Pembebasan vokalis kumpulan Peterpan hari ini, Mohd. Nazriel Ilham atau Ariel lebih awal dari jadual sebenar jumlah hukuman yang dikenakan ke atas beliau oleh mahkamah Indonesia bersabit kes moral yang beliau hadapi telah disambut dengan gembira oleh sebilangan besar para peminatnya yang telah berkumpul sejak pagi di luar perkarangan mahkamah.
Reaksi segera daripada para peminat terhadap pembebasan Ariel itu bukan saja sebagai satu dorongan semangat untuk beliau kembali berkarya dalam dunia seni yang terhenti semenjak beliau ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia tetapi lebih sebagai petanda bahawa pembebasan beliau bukan saja dilihat akan kembali mengubati kerinduan peminatnya malahan populariti beliau sebagai penyanyi berkumpulan akan lebih menyerlah dan digemari ramai.
Rasanya tentu ramai peminat yang tidak peduli dengan isu yang pernah menyelubungi Ariel sehingga membawanya ke penjara sebab kalangan mereka lebih suka melihat kepada bakatnya sebagai seorang penghibur. Dan bagi mereka apa yang berlaku ke atas Ariel itu adalah masalah peribadinya yang tidak harus dicampur aduk dengan aktiviti seni yang beliau ceburi.
Perkara sebegini juga pernah berlaku dalam dunia politik di Malaysia apabila terdapat beberapa tokoh politik yang pernah terlibat dengan skandal tertentu malah siap dengan video seks masing-masing namun tetap juga menjadi pilihan sesetengah orang contoh seperti Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Mat Syabu dan lain-lain lagi.
Datuk Seri Chua walaupun pernah menimbulkan kontroversi ekoran video seksnya dengan seorang serta telah mengaku bahawa individu di dalam video itu adalah dirinya namun pada pemilihan MCA beliau tetap menang setelah sebahagian besar para perwakilan pada perhimpunan agung MCA memilihnya untuk menjadi Presiden MCA yang baru selepas menewaskan Datuk Seri Ong Tee Kiet. Sebilangan besar perwakilan tidak kisah dengan isu video seks Datuk Seri Dr. Chua kerana mereka lebih suka melihat kepada kesungguhan bekas Menteri Kesihatan itu bekerja untuk parti dan rakyat.
Jadi apabila perkara seperti itu yang turut melibatkan penggiat seni seperti Ariel, sudah pasti para peminatnya meletak perkara yang telah dilakukan oleh penyanyi itu dulu ke tepi dan apa yang mereka utamakan adalah bakatnya sebagai seorang penyanyi yang punya pengaruh tersendiri dikalangan peminat setianya bukan saja di Indonesia tetapi juga di Malaysia, Brunei Darussalam serta Singapura. Selamat kembali kepada Peterpan !
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Julai 23, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan