Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Julai 29, 2012

Rakyat Sarawak usah biarkan diri dikelirukan oleh Dr. Jeffery Kitingan !

Bebagai dakwaan atau tanggapan oleh segelintir pihak khususnya di Sarawak mahupun di Sabah sejak dulu kononnya begitu banyak sudah hasil-hasil bumi yang bersumber dari kedua-dua negeri ini telah dibawa ke Semenanjung Malaysia untuk diagih-agihkan kepada setiap negeri yang ada di Semenanjung.

Bagi mereka yang mudah percaya dengan dakyah sedemikian sudah pastilah mereka akan menyokong setiap kenyataan yang dibuat tentangnya oleh pihak-pihak yang memang suka melihat perpaduan rakyat di negara ini terus bergelora, berkocak dan tidak tenang sepanjang masa.

Namun saya yakin bahawa masih ramai rakyat di Sarawak ataupun di Sabah yang percaya dengan dakwaan sedemikian dan rasanya masih ramai juga yang belum mengerti tentang tanggungjawab setiap satu negeri yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia terhadap negara ini.

Daripada 13 negeri yang berada dalam Malaysia setiap satunya mempunyai tanggungjawab yang serupa untuk Malaysia dan dalam beberapa perkara seperti menyumbang hasil keluaran dalam negara kasar untuk Malaysia, cukai dan sebagainya. Itu antara yang saya fahami, dan saya tidak percaya dengan dakwaan kononnya banyak hasil-makhsul dari kedua-dua negeri di Malaysia Timur telah dibawa ke Malaysia Barat hingga menyebabkan Sarawak dan juga Sabah hilang banyak hasil bumi untuk rakyatnya.

Mana-mana rakyat kedua-dua negeri Sarawak serta Sabah yang terdidik, yang punya pelajaran atau yang arif tentang perjalanan semasa pentadbiran Malaysia iaitu sejak Persekutuan Malaysia wujud hasil pergabungan antara Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah padab 16 September 1963, boleh kiranya golongan ini mengadakan sessi penerangan kepada rakyat teramai di seluruh pelusuk kedua-dua negeri ini bagi menangkis tuduhan tidak berasas pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menggunakan isu berkenaan untuk menjayakan agenda politik kotor mereka.

Kerajaan Sarawak perlu memantau setiap siri ceramah Datuk Dr. Jeffery Kitingan di negeri ini agar beliau tidak terus diberi kebebasan tanpa hadnya sehingga dibenarkan pula untuk membangkitkan perkara-perkara yang tidak betul tentang Malaysia di mana akhirnya dikhuatiri akan meracuni pemikiran generasi muda. Rakyat Sarawak tidak boleh menerima dasar perjuangan yang dibawa oleh Dr. Jeffery Kitingan itu yang bukan saja banyak bertentangan dengan dasar kerajaan sedia ada malah perjuangan beliau seringkali dilihat sengaja mahu menimbulkan pertelingkahan antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak/Sabah.

3 ulasan:

Jeffry berkata...

PEMIMPIN2 KERAJAAN NEGERI WAJIB TURUN PADANG BERJUMPA DAN BERI PENERANGAN PADA RAKYAT DGN LEBIH GIAT LAGI BROO..TAK PAYAH TUNGGU PM TURUN SEBAB RAKYAT MASIH PERCAYA KERAJAAN NEGERI MAMPU BERTINDAK BIJAK MENGEKANG DAKYAT SEMPIT PAKATAN. KALAU TAK MASA KAN RAKYAT MASIH MEMILIH BN HUHUHU

lalat biru berkata...

sya yakin penulis blog ini tidak tahu menahu tentang keadaan rakyat malaysia borneo. memg banyak ketidak adilan dalam pentadbiran malaysia setelah negara sabah dan negara sarawak bergabung membentuk malaysia. contohnya perjalanan ekonomi yg berat sebelah, akibat dripada ini sabah sarawak (SS) menjadi lembab kemajuan ekonominya kerana kebanyakan pelabur asing lebih berminat melabur d smenanjung dgan mendirikan kilang2 gergasi mereka. perjanjian 18/20 dlam pembentukan malysia juga tidak diendahkan oleh pentadbiran semenanjung, xpyah la sye crita juz searh google. kami rakyat SS sudah mula mengerti dgan penipuan dan ketidak adilan ini... wlau apa pun yg anda katakan kami tetap dgan pendirian yg negara Malaya telah mengkhianati negara Sabah N Sarawak. buktinya SS jauh ktinggalan dari segi kemajuan berbanding semenanjung!!!

hilbert berkata...

Iye bro Jeff,
kerajaan negeri serta wakil2 rakyatnya kena kerap turun bawah jumpa rakyat, terangkan tentang isu2 sebegini agar rakyat tidak mudah ditipu oleh pihak yg tidak bertanggungjawab..

Lalat Biru,
boleh nyatakan berapa banyak hasil dari kedua-dua negeri ini yg dibawa lari keluar oleh kerajaan pusat, senaraikan?
Ekonomi berat sebelah? Ini kita kena faham bahawa permukaan muka bumi atau keadaan geografi wilayah Sarawak/Sabah dan juga kekurangan jumlah penduduk antara punca mengapa pembangunan berjalan perlahan di negeri kita..
Tapi yg nyata, setiap tahun peruntukkan untuk Sarawak serta Sabah memang besar dan apakah hasil yg didakwa sebagai telah dibawa keluar itu jauh lebih besar dari apa yg kita terima setiap tahun?

Arkib Blog