Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Jun 23, 2011

Try, test, cuba, uji !!!

ok... "berhenti makan sebelum kenyang" - YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Rabu, Jun 22, 2011

Blog: Pang5 Perang Cyber, Papa Gomo, Muka Petang & Badut Rakyat ???

Saya tengah mengalami kesukaran untuk memuatnaik gambar untuk artikel baru. Sejak dari pagi tadi hingga kini. Agaknya berpunca dari masalah komputer atau entahlah !

Saya juga berdepan masalah untuk membuat akses ke beberapa blog tertentu yang saya pautkan di laman blog ini iaitu http://penembak-tepat.blogspot.com/ , http://papagomo.blogspot.com/ , http://mukapetang.blogspot.com/ dan http://badutrakyat.blogspot.com/ sejak dari awal pagi ini kerana seperti biasa saya akan melayari setiap blog yang di linkkan untuk membaca tulisan rakan-rakan blogger walaupun jarang meninggalkan komen untuk mereka, namun hanya pada pagi ini saya dapati ada masalah untuk saya berbuat demikian.

Akan tertera di skrin pemberitahuan ini jika setiap kali saya mengklik ke blog-blog seperti yang tersenarai di atas, contoh dibawah...

Windows Internet Explorer
(X) Internet Explorer cannot open the Internet site: http://penembak-tepat.blogspot.com/.
Operation aborted

Harap mereka dapat memberi perhatian akan masalah ini sebab dikhuatiri akan berlaku pula gejala menggodam terhadap blog-blog yang pro-kerajaan setelah terjadinya serangan penggodam ke atas portal-portal milik kerajaan dan swasta baru-baru ini.

DAP Sarawak bertindak tepat, sesuai dengan tingkahlaku !

Bagi saya, isu pemakaian pakaian rasmi Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa upacara pembukaannya oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin semalam adalah sesuatu yang lama dah saya jangka akan berlaku sebab itu satu perkara sesuai dengan siapa pelakunya.

Memang sesuai dan wajar sekalilah bagi DAP Sarawak yang memilih untuk tidak memakai costum rasmi DUN Sarawak itu atas alasan harga baju berkenaan terlalu mahal namun sebab utama ialah kalau sebut soal hendak hormat menghormati orang lain tiada pernah wujud sama sekali dalam naluri mereka. Puak-puak berkenaan mana ada perasaan mahu menghormati adat dan budaya kaum lain sebenarnya.

Memang bertuah sangatlah mana-mana rakyat Sarawak yang telah memilih pemimpin-pemimpin yang nyata punya kesedaran sivik paling teruk dan rendah di Bumi Kenyalang ini sebagai wakil mereka ke Dewan Undangan Negeri Sarawak. Syabas dan Tahniah buat pengundi yang berwakil rakyatkan pemimpin yang angkuh dan sombong seperti barisan 12 ADUN-ADUN DAP Sarawak itu !

Selepas ini pihak pengurusan DUN Sarawak hendaklah memastikan agar pakaian-pakaian rasmi DUN Sarawak itu tidak disentuh atau dipakai oleh mana-mana wakil rakyat DAP Sarawak selagi mereka masih terbawa-bawa dengan sikap tidak bertamadun sama seperti yang diamalkan oleh ADUN-ADUN DAP Perak seperti Nga Kor Ming dan Ngeh Ko Ham supaya pakaian berkenaan tidak turut tercemar.

KJ berlagak seperti Ketua Polis Negara - Datuk Ibrahim Ali

Kalau diamati betul-betul tindak-tanduk YB Khairy Jamaluddin selama ini tika beliau memberi reaksi bila ada saja berlakunya perkembangan disekeliling kita, seakan-akan tindakan beliau lebih condong kepada cara pihak Pakatan Pembangkang yang memang gemar menekan lawan walau dengan berbagai cara.

Jadi patut sangat dan tepat sekalilah apabila YB Datuk Ibrahim Ali menyelar KJ ini berlagak seperti Ketua Polis Negara kerana "memberi arahan" kepada pihak polis agar menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan berkaitan tuduhan yang menyebut Datuk Ibrahim Ali menghasut kaum Cina sebagaimana juga yang turut di dakwa oleh MP Lembah Pantai YB Nurul Izzah.

Dan yang sangat kelakarnya apabila Datuk Ibrahim Ali juga turut menggelarkan Penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai seekor LEMBU TUA (LIAT), kalau direbus pun tidak akan lembut lagi ha!ha!ha!...

Selasa, Jun 21, 2011

Datuk Ibrahim Ali jadi saksi cinta KJ & Nurul kembali bertaut...

"Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0," - YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali yang seolah-olah mengugut masyarakat Cina.
"Ini kenyataan yang rasis, menghasut, bahaya yang perlu diambil tindakan terhadap beliau. Ini adalah satu ugutan terhadap satu-satu kaum lain di Malaysia, secara jelas dan nyata," - YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Khairy : "Hello~~~hi NI(Nurul Izzah)... !, pe khabar NI kat sana?, cmner dengan BERSIH 2.0?"

Nurul : "Hello~~~hi KJ(Khairy Jamaluddin)... !, khabar baik, I baik-baik jer kat sini. BERSIH 2.0???..haaa...tu lah, I tengah marah betullah dengan Datuk Ibarhim Ali tu sayang,,,dia pula yang lebih-lebih nak kacau daun rancangan kita..."

Khairy : "Oooo tak pe, sayang jangan risau, esok lusa atau sekarang I sanggup kutuk Ibrahim Ali tu demi sayang dan demi cinta kita berdua, I sanggup buat apa saja... sayang tau tak, baru lagi juga I dah buat Tun M tak senang hati...I mahu kerajaan hentikan L.I.D yang selalu kerajaan buat kat Langkawi tu..., I cakap semua tu tak de faedah..kali, kali Robert Mugabe...dah lama dah!!!"... hebatkan I sayang?"

Nurul : "Oooo cam tu ke???... sayang KJ !!

Anak Merdeka:
Nampaknya kedua-dua Ahli Parlimen ini selalu saja seiya sekata dalam perkara tertentu. Kenyataan kedua-duanya juga sering mengekori serta saling menyokong sesama mereka. Kalau biasa Nurul ada buat kenyataan pasal Datuk Ibrahim Ali atau yang lain-lainnya, pasti ada kenyataan daripada Khairy menyusul selepas itu mengenai perkara yang sama.

Tak ketara menyokong, tetapi ketara sangat mereka berdua punya hubungan yang misteri dan ianya semakin berbau bila isu Datuk Ibrahim Ali dituduh cuba mengugut kaum Cina di negara ini oleh kedua-duanya.

Saya ada baca kenyataan YB Datuk Ibrahim Ali berkaitan dengan perhimpunan haram yang bakal dianjurkan oleh BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan, namun saya dapati tiadapun kenyataan itu boleh dianggap sebagai menghasut tetapi bagaimana pula Khary dan Nurul boleh punya pendapat sedemikian. Pelik juga.

YB Datuk Ibrahim Ali cuma mengingatkan agar kaum Cina kalau boleh pada 9 Julai depan tak perlulah keluar rumah dan bolehlah sediakan bekalan makanan dirumah. Itu cuma satu peringatan daripada seorang pemimpin Melayu kepada rakyat daripada kaum Cina, apa salahnya. Itu juga sebagai tanda prihatin Datuk Ibrahim Ali kepada kaum Cina.

Bagus juga kalau Datuk Ibrahim Ali memberi ingatan serupa itu dan sepatutnya Datuk Ibrahim Ali memberi ingatan kepada seluruh penduduk sekitar Kuala Lumpur tak kira bangsa dan agama mereka supaya jangan keluar pada hari tersebut demi untuk mengelak daripada berlakunya sebarang keadaan yang tidak diingini.

Kalau Nurul Izzah dan KJ mahu tahu siapa sebenarnya yang menghasut lihatlah muka Mat Syabu dan S. Ambiga dan bukannya Datuk Ibrahim Ali. Kedua-dua mamalia itulah yang menghasut orang ramai supaya keluar beramai-ramai pada tarikh berkenaan untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tanpa memikirkan akan keselamatan rakyat yang telah diperdayakan oleh mereka sekiranya berlaku rusuhan pada saat itu.

Nurul Izzah: "Ya, papa saya lebih pengecut daripada Ibrahim Ali"!!!

"Memanglah papa I pengecut orangnya, dulu dia lari ke pejabat kedutaan Turki, ingat orang nak kenakan dia..tapi tak de juga..lepas tu, orang suh bersumpah mubahalah takut, orang minta serahkan DNA tak nak, orang minta tunjukkan mana jam Omega tak mau, hari-hari papa I minta tangguh prosiding kat mahkamah, letihlah I...!! ya...papa I memang lebih takut daripada Datuk Ibrahim Ali " - YB Nurul Izzah.

Isnin, Jun 20, 2011

Anaklah ikan lah ikan dimakan ikan !!!

KOTA BHARU KELANTAN 19 Jun 2011 - Seorang mekanik dan anak perempuannya mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, kerana bersekedudukan selama tujuh tahun sehingga melahirkan tiga orang anak.

Anak Merdeka terkejut;
"anaklah ikan lah ikan dimakan ikan... ikan lah kecil tulangnya banyak tulangnya..."


Bilik 121 juga terdapat didalam Hotel Perdana kat Kota Bharu Kelantan. Dulu, kata orang...Mat Syabu disitulah dia kena tangkap khalwat dengan pasangannya yang juga bini orang.


Ini kes haruan makan anak, anak haruan juga makan bapa haruan sehingga dapat anak haruan baru berlaku di Kelantan. Apa agaknya reaksi Menteri Besar Kelantan mengenai isu ini ?


Bukan tiada berlaku perkara-perkara seperti itu di negeri lain, memang ada juga tetapi kes yang kali ini di Kelantan kalau di ikut, mustahil ianya boleh berlaku di dalam sebuah negeri yang diperintah oleh PAS...

Ahad, Jun 19, 2011

Malaysia duduki tempat ke-19 negara paling aman di dunia !

PETALING JAYA 19 Jun 2011 - Sikap kesederhanaan majoriti rakyat telah membawa Malaysia menduduki tempat ke-19 negara paling aman dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, daripada 150 negara yang dibuat kaji selidik, naik tiga anak tangga berbanding kedudukan pada tahun lepas.

Anak Merdeka ;
Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan pencapaian sedemikian yang diraih oleh negara ini di dalam mengekalkan keamanan sedia ada disamping terus mempertingkatkan rekod cemerlangnya sebagai salah satu negara paling aman diantara ratusan negara lain yang ada di muka bumi ini.


Kita juga sebenarnya sangat bertuah kerana telah dianugerah dengan sebuah kerajaan iaitu Barisan Nasional yang nyata memiliki keupayaan luarbiasa didalam mewujud dan mengekalkan suasana aman dan makmur untuk rakyatnya agar dapat terus bernafas dengan selesa, tenang dan harmoni dalam negara ini walaupun mereka datang daripada latar belakang kaum, kepercayaan agama, adat budaya serta bahasa yang berbeza.


Tetapi paling malang sekali apabila semua itu tidak pernah diiktiraf serta dihargai oleh sebilangan kecil rakyat negara ini sendiri, mereka seolah-olah mahu agar keadaan dalam negara kita yang aman sebegini bertukar suasana menjadi bergolak dan sentiasa berada didalam keadaan yang huruhara selagi tuntutan nafsu gila mereka untuk merampas kuasa secara paksa daripada kerajaan sedia ada belum lagi dapat dipenuhi.


Ada dua kembimbangan kita pada waktu ini iaitu samada Kementerian Dalam Negeri yang sekarang ini masih diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mampu atau tidak untuk mematahkan semua rancangan jahat pihak Pakatan Pembangkang melalui BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan atau pihak BERSIH 2.0 yang kononnya tetap dengan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan haram itu, dan jika KDN gagal berfungsi pada waktu sebelum itu maka bermakna pihak BERSIH 2.0 telah berjaya dengan niat dan muslihat keji mereka dan ini sudah tentu akan merugikan negara dari segi ekonomi dan maruahnya apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini.


Harap sangatlah agar pihak KDN berani dan tegas terhadap dua ekor mamalia berkembar seperti yang terdapat dalam gambar yang diatas. Kedua-duanya ada agenda masing-masing, dan untuk mencapai niat mereka sanggup buat apa saja termasuk sanggup melakukan perkara-perkara yang ditegah, sanggup melanggar undang-undang negara, sanggup untuk membelakangi kepentingan negara semata-mata mahu memenuhi segala muslihat kotor dan jijik mereka masing-masing.

Sabtu, Jun 18, 2011

Hukuman "pasung" sesuai untuk penggodam !

ISA hanya dua tahun. tak sesuai... jadi hukuman yang agak setimpal sesuai dijatuhkan ke atas penjenayah siber yang suka menggodam mana-mana portal atau laman web milik kerajaan ke atau swasta hanyalah hukuman "pasung" bukan pancung.

Pasung, kaki dirantai dan letakkan didalam sebuah bangsal padi yang banyak tikus. Dan hukuman pasung juga harus dikenakan kepada mereka yang berhasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan. KDN harus berani !!!

Jumaat, Jun 17, 2011

PAS akan tarik balik Darjah Kebesaran daripada Anwar dan mohon maaf !

Parti Kebajikan SeMalaysia atau dulunya Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini sedang berusaha untuk menarik balik satu bintang kebesaran yang pernah mereka anugerahkan kepada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim satu ketika dahulu lebih kurang 15 tahun yang lalu iaitu sekitar tahun 1996 hinngga 1998.

Pingat kebesaran berkenaan PTGP atau Peliwat Tegar Gagah Perkasa yang membawa gelaran "Al Juburi" pada waktu itu telah disampaikan oleh Mohamad Syabu atau Mat Syabu dan disaksikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Khalid Samad, Azmin Ali dan ramai lagi pemimpin-pemimpin PAS dan DAP.

Menurut Mat Syabu yang kini telah menjadi Timbalan Presiden PAS, penarikkan darjah kebesaran itu daripada Anwar Ibrahim terpaksa dilakukan adalah selaras dengan keputusan Presiden parti YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang baru-baru ini yang telah menggugurkan konsep asal PAS iaitu negara Islam dalam perjuangan mereka serta menggantikannya dengan perjuangan baru iaitu Negara Kebajikan meniru dari apa yang telah lama dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Tambah Mat Syabu lagi, sebelum Bintang Kebesaran itu diambil balik daripada Anwar, satu majlis kesyukuran serta kemaafan akan turut diadakan bagi memohon jutaan ampun dan maaf daripada Anwar atas penarikan semula darjah kebesaran itu oleh pihak PAS yang secara otomatik akan menggugurkan gelaran "Al Juburi" daripada nama Anwar Ibrahim.

Agaknya ini adalah sebahagian daripada kempen permulaan "BERSIH 121" yang diketuai oleh Ambabiga Sreenevavisan dan Mohamad Syabu pada 9 Julai kononnya adalah tarikh kemuncak perhimpunan haram itu akan berlangsung...

Bob Lokman masuk PAS, Siti pulak masuk Askar !

(gambar kecil atas): kelihatan Datuk Siti Nurhaliza sedang bersalaman dengan Menteri Pertahanan Malaysia YB DS Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau dan rakan-rakan artis yang lain menyerahkan borang permohonan untuk menyertai pasukan Askar Wataniah.

(gambar kecil bawah): Pelawak, penyanyi dan pelakon Bob Lokman kelihatan sedang bersalaman dengan Menteri Besar Kedah YAB DS Azizan Abdul Razak selepas beliau menyerahkan borang masuk syurga PAS.

(gambar kanan): wajah Bob Lokman yang terperanjat dengan perbezaan wujud antara dia dengan Datuk Siti di mana dia tak menduga sama sekali bahawa tindakan melulu yang dibuatnya sebelum ini dengan masuk parti PAS adalah satu kesilapan yang amat besar manakala keputusan Datuk Siti untuk masuk menyertai pasukan barisan hadapan negara adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Bingung dengan keadaan itu, Bob Lokman mula menjadi sasau dan sering ketawa sendiri !
Syabas dan Tahniah buat Penyanyi No. 1 Negara Datuk Siti Nurhaliza serta rakan-rakan artisnya yang lain kerana telah menunaikan sebahagian daripada tanggungjawab mereka selaku rakyat Malaysia dengan menyertai pasukan pertahanan negara iaitu masuk sebagai askar wataniah.

Jika dulu seorang pelawak terkenal, penyanyi kurang terkenal dan pelakon yang dikenali yakni Bob Lokman telah masuk kedalam PAS namun kini seorang lagi tetapi artis wanita telah mengambil satu keputusan yang amat jauh berbeza daripada yang dibuat oleh Bob Lokman apabila mengambil keputusan jauh lebih berani daripada pelawak berkenaan dengan menyertai salah satu cabang dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia.

Kalau Bob Lokman masuk PAS dengan niat tertentu iaitu untuk membantu PAS, DAP dan PKR menabur fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional juga pihak lain yang tidak sebulu dengan mereka disamping mahu melihat keadaan keselamatan dalam negara menjadi huru-hara tetapi sangat berlainan dengan Datuk Siti Nurhaliza yang masuk Tentera Malaysia agaknya memang dengan satu niat yang murni iaitu untuk menabur khidmat bakti kepada nusa dan bangsa disamping untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.

Khamis, Jun 16, 2011

Kartun kes rogol:kenapa PUM hanya berang kepada Utusan Malaysia, akhbar lain bagaimana???

Pelik sangat dengan reaksi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkenaan dengan penyiaran satu karikatur oleh akhbar arus perdana Utusan Malaysia yang menggambarkan seorang mangsa rogol sedang membuat aduan kes yang dihadapinya kepada dua jabatan yang berbeza iaitu satu jabatan agama manakala satu lagi pihak polis serta mendapat layanan berbeza juga daripada kedua-dua agensi tersebut.

PUM dalam pada itu terus menghentam Utusan Malaysia selain mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Utusan ekoran penyiaran kartun yang disifatkan oleh PUM sebagai menghina ajaran agama Islam. Disini saya bukannya nak sentuh samada saya bersetuju atau tidak dengan tuduhan menghina oleh PUM ke atas Utusan Malaysia berkaitan isu berkenaan tetapi saya cuba nak mempersoalkan tindakan PUM yang agak kurang cerdik apabila menyerang Utusan Malaysia bagai lagak hero-hero pengecut dalam Pakatan Pembangkang yang sentiasa fobia dengan akhbar nadi umat Melayu itu.

Sukalah dinyatakan disini, andaikata PUM memang tiada agenda yang tersembunyi disebalik isu kartun berkenaan atau memang tiada kaitan dengan pemimpin-pemimpin politik tertentu di negara ini maka sangat dialu-alukan kepada PUM untuk membelek akhbar-akhbar lain selain daripada Utusan Malaysia seperti Suara Keadilan, Harakah, Roket, See Hua Daily News, Sin Chiew Jit Poh, Nanyang Siang Pau dan lain-lain lagi untuk edisi semalam dan hari ini pasti akan terjumpa dengan satu muka surat yang turut menyiarkan lukisan kartun tersebut dan apakah PUM juga mahu kerajaan mengambil tindakan yang serupa kepada akhbar-akhbar berkenaan sebagaimana tekanan mereka terhadap Utusan Malaysia ?

BERSIH perlu bermula dari rumah atau hotel - Mat Syabu

Timbalan Presiden PAS yang baru Mohamad Syabu atau Mat Syabu berpendapat bahawa amat perlu untuk semua pihak membersihkan diri bukan sekadar mandi ataupun mengelap badan tetapi seluruhnya termasuk jiwa dan hati, akal hinggalah ke pikiran semuanya harus bersih.

Tambah Mat Syabu lagi "apa gunanya kita melaung-laungkan perkataan bersih ditepi jalan sedangkan diri kita sendiri belum tentu lagi sama bersih seperti perkataan yang terkeluar dari bibir kita, makna bersih itu harus bermula dari dalam diri kita sendiri, harus bermula dari dalam keluarga, harus bermula dari dalam rumah atau sekurang-kurangnya harus bermula dari dalam hotel tempat kita menginap, dan kita tak nak melihat perlakuan kurang sopan seperti pernah diamalkan oleh YB Elizabeth Wong dulu akan merosakkan kebersihan sedai ada.

"Dan yang penting sekali, dibelakang kita..tu,,,ya dibelakang kita..penganjur tu harus juga bersih..,,bersih dari segala kekotoran..jangan cakap pasal bersih saja pandai walhal diri sendiri masih diselubungi kekotoran silam,,,maaf saya bercakap tentang itu..walaupun pahit tetapi harus kena telan juga, berani buat berani tanggunglah...jangan pulak jadi seperti orang tu" - Mat Syabu.

Betul ke ?

Rabu, Jun 15, 2011

RON97 turun 10 sen seliter mulai tgh mlm ini, apa kata mereka ?

 Pemberita : YB, apa pandangan YB berkenaan dengan harga petrol RON97 iaitu minyak kereta orang kaya yang akan mengalami penurunan harga mulai tengah malam ini iaitu RM0.10 sen untuk setiap liter ?

YB Karpal Singh : Errmmm...ermmm..ermmm baguslah tu,,,eh bukan !! Anwar... eh saya tak pakai minyak RON97, no komen ! lama dah saya guna RON95 tu lah pasal kereta saya lambat kalu nak potong kereta yang bergerakdi depan..
 Pemberita : Bagi YB pulak, adakah keputusan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON97 mulai tengah malam ini sebanyak RM0.10 sen seliter boleh melegakan pihak Pakatan Pembangkang yang selama ini begitu lantang bersuara bila setiap kali pihak kerajaan menaikkan harga minyak namun kali ini kerajaan telah membuat keputusan untuk menurunkannya pulak, jadi apa kata YB ?

YB Azmin Ali : Turun???... hari tu 4 Mei baru naik RM0.20 sen seliter, apesal pula kerajaan bagi turun balik, habislah kalau macam ni...tak boleh jadi ni, mesti buat isu baru...
 Pemberita : Tuan Guru berdua, ada tak komen apa-apa berkenaan dengan berita penurunan harga petrol RON97 yang akan dikurangkan sebanyak RM0.10 mulai tengah malam ini oleh kerajaan ?

YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat : !!!Syukur, syukur, syukur alhamdulillah...,Ya Tuhan, berkatilah selalu kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib serta kabinet beliau dan limpahkanlah segala nikmat dan rahmat untuk mereka atas semua kebajikan yang telah mereka lakukan. Amin !

YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang : Ceh ! apa yang orang tua ni merepek,,,gila ke apa dia bagi doa untuk orang lain...,sia-sia saja aku tukar negara Islam ke negara kebajikan !
Mulai tengah malam ini harga petrol RON97 akan dikurang atau diturunkan sebanyak RM0.10 menjadikan kembali pada harga RM2.80 sen untuk setiap satu liter dan sudah tentu sekali berita ini akan menambah lagi derita hari Anwar Ibrahim yang masih kuat menyimpan angan-angan untuk menakluki Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.

Baru saja kerajaan menaikkannya sebanyak RM0.20 sen seliter pada 4 Mei lalu dan ini menyebabkan harga naik daripada RM2.70 sebelumnya kepada RM2.90 seliter selepas itu. Keadaan itu telah memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk menghentam pihak kerajaan serta mempengaruhi pikiran rakyat dengan berbagai-bagai berita putar belit mereka.

Kini, apabila kerajaan membuat keputusan yang terduga seperti itu demi kesejahteraan rakyat, apa pula kata pembangkang selepas ini, adakah mereka mahu berterima kasih kepada pihak kerajaan atau akan terus menghasut rakyat untuk membenci kerajaan ?

344 peniaga di MPKB jadi mangsa pertama Negara Kebajikan PAS !

Sejak beberapa hari yang lalu hangat dalam berita Buletin Utama TV3 mengenai isu 344 orang peniaga di tapak MPKB Kelantan Negeri Serambi Mekah apabila mereka mendakwa sedang berhadapan dengan kesulitan yang amat luarbiasa setelah bekalan janakuasa elektrik ditempat mereka berniaga telah dipotong oleh pihak kerajaan PAS negeri atasan sebab-sebab agak kurang jelas.

Walauapapun alasannya, persoalan besar ialah tentang tindakan kasar yang diambil oleh pihak Kerajaan Berkebajikan ala PAS itu betul-betul telah menyulitkan segala urusan seharian para peniaga di situ sebabnya, bayangkan saja bagaimana mereka mampu untuk membuat sebarang urusan jual beli dengan para pelanggan ataupun berurusan sesama mereka di dalam yang gelap gelita tanpa sebarang cahaya dan kejadian seperti itu amat memalukan bagi sebuah kerajaan yang baru saja menukar dasar kerajaan dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan apabila sanggup bertindak menyekat rezeki rakyatnya sendiri.

Begitukah corak atau bentuk kebajikan yang akan dibawa oleh kerajaan Pakatan Pembangkang untuk rakyat sekiranya mereka berkuasa di Malaysia kelak ? Potong bekalan elektrik, bekalan air bersih kalau rakyat tak mampu bayar bil, sekat laluan jalanraya kalau rakyat tak mampu bayar insuran dan cukai jalan, halau rakyat dari rumah kalau tak mampu bayar sewa rumah atau tak mampu langsai hutang bank !?!

Selasa, Jun 14, 2011

Anjing Amerikanevasan mengamuk gara-gara dilarang masuk ke Sarawak !


Ada seekor anjing peliharaan Hillary Clinton serta Michelle Obama iaitu bini kepada Presiden Amerika Syarikat sudah bersedia untuk menggonggong tulang kerana awal bulan April 2011 lalu kerajaan negeri Sarawak telah mengharamkannya untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang. Marah dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri Sarawak menghalang beliau masuk ke negeri ini lalu mamalia ini telah mengambil tindakan saman ke atas kerajaan negeri Sarawak.

Selain si anjing betina yang seekor tu, ada beberapa nama lain juga telah diharamkan atau disenarai hitam oleh kerajaan Sarawak atas beberapa faktor dan tentunya ialah kerana berkaitan dengan soal keselamatan dan kerajaan Sarawak melihat mereka ini iaitu seperti aktivis alam sekitar dari negara Switzerland Bruno Manser, Ahli Parlimen Subang YB Sivairasa Rasiah, Steven Ng, Cythia Gabriel, Wong Chin Huat dan Johan Tan jika dibiarkan berkeliaran atas Bumi Kenyalang akan menyebabkan keadaan dalam negeri Sarawak menjadi huru hara hingga mengancam keselamatan rakyat.

Tak cukup dengan menyaman kerajaan Sarawak, anjing betina ini mahu lagi menganjurkan perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai bulan depan walaupun jelas ditegah oleh pihak berkuasa dan turut ditentang oleh ramai pihak namun anjing betina ini tetap juga berkeras tetap mahu mengadakannya kerana sedar segala tindakan beliau nanti pastinya akan mendapat perhatian serta restu daripada ramai pemimpin negara pengganas nombor satu di dunia iaitu Amerika Syarikat.

KDN: Tangkap dan tahan Ambiga Sreenavasan dibawah Akta ISA !!!

Tak sudah-sudah ! Habis satu, satu lagi masalah mahu ditimbulkan. Apa Malaysia ini sudah tiada undang-undang lagi ke ? Mana Menteri Keselamatan Dalam Negeri kita ? Kenapa biarkan perkara yang nyata akan merosakkan keamanan dan keharmonian hidup dibiarkan berterusan mengambil tempat di dalam negara ini ?

Kepada YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, saya dan juga mungkin sebilangan daripada rakyat Malaysia yang lainnya ingin berseru kepada Datuk Seri, bertindaklah dengan tegas terhadap mana-mana kumpulan yang cuba berusaha untuk menggugat keamanan dan keselamatan negara !

Jangan lagi hanya bagi amaran, amaran, amaran yang entah sampai bila lagi amaran, amaran, amaran akan didengari oleh bajingan-bajingan seperti sebelah Pakatan Pembangkang itu.

Cegah sebelum parah !!! KDN harus bertindak awal terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenavasan, beliau dilaporkan akan menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai 2011 ini. Tujuan perhimpunan diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk mencabar kedaulatan undang-undang di Malaysia, jadi kepada Datuk Seri Hisham, tangkap dan tahan Datuk Ambiga ini di bawah Akta Hasutan ke atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dan ISAkan dia...mencegah lebih baik dari mengubati !

Isnin, Jun 13, 2011

Apa yang nak di BERSIH kan?

Perhimpunan macam ini diadakan semata-mata untuk mempertahankan nafsu. Nafsu juga sebahagian daripada hak-hak individu dan itulah apabila nafsu menguasai diri, maka mereka juga boleh terlupa akan orang lain yang juga punya hak untuk hidup dengan aman bebas dan selamat di bumi Malaysia ini tanpa perlu menggadaikan keamanan sedia ada..
Seperti yang di hebohkan, Datuk Ambiga Sreenavasan adalah antara dalang yang dikenalpasti disebalik perhimpunan kumpulan haram BERSIH yang juga difahamkan akan turut disertai oleh dua simbol seks atau pemimpin yang memiliki nilai moral terendah iaitu Elizabeth Wong dari PKR(Parti Keadilan Rakyat) dan Mat Syabu daripada PKS(Parti Kebajikan SeMalaysia)

Tujuan sebenar perhimpunan itu hendak diadakan agak kurang jelas, apakah bertujuan untuk membersihkan dosa-dosa pemimpin yang ada dalam ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang, atau sengaja diadakan hanya bertujuan untuk memesong tumpuan rakyat agar tidak berpaling terus kepada kes pembelaan yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim sekarang ini apabila beliau didakwa telah meliwat bekas pembncuh kopinya sendiri.

Sabtu, Jun 11, 2011

Video TV3 09 Jun 2011: PAS 3 hari tutup telefon tuttttttt!!!~~~



Kerana takut ditanya oleh pihak TV3 dengan soalan yang berkaitan dengan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang telah membuat "pusingan U" dengan menggugurkan perjuangan asal parti berkenaan iaitu untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia dimana beberapa pemimpin utama PAS telah bertindak menutup telefon masing-masing tatkala pihak TV3 berusaha beberapa kali cuba untuk menghubungi mereka seperti Prof Datuk Harun Din, Datuk Hassan Ali serta Tuan Man Tuan Ibrahim.

Jumaat, Jun 10, 2011

Dr Asri mula melibas UMNO sejak PAS tukar haluan...

"Saya tidak tahu apa pendirian UMNO sebenarnya. Dulu UMNO yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.
"Saya lihat UMNO macam hipokrit... dulu dia (UMNO) yang mengatakan bahawa PAS ini parti jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak adil.
"Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada UMNO... patut UMNO alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS," - Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas mufti Perlis.
Kita juga tidak tahu apakah sebenarnya pendirian bekas mufti Perlis itu tentang asas perjuangan PAS apabila Parti Islam SeMalaysia itu nampaknya tidak teguh atau tidak mampu berpegang kepada perjuangan asal parti dan sentiasa tunduk kepada tekanan DAP dan juga PKR sehingga sanggup meninggalkan perjuangan asal untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam secara rasmi.

Arkib Blog