Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Julai 22, 2012

Satu demi satu pemimpin negara Islam gugur angkara kekejaman Barat !

 Pengasas Hamas, Asyahid Sheikh Ahmed Yassin dibunuh oleh tentera Israel ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai solat Subuh pada pagi 22 Mac 2004. Sheikh Yassin menjadi sasaran pihak Barat dengan bantuan rejim Israel bagi mematahkan pengaruh besar beliau yang nyata berjaya meniup semangat juang rakyat Palestine dalam menentang penaklukan rejim Zionis serta pembebasan tanahair mereka.
 Bekas Presiden Iraq, Allahyarham Saddam Hussein yang menyokong kuat perjuangan rakyat Palestine untuk melepaskan negara mereka daripada cengkaman negara pengganas Israel turut menjadi buruan Barat. Difitnah dengan tuduhan memiliki senjata pemusnah besar-besaran maka pihak Barat sudah ada alasan untuk menyerang Iraq yang dipimpin Saddam.

Pada 20 Mac 2003, Iraq telah diserang oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat serta Britain setelah Presiden Bush berjaya meyakinkan pihak Majlis Keselamatan PBB bahawa Iraq menyembunyikan senjata pemusnah di satu lokasi yang dirahsiakan.

Dengan itu, untuk membuktikan yang dakwaannya benar maka Iraq diceroboh dan diserang dari pelbagai penjuru hingga memaksa Saddam Hussein bersembunyi yang kemudiannya berjaya ditangkap oleh tentera penceroboh pada 8 January 2004 kemudiannya dibicarakan lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Boneka Barat pada 30 Disember 2006 namun bukti senjata pemusnah milik Saddam seperti yang didakwa oleh Bush dan Blair masih gagal untuk dibuktikan sehingga ke saat ini.
 Begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh bekas pemimpin Libya, Allahyarham Muammar Al-Ghadafi apabila beliau juga akhirnya berjaya diguling serta dibunuh oleh kuasa Barat menerusi pemberontak rakyat tempatan tajaan Amerika Syarikat. Kelantangan dan keberanian Ghadafi membidas kuasa Barat terutama berkaitan isu Palestine memang amat tidak disenangi oleh Amerika Syarikat serta rejim Israel.

Pemimpin negara Barat seakan berpesta sebaik saja berita tentang penangkapan Presiden Muammar Ghadafi pada 20 Oktober 2011 diketahui dan bagi mereka adalah satu kemenangan apabila Ghadafi telah maut ditangan rakyatnya sendiri yang telah menembak tepat di kepala pemimpin berkenaan ketika beliau diarak keliling bandar sejurus berjaya di tangkap dari tempat persembunyiannya.
 Mana-mana pemimpin negara Islam yang berani mengkritik atau membidas negara kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat telah dikira sebagai musuh yang harus dihapuskan. Bekas Presiden Tunissia, Zine El Abidine Ben Ali adalah antara pemimpin yang telah menjadi mangsa kezaliman Barat apabila beliau kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah negaranya sendiri atas desakan Amerika Syarikat dan negara sekutunya.
Syria, yang diperintah oleh Presiden Bashar Al-Assad sebuah lagi negara Islam yang memang tidak disukai oleh Barat dan bagi memaksa Syria agar tunduk kepada segala kemahuan ataupun sentiasa mengikut acuan Barat dari segi pemerintahan maka presidennya perlu ditangani terlebih dahulu.

Amerika Syarikat yang memusuhi Assad sejak beliau mengambilalih jawatan Presiden Syria kerana pendiriannya yang sering menentang dan tidak menyebelahi Barat terutama dalam isu Palestine-Israel telah membuat pemimpin negara kuasa Barat sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan Assad walau dengan apa jua cara sekalipun.

Kini pihak Barat nyata semakin berjaya dengan agenda keji mereka untuk menjahanamkan seberapa banyak yang boleh negara Islam dan negara Syria merupakan satu lagi negara Islam yang sedang dalam proses itu. Presiden Bashar Al Assad yang kini masih diketahui kedudukan beliau dijangka akan menerima nasib serupa dengan keadaan yang ditempuhi oleh Saddam Hussein, Muammar Ghadafi, Hosni Mubarak, Zen El Abidine selama mereka bersembunyi dari buruan para pemberontak tajaan Barat.

Inilah yang terpaksa umat Islam, pemimpin-pemimpin serta negara-negara Islam seluruh dunia harus hadapi sekiranya terus gagal untuk bersatu padu. Pertentangan pendapat dikalangan pemimpin negara-negara Islam sendiri memudahkan lagi musuh-musuh Islam untuk masuk mempengaruhi serta menghasut rakyat agar bangkit menentang kerajaan mereka sendiri dan niat kotor Barat akan menjadi lebih mudah untuk dicapai dengan kerjasama pengkhianat yang bersedia untuk bangun memberontak terhadap kerajaan yang memerintah negaranya sendiri.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..SIKIT HARI LAGI AMERIKA DAN SEKUTU ZIONISNYE AKAN MENGALIHKAN SASARAN MEROBOHKAN NEGARA ISLAM DI ASIA TENGGARA PLAK. EJEN2 ASING ATAU TALIBARUT DIORANG PUN DAH MULE BERANI MENGGUGAT KEAMANAN DI MESIA DAN INDONESIA..SELAGI NEGARE ISLAM DI PIMPIN OLEH ORG ISLAM SELAGI TU LER ANUWAR KONCO2 KEPARATNYE TAK KAN DUDUK DIAM

hilbert berkata...

Itulah bro, rasanya sekarang seperti puak2 ini semakin giat untuk melakukan sesuatu demi matlamat merebut kuasa hingga sanggup menggadai keamanan negara kepada pihak luar..kita semua tak akan membiar perkara yg sedang melanda negara Asia Barat kini akan menimpa negara kita..

Arkib Blog