Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Ogos 21, 2012

Apa bezanya bendera PAS dengan bendera negara bekas penjajah, Jepun?


Jepun akan sentiasa diingati oleh seluruh penduduk Asia terutamanya penduduk-penduduk di negara Asia Tenggara sebagai sebuah negara penjajah paling kejam dan zalim di muka bumi ini malah menyamai kekejaman serta kezaliman rejim Zionis ketika ini terhadap rakyat Palestine.

Manakala PAS, Parti Islam SeMalaysia pula akan sentiasa dilihat sebagai sebuah parti yang sentiasa menganjurkan perpecahan yang memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini. PAS menjajah pemikiran orang-orang Islam di negara ini dengan ideologi atau fahaman songsang mereka mengenai Islam apabila sanggup menyamakan politik PAS dengan ajaran Islam malahan tergamak menakut-nakutkan orang Islam lain kononnya mengundi PAS masuk syurga dan jika tidak masuk PAS bermakna bukan ahli syurga.

Lihat pula persamaan yang ada pada bendera negara bekas penjajah Jepun dengan bendera parti PAS. Yang membezakan keduanya hanyalah warna pada bendera namun bentuk dan juga lambang yang digunakan pada kedua-dua bendera berkenaan ternyata serupa sahaja.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam bab ini kartoonis pembangkang lebih arif. biarlah merdeka tampil dengan grafik penafian. itupun kalau ada yang kisah. kalau tidak ada makanya...faham-faham jelah..."kata dulang paku serpih..." gitu

Arkib Blog