Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 18, 2012

Salam Aidil Fitri buat umat Islam di seluruh Malaysia...maaf zahir & batin

Selamat menyambut 1 Syawal dan selamat merayakan Hari Raya Puasa Aidil Fitri 1433 Hijriah ingin saya ucapkan kepada seluruh masyarakat Malaysia yang beragama Islam. Semoga perayaan yang menandakan kemenangan bagi mereka yang telah berjaya menunaikan ibadah puasa genap sebulan juga turut membawa makna bahawa ia akan menjanjikan masa depan sentiasa aman dan berjaya kepada negara kita.

Tahun ini dan juga tahun-tahun yang lepas, Malaysia dan masyarakatnya seringkali diuji dengan berbagai ujian serta dugaan terutama dalam mengekalkan hubungan dan juga perpaduan antara sesama masyarakat yang juga mengamalkan berbagai kepercayaan agama, adat serta budaya yang berbeza. Namun apa yang sangat diharapkan oleh sebahagian masyarakat yang menduduki negara tercinta ini adalah agar setiap orang dapat kiranya mengelak dari menimbulkan isu-isu yang agak sensitif yang sudah pasti boleh menjejaskan hubungan antara satu dengan yang lain.

Di Malaysia sejak akhir-akhir ini, agama Kristian terus menjadi sasaran oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ada dikalangan penganut agama ini merasa tertekan dengan berbagai tuduhan liar yang dilemparkan terhadap fahaman agama yang mereka anuti. Yang lebih menyedihkan ada sesetengah pihak yang sengaja memperalatkan agama ini untuk kepentingan yang tertentu dan menggunakannya memecahbelahkan perpaduan antara orang Kristian dengan orang Islam di negara ini.

Menggunakan nama Kristian dalam gerakan sulit mereka untuk menarik sokongan segelintir orang-orang bukan Kristian terutamanya orang-orang Islam dan ada daripada mereka ini sanggup memurtadkan orang Islam yang kemudiannya menarik golongan ini dalam kononnya agama Kristian. Perkembangan ini sebenarnya amat membimbangkan di mana peranan pihak Gereja dalam perkara sebegini amat dituntut agar janganlah terus membisu atau membiarkan hingga boleh menghancurkan perpaduan sesama masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di kemudian hari.

Kepada umat Islam juga, iman dan taqwa adalah perisai yang paling berharga dalam menghadapi berbagai cubaan daripada gerakan seperti ini dan jika iman kuat, kepercayaan kepada agama sendiri teguh dan kuat, pasti akan mampu melawan segala dugaan berbagai terutama gerakan yang menggelar mereka dari pertubuhan Kristian antarabangsa.

Jika ada yang terguris ekoran berbagai isu-isu yang tak sepatutnya timbul selama ini, kami memohon ampun dan maaf dan kami ingin sampai ucapan perpaduan sempena bulan yang mulia ini Selamat Hari Raya Aidil Fitri...Maaf Zahir & Batin...

1 ulasan:

Jeffry berkata...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN BROO

Arkib Blog