Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Julai 17, 2012

"Diskriminasi kaum" punca rusuhan pekerja di SIP Bintulu Sarawak !

 Sikap sesetengah majikan ataupun pemilik syarikat swasta di Sarawak yang lebih mementingkan kaum sendiri dalam memberi layanan kepada pekerja mereka pasti akan mengundang masalah tertentu yang akhirnya akan menyusahkan semua pihak.
Contohnya seperti apa yang telah berlaku pada petang Ahad lalu (15 Julai) di Samalaju Industrial Park Bintulu iaitu kawasan dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbahurui Sarawak (SCORE), apabila pekerja rakyat tempatan dari kaum Bumiputera yang bergabung dengan pekerja Indonesia merusuh dan menyerang pekerja-pekerja warga China.

Menurut maklumat, tindakan pekerja Bumiputera serta pekerja Indonesia yang berpakat menyerang pekerja warga China adalah disebabkan rasa tidak puas hati mereka dengan layanan berat sebelah pihak majikan yang lebih mengutamakan pekerja warga China berbanding mereka.

Ini berlaku apabila amalan pilih-kasih oleh pihak majikan terhadap pekerja mereka berhubung dengan penyediaan tempat tinggal pekerja, kenaikan gaji serta pangkat yang berbeza mengikut kaum dan ini semua sudah pasti menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pekerja Bumiputera.

Walaupun tidak semua syarikat atau majikan yang bersikap sedemikian terhadap pekerja-pekerja mereka namun jika ianya dibiarkan dan tidak diatasi serta tanpa campurtangan pihak kerajaan negeri nescaya amalan ini besar kemungkinannya akan menjadi suatu kebiasaan bagi semua majikan dan yang terus teraniaya adalah pekerja dari kaum Bumiputera.

Di Sarawak sejak dulu lagi amalan sesebuah syarikat yang mengutamakan kaum masing-masing dalam menaikkan gaji, menaikkan pangkat seseorang pekerja dan juga dalam memberi tempat tinggal yang selesa tidak dinilai atau diukur berdasarkan pengalaman, prestasi kerja atau kemampuan mereka bekerja tetapi adalah dinilai  melalui asal usul kaumnya.

Dan begitu jugalah halnya dengan apa yang telah berlaku di SIP Bintulu tempoh hari apabila majikan gagal berlaku adil terhadap pekerja mereka yang datang dari berbagai bangsa. Untuk muncul menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing atau dalam kata lainnya sebuah syarikat yang maju, para majikan perlu mengikis sikap perkauman dan mereka perlu utamakan tahap kemampuan serta kualiti kerja pekerja mereka tanpa mengira latar belakang bangsa dan keturunannya.

Tetapi jika majikan yang tertentu yang tebal sikap perkaumannya masih lagi tidak bersedia untuk berubah ke arah yang lebih adil kepada semua pekerja masing-masing yang berbeza keturunan, mereka ini harus bersedia sepanjang masa menghadapi risiko menjadi sebuah syarikat yang paling tidak stabil dari segi pengurusan pekerja yang berbilang bangsa.

Kes kejadian rusuhan ini masih dalam siasatan polis Daerah Bintulu.

6 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM BRO..MAJIKAN TU TAK PRIHATIN ATAU SENSITIF LANGSUNG!. MUNGKIN MAJIKAN BOLEH BERTOLAK ANSUR JIKA PEKERJA TU BKN ORG TEMPATAN TP TAK ADIL JIKA BERSIKAP PILIH KASIH TERHADAP PEKERJA TEMPATAN. MALANG SUNGGUH KALAU MAJIKAN TERUS BERSIKAP MCM NI. MAJIKAN HARUS BERTANGGUNGJWB JIKA PERKARA NI TERUS BERLAKU!

tobeng berkata...

Sama juga di semenanjung,adalah menjadi perkara biasa majikan2 cina bersikap rasis dalam pemberian gaji,kenaikan pangkat dan sebagainya.

Gejala ini memang berleluasa dan seolah2 tidak dipedulikan oleh kerajaan.Seolah2 majikan2 cina ini berkuasa penuh untuk berbuat sukahati mereka semata2 kerana kompeni itu bapak mereka yg punya.

hilbert berkata...

Salam bro Jeffry,
Projek SCORE pada asal matlamat adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan di negeri Sarawak tetapi entah kenapa begitu ramai pekerja asing diambil bekerja didalamnya dan ini telah memberi gambaran seolah-olah kerajaan negeri tidak jujur kepada pekerja rakyat tempatan.

Bro Tobeng,
kerajaan patut melihat perkara sebegini sebagai satu hal yg perlu ditangai dan tidak membiarkan pekerja rakyat tempatan terus ditindas oleh majikan yg bersikap pilih bulu..

ISAC berkata...

Ditindas di tanahair sendiri...

Umpama melukut di tepi gantang.

Hakikat sebenar yang pahit untuk ditelan.

Jika dibiarkan, kerajaan boleh tumbang.

hilbert berkata...

Ye, t/kasih bro Issac atas komen..

rakyat bila rasa hidup mereka kian terhimpit tentu perasaan kesal terhadap kerajaan mula timbul.. ini negara orang Bumi..tetapi kenapa kita harus terpinggir dan di ketepikan dlm soal mendapat layanan samarata..

kami harap kerajaan Sarawak peka dengan kejadian tempoh hari..

shamal66 berkata...

da la tau tp apa boleh uat.. TV3 d haramkan di ctok utu siarkan masalah rakyat...

Arkib Blog