Setiap wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional baik Ahli Parlimennya mahupun mereka yang duduk di kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing di seluruh negara, tentunya mereka yang sanggup meninggalkan perjuangan BN dan bertindak keluar parti untuk bersama-sama berjuang dengan Pakatan Pembangkang menentang kerajaan telahpun dijanjikan dengan imbuhan yang bukan sedikit nilainya bagi mereka.
Di Sabah sebelum ini contohnya, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee telah membawa partinya keluar daripada Barisan Nasional dan kemudian menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Haram Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Yong Teck Lee dijanjikan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga sebagai Ketua Menteri Sabah jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.
Kemudian Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terpaksa keluar daripada UMNO demi mencapai cita-cita untuk dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tak lama selepas itu, Tan Sri Kadiq Sheikh Fadzir bekas Menteri Penerangan pula ikut jejak Zaid Ibrahim keluar UMNO untuk bersama-sama menentang kerajaan Barisan Nasional setelah termakan dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Sebelum itu juga, bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng masuk PKR kerana percaya dengan janji serupa yang dibuat Anwar iaitu akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika impian mereka untuk menawan Putaraya tercapai.
Selepas Mat Syabu menang menewaskan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada Muktamar PAS yang ke-57, Mat Syabu juga ditawarkan dengan jatawan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sehingga kini Mat Syabu terus berkhayal mengenai janji-janji Anwar itu.
Terbaru apabila seorang Timbalan Menteri yang sedang bertugas dalam kabinet kerajaan yang diterajui Datuk Seri Mohd. Najib akhirnya terpaksa akur dan menyerah kalah sebum berjuang apabila tergamak meninggalkan UMNO dan BN semata-mata percaya dengan janji akan ditabal sebagai Timbalan Perdana Menteri selain jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Wilfred Boom Boring pula terpaksa meninggalkan BN hanya kerana percaya dengan janji akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Anwar dan Pakatan Pembangkang berjaya menumbang Barisan Nasional serta mengambilalih pusat pentadbiran negara di Putrayaja.
"Lajim, kalau kau keluar UMNO dan BN, saya janji saya akan beri jawatan paling kanan dalam kerajaan kepada awak setelah menyertai kami ," - Anwar Ibrahim.
"Bolehhh... tapi aku enda mau dikasi jawatan menteri biasa sebab kalau boleh bagilah jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau sekurang-kuranya sebagai.Ketua Menteri Sabah" - Lajim Hj Ukin.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Selasa, Julai 31, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan