-projek yang diperolehi daripada kerajaan negeri mahupun projek-projek kerajaan pusat maka inilah sebabnya mengapa SWAP seringkali menyatakan kepada rakyat Sarawak bahawa mereka tidak berniat untuk menentang kerajaan Barisan Nasional tetapi mereka akan tetap melawan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang diterajui oleh YB Tan Sri James Massing walaupun sedar bahawa PRS berada di dalam gabungan BN Negeri dan juga BN Pusat.

SWAP tetap beri jaminan bahawa mereka mesra BN tetapi benci PRS. Ramai pemimpin BN Negeri yang gelisah dengan kewujudan SWAP ini terutama sekali mereka dalam team Tan Sri James Masing. Bagi mereka yang telah disingkir oleh Tan Sri James dari PRS, dengan adanya SWAP mereka kini telah ada pilihan lain selain hanya menjadi wakil rakyat Bebas yang berjawatan Menteri di dalam Kabinet Negeri. Dalam Kabinet Pehin Sri Taib kini ramai menterinya yang duduk di kerusi DUN Bebas setelah masing dipecat dari dua parti bermasalah iaitu SPDP dan PRS.

Kenapa juruterbang Riko Steger meneruskan juga penerbangan menuju ke Nanga Merit walaupun sedar cuaca sangat buruk dan tidak berpatah balik. Helikopter dalam keadaan apa jua keadaan adalah agak mudah untuk dikendalikan dan tidak sama dengan pesawat lain seperti Twin Otter ataupun Fokker 50 dan sebagainya  Sekiranya Riko Steger ingin mendaratkan helikopter itu ditempat yang agak terhad keluasannya maka beliau bolehlah menggunakan kepakaran menurunkan helikopter dengan selamat dan tidak perlu menunggu arahan dari pusat kawalan jika keadaan sudah terlalu mendesak. Lihat saja filem Barat kan. Atas bumbung rumah pun boleh.

Yang peliknya mengapa hanya Riko Steger yang terselamat? Peralatan keselamatan seperti jaket kecemasan dan sebagainya tak cukup ke dibawa dalam helikopter itu? Kalau helikopter terhempas di darat memang sangat sukarlah bagi mereka yang didalam untuk bertindak menyelamatkan diri tetapi ini terhempas dalam sungai adalah sukar untuk dipercayai mereka boleh terperangkap hingga tidak mampu untuk membuka pintu pesawat. Adakah Riko seorang yang tidak bertanggungjawa kerana tidak membantu penumpang lain menyelamatkan diri atau apakah Peter Ato, Siti Khuzaimah serta Henry Loh tidak tahu berenang atau tidak sempat mengenakan jaket keselamatan?

PKR ada tak cadangan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kemalangan ini yang turut membabitkan ahli parti mereka? Atau kemudiannya PKR ada idea untuk mengaitkan kerajaan BN dengan trajedi tersebut baru nak desak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja?

Jumaat, Julai 20, 2012

Salam Ramadhan 1Malaysia !

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang terdiri daripada berbagai bangsa serta keturunan dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Tak ketinggalan juga kepada semua rakan-rakan blogger pro-Kerajaan...selamat berpuasa kepada anda semua.

Khamis, Julai 19, 2012

Sungguh sesat!!! bila pula masanya Nik Abduh berjumpa dengan Allah?



Sungguh terkejut dengan video ini, bagaimana seorang manusia sanggup berbohong demi kuasa politik bahawa Allah telah mengarahkan PAS untuk merampas Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional yang sah yang dipilih rakyat secara demokrasi.

Nampaknya semakin hari semakin jauh sesatnya pemimpin PAS ini dalam membawa parti mereka bersama dengan DAP dan PKR untuk merampas Putrajaya sehingga sanggup pula menyekutukan Allah dengan perjuangan politik kotor mereka.

Ini sudah masuk kes sesat tahap kronik...sudah parah kesesatan PAS ini!!!

Arkib Blog