Helikopter yang jatuh terhempas di muara Sungai Triso Batang Lupar di Sri Aman pada jam 9:30 pagi semalam adalah milik Syarikat Sebiro Holding iaitu sebuah syarikat kepunyaan Datuk S'ng Chee Hua bapa kepada Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWAP) Larry S'ng juga bekas ADUN Pelagus yang sangat dibenci oleh Tan Sri James Massing Presiden PRS namun sangat disayangi oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak.
Pesawat model Eurocopter EC 120 itu dikendalikan oleh juruterbang Riko Steger warga Jerman turut membawa bekas calon PKR untuk kerusi DUN Tarat, Peter Ato Mayau menentang calon Barisan Nasional YB Roland Sagah pada PRN ke-10 tahun lepas namun tewas dan sehingga nahas berlaku beliau adalah Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sarawak.
Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim seketika dulu adalah sahabat baik kepada Datuk Seri S'ng Chee Hua tetapi sejak anak lelaki beliau bekerja dalam kabinet kerajaan Sarawak sewaktu masih menjadi ADUN Pelagus hubungan beliau dengan Anwar semakin dingin ini mungkin disebabkan projek yang beliau perolehi dari kerajaan lebih bernilai jika dibandingkan persahabatannya dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang nyata tidak boleh memberi apa-apa projek berimpak besar.
Pada PRU-13 nanti besar kemungkinan Peter Ato Mayau akan bertanding dan pastinya atas tiket Parti PKR di kawasan yang rasanya juga diidamkan oleh Parti Pekerja Sarawak (SWAP) bertanding. Untuk menang di situ SWAP akan menentang calon parti PRS dari komponen BN tentulah SWAP tidak mahu bertembung dengan calon-calon parti pembangkang lain. Dan oleh itu maka SWAP perlu lakukan sesuatu lebih awal agar cita-cita SWAP untuk meranap PRS akan berjaya tanpa sebarang halangan dari mana-mana pihak.
Peter Ato adalah seorang jurutera. Selain beliau dalam penerbangan itu adalah Siti Khuzaimah Anwar seorang juruukur bahan serta seorang arkitek Hnery Loh. Destinasi Helikopter yang dipandu oleh Riko Steger menuju ke Nanga Merit di Kapit dalam misi untuk melakukan pemeriksaan ke atas satu projek pembinaan sekolah dan tentulah ini satu projek di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibiayai oleh Kerajaan Barisan Nasional dan bukannya projek Pakatan Pembangkang.
Syarikat Sebiro Holding banyak dapat manfaat dari projek-projek yang diperolehi daripada kerajaan negeri mahupun projek-projek kerajaan pusat maka inilah sebabnya mengapa SWAP seringkali menyatakan kepada rakyat Sarawak bahawa mereka tidak berniat untuk menentang kerajaan Barisan Nasional tetapi mereka akan tetap melawan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang diterajui oleh YB Tan Sri James Massing walaupun sedar bahawa PRS berada di dalam gabungan BN Negeri dan juga BN Pusat.
SWAP tetap beri jaminan bahawa mereka mesra BN tetapi benci PRS. Ramai pemimpin BN Negeri yang gelisah dengan kewujudan SWAP ini terutama sekali mereka dalam team Tan Sri James Masing. Bagi mereka yang telah disingkir oleh Tan Sri James dari PRS, dengan adanya SWAP mereka kini telah ada pilihan lain selain hanya menjadi wakil rakyat Bebas yang berjawatan Menteri di dalam Kabinet Negeri. Dalam Kabinet Pehin Sri Taib kini ramai menterinya yang duduk di kerusi DUN Bebas setelah masing dipecat dari dua parti bermasalah iaitu SPDP dan PRS.
Kenapa juruterbang Riko Steger meneruskan juga penerbangan menuju ke Nanga Merit walaupun sedar cuaca sangat buruk dan tidak berpatah balik. Helikopter dalam keadaan apa jua keadaan adalah agak mudah untuk dikendalikan dan tidak sama dengan pesawat lain seperti Twin Otter ataupun Fokker 50 dan sebagainya Sekiranya Riko Steger ingin mendaratkan helikopter itu ditempat yang agak terhad keluasannya maka beliau bolehlah menggunakan kepakaran menurunkan helikopter dengan selamat dan tidak perlu menunggu arahan dari pusat kawalan jika keadaan sudah terlalu mendesak. Lihat saja filem Barat kan. Atas bumbung rumah pun boleh.
Yang peliknya mengapa hanya Riko Steger yang terselamat? Peralatan keselamatan seperti jaket kecemasan dan sebagainya tak cukup ke dibawa dalam helikopter itu? Kalau helikopter terhempas di darat memang sangat sukarlah bagi mereka yang didalam untuk bertindak menyelamatkan diri tetapi ini terhempas dalam sungai adalah sukar untuk dipercayai mereka boleh terperangkap hingga tidak mampu untuk membuka pintu pesawat. Adakah Riko seorang yang tidak bertanggungjawa kerana tidak membantu penumpang lain menyelamatkan diri atau apakah Peter Ato, Siti Khuzaimah serta Henry Loh tidak tahu berenang atau tidak sempat mengenakan jaket keselamatan?
PKR ada tak cadangan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kemalangan ini yang turut membabitkan ahli parti mereka? Atau kemudiannya PKR ada idea untuk mengaitkan kerajaan BN dengan trajedi tersebut baru nak desak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Julai 21, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan